Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


"DIA SUAMI SAYA!." Itulah kontroversi terbaru penyanyi, Miley Cyrus berkenaan statusnya.


Dalam satu temu bual, tunang kepada Liam Hemsworth ini mencetuskan kekeliruan ramai apabila dia memanggil tunangnya, Hemsworth dengan gelaran 'hubby'.

Enggan membiarkan ia terus menjadi spekulasi, Cyrus tampil memberikan penjelasan sebenar.

"Panggilan itu berlaku secara spontan dan saya tidak bermaksud apa-apa.

"Bagaimanapun, tidak mustahil gelaran itu akan menjadi nyata tidak lama lagi," jelas pelakon Hannah Montana ini.

BATANG KALI – Bekas pemain bola sepak Selangor, Mohd Ezmi Mad Jan, 36, yang menderita akibat barah hidung meninggal dunia jam 1.43 pagi tadi.

Allahyarham meninggal dunia di rumahnya di Kampung Sentosa setelah dilaporkan muntah darah lewat petang semalam dan menghadapi masalah untuk membuang air besar.
Bapanya, Md Jan Nipang, 67, berkata, tahap kesihatan anak sulungnya itu menurun sejak sebulan lalu dan tidak menjamah makanan dalam tempoh tersebut menyebabkan berat badannya susut.
Woww! Fasha Sandha sudah seperti menghitung hari untuk bergelar ibu! Usia kandungannya kini dikatakan telah mencecah sembilan bulan!

Jom kita tengok gambar Fasha sandha !

BAKU - Aktivis prodemokrasi di Azerbaijan membayar denda AS$8,280 (RM26,000) dalam bentuk 85,000 keping wang syiling, menurut media, kelmarin.


Beliau menyerahkan syiling seberat 400 kilogram itu kepada perbendaharaan negeri selepas mahkamah mengenakan denda ke atasnya kerana menyertai protes awal bulan lalu.

"Kami berjaya memperoleh sokongan banyak pihak menerusi kempen sebelum ini kerana ribuan orang membuat sumbangan untuk membayar denda tersebut," kata salah seorang penganjur, Narmin Ragimova.

Walaupun jumlah denda itu kecil, tetapi ia tetap dianggap simbol perpaduan sosial bagi penentang rejim Presiden Ilham Aliyev. - AFP








MARAN - Seorang warga emas ditemui mati di depan bilik air di rumahnya di Felda Ulu Jempol dekat sini dengan hampir keseluruhan badannya rentung kecuali bahagian kakinya.


Kematiannya itu menimbulkan misteri kerana siasatan awal polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah berlaku.



Ini kerana tiada kesan pergelutan atau tanda-tanda rumah mangsa dipecah masuk oleh penjenayah.



Malah, polis turut menafikan punca kebakaran itu adalah disebabkan terkena kejutan elektrik.



Seorang wanita warga asing nyaris putus telinga kiri akibat dilibas menggunakan botol kaca minuman keras dalam kejadian di sebuah pusat hiburan di pekan Donggongon, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa Josephine Lama Larua Levatora, 42, berasal dari Papua New Guinea terpaksa menerima 30 jahitan di belakang telinga kiri hingga ke leher. Lebih malang, anak perempuan mangsa berusia 22 tahun yang cuba meleraikan pergaduhan turut menerima tiga jahitan di dagu selepas ditikam menggunakan benda tajam dipercayai serpihan botol kaca oleh suspek.

Menggunakan laman web berlatar belakang warna merah jambu, satu sindiket pelacuran secara online kini dikesan menawarkan wanita dari Russia dan negara bekas blok komunis Kesatuan Soviet untuk menarik lelaki hidung belang melanggan perkhidmatan seks.
Laman itu memaparkan model wanita berpakaian seksi dan tanpa berpakaian untuk ditempah.
Lebih menarik, laman iklan itu mendakwa wanita dipamerkan adalah model majalah pesawat komersial Russia yang boleh dilanggani untuk khidmat seks dengan bayaran RM500.
Laman itu turut menyiarkan nombor telefon bagi memudahkan pelanggan yang berminat menempah wanita terbabit di hotel.
Selain itu, iklan terbabit turut menawarkan khidmat pelacur dari China pada harga RM180. - Harian Metro