Selepas pelakon Johan As'ari membuat pengakuan yang menggemparkan industri hiburan apabila mengaku bercinta dengan pelakon sensasi Lana Nordin, ibu kepada bintang "Juvana" itu, Datin Firdaus Abdul Kadir dilihat seolah-olah tidak merestui hubungan cinta anaknya itu.
Menerusi laman Instagram, Datin Firdaus telah memuat naik gambar berserta ayat "A sad face under the shades – Allah menduga setakat yang kita mampu. Setiap dugaan ada hikmah di sebaliknya."
Luahan ibu Johan As'ari |
Berikutan status tersebut, Shila Amzah telah meminta ibu Johan untuk tabah berdepan situasi sekarang, termasuk memuat naik gambar bersama ibu Johan di laman Instagram-nya.
"Terus hadapai dengan senyuman. Walau apa jua ujian, tetap akan jalan ke depan. Guna kewarasan akal fikiran. Tanpa ada walau satu kepincangan biarpun masa acap kali mencemburui kita.
Shila Amzah seperti memujuk ibu Johan As'ari |
"Ada saja hal yang tiba tanpa dipinta, namun kita harus ingatkan diri agar tidak alpa dengan apa yang kita ada dan tiada kerana dunia ini cuma jambatan sahaja," katanya yang dipetik dari Hip.
No comments
Post a Comment