PUTRAJAYA: Seorang
bayi lelaki, Mohd Danish Rayqal berusia lima bulan ditemui mati oleh
pengasuhnya di sebuah pusat jagaan di sini, Selasa.
Bayi itu didapati sudah tidak bernyawa semasa pengasuh berkenaan hendak memandikannya kira-kira pukul 3 petang.
Bapa bayi itu,
Ismail Ramli, 28, yang menghubungi Bernama berkata beliau bergegas ke
Hospital Putrajaya sebaik dimaklumkan mengenai perkara itu.
"Pihak taska telah menghubungi saya setelah mereka sampai di hospital, dan bayi saya telah disahkan meninggal dunia," katanya.
Ismail membuat laporan polis kerana meragui punca kematian anaknya yang sihat semasa dihantar ke pusat jagaan pagi Selasa.
Sementara itu,
Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Abdul Razak Abdul Majid ketika
dihubungi mengesahkan menerima laporan dan polis akan menjalankan
siasatan. - BERNAMA
No comments
Post a Comment