Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Zimbabwe – Gara-gara gambar bogel tersebar di WhatsApp, Emily Kachote, 25, telah digugurkan daripada gelaran Ratu Cantik Zimbabwe. Gambar bogel itu dipercayai disebarkan oleh bekas kekasihnya.
Pihak penganjur terpaksa berbuat demikian selepas Emily melanggar peraturan yang ditetapkan iaitu tidak dibenarkan bergambar bogel.
Sebelum ini, pemenang Ratu Cantik Zimbabwe, Thabiso Phiri, 22, juga dilucutkan gelaran berkenaan selepas gambar bogelnya yang dihantar kepada teman lelakinya telah disebarkan.
“Pemenang Ratu Cantik Zimbabwe sama ada yang memegang gelaran juara atau penggantinya tidak boleh bergambar bogel sama ada secara profesional atau dalam mana-mana media sosial.

“Ini kerana ia merupakan perbuatan tidak bermoral sekaligus pelakunya tidak layak memegang gelaran ratu cantik,’’ kata penganjur.
Ketika khabar angin mengenai gambar bogel itu tersebar luas, Emily dilaporkan berkata dia berharap agar gambar itu dipadamkan kerana ia adalah gambar lama dan dia juga sudah lama tidak berhubung dengan bekas kekasihnya itu.
“Saya selalu mengesyaki bahawa gambar itu akan tersebar ,’’ katanya.
Bagaimanapun pengguguran gelaran itu disambut baik oleh sesetengah pihak kerana Emily dikatakan sebagai terlalu buruk untuk memegang gelaran Ratu Cantik Zimbabwe.

UNTUNGLAH memiliki wajah persis Taylor Swift, seorang gadis ini meraih keuntungan serta ganjaran hasil daripada persamaan iras mukanya dengan penyanyi popular itu.
Rose Nicholas sememangnya bijak dan tidak mensia-siakan serta menggunakan anugerah yang diberi kepadanya itu dan meraih 11 ribu dollar sebulan.
Gadis ini kini telah menandatangani kontrak dengan syarikat Costello Entertainment dan dibayar untuk menghadiri apa sahaja majlis sebagai Taylor Swift.

Kini dia juga akan bekerjasama dengan lelaki yang memiliki iras wajah kawan baik Taylor Swift iaitu Ed Sheeran dan meminta minuman percuma di majlis itu.
Tidak dapat mengecam perbezaan Taylor dan Rose, ada peminat yang meminta untuk mengambil gambar bersama dengan Rose kerana percaya dia adalah penyanyi tersohor itu.