Petaling Jaya: Ayza Nazira Zulfazli, pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sri Aman yang hilang dari kediamannya di sebuah kondominium di Damansara Perdana di sini sejak Sabtu lalu, ditemui lesu dalam sebuah tandas, kira-kira 500 meter dari rumahnya malam tadi.
Dia yang bakal menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) minggu depan ditemui oleh orang awam dalam tandas Pasaraya Jaya pada jam 9 malam.
Hilang ketika ibu bapa bekerja
Orang awam yang menemuinya menghubungi emak saudara Ayza yang kemudian dimaklumkan kepada ibu bapanya yang ketika itu sedang mencarinya di sekitar Petaling Jaya.
Ayza didapati hilang dari rumahnya di Kondominium Damansara Ekslusif, Damansara Perdana antara jam 2.45 petang dan 10 malam Sabtu lalu ketika ibu bapanya keluar ke Shah Alam kerana urusan kerja, manakala kakaknya, Alya Suraya ke perpustakaan. BH
No comments
Post a Comment