Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


BANDUNG – Dua polis wanita menerima pujian orang ramai selepas berjaya menangkap seorang lelaki yang meragut beg tangan seorang wanita di sini semalam.
Kejadian itu berlaku ketika dua anggota polis berkenaan, Ayu dan Dety meronda di satu kawasan perniagaan popular di bandar ini.
Ketua polis daerah Cimahi, Dedy Kusuma Bakti berkata, ketika meronda dua anggota polis itu ternampak seorang lelaki meragut beg tangan seorang wanita.
Katanya, Ayu dan Dety mengejar suspek sebelum menangkapnya.
“Ketika ditangkap suspek cuba melawan dan memukul anggota kami. “Bagaimanapun, dua anggota kami yang mahir dengan seni bela diri Judo itu berjaya menumpaskan suspek,” katanya.
Menurutnya, beg tangan yang berisi komputer tablet turut ditemui dan dipulangkan semula kepada mangsa.
“Suspek ditahan dan akan didakwa di mahkamah kerana mencuri,” katanya. Dua anggota polis berkenaan menerima pujian pengguna laman sosial di Indonesia selepas berita kejayaan mereka menangkap peragut itu disiarkan di internet.
Ramai pengguna laman sosial bukan sahaja memuji keberanian dua anggota polis berkenaan tetapi turut memuji wajah mereka yang cantik. – Agensi

SEORANG wanita yang bekerja sebagai tukang cuci di jalanan Rio De Janeiro kini menjadi kegilaan orang ramai di Brazil.
Rita Mattos, 23, menjadi sensasi internet selepas gambarnya tersebar di laman sosial dan mendapat perhatian netizen sepanjang minggu lalu.
Kini dia bercadang untuk menukar kerjayanya daripada tukang cuci kepada model namun mendakwa, dia tidak suka dengan perhatian yang dimilikinya kini.


Rita berpendapat bahawa semua orang yang ‘bersorak’ untuknya itu memilih kasih terhadap rupa paras seorang tukang cuci.
“Masyarakat terkejut apabila lihat wanita cantik bekerja sebagai tukang cuci. Mereka beritahu saya boleh mendapat kerja yang lebih bagus berbanding menyapu dan membersih.
“Tapi kenapa tukang cuci di tepi jalan perlu kelihatan hodoh? Terdapat prejudis terhadap mereka. Saya sangat bangga dengan apa yang saya lakukan dan walaupun sukar saya sangat seronok,” katanya kepada media tempatan.
Tukang cuci yang memiliki tubuh badan menawan itu kini bakal mengejar impiannya dalam bidang modelling dan sanggup berbogel bagi memenuhi kehendak industri itu.
Walau bagaimanapun, dia tidak akan berhenti daripada kerjanya sebagai tukang cuci kerana ia membantu mengekalkan kelansingan tubuh badannya yang mantap itu.