Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Wanita Mengandung Sah Positif Zika
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


PUTRAJAYA – Seorang wanita berusia 27 tahun dari Taman Desa Harmoni, Johor Bahru menjadi mangsa pertama disahkan dijangkiti virus Zika melibatkan wanita mengandung, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.
Beliau berkata wanita yang mengandung tiga atau empat bulan itu telah datang mendapatkan rawatan di sebuah hospital kerajaan di Johor semalam selepas mula mendapat gejala ruam, sakit badan dan demam.
Katanya wanita itu kini dimasukkan ke hospital untuk pemeriksaan selanjutnya termasuk kaunseling oleh doktor pakar perbidanan.

“Wanita itu menunjukkan simptom terlebih dahulu daripada suaminya yang bekerja di Singapura. Kementerian Kesihatan masih sedang menunggu keputusan ujian untuk mengetahui sama ada suami wanita itu turut dijangkiti Zika.
“Wanita itu diuji sebab menunjukkan simptom dan didapati positif Zika.
Namun kita masih menyiasat sama ada wanita itu dijangkiti disebabkan gigitan nyamuk atau melalui hubungan kelamin,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Wanita mengandung itu merupakan kes ketiga yang direkodkan di Malaysia, selepas kes pertama yang dilaporkan merupakan kes import dari Singapura melibatkan seorang wanita berumur 58 tahun dari Klang, Selangor manakala kes kedua merupakan kes jangkitan tempatan di Sabah.
Menurut Dr Subramaniam, hasil siasatan pihaknya mendapati kali terakhir wanita mengandung itu melawat Singapura adalah enam bulan yang lalu tetapi suaminya berulang-alik setiap hari untuk bekerja di Geylang.
Justeru, katanya kawalan vektor telah dibuat dengan serta-merta di Johor Bahru termasuk kawasan rumah kediaman wanita itu dan sehingga kini, 400 buah
rumah diperiksa dan 450 premis disembur serta diambil tindakan sewajarnya.

Ditanya sama ada wanita berkenaan dibenarkan untuk menggugurkan anak yang dikandung itu, Dr Subramaniam berkata: “Kita membenarkan pengguguran terapeutik perubatan sekiranya nyawa ibu berkenaan terancam hasil kandungannya. Sekiranya tidak, polisi semasa kementerian ialah tidak membenarkan ia dilakukan.”
Beliau turut menasihatkan wanita yang disahkan positif ujian Zika, agar mengelakkan daripada mengandung dan mengamalkan hubungan seks selamat sekurang-kurangnya lapan minggu dari tarikh disahkan positif.
Bagi lelaki yang disahkan positif pula, Dr Subramaniam meminta mereka mengamalkan hubungan seks selamat atau mengelakkan daripada hubungan itu selama enam bulan.
Selain itu, katanya pemantauan kementerian dari 1 hingga 6 September mendapati terdapat 30 kes yang mempunyai tanda-tanda Zika, namun pemeriksaan darah dan air kencing menunjukkan keputusan ujian yang negatif.
Dr Subramaniam berkata Kementerian Kesihatan akan terus menjalankan pemantauan untuk memastikan ancaman Zika dapat ditangani terutamanya mereka yang melalui pintu masuk antarabangsa.
Dalam pada itu, Dr Subramaniam memaklumkan mesyuarat jemaah menteri hari ini memutuskan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mempengerusikan satu Jawatankuasa Majlis Kebersihan Persekitaran dalam masa terdekat.
Katanya jawatankuasa itu akan berjumpa dengan semua agensi kerajaan berkaitan untuk menyelaras aktiviti-aktiviti kawalan vektor dalam usaha membasmikan pembiakan nyamuk Aedes bagi menangani penularan virus Zika. -MYNEWSHUB.CC

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments