KUALA LUMPUR: Jersi tajaan bernilai RM15 juta oleh Kementerian Pelancongan kepada Kelab Bola Sepak Cardiff adalah dibenarkan dari segi menjana pulangan pendapatan negara, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
"Kami merasakan bahawa perbelanjaan itu adalah wajar jika anda mengambil kira RM15 juta untuk iklan yang membawa pendapatan pelancongan berjumlah RM65 bilion," katanya ketika menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Hee Loy Sian (PKR- Petaling Jaya Utara ) ketika menggulung ucapan belanjawan kementerian di Parlimen pada Khamis.
Hee mempersoalkan penajaan jersi oleh kementerian kepada penyokong dengan menyatakan ia adalah satu pembaziran kerana wang itu boleh digunakan dengan cara yang lebih kreatif.
"Mengapa tidak ada penajaan untuk pasukan bola sepak lain seperti Liverpool atau Manchester United?."
"Adakah penajaan semata-mata untuk membantu mempromosikan pasukan milik Tan Sri Vincent Tan?," kata Hee.
Mohamed Nazri berkata kementerian telah menghubungi kelab bola sepak Cardiff ketika pasukan masih di peringkat Divisyen Pertama untuk mempromosikan negara ini.
"Mereka bersetuju untuk memaparkan perkataan 'Malaysia' pada jersi mereka secara percuma.
"Bagaimanapun, pasukan itu menghubungi kami untuk penajaan apabila memasuki liga perdana dan kita hanya bersetuju jika perkataan 'Visit Malaysia' dipaparkan pada jersi mereka," katanya.
Beliau menambah pasukan bola sepak itu bermain lebih dari 60 perlawanan menggunakan jersi promosi berkenaan di mana secara global, lebih dua bilion penonton yang melihatnya.
Beliau berkata tahun lepas, kira-kira 420,000 pelancong British melawat ke negara ini dengan purata perbelanjaan RM1.5 bilion.
"Penajaan ini tiada kaitan dengan dia (Vincent Tan), ia kerana Malaysia" katanya.
Kelab bola sepak Cardiff ditubuhkan pada tahun 1899 dan telah dinaikkan ke LIga Perdana Inggeris untuk musim 2013/2014 berikutan pengambilalihan kelab oleh Vincent Tan pada tahun 2012.
No comments
Post a Comment