Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Admin tak pasti mana datang term ini tetapi ianya digunakan di Korea Selatan.Ini bukan sesuatu yang kurang siuman. 'Dinner Porn' adalah satu rakaman yang juga dipanggil 'mok-bang' di negara itu bermaksud gabungan 'makan malam' dan 'rakaman siaran langsung'. Dalam siaran langsung itu, anda akan lihat seseorang itu makan makanan yang begitu banyak dan belanja sehingga RM 6,000 untuk sebulan bagi membeli makanan demi rakaman itu.
Tak kira gadis ataupun lelaki, semakin banyak anda makan dan juga bunyi yang pelik semasa makan, itu yang akan memberi lebih 'Star Balloon' oleh penontonnya. Makin syok orang tengok makin untunglah, 'Star Balloon' adalah token yang mana boleh ditukarkan kepada wang tunai.
Itu adalah cara mereka dalam 'Dinner Porn' ini mendapat bayaran yang begitu itu. Antara yang mula-mula naikkan 'Dinner Porn' ini adalah The Diva. Dia boleh makan 30 biji telur dan juga satu kotak besar kaki ketam dalam satu hidangan.
Siang dia kerja di pejabat seperti orang lain tetapi pada waktu malam, dia membuat rakaman siaran langsung 'Dinner Porn'. Kini ramai orang telah cuba untuk mengikut langkah The Diva.
Pelbagai
Baru-baru ini, isteri kepada pelakon popular Aaron Aziz iaitu Diyana Halik telah mengumumkan bahawa dirinya akan memakai hijab.
Banyak pihak terutama peminat dirinya teruja untuk melihat wajah
terbaru Diyana. Kini menerusi akaun Instagramnya, Diyana telah berkongsi
beberapa keping gambar dirinya dengan penampilan bertudung.
Hiburan
Bagi yang sudah menonton muzik video terbaru Ning Baizura yang berjudul Bukan Wanita Sempurna, pastinya anda berasa sedikit terkejut dengan keberanian penyanyi itu mengetengahkan isu hubungan sejenis atau songsang menerusi video itu.
Namun, menurut penyanyi bersuara soprano itu, dia pada mulanya menentang idea muzik video yang diilhamkan oleh pengarah video itu sendiri iaitu Zul Ardhia.
Memetik portal Murai, Ning berkata, “masa mula-mula idea ini dilontarkan kepada saya terus-terang saya sedikit gementar dan agak berat hendak melakukannya tetapi bila diyakinkan oleh pihak label iaitu Universal Music bahawa mereka mahu bawa satu kelainan kali ini saya pun terus bersetuju”.
“Sebenarnya saya antara orang yang berfikiran sangat negatif bila idea ini diberikan kepada saya oleh pengarah videonya, Zul Ardhia. Bukan apa, saya kalau boleh hendak menjaga hati semua pihak, itu yang membuat saya sangat bimbang ketika itu,” ulasnya lagi.
Muzik video itu memaparkan kecurangan suami yang beralih arah mencintai seorang jejaka lain sehingga menghancurkan hati isteri yang setia mencintainya.
Ning juga menafikan menyokong hubungan songsang dengan penerbitan video tersebut sebaliknya mengharapkan peminat di luar sana dapat melihat mesej yang cuba disampaikan menerusi lagu dan video tersebut.
“Saya harap, video klip ini tidak disensasikan dan harap khalayak lebih terbuka kerana sebenarnya kisah yang ditonjolkan kisah realiti sebenar yang pernah berlaku disekeliling kita juga, cuma kali ini divisualkan,” katanya.
[Wow] - Kisah Artis
Semalam, penyanyi Marinatasha Isnariah Mustapar telah mengadakan sidang media bagi menjelaskan perkara sebenar yang terjadi semasa dirinya dikatakan dihalang daripada mengadakan persembahan di sebuah acara majlis makan malam anjuran sebuah syarikat hartanah, Castmet Sdn Bhd, Sabtu lalu.
Marinatasha menjelaskan dia telah diarahkan turun daripada mengadakan persembahan walaupun ketika itu sudah bersiap sedia memegang mikrofon untuk memulakan nyanyiannya.
Dia yang berasa terhina dan malu dengan tindakan Pengarah Kewangan Castmet, Shannon Yong yang dikatakan mendiskrimansi artis bertudung, membuat laporan polis pada keesokan harinya berhubung perkara tersebut.
Sementara itu, Castmet menerusi kenyataan medianya telah menafikan dakwaan mereka mendiskriminasi serta menghalang Marinatasha daripada menyanyi hanya disebabkan kerana dia bertudung.
Pihak Castmet juga sudah membuat laporan polis mengatakan Marinatasha adalah penyanyi gantian yang dirasakan tidak sesuai dengan tema dan perjalanan acara majlis pada malam itu.
Sebaliknya, Castment bersepakat dengan membuat keputusan bahawa Marinatasha bukanlah penghibur yang dirasakan sesuai untuk mengadakan persembahan dengan band Rufus.
Memetik laporan polis yang dibuat oleh Castmet yang diperoleh menerusi laman Facebook, “Marinatasha hanyalah penyanyi gantian untuk tujuan preview sahaja. Wakil syarikat mengatakan dia tidak sesuai untuk majlis makan malam itu, kerana penyanyi utamanya perlu bercampur dan berinteraksi dengan tetamu menerusi alunan dan tarian mengikut rentak lagu yang dipersembahkan”.
Berhubung hal itu, penyanyi utama yang dijanjikan oleh band tersebut ialah bekas peserta Akademi Fantasia iaitu Farina AF8.
Menurut laporan polis itu lagi, pihak Castmet mengatakan mereka telah memberitahu permintaan tersebut kepada band Rufus di mana mereka mahukan penyanyi utamanya yang dapat berinteraksi, menari dan menyanyi bersama-sama tetamu yang hadir.
Namun, Marinatasha dilaporkan menghadirkan diri pada sesi preview yang diadakan pada 15 Januari lalu walaupun Castmet tidak bersetuju dengan perkara itu.
Wakil Castmet juga mendedahkan mereka tidak menyangkakan kehadiran Marinatasha di mana dia telah muncul beberapa jam sebelum majlis itu berlangsung.
Lantas, staff yang bertanggungjawab telah menyarankan kepada band Rufus supaya menerima pengacara majlis tersebut untuk mengantikan tempat penyanyi utama yang kosong ketika itu.
Nak dijadikan cerita, penyanyi asal, Farina pula muncul dan bersetuju untuk membuat persembahan dan program kemudiannya telah berjalan seperti yang telah dirancangkan.
Menerusi laporan Mynewshub semalam, Marinatasha mengatakan tindakan Castmet dilihat seakan mendiskriminasikan penyanyi bertudung dan ini merupakan kali keempat, dia telah dilayan sebegitu sepanjang bergelar penyanyi profesional selama 12 tahun.
[Wow] - Kisah Artis
POLIS kini sedang memburu individu pertama yang disyaki menyebarkan gambar jenazah kanak-kanak berusia dua tahun yang ditemui mati dalam sebuah rumah kosong di Taman Perumahan Permint Seberang Paka, Terengganu, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terenganu, ACP K Manoharan berkata, pihaknya menafikan gambar yang disebarkan datangnya dari sumber polis dan mengutuk keras perbuatan yang dianggap tidak sensitif oleh individu terbabit.
Gambar ngeri kanak-kanak tidak berdosa itu mendapat kritikan ramai di media sosial sebaik sahaja ia dimuatnaik.
“Kami tidak tahu identiti orang pertama yang menyebarkan foto itu di media sosial. Kemungkinan orang yang mengambil gambar tersebut sampai ke tempat kejadian lebih awal daripada pihak polis. Kami tidak pasti. Kami masih sedang menyiasat,” kata Manoharan.
Nursyafiqah Abdullah yang dilaporkan hilang sejak 17 Januari lalu, ditemui oleh seorang pengawal keselamatan dalam keadaan mula mereput selain ada kesan darah kira-kira jam 3.30 petang.
Ibunya Rabiatul Adawiyah Mamat, 28, sebelum itu dilaporkan meninggalkan kanak-kanak itu didalam keretanya yang tidak berkunci, untuk bertemu dengan rakannya di sebuah restoran di Kuala Paka.
Apabila dia kembali ke keretanya, anaknya itu didapati hilang.
Rabiatul Adawiyah yang membuat laporan polis kemudiannya, memberitahu pihak polis yang dia pernah mendapat ugutan bunuh sebelum ini.
Tindakan penyebaran foto kanak-kanak itu di laman media sosial dipersoalkan oleh banyak pihak termasuk mantan Ketua Polis Negara,Tan Sri Musa Hassan.
[Wow] - Berita Tempatan
Rasanya, peminat sudah pun mengetahui majlis merisik atau majlis menghantar tanda penyanyi Alif Satar kepada kekasihnya, Sha Dila Halid yang diadakan pada 14 Januari lalu bertempat kediaman keluarga Sha Dila yang terletak di Rembau, Negeri Sembilan
Alif juga sudah memaklumkan bakal mendirikan rumah tangga dengan teman wanitanya itu pada September ini kerana signifikan bulan tersebut adalah merupakan bulan kelahiran mereka berdua.
Majlis merisik itu diadakan secara tertutup dan Alif sendiri dilaporkan tidak menghadiri majlis tersebut, namun penyanyi lagu Jangan Nakal ini ada berkongsi sekeping gambar buat tatapan peminatnya di luar sana.
Menurut Alif, hubungan mereka yang telah terjalin selama empat tahun itu dirasakan sudah cukup untuk membawa mereka ke fasa hidup yang baharu kerana kedua-duanya sudah pun saling kenal-mengenali di antara satu sama lain.
Tahniah diucapkan buat Alif dan pasangan, dan semoga segala perancangan sempena hari bahagia itu kelak berjalan lancar dan sempurna.
Hiburan
China – Demi kerana kasihkan bapa, seorang anak, Guo Shijun sanggup membawa bersama bapanya yang lumpuh untuk tinggal di dalam bilik asrama di universitinya, bagi memudahkan dia menjaga lelaki berkenaan.
Meskipun berdepan dengan cabaran dan kesukaran menguruskan bapanya yang hanya terbaring di atas katil, Shijun berjaya lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan di universitinya.
Shijun, 20, berasal dari keluarga miskin dan ketika kecil, dia berdepan dengan pelbagai masalah malahan ibunya juga menghidap penyakit mental.
Sejak itu, Shijun dan bapanya menjaga wanita itu namun malang menimpa apabila bapanya terjatuh daripada jambatan setinggi 15 meter ketika sedang bekerja di Anhui.
Keadaan ini menyebabkan bapanya menjadi lumpuh dari bahagian pinggang ke bawah.
Ketika berdepan dengan masalah itu, Shijun tidak putus asa malah mendapat gred cemerlang di sekolah hingga melayakkannya memasuki universiti.
Bagi memudahkannya menjaga bapanya, dia meminta kebenaran pihak universiti untuk membawa lelaki itu ke asramanya.
Sementara ibunya pula ditinggalkan dengan datuk dan neneknya.
Bagi membiayai kos menjaga bapanya itu, dia meminjam wang daripada rakan dan keluarga termasuk bayaran tuisyen.
“Saya tidak boleh katakan bahawa kehidupan ini adalah mudah namun saya tidak mahu mengeluh.
“Saya berdoa selepas saya tamat belajar nanti, keadaan akan menjadi lebih baik,’’ katanya.
Global
Dahulu pelakon High School Musical, Vanessa Hudgens kantoi mengambil
gambar tanpa berpakaian untuk tatapan bekas teman lelaki, Zac Efron.
Kantoi sebab gambar tersebut dihantar menerusi telefon. Seperti tidak
mengambil sebarang pengajaran daripada sejarah, Justin Bieber pula
mengikut jejak langkah Vanessa, dengan menghantar gambar tidak senonoh
beliau kepada teman wanita (ataupun sudah menjadi bekas teman wanita?),
Selena Gomez!
Apa yang mendorong Justin Bieber melakukan tindakan bodoh seperti ini? Mungkin kerana tidak mahu Selena Gomez tinggalkan beliau lagi.
Menurut laporan Radar Online, pasangan yang sekejap bercinta sekejap berpisah ini dikatakan alami pergaduhan besar menerusi mesej telefon setelah rumah diserbu pihak polis. Dalam gaduh-gaduh, ada pula Justin selitkan gambar tidak senonoh disertai carutan menghina.
Apabila pihak Selena Gomez ditanyakan berkaitan dakwaan berikut, pihak penyanyi berusia 21 tahun ini menafikan sebarang mesej.Pihak Justin pula seperti biasa, enggan berikan sebarang komen.
Sebab utama pencetus pergaduhan tersebut adalah kerana Selena mahukan Justin dapatkan rawatan untuk masalah ketagih dadah.
Bagaimana sampai boleh terhantar gambar dan mesej tidak senonoh pula, tak tahulah.Justin ini bukan betul sangat pun.
Apa yang mendorong Justin Bieber melakukan tindakan bodoh seperti ini? Mungkin kerana tidak mahu Selena Gomez tinggalkan beliau lagi.
Menurut laporan Radar Online, pasangan yang sekejap bercinta sekejap berpisah ini dikatakan alami pergaduhan besar menerusi mesej telefon setelah rumah diserbu pihak polis. Dalam gaduh-gaduh, ada pula Justin selitkan gambar tidak senonoh disertai carutan menghina.
Apabila pihak Selena Gomez ditanyakan berkaitan dakwaan berikut, pihak penyanyi berusia 21 tahun ini menafikan sebarang mesej.Pihak Justin pula seperti biasa, enggan berikan sebarang komen.
Sebab utama pencetus pergaduhan tersebut adalah kerana Selena mahukan Justin dapatkan rawatan untuk masalah ketagih dadah.
Bagaimana sampai boleh terhantar gambar dan mesej tidak senonoh pula, tak tahulah.Justin ini bukan betul sangat pun.
[Wow] - Selebriti
Sebenarnya MMI tak nak keluarkan artikel ni sebab terlalu memalukan melihat kepada tingkah laku anak-anak pelajar ini.Namun
setelah mendapatkan pandangan rakan-rakan MMI keluarkan buat tatapan
semua.Bukan berniat untuk menjatuhkan maruah orang MELAYU apatah lagi
menghina tetapi atas dasar mahu memberikan kesedaran kepada diri MMI dan
semua agar kita lebih berhati-hati dalam menempuh liku-liku kehidupan
yang rasanya semakin mencabar.
Pertamanya
MMI bimbang dengan perlakuan anak-anak bangsa kita khususnya mereka
yang masih di bangku sekolah bila mana mereka seolah-olah hilang
pertimbangan dan semakin tenggelam dalam dunia fantasi mereka sendiri.
Menjadikan medan media
sosial sebagai "platform" untuk mereka melempiaskan hawa nafsu cukup
untuk membuatkan jantung yang melihatnya berdegup kencang.Mungkin
sebahagian daripada kita berbeza kencangnya apabila menatap gambar
anak-anak ini tanpa seurat benang atau kencang kerana memikirkan inilah
sebahagian daripada generasi pewaris kita.
Berdasarkan
kepada akaun twitter pelajar terbabit berasal dari negeri Pahang dan
sudah pasti berumur dalam lingkungan 15 ke 20 tahun.
Malah memiliki seramai 8,427 pengikut cukup untuk menyesakkan nafas kita apatah lagi dengan gambar-gambar tanpa seurat benang yang sudah pasti jauh menyimpang daripada budaya dan agama kita.
Paling
membimbangkan kenalan di kalangan pengikut pelajar ini sudah pasti
menjangkaui daripada apa yang kita bayangkan.Malah dari pengamatan MMI
kenalan-kenalan pelajar ini ada berasal dari luar negara.
Bukankah
gambar seperti ini menjatuhkan maruah kita sebagai orang Melayu dan
Islam ?? Ini baru sedikit ada yang jauh lebih dasyat daripada ini yang
MMI tak dedahkan.
Kepada
semua hati-hati dengan anak-anak muda kita hari ini , kita belum tentu
pasti apa yang anak-anak kita lakukan di luar pengetahuan kita.Dalam
dunia serba canggih dan berteknologi ini pelbagai perkara boleh terjadi.
Pantau
anak-anak kita dan sentiasa peka dengan persekitaran , ambil tahu
dengan siapa mereka berkawan , jangan sesekali lupa untuk bertanya dan
ambil tahu tentang akaun media sosial
mereka sekurang-kurangnya kita berusaha untuk memastikan mereka bukan
dari kalangan anak-anak pelajar yang MMI dedahkan di atas sana.
Media
sosial banyak kegunaannya namun jika di salah gunakan ianya tidak akan
mendatangkan kebaikan malah akan membawa kemudaratan bukan sahaja kepada
diri kita tetapi juga kepada Bangsa , Agama dan Negara.
MAAF
! MMI sudah memutuskan untuk tidak menyiarkan link akaun media sosial
mereka kerana ianya sudah pasti akan menjadi iklan percuma kepada
pihak-pihak di luar sana.Sekalipun ada pihak yang mahu mengambil
tindakan contohnya SKMM buatlah carian , pasti dengan keupayaan yang ada
pada pihak-pihak berwajib ini perkara sebegini amat mudah di temui.
Kadang-kadang malu melihat anak bangsa sendiri !!!!
Kuala Lumpur: “Saya nampak dia menyimbah sesuatu ke arah Saliza dan
menyalakan api,” kata Som Dollah, 62, menceritakan nasib anaknya, Saliza
Saidin, 29, yang melecur teruk di seluruh badan, dipercayai akibat
dibakar bekas teman lelakinya, semalam.
Kejadian berlaku jam 1.30 pagi di rumah dihuni Som dan Saliza
bersama tiga anak mangsa berusia satu hingga lima tahun di Projek
Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak, di sini.
