Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Jom kita tengok gambar macam mana mangkuk tandas diuji untuk mengetahui keberkesanannya dalam mengepam najis sebelum dipasarkan. Jom layan gambar kat bawah ni..




Miri: Gara-gara gagal menyiapkan tugasan diberikan selain didakwa menghadapi konflik dengan tenaga pengajar, seorang pelajar lelaki cuba terjun dari sebuah asrama di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini, pagi ini.

Bagaimanapun, dalam kejadian jam 7.43 pagi itu, kecekapan pihak bomba memujuk dengan bantuan kehadiran bapa pelajar tahun pertama jurusan Lokomotif berusia 18 tahun itu berjaya mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Difahamkan, kejadian mula disedari beberapa rakan mangsa yang memaklumkan perkara itu kepada beberapa kakitangan serta tenaga pengajar di institut berkenaan sebelum menghubungi polis dan bomba bagi mendapatkan bantuan.

Pihak pengurusan IKBN terpaksa memanggil bapa pelajar terbabit supaya datang ke tempat kejadian untuk memujuk mangsa.

Selain kerap dijadikan contoh oleh para peminatnya, beberapa gaya penyanyi lagu Jera, Agnes Monica juga tak jarang menjadi bahan olok-olok para hatersnya.

Bermaksud memberikan gaya yang fresh dalam sebuah pengambilan gambar, Agnes terus diibuli dan disamakan dengan Lipas Mati. Tak tanggung-tanggung, seolah tak ingin ejekan tersebut berlalu tanpa bukti, foto yang dibuat sebagai perbandingan pun diunggah ke situs-situs jejaring sosial.

hasilnya, tak lama setelah beredar, foto itu langsung menjadi pembicaraan seru di dunia maya. Di dalam sebuah kesempatan, Agnes sempat nafikan jika memang banyak sekali para pengguna situs jejaring sosial yang jahil kepadanya. Agnes mengaku, banyak yang meledeknya di Twitter walau hal tersebut hanya sekadar gurauan.

Meski begitu, Agnes juga berterima kasih kepada para fansnya yang selalu membantu dan mendukungnya.

 ”Aku bangga banget sama fansku. Mungkin karena fans aku militan saja, I love you guys so much. Di Amerika saya tetap di support. Its mean so much,” urai Agnes, seperti dimuat Liputan6, Kamis (21/11/2013)

Sepanjang hari ini industri hiburan tempatan gempar dengan kelibat Lana Nordin yang tiba-tiba mengaku sebagai kekasih baru Johan As'ari meskipun aktor itu diketahui ramai adalah kekasih penyanyi Shila Amzah.

Admin sendiri masih terkejut dengan gosip terbaru ini kerana tidak pernah terlintas di fikiran admin yang Johan memilih melamar Lana Nordin sebagai calon isteri dan bukannya Shila Amzah.

Apapun, kita lupakan kisah tiga selebriti ini dan beralih kepada pendedahan gambar-gambar terlampau Tasha Shila dan peninju Muay Thai yang didakwa sebagai kekasih barunya.

Cukup menarik dan gembar bagi admin kerana sebelum ini aktres jelita itu menafikan bercinta dengan seorang jejaka kacak yang juga peninju Muay Thai. 


Hari ini, seorang penggiat forum Cari berjaya menemui akaun Instagram jejaka bergelar peninju Muay Thai itu dan memperolehi beberapa keping gambar beliau bersama Tasha Shilla yang kelihatan sangat intim dan mesra.

Jika diperhatikan pada gambar-gambar di bawah, jelas hubungan Tasha Shila dan peninju Muay Thai tersebut lebih dari sekadar kawan. Tidak mungkin Tasha sanggup bergambar sedemikian jika tidak menyimpan perasaan sayang. 








Artis yang terkenal dengan lagu 'I Don't Wanna Miss A Thing' ini mempunyai rupa macam seorang mak cik kata ramai orang. Memang jika dilihat sekali imbas apabila beliau berambut panjang, serupa seperti seorang wanita. Ehemm.. Tetapi anda kena tahu juga anaknya sangat cantik. :-P




Keguguran rambut menjadi satu masalah lazim kepada sesiapa sahaja. Walaupun ia tidak menyakitkan namun sedikit sebanyak ia merisaukan kepada sesiapa yang terlibat. Bukan sahaja kerana kita mungkin terdedah kepada masalah botak kepala, tetapi menjadi rumit jika rambut berselerak di atas lantai setiap kali kita menyikat. 

Mungkin anda telah mencuba pelbagai produk tetapi tidak berhasil? Apa kata anda cuba tips semula jadi di bawah pula. 

Jus daripada bahan semula jadi 



Kisarkan bawang putih, bawang merah atau halia. Kemudian lumurkan pada rambut anda dan biarkan semalaman. Cuci dengan bersih pada keesokan paginya. Tip ini mungkin dilihat agak pelik, tetapi ia berhasil. 

Urutan di kepala 



Mengurut kepala boleh membantu melancarkan peredaran darah ke seluruh kepala. Peredaran darah yang lancer membolehkan folikel rambut menjadi aktif. Jadi, jangan berkira untuk pergi berurut. 

Antioksida 



Antioksida boleh didapati daripada teh, buah epal atau kopi. Sapukan rendaman salah satu bahan tersebut dan lumurkan ke kulit kepala selama satu jam sebelum dibilas. Antioksida meghalang keguguran rambut dan merangsang pertumbuhan rambut agar lebih lebat.

Rawatan minyak panas 



Ambil mana-mana minyak seperti minyak zaitun, atau kelapa dan panaskan. Biarkan ia suam seketika kemudian urutkan secara perlahan-lahan di kepala. Pakai topi mandian dan biarkan selama sejam. Kemudian bilas menggunakan syampu dan air suam. 

Rehat secukupnya 



Salah satu punca rambut gugur adalah daripada tekanan dan ketegangan yang di hadapi oleh anda. Amalkan rehat secukupnya dan masalah ini dapat dikurangkan. Pastikan anda mendapat tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Selamat mencuba!


Selepas pelakon Johan As'ari membuat pengakuan yang menggemparkan industri hiburan apabila mengaku bercinta dengan pelakon sensasi Lana Nordin, ibu kepada bintang "Juvana" itu, Datin Firdaus Abdul Kadir dilihat seolah-olah tidak merestui hubungan cinta anaknya itu.

Menerusi laman Instagram, Datin Firdaus telah memuat naik gambar berserta ayat "A sad face under the shades – Allah menduga setakat yang kita mampu. Setiap dugaan ada hikmah di sebaliknya."

Luahan ibu Johan As'ari

Berikutan status tersebut, Shila Amzah telah meminta ibu Johan untuk tabah berdepan situasi sekarang, termasuk memuat naik gambar bersama ibu Johan di laman Instagram-nya.

"Terus hadapai dengan senyuman. Walau apa jua ujian, tetap akan jalan ke depan. Guna kewarasan akal fikiran. Tanpa ada walau satu kepincangan biarpun masa acap kali mencemburui kita.

Shila Amzah seperti memujuk ibu Johan As'ari

"Ada saja hal yang tiba tanpa dipinta, namun kita harus ingatkan diri agar tidak alpa dengan apa yang kita ada dan tiada kerana dunia ini cuma jambatan sahaja," katanya yang dipetik dari Hip.

Duo dari Sweden, Icona Pop mula dikenali selepas lagu single mereka, "I Love It" dimainkan di corong radio dan juga menduduki tempat teratas dalam carta muzik seluruh dunia. 

Membawa lagu berentak electro house dan pop indie, Icona Pop yang dianggotai oleh Caroline Hjelt, 26, dan Aino Jawo, 27, bakal mengadakan persembahan pertama mereka di Malaysia pada 29 November di Club Neverland, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur. 

Dalam satu sidang media yang berlangsung di hotel Le Meridien, Kuala Lumpur pada Khamis, Icona Pop berkongsi rasa gembira mereka untuk bertemu peminat di Malaysia. 

"Kami berdua suka berparti, menari dan bergembira. Jadi kami berharap peminat akan berseronok dengan persembahan kami dan menjadikan ia sebagai pengalaman yang tidak dapat lupakan," ujar Jawo. 

Sementara itu Hjelt turut memberitahu mereka tidak sabar untuk mencuba makanan tempatan. 

"Kami tidak sabar untuk mencuba roti canai di sini. Kami suka menikmati makanan di Malaysia." 

Icona Pop menerima cenderahati daripada wakil Warner Music Malaysia.

Dalam perkembangan lain, Icona Pop yang bakal berehat sebentar pada Januari tahun depan akan mengikuti siri jelajah Bangerz Tour bersama Miley Cyrus pada Februari 2014 dan kemudiannya bersama Katy Perry untuk Prismatic World Tour bermula Mei 2014. 

Bagi peminat yang masih belum berkesempatan membeli tiket persembahan This Is…. Icona Pop, anda boleh mendapatkan album mereka di mana-mana kedai Speedy dan anda akan menerima dua pas percuma. 

Sesi autograf juga akan diadakan selepas persembahan dimana ia akan memberi peluang kepada peminat untuk berinteraksi dengan Icona Pop. 

Selain "I Love It", album "This Is… Icona Pop" turut memuatkan lagu-lagu seperti "All Night", "We Got The World", "Hold On", "Light Me Up" dan lain-lain. 

Persembahan This Is… Icona Pop dibawakan oleh Warner Music Malaysia. 

