Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
HANOI – VIETNAM . Seorang kanak-kanak lelaki lima tahun maut selepas terjatuh dari layang-layang gergasi di bandar Ho Chi Minh, Vietnam, menurut pihak berkuasa, kelmarin.
Kemalangan pada Ahad lalu itu berlaku selepas kanak-kanak terbabit dikatakan tersangkut pada tali ketika ahli Kelab Layang-Layang Saigon sedang bersiap sedia untuk melancarkan layang-layang berukuran 18 meter.
“Mangsa dikejarkan ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian,” menurut pegawai polis daerah Hoc Mon. – DPA
Global
BAGHDAD – Tentera kerajaan Iraq dilaporkan berjaya menangkap sejumlah anggota pengganas kumpulan IS yang dipercayai cuba melarikan diri daripada terlibat dalam kancah pertempuran sengit di wilayah utara negara itu.
Paling kelakar, militan ‘brutal’ terbabit ditahan dalam keadaan lucu: mereka cukur licin misai dan jambang di muka selain berpakaian seperti perempuan dengan harapan dapat meloloskan diri daripada pemeriksaan tentera Iraq.
Pihak keselamatan Iraq menyiarkan beberapa foto eksklusif menerusi laman Instagram memaparkan anggota tentera negara itu membuka burqa selain terpaksa melucutkan coli dipakai ekstremis IS itu yang menyamar sebagai pondan.
Salah satu daripada foto tersebut mendedahkan ‘keayuan’ wajah seorang remaja lelaki militan IS yang sanggup belot dan berpaling tadah dengan mengenakan solekan lengkap ‘eyeshadow’ berwarna merah pada kelopak matanya.
Media tempatan pada Isnin berkata, tentera Iraq enggan membocorkan maklumat bila dan di mana gambar-gambar tersebut dirakamkan kerana bimbang ia boleh menjejaskan proses siasatan pihak agensi perisikan negara berkenaan.
Anehnya pada minggu lalu, tiga lelaki yang didakwa sebagai homoseksual telah dipenggal kepala mereka di salah sebuah wilayah dikuasai IS, bahkan ada dicampak dari bangunan tinggi atas kesalahan liwat walaupun suka sama suka.
IS yang mendakwa mereka berpegang teguh kepada ajaran Islam menyelar kelompok gay sebagai golongan dilaknat Allah SWT dan dikutuk Rasulullah SAW sebagaimana pengamal seks songsang yang popular dalam kalangan kaum Sodom ketika zaman Nabi Luth AS.
Sumber keselamatan memberitahu agensi berita antarabangsa, golongan perempuan yang menyertai IS dilarang keras ikut bertempur di medan perang malah, anggota militan amat bimbang jika tewas di ‘tangan’ tentera perempuan.
Ironinya di sisi lain, IS berjaya mempengaruhi ramai belia dan kanak-kanak lelaki dari seluruh dunia termasuk Malaysia untuk turut bertempur di barisan hadapan, kononnya demi menegakkan sistem pemerintaan khalifah Islam. – Agensi
Global
NAMPAKNYA karenah remaja zaman sekarang makin parah. Mana taknya, sudahlah melakukan dosa tergamak pula membuat pengakuan terbuka tentangnya di laman sosial Facebook tanpa segan silu.
Di page Facebook USM love confession (satu laman yang disediakan buat pelajar Universiti Sains Malaysia meluahkan pengalaman cinta mereka), pengendalinya telah memuatnaik pengakuan ‘berani mati’ seorang penuntut perempuan berkenaan aktiviti sumbang dengan teman lelakinya. Adoi!
Dalam entri yang dimuatnaik beberapa hari lalu, penuntut tersebut mengakui bahawa kekasih hatinya merupakan individu yang baik dan sabar dengan karenahnya.
“Boifren aku seriusly baik, pandai, anak mak. Selalu jaga aku time aku perlu. Tak pernah marah2 and sabar je dengan perangai merajuk aku. Aku nak kahwin dengan dia,” tulisnya.
Tapi, penuntut tersebut mula membuka pekung sendiri apabila mengakui melakukan aktiviti ringan-ringan dengan teman lelakinya.
“Tapi past two years dia ajak ringan-ringan. Aku ikut sbb suka. Sapa x suka peluk sayang weyy.”
Tak terhenti di situ, siswi terbabit terus ‘bikin panas’ apabila mengakui teman lelakinya kini mula mengajar dia melakukan ‘blowjob’!
“Tapi recently dia ajar aku blowjob. Aku tak suka. Tapi aku buat sebab sayang dia.”
Sayang? Inilah yang dipanggil sayang tak kena tempat cik adik oii…
Apa lagi, ruangan komen terus dibanjiri luahan tidak puas hati terhadap tindakan siswi tersebut kerana sanggup membuat pengakuan mengaibkan itu untuk dibaca oleh orang lain.
Banyak pihak turut menghentam pengendali laman tersebut kerana semberono memasukkan pengakuan tanpa membuat tapisan terlebih dahulu.
Yelah, page Facebook itu kan mewakili suara pelajar USM, dah tentulah universiti tersebut turut menerima akibatnya. Orang cakap seekor kerbau membawa lumpur, habis semua terpalit…
- MYNEWSHUB.CC
Isu Panas
MUNGKIN kisah yang dikongsikan ini akan membuatkan anda kecut perut pada permulaannya tapi selepas mengetahui cerita sebenar, anda pasti berdekah-dekah ketawa.
Senang cakap, inilah contoh individu yang suka membuat andaian tanpa menyelidik dahulu. Hanya kerana satu imej kabur muncul dalam foto yang diambil, mudah betul si penyebar mengatakan ia adalah penampakan entiti paranormal!
Dimuat naik dalam akaun Facebook Sukan Star TV, seorang individu menceritakan pengalamannya yang menyeramkan ketika melakukan riadah di sebuah kawasan di Simpang Pulai, Perak.
Selang beberapa minit selepas mengambil foto di sekitar kawasan tersebut, dia kembali melihat imej-imej itu. Namun, ada sesuatu yang menaikkan bulu romanya. Nak tahu apa?
Menurut si tukang cerita, satu entiti aneh dikesan dalam foto sedangkan ketika kamera diklik, ‘makhluk’ tersebut langsung tak kelihatan. Paling menakutkan adalah keadaan kakinya yang boleh menimbulkan pelbagai andaian.
Selepas mengesan imej ‘seram’ dalam foto itu katanya, dia melihat keadaan sekeliling untuk mencari kot-kot dia salah lihat tapi memang sah ‘makhluk’ tersebut tak ada di sekitar kawasan tersebut.
Nah, kita kasi zoom sikit…
Pengalaman seram yang dikongsikan di Internet ini apa lagi… dengan pantas menerima pelbagai reaksi netizen yang turut kecut perut dan sama-sama meneka apakah sebenarnya ‘makhluk’ itu.
Namun tak lama kemudian, kisah tersebut bertukar menjadi kelakar apabila ada pihak berkongsikan satu gambar sebijik rupa ‘makhluk’ yang muncul secara tak sengaja dalam foto diambil si pengadu.
Rupa-rupanya, ia bukanlah penampakan hantu seperti yang diperkatakan individu tersebut. Imej itu hanyalah seorang lelaki yang memakai seluar celoreng jingga.
Adoi, tak pasal-pasal abang tu dapat title jembalang hanya kerana imejnya tidak jelas dan kelihatan aneh…
Kes seperti ini sebenarnya sering terjadi. Sebelum ini, terdapat beberapa laporan yang kononnya imej hantu dikesan dalam foto diambil, namun setelah diselidik ia hanyalah kesan pantulan cahaya, trick kamera mahupun kesilapan-kesilapan lain.
Jadi lain kali, pastikan ‘hantu betul’ baru kongsi di laman sosial kalau anda tak nak dapat malu seperti ini!
- MYNEWSHUB.CC
Isu Panas
KUALA LUMPUR: Pelakon Erra Fazira tetap dengan pendirian untuk tidak mendedahkan identiti kekasihnya kepada umum memandangkan perhubungan yang dijalinkan itu masih lagi baharu.
Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 40, berkata, individu itu merupakan seorang yang mempunyai ciri-ciri lelaki idaman iaitu lebih berilmu pengetahuan berbanding dirinya.
"Saya akan dedahkan siapa pasangan saya apabila perhubungan itu ke fasa seterusnya. Yang penting dia bujang dan saya tidak mencari orang yang berharta.
"Cukuplah jika dia boleh membimbing saya dan berpengetahuan serba serbi lebih daripada saya," katanya kepada mStar Online.
Erra ditemui pada majlis pelancaran teater Takhta 3 Ratu di Bora Ombak di sini pada Rabu.
Pelakon Awie, Soo Wincci, Izreen Azminda, Beto Kushairy dan Datuk Rahim Razali turut hadir pada majlis tersebut.
Terdahulu Erra pernah berkahwin dengan Engku Emran Engku Zainal Abdin pada 25 Oktober 2007 dan bercerai pada 18 Februari. Hasil perkahwinan itu mereka mempunyai seorang anak bernama Engku Aleesya yang kini berusia lima tahun.
Hiburan
BINTANG terkenal Hollywood, Kim Kardashian membelanjakan hampir AS$500 (RM2,000) demi mendapatkan rambut berwarna putih keemasan seperti penyanyi Madonna.
Menurut laporan E Online, Kim sanggup menghabiskan masa hampir empat jam untuk melalui proses mewarnakan rambut yang menggunakan bahan terbaik agar dapat menyerupai penyanyi itu.
Bagaimanapun selepas empat hari, Kim tidak berpuas hati dengan gaya rambutnya itu dan mewarnakan sekali lagi untuk mendapatkan hasil lebih baik.
Meskipun dikritik hebat oleh peminat fesyen, Kim bagaimanapun tidak menghiraukan pandangan negatif tersebut malah berasa bangga kerana sudah lama menginginkan gaya rambut seperti Madonna.
Isteri kepada penyanyi Kanye West itu sentiasa menjadi perhatian umum apabila sering menggayakan fesyen terkini.
Mstar Online
Hiburan
Sik: “Saya cuma membaca petikan ayat al-Quran sebelum menjinakkan ular tedung selar itu walaupun pergelangan tangan kiri kesakitan akibat dipatuk, ” kata Zahhariman Abdul Razak, yang ‘bertarung’ selama 10 minit untuk menewaskan ular tedung yang cuba masuk ke rumahnya di Kampung Belantik, dekat sini, kelmarin.
Kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 malam ketika bekas kakitangan FELCRA itu keluar ke halaman rumah sebelum menyedari kelibat reptilia sepanjang 4.2 meter dengan berat kira-kira sembilan kilogram itu sedang menyusur di tepi dinding.
Zahhariman, 54, berkata, dia terkejut melihat seekor ular di luar rumah lalu mengacah menangkapnya tetapi dipatuk pada pergelangan tangan kiri.
Menurutnya, pada masa sama dia langsung tidak mengendahkan kesakitan dan berusaha menangkapnya sambil membacakan petikan ayat al-Quran untuk menjinakkan ular berkenaan walaupun berdepan kesukaran.
“Ular itu cuba mengelak menyebabkan saya membaca ayat al-Quran dan menghembus ke arahnya menyebabkan reptilia itu menjadi lemah sebelum saya mencekak dan dimasukkan ke dalam guni.
[Wow] - Gosip Hiburan - Isu Semasa
Bangkok: Kerajaan tentera Thai semalam memberi amaran kepada wanita negara itu supaya tidak memuat naik gambar selfie bawah payudara mereka - trend terbaru media sosial yang semakin menjadi viral.
Menurutnya, perbuatan itu menyalahi undang-undang jenayah komputer negara itu.
Akta Jenayah Komputer 2007 Thailand melarang sebarang bentuk bahan yang boleh ‘menjejaskan keselamatan negara atau menyebabkan panik dalam kalangan penduduk’ atau ‘sebarang data komputer lucah yang boleh diakses orang ramai.’
Kementerian Kebudayaan berkata, pesalah berdepan dengan hukuman penjara lima tahun. Ia bagaimanapun tidak menyebut cara mereka akan mengenal pasti pelaku.
“Apabila orang merakam gambar selfie pangkal payudara mereka, tidak ada siapa dapat melihat wajah mereka,” katanya. - Agensi
Global
Kuching: Sudahlah mabuk, pukul orang pula. Itu kisah sebenar video dua lelaki memukul seorang lelaki dalam kejadian dikatakan berlaku di Jalan Bako, di sini, yang ‘viral’ di laman sosial sejak petang tadi.
Kejadian 3.30 petang itu sebenarnya berlaku di Jalan Demak, di sini, membabitkan mangsa berusia 46 tahun yang sudah membuat laporan polis selepas kejadian.
Berdasarkan laporan dibuat, pada mulanya mangsa bersama rakannya yang memandu Toyota Unser melalui kawasan berkenaan sebelum mendapati ada sebuah motosikal tanpa nombor pendaftaran ditunggang dalam keadaan bahaya.
Rakan mangsa membunyikan hon untuk menegur penunggang motosikal itu tetapi menerima ‘hadiah’ isyarat lucah.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Superintendan Entusa Imam berkata, penunggang motosikal itu memberhentikan kenderaannya, diikuti mangsa dan rakannya.
"Mangsa dan rakannya memberhentikan kenderaan, turun daripada kereta dan berlaku pertengkaran dengan penunggang motosikal yang dipercayai dalam keadaan mabuk.
"Tiba-tiba penunggang motosikal itu dengan rakannya memukul mangsa dengan topi keledar, manakala rakan mangsa dihalang daripada membantu," katanya ketika dihubungi, hari ini.
“Akibat kejadian itu mangsa lebam di kepala dan dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS),” katanya
Menurut Entusa, siasatan masih dijalankan dan setakat ini belum ada tangkapan dibuat.
"Saksi yang menyaksikan kejadian diminta tampil di balai polis berhampiran untuk membantu siasatan," katanya.
Hmetro
Isu Panas
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments