BILA sudah tiada maruah, inilah yang akan terjadi. Sekumpulan gadis yang terdesak untuk mendapatkan calon suami sanggup membuka baju dan hanya memakai bra serta seluar dalam, sambil berdiri di tepi jalan di bandar Kazan, Rusia.
Gadis-gadis berkenaan telah menyertai satu bengkel yang mengajar mereka untuk mencari suami, dan itulah praktikal yang perlu mereka lakukan di tepi jalan.
Mereka akan meminta wang tunai kepada pemandu kenderaan dengan alasan mahu membeli baju.
“Awak ada RM6.30 untuk (membeli) kemeja-t. Kami mahu ke (pusat beli belah) Nizhniy Novgorod. Ini adalah permintaan. Tolonglah kami,” demikian ayat yang diajar dalam bengkel itu untuk memujuk orang ramai yang lalu lalang di jalan berkenaan.
Menurut penduduk tempatan, seramai tujuh orang gadis terlibat dalam aksi pelik dan tidak bermaruah berkenaan.
Gadis-gadis terbabit dilaporkan membayar sebanyak RM1,567 untuk mengambil bahagian dalam bengkel selama tiga hari itu.
Dalam pada itu, seorang lelaki dikenali sebagai Andrey berkata, pada mulanya dia menyangka gadis-gadis itu mencari Pokemon Go.
“Rupa-rupanya mereka adalah sekumpulan gadis bodoh yang tidak berotak,”
No comments
Post a Comment