Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Jimmy Shanley Enggan Ulas Isu Kahwin Janda
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Jimmy enggan mengulas mengenai khabar angin yang mengatakan dia sudah menamatkan zaman dudanya.
PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Jimmy Shanley tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengulas mengenai khabar angin kononnya dia sudah menamatkan zaman duda dengan seorang wanita berstatus janda.
Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 33, berkata, buat masa ini dia tidak mempunyai sebarang jawapan kepada isu tersebut dan tidak kisah jika ada yang terus membuat spekulasi tentangnya.
"Tiada komen. Biarlah rahsia. Terpulang sama ada orang ingin kata saya sedang bercinta atau pun sudah berkahwin. Doakan yang baik-baik untuk saya," katanya ketika dihubungimStar Online pada Isnin.
Jimmy pernah mendirikan rumah tangga dengan Nursuhaila Eliani Suhaimy, 27, pada 1 Oktober 2010 di kediaman keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh.
Kedua-dua mereka mula tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010, iaitu 20 hari selepas bernikah sebelum bercerai pada 10 Oktober 2012.
Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Zahrah Rania Shanley yang kini berusia dua tahun.
Dalam perkembangan sama, Jimmy berkata, dia bukan serik untuk berkongsi kisah peribadinya selepas kemelut rumah tangga bersama Nursuhaila mendapat liputan luas sebaliknya memberitahu perlu menjaga hati banyak pihak.
Jelas Jimmy, dia cuma belum bersedia untuk menjelaskan kedudukan sebenar tentang cakap-cakap mengenai dirinya dan hanya akan berbuat demikian apabila tiba masa sesuai.
"Bukan saya serik tetapi cerita tentang rumah tangga dulu baru sahaja reda dan apabila tiba masa sesuai saya sendiri akan jelaskan perkara sebenar," katanya.
Dalam pada itu, Jimmy turut enggan mengulas mengenai hubungannya dengan bekas isteri berhubung hak lawatan anak mereka yang kini dibawah jagaan Suhaila.
Jelas Jimmy, dia tidak mahu membuat sebarang kenyataan mengenai perkata itu kerana bimbang ia akan disalah erti oleh orang lain sehingga menyebabkan ia menjadi kembali kecoh di dalam media.
"Sekarang ini situasi dah reda dan biarlah ia kekal begitu dan bagaimana keadaan hubungan kami atau apa sahaja isu di antara kami saya tidak mahu komen," katanya.
Dalam perkembangan lain, Jimmy berkata, dia baharu sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang Pengurusan Perniagaan di peringkat Sarjana di Universiti Terknologi Mara (UiTM) Shah Alam dan berhasrat menyambung ke peringkat kedoktoran dalam masa terdekat.
"Alhamdulillah pengajian sudah tamat dan jika ada rezeki saya berhasrat untuk sambung ke peringkat seterusnya kerana belajar itu tidak rugi dan alang-alang dah sampai ke peringkat Sarjana biarlah sampai habis(kedoktoran)," katanya.
Jimmy sekarang merupakan juruhebah saluran radio UFM yang boleh diikuti di Lembah Klang menerusi frekuensi 101.3 FM. mStar

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments