Kuala Lumpur: “Saya nampak dia menyimbah sesuatu ke arah Saliza dan
menyalakan api,” kata Som Dollah, 62, menceritakan nasib anaknya, Saliza
Saidin, 29, yang melecur teruk di seluruh badan, dipercayai akibat
dibakar bekas teman lelakinya, semalam.
Kejadian berlaku jam 1.30 pagi di rumah dihuni Som dan Saliza
bersama tiga anak mangsa berusia satu hingga lima tahun di Projek
Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak, di sini.
Akibat kejadian itu, Saliza yang juga ibu tunggal melecur hampir 85
peratus tubuhnya dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Unit
Rawatan Kebakaran Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Anak bongsu Saliza, Nur Airis Qalisha berusia satu tahun empat bulan yang tidur bersama wanita itu di dalam bilik juga dirawat di HKL akibat melecur di muka sebelah kanan serta kedua-dua tangan.
Anak bongsu Saliza, Nur Airis Qalisha berusia satu tahun empat bulan yang tidur bersama wanita itu di dalam bilik juga dirawat di HKL akibat melecur di muka sebelah kanan serta kedua-dua tangan.
Som yang turut melecur di tangan kanan berkata, dia mengenali suspek dan
percaya lelaki itu bertindak membakar anaknya kerana berang akibat
cinta ditolak.
No comments
Post a Comment