NAIROBI - Seramai 69 orang disahkan terbunuh manakala 63 lagi hilang dalam serangan di Pusat Beli-Belah Westgate di ibu kota Kenya di sini, kata Palang Merah Kenya semalam.
Mereka yang hilang termasuk sejumlah tebusan dan mangsa yang mati dalam serangan kumpulan militan Al-Shebab di premis itu sejak tiga hari lalu.
Beberapa mangsa lain dipercayai masih bersembunyi di pusat beli belah tersebut.
Ketika konfrontasi tentera dengan kumpulan militan Somalia itu masuk hari ketiga semalam, bunyi bedilan mesingan berterusan selama 15 minit pada waktu subuh dengan askar-askar yang mengepung bangunan tersebut tunduk untuk menyelamatkan diri.
Kumpulan Al-Shebab semalam mengancam membunuh para tebusan ketika mereka dikepung tentera Kenya.
Kumpulan Al-Shebab tidak menyatakan bilangan tebusan yang ditawan.
Serangan di pusat beli-belah berkenaan berlaku pada Sabtu lepas apabila sekitar 12 penyerang menyerbu bangunan empat tingkat itu dan melepaskan tembakan serta membaling bom tangan ke arah orang ramai.
"Para mujahidin di dalam bangunan itu dibenar untuk mengambil apa sahaja tindakan terhadap tawanan bergantung kepada tekanan yang diberikan ke atas mereka ," kata jurucakap Al-Shebab, Ali Mohamud Rage dalam satu kenyataan di laman web kumpulan itu. - AFP
Kosmo
No comments
Post a Comment