BINTANG terkenal Hollywood, Kim Kardashian membelanjakan hampir AS$500 (RM2,000) demi mendapatkan rambut berwarna putih keemasan seperti penyanyi Madonna.
Menurut laporan E Online, Kim sanggup menghabiskan masa hampir empat jam untuk melalui proses mewarnakan rambut yang menggunakan bahan terbaik agar dapat menyerupai penyanyi itu.
Bagaimanapun selepas empat hari, Kim tidak berpuas hati dengan gaya rambutnya itu dan mewarnakan sekali lagi untuk mendapatkan hasil lebih baik.
Meskipun dikritik hebat oleh peminat fesyen, Kim bagaimanapun tidak menghiraukan pandangan negatif tersebut malah berasa bangga kerana sudah lama menginginkan gaya rambut seperti Madonna.
Isteri kepada penyanyi Kanye West itu sentiasa menjadi perhatian umum apabila sering menggayakan fesyen terkini.
Mstar Online
No comments
Post a Comment