Semalam, penyanyi Marinatasha Isnariah Mustapar telah mengadakan sidang media bagi menjelaskan perkara sebenar yang terjadi semasa dirinya dikatakan dihalang daripada mengadakan persembahan di sebuah acara majlis makan malam anjuran sebuah syarikat hartanah, Castmet Sdn Bhd, Sabtu lalu.
Marinatasha menjelaskan dia telah diarahkan turun daripada mengadakan persembahan walaupun ketika itu sudah bersiap sedia memegang mikrofon untuk memulakan nyanyiannya.
Dia yang berasa terhina dan malu dengan tindakan Pengarah Kewangan Castmet, Shannon Yong yang dikatakan mendiskrimansi artis bertudung, membuat laporan polis pada keesokan harinya berhubung perkara tersebut.
Sementara itu, Castmet menerusi kenyataan medianya telah menafikan dakwaan mereka mendiskriminasi serta menghalang Marinatasha daripada menyanyi hanya disebabkan kerana dia bertudung.
Pihak Castmet juga sudah membuat laporan polis mengatakan Marinatasha adalah penyanyi gantian yang dirasakan tidak sesuai dengan tema dan perjalanan acara majlis pada malam itu.
Sebaliknya, Castment bersepakat dengan membuat keputusan bahawa Marinatasha bukanlah penghibur yang dirasakan sesuai untuk mengadakan persembahan dengan band Rufus.
Memetik laporan polis yang dibuat oleh Castmet yang diperoleh menerusi laman Facebook, “Marinatasha hanyalah penyanyi gantian untuk tujuan preview sahaja. Wakil syarikat mengatakan dia tidak sesuai untuk majlis makan malam itu, kerana penyanyi utamanya perlu bercampur dan berinteraksi dengan tetamu menerusi alunan dan tarian mengikut rentak lagu yang dipersembahkan”.
Berhubung hal itu, penyanyi utama yang dijanjikan oleh band tersebut ialah bekas peserta Akademi Fantasia iaitu Farina AF8.
Menurut laporan polis itu lagi, pihak Castmet mengatakan mereka telah memberitahu permintaan tersebut kepada band Rufus di mana mereka mahukan penyanyi utamanya yang dapat berinteraksi, menari dan menyanyi bersama-sama tetamu yang hadir.
Namun, Marinatasha dilaporkan menghadirkan diri pada sesi preview yang diadakan pada 15 Januari lalu walaupun Castmet tidak bersetuju dengan perkara itu.
Wakil Castmet juga mendedahkan mereka tidak menyangkakan kehadiran Marinatasha di mana dia telah muncul beberapa jam sebelum majlis itu berlangsung.
Lantas, staff yang bertanggungjawab telah menyarankan kepada band Rufus supaya menerima pengacara majlis tersebut untuk mengantikan tempat penyanyi utama yang kosong ketika itu.
Nak dijadikan cerita, penyanyi asal, Farina pula muncul dan bersetuju untuk membuat persembahan dan program kemudiannya telah berjalan seperti yang telah dirancangkan.
Menerusi laporan Mynewshub semalam, Marinatasha mengatakan tindakan Castmet dilihat seakan mendiskriminasikan penyanyi bertudung dan ini merupakan kali keempat, dia telah dilayan sebegitu sepanjang bergelar penyanyi profesional selama 12 tahun.
No comments
Post a Comment