Zimbabwe – Gara-gara gambar bogel tersebar di WhatsApp, Emily Kachote, 25, telah digugurkan daripada gelaran Ratu Cantik Zimbabwe. Gambar bogel itu dipercayai disebarkan oleh bekas kekasihnya.
Pihak penganjur terpaksa berbuat demikian selepas Emily melanggar peraturan yang ditetapkan iaitu tidak dibenarkan bergambar bogel.
Sebelum ini, pemenang Ratu Cantik Zimbabwe, Thabiso Phiri, 22, juga dilucutkan gelaran berkenaan selepas gambar bogelnya yang dihantar kepada teman lelakinya telah disebarkan.
“Pemenang Ratu Cantik Zimbabwe sama ada yang memegang gelaran juara atau penggantinya tidak boleh bergambar bogel sama ada secara profesional atau dalam mana-mana media sosial.
“Ini kerana ia merupakan perbuatan tidak bermoral sekaligus pelakunya tidak layak memegang gelaran ratu cantik,’’ kata penganjur.
Ketika khabar angin mengenai gambar bogel itu tersebar luas, Emily dilaporkan berkata dia berharap agar gambar itu dipadamkan kerana ia adalah gambar lama dan dia juga sudah lama tidak berhubung dengan bekas kekasihnya itu.
“Saya selalu mengesyaki bahawa gambar itu akan tersebar ,’’ katanya.
Bagaimanapun pengguguran gelaran itu disambut baik oleh sesetengah pihak kerana Emily dikatakan sebagai terlalu buruk untuk memegang gelaran Ratu Cantik Zimbabwe.
No comments
Post a Comment