Akibat kejadian itu, Saliza yang juga ibu tunggal melecur hampir 85
peratus tubuhnya dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Unit
Rawatan Kebakaran Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Anak bongsu Saliza, Nur Airis Qalisha berusia satu tahun empat bulan yang tidur bersama wanita itu di dalam bilik juga dirawat di HKL akibat melecur di muka sebelah kanan serta kedua-dua tangan.
Anak bongsu Saliza, Nur Airis Qalisha berusia satu tahun empat bulan yang tidur bersama wanita itu di dalam bilik juga dirawat di HKL akibat melecur di muka sebelah kanan serta kedua-dua tangan.
Som yang turut melecur di tangan kanan berkata, dia mengenali suspek dan
percaya lelaki itu bertindak membakar anaknya kerana berang akibat
cinta ditolak.
[Wow] - Jenayah
Mao Dou menjadi perbincangan netizen di China sejak mengikuti Beijing
Marathon pada Oktober 2013 . Lalu pada awal tahun ini dia juga kelihatan
mengikuti Xiamen International Marathon 2014 . Dengan paras cantik ,
perut berotot dan rambut indah membuat Mau Dou menjadi pusat perhatian
saat marathon diadakan .
Pesona Mao Dou itu langsung tersebar di internet dan kini dia sudah mempunyai 10 ribu follower di Weibo . Perempuan asal Hangzhou ini sudah sering ikut marathon sejak 4 tahun lalu yang pertama kali dilakukannya pada Mei 2012 . Dia menjalani latihan 3-5 kali seminggu yang tiap sesinya lari 10 km dan 25 km.
Pesona Mao Dou itu langsung tersebar di internet dan kini dia sudah mempunyai 10 ribu follower di Weibo . Perempuan asal Hangzhou ini sudah sering ikut marathon sejak 4 tahun lalu yang pertama kali dilakukannya pada Mei 2012 . Dia menjalani latihan 3-5 kali seminggu yang tiap sesinya lari 10 km dan 25 km.
Mao Dou mengatakan hasratnya saat ini adalah mengikuti total 100
marathon tanpa cedera. Xiamen International Marathon yang baru
diikutinya menjadi penglibatannya yang ke - 7 untuk event lari .
Perempuan cantik ini juga berharap dapat mempertahankan bentuk tubuhnya
selama mungkin yang boleh .
Ketika ditanya reputasinya sebagai " Pelari marathon tercantik di China " , Mao Dou mengaku tak mempedulikannya . Dia juga tenang saja ketika para netter menuduhnya cantik kerana operasi plastik . " Kita semua sama - sama manusia jadi janganlah bersikap kejam , " ucap perempuan berusia 26 tahun itu .
Meski tak peduli jadi bintang internet namun Mao Dou mengakui itu membuatnya menerima banyak mesej dari calon pelari yang minta diajari . Harapannya kini dia boleh mendorong agar semakin banyak gadis cantik yang mahu mengikuti jejaknya ikut lari marathon .
Sumber: wowkeren.com
Sakit Mata
Aksi tebusan yang dilakukan lelaki China ini sebagai ancaman kepada keluarga agar membenarkan mereka berkahwin. Dua pegawai polis mengejar seorang lelaki yang menjadikan wanita
sebagai tebusan di Sanya, Hainan, China, isnin (20/1). Lelaki yang
diketahui bernama Lin manakala tebusan wanita adalah kekasihnya sendiri.
Lelaki itu memeluk erat kekasihnya sambil memegang pisau dalam kondisi berada di atas atap rumah.
Pelaku juga menelanjangi kekasihnya ketika berada di atas atap
Sumber: merdeka.com
Isu Panas
NAMPAKNYA penyanyi Miley Cyrus tidak akan berhenti daripada mencetuskan kontroversi khususnya melalui penampilannya yang semakin ‘murah’.
Terbaru, dia yang akan membuat persembahan di MTV Unpluggged hujung bulan ini muncul dengan imej ‘hodoh’ melalui poster promosi.
Bukan sahaja menggunakan rambut dan gigi palsu, Miley juga hanya menutup bahagian payudaranya dengan penampal hiasan.
Ramai pihak yang berpendapat, penyanyi itu cuba meniru gaya Lady Gaga yang sememangnya terkenal dengan gaya anehnya.
Kami percaya, agak sukar untuk Miley berundur daripada imej
kontroversinya kerana kini ramai yang berharap dia akan menampilkan aksi
sensual untuk setiap persembahan.