Festival Lumpur Boryeong ialah festival tahunan yang berlangsung dari 18-27 Julai setiap tahun di Boryeong Korea Selatan. Festival ini menjadi tarik 2.2 Juta pelancong ke Boryeong. Bandar yang terletak 200 kilometer dariSeoul ini terkenal dengan lumpur yang dijadikan produk kecantikan kulit. Bari meraikan lumpur mereka yang dikatakan berkhasiat festival lumpur ini diadakan sejak 1998. Ianya sangat popular dikalangan anggota tentera Amerika Syarikat yang bertugas di Korea dan juga kalangan expat. 





Benarkah apa dah jadi dengan Awie ni. Kemalangan sehinggakan mengundang maut ke atas dirinya. Dalam kejadian, mangsa dipercayai meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital Lahad Datu akibat kecederaan parah dikepala.
Tapi Awie ni bukan Awie penyanyi tu lah,muka sahaja yang sama, dan digelar 'Awie' dikalangan rakan beliau.Apa-apa pun Inalillahi dan salam takziah kepada keluarga arwah.
Seorang lelaki yang diberi gelaran ‘Awie Lahad Datu’, maut selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda ketika melintas jalan dalam kejadian di Kilometer 3.5 Jalan Lahad Datu-Tawau berhampiran Bandar Sri Perdana, di sini kelmarin.
Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, mangsa Maslee Lumayan, 44, yang mempunyai raut wajah seakan-akan penyanyi Awie itu dipercayai meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Lahad Datu akibat kecederaan parah pada badan dan kepala.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu Superintendan Shamsudin Mat ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut.
 “Mangsa dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipercayai dipandu laju dari arah Bandar Sri Perdana ketika melintas jalan raya,” katanya.
Awie' Maut


Jangan mudah merasa rendah diri jika anda termasuk dalam kategori lelaki berbadan gemuk. Ini kerana kebanyakan lelaki yang memiliki badan agak berisi, gempal, atau gemuk dikatakan lebih setia jika dibandingkan dengan lelaki berbadan kurus & sederhana. Ia berdasarkan kajian yang dilakukan oleh sebuah Badan Pertubuhan di Jerman baru-baru ini.

Satu soal selidik telah dilakukan ke atas 1000 orang lelaki Jerman berusia antara 31 hingga 69 tahun. Setiap responden diberi soalan tentang daya tarikan mereka terhadap seksual. Hasilnya didapati 23% lelaki yang termasuk dalam kategori memiliki berat badan ideal mengakui bahawa mereka cenderung untuk bersikap curang. Bagi lelaki dalam kategori berat badan berlebihan, hanya 11% yang tertarik untuk bersikap curang terhadap pasangan mereka. Manakala 19% lelaki yang memiliki berat badan terlebih kurus akan cenderung bersikap curang terhadap pasangannya.

Justeru itu, para penyelidik membuat kesimpulan bahawa lelaki yang gemuk akan lebih cenderung untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius dan bersedia untuk memberi komitmen berbanding bersikap curang.



Selain itu, perut berotot yang dimiliki lelaki didapati tidak menjadi faktor utama untuk menarik perhatian wanita. Kumpulan penyelidik dari University of Queensland, Australia membuat kesimpulan tersebut dari pemerhatian terhadap iklan yang menampilkan beberapa bentuk badan lelaki. Didapati, purata wanita yang tertarik dengan lelaki berbadan gemuk dan berbadan sasa adalah hampir sama.
Phillippa Diedrichs, seorang penyelidik menyatakan, promosi iklan menggunakan model lelaki yang berbadan sasa adalah tidak terlalu perlu. Hasil kajian ini telah menjadi bahan perdebatan di antara pihak media tentang bentuk tubuh lelaki paling sempurna. Malah, hingga kini secara khusus, telah memberi gangguan kepada pola pemakanan di kalangan wanita muda.
"Beberapa responden beranggapan bahawa model lelaki berbadan sasa menunjukkan imej homoseksual. Imej tersebut bagi mereka mungkin tidak sesuai dan menjengkelkan,” kata Diedrichs, dipetik dari Times Of India. Hasil kajian Diedrichs pada tahun 2008 menunjukkan, daya tarikan iklan untuk model lelaki berbadan gemuk adalah lebih kurang sama dengan model lelaki berbadan sasa.

Rupanya ahli kumpulan Butterfly, Adda atau nama sebenarnya Nur Syuhada ialah bekas kekasih kepada pelawak Mamat Sepah. Pernah muncul di AJL26 pada tahun lepas, selebriti ini dilihat semakin cantik dan menawan sama seperti Syella Kamaruddin.

Umum mengetahui, Adda pernah berkahwin pada tahun 2012 namun rumahtangga yang dibina hanya bertahan 17 hari. Dia dan bekas suami terpaksa bercerai kerana Adda tidak mahu bermadu dengan perempuan lain.

Jom skodeng beberapa keping gambar cantik Adda Butterfly yang admin sempat godek di portal budiey.