Tips Elak Keguguran Rambut
Keguguran rambut menjadi satu masalah lazim kepada sesiapa sahaja. Walaupun ia tidak menyakitkan namun sedikit sebanyak ia merisaukan kepada sesiapa yang terlibat. Bukan sahaja kerana kita mungkin terdedah kepada masalah botak kepala, tetapi menjadi rumit jika rambut berselerak di atas lantai setiap kali kita menyikat.
Mungkin anda telah mencuba pelbagai produk tetapi tidak berhasil? Apa kata anda cuba tips semula jadi di bawah pula.
Jus daripada bahan semula jadi
Kisarkan bawang putih, bawang merah atau halia. Kemudian lumurkan pada rambut anda dan biarkan semalaman. Cuci dengan bersih pada keesokan paginya. Tip ini mungkin dilihat agak pelik, tetapi ia berhasil.
Urutan di kepala
Mengurut kepala boleh membantu melancarkan peredaran darah ke seluruh kepala. Peredaran darah yang lancer membolehkan folikel rambut menjadi aktif. Jadi, jangan berkira untuk pergi berurut.
Antioksida
Antioksida boleh didapati daripada teh, buah epal atau kopi. Sapukan rendaman salah satu bahan tersebut dan lumurkan ke kulit kepala selama satu jam sebelum dibilas. Antioksida meghalang keguguran rambut dan merangsang pertumbuhan rambut agar lebih lebat.
Rawatan minyak panas
Ambil mana-mana minyak seperti minyak zaitun, atau kelapa dan panaskan. Biarkan ia suam seketika kemudian urutkan secara perlahan-lahan di kepala. Pakai topi mandian dan biarkan selama sejam. Kemudian bilas menggunakan syampu dan air suam.
Rehat secukupnya
Salah satu punca rambut gugur adalah daripada tekanan dan ketegangan yang di hadapi oleh anda. Amalkan rehat secukupnya dan masalah ini dapat dikurangkan. Pastikan anda mendapat tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Selamat mencuba!
No comments
Post a Comment