Sebuah syarikat di Hungary telah berjaya
mencipta sebuah kenderaan khas untuk para pengguna kerusi roda untuk
memudahkan mereka bergerak ke mana-mana dengan selesa.
Syarikat berkenaan banyak mencipta kenderaan dan kemudahan untuk orang kelainan upaya
Kenderaan yang dikuasakan tenaga elektik
ini dilengkapi pintu pada bahagian belakangnya untuk memudahkan
pengguna kerusi roda masuk dan keluar dari bahagian belakang.
Keseluruhan kawalan kenderaan diletakan pada kemudi yang menyerupai alat kawalan motosikal.
Kenderaan itu dipanggil Kenguru dan ia
mampu memeceut sehingga 72 kilometer sejam dan jarak perjalanan maksimum
ialah 96 kilometer sebelum baterinya perlu dicas semula.
Menurut laman web kengurucars.com, ia
sebuah kenderaan yang sudah lama ditunggu-tunggu oleh para pengguna
kerusi roda dengan ciri-ciri menjaga alam sekitarnya yang menggunakan
kuasa elektrik.
Alat kawalan berupa ‘joystick’ akan
diperkenalkan secara berperingkat. Kenderaan itu kini berada dalam
proses akhir peringkat pembangunan sebelum dipasarkan dan harga akhirnya
diumumkan.
Pengguna kerusi roda yang memandu
kenderaan ini akan selamat kerana kerusi roda mereka akan dikunci di
dalam kenderaan sebaik masuk dan mula menunggangnya.
Oleh kerana berat Kenguru yang ringan,
ia diklasifikasikan sebagai sebuah scooter dan pengguna kerusi roda
perlu memiliki lesen scooter untuk menggunakannya.
Syarikat itu mensasarkan penjualan
Kenguru kepada pengguna kerusi roda yang banyak menghabiskan masa
bergerak keluar dari bandar atau yang suka bersiar-siar dengan kenderaan
sendiri di seluruh dunia.
No comments
Post a Comment