Pendek kata, dia akan dilihat ‘pelik’ jika mengenakan pakaian yang lebih tertutup. Kasihan…
[Wow] - Selebriti
NEW DELHI – Kematian isteri seorang menteri di India sehari selepas
wanita itu mendedahkan kecurangan suaminya dipercayai berpunca daripada
pengambilan dadah dalam dos berlebihan, menurut laporan autopsi,
kelmarin.
Agensi berita Press Trust of India melaporkan, kesimpulan mengenai
punca kematian akan diputuskan dan laporannya akan diserahkan kepada
polis untuk menentukan sama ada mereka mahu menjalankan siasatan lanjut
atau tidak.
Jumaat lalu, Menteri Pembangunan Sumber Manusia India, Shashi
Tharoor, 57, menemui mayat isterinya, Sunanda Pushkar di bilik hotel
mereka selepas beliau pulang dari menghadiri mesyuarat Jawatankuasa
Kongres All India.
Susulan daripada insiden itu, bekas diplomat Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) tersebut bersetuju memberi kerjasama penuh kepada pihak
berkuasa selain menggesa satu siasatan berhubung kematian isterinya
dibuat bagi menghentikan spekulasi liar yang disebarkan oleh media pada
masa ini. – AFP
Global
PENERBIT Skop Productions, Datuk Yusof Haslam merancang untuk
mengadakan majlis resepsi persandingan anak-anaknya Syamsul dan Syafiq
secara serentak iaitu pada Jun depan, beberapa bulan selepas kedua-dua
mereka sah bernikah.
Yusof, 60, berkata, majlis resepsi berkenaan dirancang untuk diadakan
dalam suasana sederhana bagi mengelak daripada berlakunya pembaziran.
“Setelah berbincang, kami bersetuju untuk mengadakan sebuah majlis
sahaja melibatkan perkahwinan Syamsul dan adiknya Syafiq. Itu pun
cukuplah sekadar secara sederhana agar tidak membazir.
“Bagaimanapun hasrat ini belum dibincangkan lagi dengan Syamsul,”
katanya ketika ditemui pada pelancaran drama Gerak Khas musim baharu, di
Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, Selasa.
Syamsul bakal bernikah dengan pelakon Puteri Sarah pada penghujung
Mac ini, manakala adiknya Syafiq pada sekitar April iaitu sebulan
kemudian.
Sementara itu, bercakap tentang bakal menantunya, Yusof berkata
kedua-duanya adalah berasal daripada keluarga yang ‘baik-baik’ dan
berpendidikan tinggi.
“Alhamdulillah kedua-dua pilihan mereka daripada keluarga yang bagus.
Puteri Sarah pun seorang yang baik dan sentiasa ingin berubah ke arah
menjadi lebih baik.
“Pilihan Syafiq pula daripada keluarga yang mempunyai pendidikan
agama yang tinggi, bagus juga untuk dia, saya hanya doa yang terbaik,”
katanya.
Walaupun sentiasa berasa bimbang melepaskan anak-anaknya untuk
membina keluarga, namun dia yakin mereka mampu untuk menjalankan
tanggungjawab sebagai ketua rumah tangga dengan baik.
“Saya harap lepas ini kehidupan mereka lebih terurus, kalau nak kata
bimbang itu ada juga, tapi kalau fikir balik dalam hubungan suami isteri
tidak semua indah sahaja.
“Apa yang penting mereka akan berubah menjadi orang yang lebih baik,” katanya.
Tambahnya, selepas berkahwin Syamsul akan tinggal di rumah
berasingan, sementara Syafiq memilih untuk menetap bersama keluarga di
Taman Melawati di sini.
Pada 12 Januari lalu, Syamsul telah merisik Puteri Sarah dalam satu
majlis yang diadakan di kediamannya di Sri Damansara, dekat sini. - mStar
[Wow] - Kisah Artis
Santiago – Seorang remaja Chile cuba menjual anak dalam kandungannya di Facebook dengan hanya £68 (RM371) kata polis semalam.
Remaja terbabit dikenali sebagai
Veronica Carrera Chaparro, 18 ditangkap bersama ibu dan kakaknya yang
disyaki bersekongkol untuk menjual bayi berkenaan.
Ketua Polis Santiago, Miguel Ampuero berkata, Veronica menyedari dia hamil pada Februari tahun lalu.
“Ketika itu kandungan Veronica berusia
dua bulan,” katanya. Keadaan itu dimaklumkan kepada teman lelaki
Veronica yang berusia 17 tahun dan berjanji untuk merahsiakan kehamilan
berkenaan.
Namun, kata Ampuero, Veronica
mendedahkan keadaan itu kepada keluarganya. Mendengar berita itu ibu
Veronica, Angela, 42, dan kakaknya Daniela Perez, 24, memberi tiga
pilihan kepada remaja terbabit – sama ada ada menjual anaknya apabila
lahir, menggugurkan kandungan atau memberikan bayi berkenaan kepada
keluarga angkat.
“Selepas Veronica mengiklankan anaknya
yang bakal lahir itu di Facebook, ia mendapat reaksi serta-merta
daripada sepasang suami isteri dari bandar Concepcion tetapi mereka
gagal mencapai kata sepakat,” katanya. Sebuah keluarga dari Puente Alto
di Santiago juga menghubungi Veronica dan menawarkan bayaran bernilai
RM3,770 untuk urusan pendaftaran bayi berkenaan nanti.
Veronica kemudian bersalin pada 4
November lalu dan menyerahkan bayinya sehari kemudian tetapi pasangan
terbabit didakwa tidak mengotakan janji apabila hanya membayar wang
dalam jumlah lebih rendah daripada sepatutnya.
Kejadian itu kemudian diketahui polis
mendorong pihak berkuasa menahan Veronica, ibu serta kakaknya atas
dakwaan menjual bayi. Pasangan yang membeli anak Veronica itu juga
ditangkap. Mereka dibicarakan di mahkamah semalam. – AFP
Global
SAYA harap Datuk Seri berada dalam keadaan sihat dan tenang. Saya mendoakan Datuk Seri dilimpahkan kerahmatan dan keberkatan daripada ALLAH SWT.
Ingin saya sampaikan bahawa saya memahami keadaan Datuk Seri yang mungkin tersasul semasa memberikan ucapan di Kemaman tempoh hari.
Saya akui, saya juga tertawa kecil, tapi dalam masa sama, saya sedar kita semua manusia, tidak lepas daripada melakukan kesilapan.
Bagaimanapun, Datuk Seri perlu sedar, apa yang Datuk Seri katakan itu cumalah salah satu daripada banyak kenyataan yang keluar daripada mulut Menteri Kabinet Malaysia kebelakangan ini. Dulu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek pernah berkata, “jika harga ayam mahal, jangan makan ayam”.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar juga pernah berkata, pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan jalan biasa lain sekiranya menganggap kenaikan tol terlalu tinggi. “Bagi mereka yang fikirkan ia terlalu mahal, mereka ada pilihan untuk tidak gunakan jalan tersebut.”
Datuk Seri, cuba tanyakan soalan ini dengan ikhlas kepada diri Datuk Seri sendiri, adakah ini kenyataan daripada mereka yang prihatin dengan masalah rakyat? Laporan media arus perdana mengatakan kadar inflasi di Malaysia sudah mencapai kemuncaknya pada 2.9 peratus pada November 2013.
Rakyat negara ini sudah lali dengan berita ini. Tetapi, tugas kerajaan bukan sahaja untuk mengawal kadar inflasi ini, tetapi juga untuk memberi penerangan kepada rakyat apakah makna inflasi ini, bagaimanakah kadar inflasi ini dikira dan seterusnya, apakah kesan-kesannya kepada rakyat. Sebagai ahli ekonomi, saya percaya Datuk Seri tahu akan kepentingan Indeks Harga Konsumer (CPI) kepada penentuan kadar inflasi ini.
Rakyat marhaen dapat melihat harga barang semakin meningkat dari hari ke hari, tapi perkara ini tidak langsung dicerminkan dalam kadar inflasi. Mengikut perkiraan pakar ekonomi, kadar inflasi yang sebenar di Malaysia berada pada kira-kira 8 peratus.
Dalam soal gaji dan upah, pekerja Malaysia juga jelas terseksa dengan kadar gaji rendah. Pada ketika ini pekerja Malaysia cuma menikmati 28 peratus daripada KDNK, berbanding keuntungan perniagaan pada 67.1 peratus. Bandingkan dengan negara jiran kita, Singapura yang pada 1997 mempunyai pecahan gaji berbanding KDNK sebanyak 42 peratus. Nampaknya pecahan ini amat tidak seimbang. Jika kita bandingkan dengan beberapa negara maju lain, pecahan ini lebih besar, contohnya pekerja-pekerja di Jepun menikmati gaji dan upah sebanyak 52 peratus daripada KDNK keseluruhan.
Datuk Seri, saya pelawa Datuk Seri sendiri turun melihat sendiri keadaan rakyat. Baru-baru ini, saya ternampak sebuah iklan jawatan kosong di sebuah restoran makanan segara yang popular, menawarkan gaji RM900 sebulan. Saya ingin tanya, bagaimanakah seseorang itu boleh hidup di kawasan Lembah Kelang dengan gaji RM900 sahaja? Pada hemat saya komen tentang kangkung tempoh hari melihatkan betapa Datuk Seri dan Kabinet Datuk Seri terputus daripada realiti kehidupan rakyat marhaen. Masalah pendapatan ini juga membawa kepada suatu masalah yang lebih besar. Orang miskin nampaknya tidak ada ruang untuk melepaskan diri daripada belenggu kemiskinan, kerana pendidikan yang berkualiti tiada dalam jangkauan mereka.
Saya fikir, sekiranya mahukan Malaysia yang terus-menerus mengeluarkan sumber manusia berkualiti secara mampan, isu pendidikan perlu diberi perhatian secara serius, bukan sekadar penukaran kosmetik.
Datuk Seri, saya juga amat bimbang sekali dengan retorik perkauman serta sentimen kebencian yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.
Isu-isu seperti hak keistimewaan orang Melayu dan isu-isu keagamaan sudah menjadi permainan ahli-ahli politik yang tidak peduli akan hak-hak kemanusiaan sejagat. Saya amat bimbang anak-anak Malaysia akan terpengaruh dengan sikap perkauman yang melampau, sehinggakan ada semakin berani guna kata-kata kesat atau berbaur ugutan ke atas bangsa-bangsa lain.
Justeru, Datuk Seri perlu menjadi pemimpin kepada semua rakyat
Malaysia. Tidak boleh berdiam diri berkenaan isu-isu yang menggugat
ketenteraman dan kesejahteraan hidup rakyat. Apakah dengan mendiamkan
diri membolehkan Datuk Seri meninggalkan warisan yang lebih bermakna
yang Datuk Seri sendiri inginkan? Pilihan di tangan Datuk Seri. Tepuk
dada, tanya selera.
[Wow] - Berita Tempatan
Berat sebenarnya mulutnya untuk mengatakan yang dia sudah betul-betul bersedia mahu bergelar isteri kerana soal jodoh bukan ditentukan oleh dirinya sebaliknya diserahkan kepada yang Maha Esa. Sekadar mampu melemparkan tersenyum seketika namun akhirnya pelakon dan pengarah, Yana Samsudin berkata,
“Tahun ini, tahun 2014 saya dah buka hati saya untuk berkahwin. Kalau dulu ibu saya selalu bertanya bila saya nak berkahwin, tapi ketika tu saya katakan padanya yang saya belum bersedia. Sekarang ni saya da terfikir dah…InsyaAllah saya dah sedia bergelar isteri”, kata gadis berusia 29 tahun ini ketika ditemui pada majlis kesyukuran dan sempena sambutan Tahun Baru Cina anjuran MIG bertempat di N’Dah Catering & Services, Shah Alam, malam tadi.
Pemilik nama sebenar Norliana Samsudin ini berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media bilakah dia mahu menamatkan zaman bujangnya.
Ini kerana agak lama juga kisah percintaan pelakon yang pernah mengarahkan filem Selamat Pagi Cinta ini diperkatakan ramai. Dia dikatakan menjalin hubungan cinta dengan adik kepada pelakon dan pengarah filem Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari yang juga seorang pelakon.
Justeru ditanya mengenai perkembanan hubungan mereka, kata Yana, “Kami macam biasa. Dah lima tahun kami berkawan. Saya perempuan, tak boleh lah nak cakap lebih-lebih. Lebih baik tanyakan pada dia (Fadzil)”, tuturnya ringkas sambil tersenyum.
Dalam pada itu, ditanya mengenai sejauh mana kesahihan dakwaan dia kononnya melakukan pembedaan plastik pada wajahnya, Yana menafikan hal tersebut. Dia juga menolak dakwaan segaja melarikan diri darpada media apabila timbulnya isu ini.
“Saya tak lari daripada media. Sekitar bulan November tahun lalu saya sibuk dengan penggambaran. Kemudian sekembalinya saya daripada menjalani penggambaran Fear Factor Selebriti Malaysia musim baru di Cape Town, saya mengalami penurunan berat badan. Saya juga ada pulang bercuti di kampung kerana nenek saya sakit.
“Masa saya kurus tu, ramai juga yang cakap wajah saya nampak lain tapi saya rasa sama saja. Tapi saya akui saya ada buat gigi iaitu saya ratakan gigi saya. Saya sebenarnya kurang selesa juga dengan gigi baru ni sebab terlalu rata (gelak). Tapi kalau yang lain… (dia sekadar menggelengkan kepala)”, itu reaksi Yana ketika mengulas isu tersebut. – Malaysian
[Wow] - Kisah Artis
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments