Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



PUTRAJAYA: Seorang bayi lelaki, Mohd Danish Rayqal berusia lima bulan ditemui mati oleh pengasuhnya di sebuah pusat jagaan di sini, Selasa.

Bayi itu didapati sudah tidak bernyawa semasa pengasuh berkenaan hendak memandikannya kira-kira pukul 3 petang.

Bapa bayi itu, Ismail Ramli, 28, yang menghubungi Bernama berkata beliau bergegas ke Hospital Putrajaya sebaik dimaklumkan mengenai perkara itu.

"Pihak taska telah menghubungi saya setelah mereka sampai di hospital, dan bayi saya telah disahkan meninggal dunia," katanya.

Ismail membuat laporan polis kerana meragui punca kematian anaknya yang sihat semasa dihantar ke pusat jagaan pagi Selasa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan polis akan menjalankan siasatan. - BERNAMA

Dia merupakan antara pencuri paling berprofik di Thailand.

Hobinya hanya dua perkara, pertama mencuri seluar dalam wanita, dan kedua mencium seluar dalam yang dicurinya itu.

Namun pencuri berusia 48 tahun itu akhirnya ditangkap selepas pergerakannya berjaya dihidu pihak berkuasa. Difahamkan suspek telah melakukan kegiatan ini sejak 30 tahun lepas. Menurut akhbar The Bangkok Post, ketika ditahan, terdapat beribu seluar dalam wanita di dalam bonet keretanya.

Pegawai polis, Mejar Jeneral Saroj Promcharoen berkata, hasil siasatan, pihaknya menyerbu rumah suspek di Bangkok dan menemui hampir 10,000 seluar dalam wanita lagi yang telah dicurinya selama ini.

Kata Promcharoen, lelaki itu dipercayai mula melakukan perbuatan tersebut sejak berumur 18 tahun.

"Dia mencium seluar dalam yang dicuri itu setiap kali sedang memandu kereta.” katanya.

Jarang sekali kita lihat pejabat syarikat bukan teknologi mempunyai rekaan sebebeni. Pejabat baru Bank of Australia di Melbourne Waterfront memecahkan tradisi ini. Rekaan dalamannya bukan sahaja nampak ceria tetapi sangat moden. Biasanya pejabat bank nampak skema dan old fashioned. Warna terang dan bentuk geometri digunakan pada keseluruhan bangunan. Very nice. Kalau semua pejabat macam ini pastinya cool. Barulah ada semangat nak datang kerja.






Laporan asal TrendIdeas
Seorang wanita merantai anaknya yang sakit mental dalam sebuah bilik sejak 21 tahun lalu dengan sebahagian besar masanya hanya terlantar di atas katil.


Menurut media semalam, Hong Chunlin terpaksa dirantai dan dikurung di rumahnya apabila dia mula menjadi ganas dan sukar dikawal. Hong, 37, kini dijaga ibunya, Chen Jiufang, 71, di rumah mereka di di Nanjing, Jiangsu, timur China.

Disebabkan terlalu lama dirantai, pergelangan tangan Hong mempunyai parut yang dalam. Chen berkata, Hong mula mengalami gangguan mental ketika berusia 16 tahun akibat kemurungan melampau kesan gagal bercinta.


“Sebelum ini, Hong pernah dibiarkan bebas tetapi dia selalu bergaduh, memaksa saya mengurungnya di rumah,” katanya.

Menurut Chen, Hong mudah menjadi agresif jika ternampak warna merah kerana bekas kekasihnya mengenakan pakaian berwarna itu ketika mereka berpisah. “Kami petani miskin dan tak mampu membiayai perubatan Hong di hospital atau membeli ubat untuk mengawal perlakuannya,” katanya.


Apa yang boleh dilakukannya, kata Chen, adalah memastikan Hong kekal bersih, selamat dan mendapat cukup makan. “Memang sedih melihat Hong dirantai, tetapi jika tidak dibuat begitu, dia akan mencederakan orang lain dan dirinya,” katanya.

Walaupun terlalu lama dirantai, Chen masih berharap Hong akan pulih satu hari nanti walaupun masalah kewangan tetap menjadi kekangan kepada mereka. “Mudah-mudahan ada mana-mana pihak tampil membantunya,” katanya.
Menurut DailyMail, gambar ini telah dijual kepada pihak mereka pada 26 Februari 1981 iaitu dua hari selepas perkahwinan Princess Diana kepada Prince Charles. Dalam gambar ini menunjukkan seorang remaja lelaki dan Princess Diana pada usia 17/18 tahun di sebuah kawasan luncur ais. 

Gambar ini sahaja dijual pada harga RM 4,500 ketika itu. Kini mereka menyatakan sesiapa yang tahu pasal lelaki tersebut sila hubungi DailyMail A.S.A.P. Gambar ini tidak disiarkan pada 1981 kerana pihak DM takut itu akan merosakkan imej Princess Diana ketika itu yang mana dia mungkin bakal menjadi Permaisuri. 





Kenguru02

Sebuah syarikat di Hungary telah berjaya mencipta sebuah kenderaan khas untuk para pengguna kerusi roda untuk memudahkan mereka bergerak ke mana-mana dengan selesa.

Syarikat berkenaan banyak mencipta kenderaan dan kemudahan untuk orang kelainan upaya

Kenderaan yang dikuasakan tenaga elektik ini dilengkapi pintu pada bahagian belakangnya untuk memudahkan pengguna kerusi roda masuk dan keluar dari bahagian belakang.

Keseluruhan kawalan kenderaan diletakan pada kemudi yang menyerupai alat kawalan motosikal.

Kenderaan itu dipanggil Kenguru dan ia mampu memeceut sehingga 72 kilometer sejam dan jarak perjalanan maksimum ialah 96 kilometer sebelum baterinya perlu dicas semula.

Menurut laman web kengurucars.com, ia sebuah kenderaan yang sudah lama ditunggu-tunggu oleh para pengguna kerusi roda dengan ciri-ciri menjaga alam sekitarnya yang menggunakan kuasa elektrik.

Alat kawalan berupa ‘joystick’ akan diperkenalkan secara berperingkat. Kenderaan itu kini berada dalam proses akhir peringkat pembangunan sebelum dipasarkan dan harga akhirnya diumumkan.

Pengguna kerusi roda yang memandu kenderaan ini akan selamat kerana kerusi roda mereka akan dikunci di dalam kenderaan sebaik masuk dan mula menunggangnya.

Oleh kerana berat Kenguru yang ringan, ia diklasifikasikan sebagai sebuah scooter dan pengguna kerusi roda perlu memiliki lesen scooter untuk menggunakannya.

Syarikat itu mensasarkan penjualan Kenguru kepada pengguna kerusi roda yang banyak menghabiskan masa bergerak keluar dari bandar atau yang suka bersiar-siar dengan kenderaan sendiri di seluruh dunia.
Adam Levine, Lady Gaga

Laman sosial media seperti Twitter, Facebook dan Instagram kadang-kala boleh mencetuskan pergaduhan.

Perkara ini juga sering terjadi di kalangan selebriti popular sekiranya mereka tidak berhati-hati dalam mengeluarkan pendapat berhubung sesuatu perkara.

Terbaru, vokalis kumpulan Maroon 5, Adam Levine dikatakan secara tidak langsung menyindir seorang artis di laman Twitternya dengan menulis, “tindakan mengitar semula hasil seni lama untuk tontonan generasi muda tidak menjadikan anda seorang artis. Ianya hanya menjadikan anda seperti seorang guru seni”.

Adam Levine, Lady Gaga 1

Dia juga menambah, “saya suka menulis dan mempersembahkan muzik pop untuk diri saya sendiri dan orang di sekeliling saya. Itu saja. Tidak perlu benda-benda lain selain itu”.
Lady Gaga yang terasa tweet itu ditujukan kepadanya terus membalas dengan mengatakan, “polis seni ada di sini (merujuk kepada Adam)”.

Adam Levine, Lady Gaga 2

Walaupun tiada lagi tweet selepas itu namun menurut Huffington Post, tweet Adam itu dipercayai merujuk kepada muzik video single terbaru Lady Gaga berjudul ‘Applause’ yang memaparkan adegan filem klasik The Seventh Seal dan lukisan popular karya Sandro Botticelli pada tahun 1486 berjudul The Birth of Venus.
Terlebih Telan VIAGRA, Penisnya Terpaksa Dipotong Kerana 'Keras' Berhari-Hari!

Colombia – Gara-gara mahu ingin memuaskan teman wanitanya, seorang warga emas terpaksa menerima hakikat bahawa alat sulitnya terpaksa dipotong selepas dia mengambil Viagra berlebihan.

Lelaki berusia 66 tahun dan berasal dari Gigante, Colombia, itu mengalami ereksi selama beberapa hari, menyebabkan dia terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.
Keadaan alat sulitnya yang membesar dan menegang itu juga dikatakan menunjukkan tanda gangren.
Ia memaksa lelaki tersebut yang juga seorang peladang dan bekas ahli politik menjalani pembedahan memotong alat sulitnya bagi mengelakkan gangrene itu merebak ke seluruh badan.

Menurut doktor, dia kini semakin stabil selepas pembedahan dijalankan.

Susulan kepada insiden berkenaan, pihak berkuasa telah memberi amaran kepada kaum lelaki supaya tidak menggunakan ubat untuk membantu menegangkan alat sulit mereka tanpa mendapat kebenaran doktor.

Awal minggu ini, seorang lelaki di Yaman telah meninggal dunia akibat mengambil Viagra berlebihan sebagai persediaan malam pertama.

Lelaki itu baru berusia 25 tahun dan dia meninggal dunia di hospital selepas rebah.

Kerusi malas ialah antara perabot yang wajib ada di rumah. Sky Chair, kerusi malas yang tergantung yang nampakcomfy. Kerusi Sky Chair sudah dijual sejak 1977 dan setiap satunya adalah handmade. Surprisingly tak pernah nampak ianya dijual di Malaysia. Setiap Sky Chair dijual pada harag USD 109.90 (RM 362). Do want



Laporan asal Air Chair

Khabarnya sebuah stesen radio swasta telah mengeluarkan gosip liar yang mendakwa pelakon cantik, Wawa Zainal sudah berkahwin dengan Aeril Zafrel secara senyap-senyap dan melahirkan seorang bayi.

Sejauh manakah kebenaran dakwaan ini? Aeril Zafrel yang ditemubual media semalam tampil menafikan gosip tersebut dan meminta orang ramai agar tidak mempercayai sebarang tuduhan yang tidak mempunyai bukti sah.

“Saya tidak tahu hendak kata apa (ketawa). Itu hanyalah kata-kata tanpa sebarang bukti yang sahih, jika saya nafi dan komen lebih-lebih orang memang tidak akan berhenti bercakap. Memang saya tidak berkahwin, saya hanya kahwin dalam drama sahaja.”

Berkenaan isu kehamilan Wawa Zainal yang turut sama tersebar, pelakon yang kini sedang popular menerusi drama bersiri Cinta Jannah di TV3 itu menyeru semua pihak agar berhenti menyebarkan gosip-gosip tidak masuk akal.

“Jika saya kahwin, pasti ada bukti kerana pelbagai perkara harus diselesaikan seperti dokumen, bukan boleh berkahwin secara senyap kerana akhirnya orang akan tahu juga.” - Rotikaya

Penyebaran sebuah video yang memaparkan isteri Nor Shahrul Idlan Talaha (Mat Yo) iaitu Shahrul Aisya memaki hamun seorang pengawal keselamatan telah menggemparkan seluruh peminat bolasepak tanahair.

Video berkenaan dimuatnaik semalam menerusi laman Youtube oleh seorang individu yang dirahsiakan identitinya. Ekoran itu, Shahrul telah dikritik dan dikutuk teruk orang ramai. Rata-rata komen peminat tidak senang dengan tindakan tersebut dan meminta Mat Yo agar menceraikannya.

Kemarahan isteri bekas penyerang Kelantan itu dikatakan berpunca daripada tindakan seorang pengawal keselamatan menegurnya kerana meletakkan kenderaan di tempat yang salah. 






Apa pula kes terbaru yang mengaitkan penyanyi Salwa Razak dengan seorang lelaki bergelar Datuk? Dia dikatakan semakin kaya sejak akhir-akhir kerana ditaja oleh lelaki berkenaan.

Yang menariknya, gosip ini timbul selepas Salwa memuatnaik beberapa keping gambarnya di laman sosial yang memperlihatkan serba sedikit kemewahannya. Jangan salahkan peminat, mereka mudah tertipu dengan gambar-gambar yang dikongsikan. 

Menerusi media Utusan, pelakon seksi itu tampil menafikan tuduhan berkenaan dan menjelaskan bahawa kemewahan yang kini dinikmatinya adalah hasil titik peluk sendiri tatkala dia seringkali dijemput untuk mengadakan persembahan secara tertutup. 

"Kalau mahu dikatakan terlalu mewah tidaklah. Tetapi memang ada perbezaan dari kehidupan saya dahulu."

"Saya tidak ditaja. Siapa yang bawa cerita ini? Mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya saya banyak menerima undangan nyanyian untuk majlis-majlis tertutup. Jadi pendapatan saya kebanyakan datang dari situ."
Mari lihat apakah peristiwa hitam yang berlaku pada hari yang dianggap malang bagi semua orang ini. 



Nora Danish
Sebelum ini pelakon cantik Nora Danish pernah menyatakan yang beliau tidak keberatan sekiranya mana-mana pihak menganggap dirinya dan lelaki yang dikenali sebagai Nadeem adalah pasangan kekasih. Bukan tidak mahu berterus terang, cuma kata Nora, sebolehnya beliau tak mahu terlebih bercerita tentang hubungan cinta. Lain lah kalau mereka benar-benar sudah membuat keputusan untuk berkahwin nanti, berita itu akan dikongsikan pada semua.
Namun semakin hari, hubungan cinta mereka seakan bukan lagi rahsia. Malah keintiman Nora dan Nadeem semakin terserlah. Lebih-lebih lagi apabila baru-baru ini Nora membawa pulang anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Y.B. Dato’ Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz itu ke kampung halamannya yang terletak di Myanmar.
“Okay sebenarnya macam ni, mulanya kami rancang nak balik bertiga iaitu saya, ibu saya dan kakak saya. Oleh sebab di Myanmar sekarang sedang ada pergolak. Jadi, disebabkan kami semua perempuan, itu yang Nadeem tawarkan diri nak ikut sama. Dia bersama sepupu dia temankan kami sebagai menjaga keselamatan kami. Sekurang-kurangnya kalau ada orang lelaki dengan kami, rasa selamat lah sikit”, jelas Nora ekoran kepulangannya ke Myanmar ditemani Nadem.
Sepanjang berada di kampung, kata Nora, walaupun Nadeem pandai mengambil hati keluarganya. Mengenai gambar-gambar mesra mereka sepanjang di Myanmar yang dimuat naik di laman instagramnya, Nora tidak menyalahkan sesiapa jika ada yang beranggap benarlah gosip mereka selama ini.
“Di kampung kami dan keluarga ada masalah komuikasi tapi mujur ibu saya yang bantu terjemahkan apa-apa perbualan saya dengan keluarga. Walaupun ada masalah kominikasi, Needim pandai ambil hati ahli keluarga saya. Dia seorang yang kelakar.
Saya tak salahkan peminat kalau nak kata saya bercinta dengan Needim. Lagipun, gambar-gambar kami banyak di Instagram. Saya yang gatal tangan nak upload gambar-gambar tu”, jelas Nora Danish sambil berseloroh.
Seperkara lain, Nora berkata dia tidak menyangka yang Needim sedikit-sedikit mula memahami dunia artisnya. Malah agak mengejutkan baginya apabila Nedim kini juga sudah mempunyai akaun Instagram dan peminatnya sendiri.
“Saya pun sebenarnya terkejut juga sebab Nedim buka akaun Instagram baru-baru ni dan tak sangka dia rajin layan peminat. Dia sekarang dah ada peminat-peminatnya sendiri”, tambah ibu anak satu ini lagi.
Bawa Nenek Tinggal di Malaysia
Dalam pada itu Nora memberitahu tujuan sebenarnya pulangannya ke Myanmar kerana moyangnya yang bernama Amibia, 96, meninggal dunia. Kini dia dan ibunya sedang berusaha memujuk neneknya untuk tinggal bersamanya di Kuala Lumpur.
“Saya dan ibu memang bercadang nak balik kampung, tapi disebabkan kekangan masa. Sampai lah moyang saya meninggal dunia baru-baru ni. Sekarang ni ibu saya masih berada di sana.
“Disebabkan moyang saya sudah tiada, saya dan ibu saya nak pujuk nenek untuk tinggal dengan kami di Kuala Lumpur. Tapi nenek saya tu susah sikit nak tinggalkan rumahnya. Macam-macam dia bagi alasan. Sekarang ni ibu saya masih pujuk dia”, katanya. - Malaysian Digest
awek cun ni hilang
SEMALAM, Mynewshub ada menyiarkan cerita mengenai seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang dari kediaman keluarganya yang terletak di Damansara Perdana sejak Sabtu lalu.
Namun, kebimbangan keluarganya terjawab apabila gadis yang dikenali sebagai Ayza Nazira itu telah ditemui dalam sebuah tandas, kira-kira 500 meter dari rumahnya pada jam 9 malam, semalam.
Ayza telah ditemui dalam keadaan lesu oleh orang awam dalam tandas sebuah pusat membeli belah.
Kehilangannya anak bongsu daripada tiga beradik itu dikatakan kerana dia takut untuk menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang akan dihadapinya pada 2 Oktober hingga8 Oktober depan.
Harapnya selepas ini Ayza tidak lagi menghilangkan diri kerana masalah remeh sebegini dan semoga dia dapat menjalani PMR dengan hati yang tenang kelak.
Adam AF
Pastinya perkhabaran ini mengejutkan peminat industri hiburan tanah air.
Yela, apa taknya, sebelum ini tidak pernah mendengar sebarang gosip mengenai penyanyi yang kini sudah berhijrah, Adam AF dengan mana-mana wanita.
Tup tup dikejutkan dengan berita dia akan menikahi bekas anggota kumpulan Elite yang semakin ayu berhijab iaitu Fiza Elite, Khamis ini.
Menerusi Berita Harian, Adam menyatakan, “inilah ketentuan Allah. Inilah jodoh saya. Moga-moga kekal ke akhir hayat. InsyaAllah”.
xpix_gal0.pagespeed.ic.8Je30o7_0O
Tahniah diucapkan buat kedua-dua bakal mempelai, semoga ikatan perkahwinan yang dibina akan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Fiza mempunyai dua cahaya mata dari perkahwinan terdahulu manakala Adam masih bujang.

BANGKOK - Jasad bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dibakar petang semalam di Wat That Thong, Jalan Sukhumvit di sini, lapor akhbar Bangkok Post.
Dia meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok pada 16 September lalu pada usia 89 tahun akibat sakit tua.
Memetik laporan akhbar dalam talian The Star, mayat Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dibakar sekitar pukul 6 petang.
Bangkok Post juga melaporkan bahawa abu mayatnya mungkin disemadikan di selatan Thailand.
Kematian pemimpin yang berasal dari Sitiawan, Perak itu telah mencetuskan kontroversi apabila kerajaan Malaysia menghalang jasad atau abu mayatnya dibawa pulang.
Chin Peng tinggal dalam buangan di Thailand selama lebih lima dekad dan dilarang kembali ke Malaysia.
Menurut sumber-sumber keluarganya, sebahagian abu mayat Chin Peng mungkin disimpan oleh anak dan cucunya.
Sebahagian lagi abu mayatnya dikatakan bakal disemadikan di empat kampung yang didiami rakan seperjuangannya dalam PKM.
Empat kampung tersebut terletak di Betong, Kabang dan Tarnto, Yala serta Sukhirin di daerah Narathiwat. - Agensi

Kosmo

NAIROBI - Seramai 69 orang disahkan terbunuh manakala 63 lagi hilang dalam serangan di Pusat Beli-Belah Westgate di ibu kota Kenya di sini, kata Palang Merah Kenya semalam.
Mereka yang hilang termasuk sejumlah tebusan dan mangsa yang mati dalam serangan kumpulan militan Al-Shebab di premis itu sejak tiga hari lalu.
Beberapa mangsa lain dipercayai masih bersembunyi di pusat beli belah tersebut.
Ketika konfrontasi tentera dengan kumpulan militan Somalia itu masuk hari ketiga semalam, bunyi bedilan mesingan berterusan selama 15 minit pada waktu subuh dengan askar-askar yang mengepung bangunan tersebut tunduk untuk menyelamatkan diri.
Kumpulan Al-Shebab semalam mengancam membunuh para tebusan ketika mereka dikepung tentera Kenya.
Kumpulan Al-Shebab tidak menyatakan bilangan tebusan yang ditawan.
Serangan di pusat beli-belah berkenaan berlaku pada Sabtu lepas apabila sekitar 12 penyerang menyerbu bangunan empat tingkat itu dan melepaskan tembakan serta membaling bom tangan ke arah orang ramai.
"Para mujahidin di dalam bangunan itu dibenar untuk mengambil apa sahaja tindakan terhadap tawanan bergantung kepada tekanan yang diberikan ke atas mereka ," kata jurucakap Al-Shebab, Ali Mohamud Rage dalam satu kenyataan di laman web kumpulan itu. - AFP

Kosmo

TIDAK ada angin masakan pokok bergoyang. Begitulah yang terjadi kepada dua pelakon popular, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang dikatakan sedang hangat bercinta meskipun masing-masing tidak pernah memberi kenyataan yang jelas mengenai status hubungan mereka.
Terbaharu, pada Sabtu lalu, sebuah stesen radio swasta mengeluarkan gosip, kononnya seorang pelakon wanita yang sudah lama menghilang sebenarnya telah selamat melahirkan anak dan kini sedang berpantang.
Suami kepada pelakon wanita itu pula dikatakan seorang pelakon juga yang cukup popular dengan drama yang ditayangkan pada waktu petang. Berita itu didakwa diperolehi daripada sumber yang boleh dipercayai iaitu keluarga angkat pelakon lelaki itu sendiri.
Ramai yang bertanyakan hal itu, adakah pelakon lelaki yang didakwa telah berkahwin itu merupakan pelakon kacak, Aeril Zafrel kerana secara kebetulan drama lakonannya iaitu Cinta Jannah sedang hangat pada waktu petang di TV3.
Teka-teki bermain di fikiran ramai, mungkin pelakon wanita yang didakwa menjadi isterinya itu adalah pelakon Wawa Zainal yang kebetulan sedang berehat di kampung halamannya di Sabah sejak empat bulan lalu kerana berubat akibat penyakit misteri atau bahasa mudahnya penyakit berkaitan makhluk halus.
Bagi mendapatkan cerita yang sebenar, ikuti temu bual Kosmo! bersama Aeril dan juga Wawa.
Kosmo!: Ada gosip mendakwa seorang pelakon lelaki yang popular dengan drama waktu petang telah bernikah secara sembunyi dengan seorang pelakon wanita. Sekarang drama Cinta Jannah sedang popular dan semua mata tertumpu pada Aeril, ada yang mendakwa pelakon lelaki itu Aeril. Komen?
AERIL: Saya tidak tahu hendak kata apa (ketawa). Itu hanyalah kata-kata tanpa sebarang bukti yang sahih, jika saya nafi dan komen lebih-lebih orang memang tidak akan berhenti bercakap.
Adakah memang benar anda telah berkahwin?
Memang saya tidak berkahwin, saya hanya kahwin dalam drama sahaja (ketawa).
Wanita yang didakwa kononnya menjadi isteri anda adalah pelakon Wawa Zainal. Komen?
Sekarang status kami berdua hanyalah sahabat baik dan saling mempercayai antara satu sama lain. Tidak dinafikan dan tipulah kalau kata kami tidak berjumpa. Jika dia berada di Kuala Lumpur, kami akan keluar makan bersama, tetapi sekarang dia berada di kampungnya di Sabah kerana sedang berubat.
Boleh komen cerita yang kononnya Wawa telah hamil?
Di sini saya ingin memohon tolong jangan sebarkan cerita jika tidak ada bukti dan akan memburukkan orang lain. Andai ada bukti sekalipun dan cerita itu sahih, jika dikeluarkan menjadi aib kepada tuan punya badan, tidak boleh juga dikeluarkan. Jika tidak benar, lagi berdosa dan harus meminta maaf kepada Wawa.
Andai anda berkahwin kelak adakah anda akan menyembunyikan perkahwinan itu?
Perkara yang baik saya akan beritahu kepada orang yang wajib tahu terlebih dahulu kerana bimbang akan menjadi fitnah pada kemudian hari. Jika saya kahwin, pasti ada bukti kerana pelbagai perkara harus diselesaikan seperti dokumen, bukan boleh berkahwin secara senyap kerana akhirnya orang akan tahu juga.
Sejauh mana keterbukaan anda bersama media dan peminat berhubung hal peribadi anda?
Saya lebih suka sembunyikan hal-hal yang tidak ada kaitan dengan kerja contohnya saya berkawan dengan Wawa. Sejujurnya saya tidak pernah sorok pun, lihat sahaja di laman sosial saya. Bagaimanapun, jika hal itu memberi manfaat jika saya kongsi bersama, dipersilakan untuk berkongsi. Tidak kiralah artis atau orang biasa, bukan semua hal kita akan kongsi dengan semua orang.



Kosmo
Sony sasar jual lima juta  PlayStation 4

Tokyo: Sony Corp menyasarkan menjual lima juta unit konsol permainan PlayStation 4 dalam tempoh lima bulan selepas pelancaran yang mungkin bersamaan dengan pelancaran konsol Xbox One keluaran Microsoft Corp. 


Sony menjual 3.6 juta unit PS3 selepas dilancarkan pada November 2006 hingga 31 Mac 2007. 


PS4, antara sandaran utama Sony untuk meraih kembali keuntungan besar daripada operasi perkakasan, akan melancarkan konsol itu pada 15 November di Amerika Syarikat, diikuti jualan runcit seminggu kemudian. 


PS4 akan mula dijual di Jepun pada 22 Februari, sekali gus jualan dari Jepun hanya dapat memberi sumbangan kepada pendapatan Sony hanya selama sebulan menjelang tahun kewangan berakhir pada 31 Mac 2014. 

Ketua Unit Permainan Sony, Andrew House, berkata tempahan awal untuk konsol permainan itu berjumlah satu juta unit sehingga akhir Ogos lalu. 

Sony, seperti juga Microsoft sudah mengembangkan peranan konsol permainan daripada setakat medium liburan kepada peranti kawalan hiburan ruang tamu merangkumi filem, televisyen dan kandungan internet.
Pelatih PLKN maut dipukul

Muadzam Shah: Seorang pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN), ditemui mati di bilik air Kem Pinggiran Pelangi, dekat sini, tengah malam kelmarin, dipercayai dipukul dengan objek tumpul.


Mangsa, Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, yang berasal dari Kerdau, Temerloh, ditemui terbaring dalam bilik air itu oleh rakan lain pada jam 12 tengah malam. 


Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya, berkata laporan bedah siasat Hospital Muadzam Shah menunjukkan ada kesan lebam di belakang telinga mangsa dipercayai akibat pukulan objek tumpul. 




Teruskan siasatan

“Mangsa meninggal dunia kemungkinan akibat dipukul berdasarkan kesan lebam di belakang telinga tetapi kita akan teruskan siasatan bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian berkenaan,” katanya di sini, semalam.

Johari berkata, pihaknya menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Sebaik ditemui, mangsa yang tidak sedarkan diri dihantar ke Hospital Muadzam Shah, namun disahkan sudah meninggal dunia,” katanya. 
Sementara itu, Pemangku Ketua Pengarah Latihan Khidmat Negara, Rozainor Ramli, berkata sebelum itu, mangsa dalam keadaan sihat serta baru selesai menjalani latihan bersama pelatih lain.

“Satu pasukan khas ditubuhkan pada peringkat jabatan bagi menyiasat perkara itu sebaik memperoleh laporan bedah siasat mengenai punca kematian mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Bapa mangsa, Norhamidi Bakar, 46, ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Muadzam Shah, berkata kali terakhir beliau bertemu Muhammad Suhaimi adalah ketika menghantarnya ke kem untuk pendaftaran, bulan lalu.

Anak sulung daripada tiga beradik itu seorang yang pendiam namun disenangi rakan. 

“Sebelum pergi, arwah bersemangat menyertai PLKN dalam usaha mengejar cita-citanya menjadi anggota polis. Saya reda dengan kejadian yang menimpanya,” katanya.
Pelajar hilang ditemui lesu dalam tandas

Petaling Jaya: Ayza Nazira Zulfazli, pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sri Aman yang hilang dari kediamannya di sebuah kondominium di Damansara Perdana di sini sejak Sabtu lalu, ditemui lesu dalam sebuah tandas, kira-kira 500 meter dari rumahnya malam tadi. 


Dia yang bakal menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) minggu depan ditemui oleh orang awam dalam tandas Pasaraya Jaya pada jam 9 malam. 


Hilang ketika ibu bapa bekerja 


Orang awam yang menemuinya menghubungi emak saudara Ayza yang kemudian dimaklumkan kepada ibu bapanya yang ketika itu sedang mencarinya di sekitar Petaling Jaya. 

Ayza didapati hilang dari rumahnya di Kondominium Damansara Ekslusif, Damansara Perdana antara jam 2.45 petang dan 10 malam Sabtu lalu ketika ibu bapanya keluar ke Shah Alam kerana urusan kerja, manakala kakaknya, Alya Suraya ke perpustakaan.  BH
Faizal Tahir . Foto RAYMOND OOI
PETALING JAYA: Penyanyi Faizal Tahir memberitahu penglibatannya dalam Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) tiada kena mengena dengan isu dirinya merajuk dengan pihak rangkaian televisyen Media Prima selepas dikatakan digam stesen tersebut.
Faizal, 35, berkata, sebagai penyanyi yang berada di bawah naungan pengurusan Media Prima iaitu Monkeybone, dakwaan yang mengatakan dia ingin beralih ke stesen televisyen lain juga tidak relevan.
"Tidak kiralah sama ada penglibatan saya dalam AF 2013 ini berkait dengan isu saya kononnya digam atau tidak. Benda ini bukannya satu masalah pun.
"Saya rasa pihak yang berkata sedemikian perlu melihat kembali bahawa setiap tawaran kerja yang diterima perlu melalui Monkeybone.
"Jadi, jika ada yang mendakwa saya sertai program di stesen televisyen Astro kerana merajuk dengan Media Prima, itu tidak relevan," katanya kepada mStar Online.
Tambah Faizal, penerimaan dia sebagai 'Inspirer' pelajar AF 2013 adalah sebagai sumbangannya terhadap industri muzik agar bagi memiliki pendatang baharu yang serba boleh dalam nyanyian
"Saya sertai AF 2013 bukannya saja-saja. Kalau asyik memenuhi tawaran menyanyi dan kemudian sertai pertandingan seperti AJL (Anugerah Juara Lagu), apa yang industri muzik kita akan dapat?
"Saya tak mahu memeriahkan industri semata-mata, tetapi ingin menyumbangkan sesuatu dalam bidang ini terutamanya kepada golongan muda yang berbakat besar dalam seni muzik," ujarnya.
Jimmy enggan mengulas mengenai khabar angin yang mengatakan dia sudah menamatkan zaman dudanya.
PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Jimmy Shanley tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengulas mengenai khabar angin kononnya dia sudah menamatkan zaman duda dengan seorang wanita berstatus janda.
Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 33, berkata, buat masa ini dia tidak mempunyai sebarang jawapan kepada isu tersebut dan tidak kisah jika ada yang terus membuat spekulasi tentangnya.
"Tiada komen. Biarlah rahsia. Terpulang sama ada orang ingin kata saya sedang bercinta atau pun sudah berkahwin. Doakan yang baik-baik untuk saya," katanya ketika dihubungimStar Online pada Isnin.
Jimmy pernah mendirikan rumah tangga dengan Nursuhaila Eliani Suhaimy, 27, pada 1 Oktober 2010 di kediaman keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh.
Kedua-dua mereka mula tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010, iaitu 20 hari selepas bernikah sebelum bercerai pada 10 Oktober 2012.
Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Zahrah Rania Shanley yang kini berusia dua tahun.
Dalam perkembangan sama, Jimmy berkata, dia bukan serik untuk berkongsi kisah peribadinya selepas kemelut rumah tangga bersama Nursuhaila mendapat liputan luas sebaliknya memberitahu perlu menjaga hati banyak pihak.
Jelas Jimmy, dia cuma belum bersedia untuk menjelaskan kedudukan sebenar tentang cakap-cakap mengenai dirinya dan hanya akan berbuat demikian apabila tiba masa sesuai.
"Bukan saya serik tetapi cerita tentang rumah tangga dulu baru sahaja reda dan apabila tiba masa sesuai saya sendiri akan jelaskan perkara sebenar," katanya.
Dalam pada itu, Jimmy turut enggan mengulas mengenai hubungannya dengan bekas isteri berhubung hak lawatan anak mereka yang kini dibawah jagaan Suhaila.
Jelas Jimmy, dia tidak mahu membuat sebarang kenyataan mengenai perkata itu kerana bimbang ia akan disalah erti oleh orang lain sehingga menyebabkan ia menjadi kembali kecoh di dalam media.
"Sekarang ini situasi dah reda dan biarlah ia kekal begitu dan bagaimana keadaan hubungan kami atau apa sahaja isu di antara kami saya tidak mahu komen," katanya.
Dalam perkembangan lain, Jimmy berkata, dia baharu sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang Pengurusan Perniagaan di peringkat Sarjana di Universiti Terknologi Mara (UiTM) Shah Alam dan berhasrat menyambung ke peringkat kedoktoran dalam masa terdekat.
"Alhamdulillah pengajian sudah tamat dan jika ada rezeki saya berhasrat untuk sambung ke peringkat seterusnya kerana belajar itu tidak rugi dan alang-alang dah sampai ke peringkat Sarjana biarlah sampai habis(kedoktoran)," katanya.
Jimmy sekarang merupakan juruhebah saluran radio UFM yang boleh diikuti di Lembah Klang menerusi frekuensi 101.3 FM. mStar
Oprah terbuka bercakap mengenai tekanan perasaan yang dialaminya tahun lalu.
PENGACARA dan mogul media terkenal, Oprah Winfrey mengesahkan khabar angin yang mengatakan dia mengalami tekanan perasaan pada tahun 2012 akibat tertekan dengan kedudukan rangkaian stesen televisyen miliknya iaitu OWN yang menghadapi pelbagai masalah.
Ketika ditemubual bersama Access Hollywood, Oprah, 59, berkata, dia hanya menyedari keadaan dirinya ketika itu apabila menemubual Jason Russell yang turut mengalami tekanan perasaan melampau.
Oprah berkata, apabila mendengar kisah Russell dia mula tersedar bahawa dirinya juga mengalami simptom sama namun cuba menafikan kebenaran tersebut.
"Saya tidak pernah menyedari bahawa saya tertekan dengan masalah yang menimpa syarikat dan mendengar cerita Russell telah menyedarkan saya untuk menghadapi kebenaran tentang diri sendiri," ujarnya.
Oprah berkata, pada awalnya dia tidak merasakan mempunyai masalah dan cuba melarikan diri daripada setiap kemelut yang menimpa OWN.
"Keadaan bertambah teruk dan saya tidak tahu lagi bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang menimpa," katanya.
Pelakon filem The Butler itu bagaimanapun berkata, dia mula sedar setiap masalah perlu dihadapi dengan tenang supaya tidak menjejaskan kesihatannya. mStar