Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Priyanka Yoshikawa Dinobat Ratu Cantik Jepun
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


GADIS yang memiliki darah campuran India-Jepun telah dinobatkan sebagai pemenang Ratu Cantik Jepun pada tahun ini.

Priyanka Yoshikawa, 22 tahun; mewarisi darah India dari sebelah bapanya dan Jepun dari ibunya.
Kemenangan yang disandang itu merupakan kejayaan kali kedua berturut-turut dari peserta yang memiliki darah campuran.

Pada tahun lalu, Ariana Miyamoto telah dinobatkan sebagai pemenang Ratu Cantik 2015 negara matahari terbit itu.
Bagaimanapun kemenangan itu dikritik oleh warga tempatan yang beranggapan bahawa peserta yang memiliki darah Jepun ‘tulen’ sahaja yang patut memenangi pertandingan itu.
Menurut sebuah laman antarabangsa, hanya 2 peratus sahaja bayi yang dilahirkan setiap tahun di Jepun yang memiliki darah campuran atau dipanggil sebaga ‘haafu‘ dalam bahasa Jepun.
Pun begitu, menurut Yoshikawa, dia menganggap isu berkenaan sepatutnya tidak diperbesarkan. Malah dia bertekad untuk mengubah persepsi warga matahari terbit itu terhadap isu kacukan dan sikap prejudis tersebut.
“Sebelum kemunculan Ariana, gadis kacukan tidak berpeluang untuk memasuki pertandingan ini.

“Saya tetap berbangga dengan keturunan bapa yang merupakan orang India.Namun ia tidak bermakna saya bukanlah orang Jepun,” katanya.
Dalam pada itu Yoshikawa juga berterima kasih kepada Ariana kerana telah membuka peluang baginya untuk turut sama menyandang gelaran Ratu Cantik negara matahari terbit itu.
Meskipun pelbagai tohmahan yang diterima, Yoshikawa bersyukur dengan ejekan dan kritikan itu menjadikannya lebih kuat.
” Semasa saya kembali ke Jepun, semua orang berfikiran seolah-olah saya ini kuman.
“Mereka mengibaratkan menyentuh saya seperti menyentuh sesuatu yang buruk. Tetapi saya bersyukur, ia menjadikan saya lebih kuat,” jelasnya. – MYNEWSHUB.CC

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments