Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


MANTAN Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad mempamerkan pelbagai aksi comel dan menarik ketika mengunjungi muzium 3D di Langkawi, baru-baru ini.
Pasangan ini meluangkan masa di muzium 3D, Art in Paradise di Oriental Village dan berposing sambil mengambil gambar di hadapan pameran seni tiga dimensi yang unik.
Perdana menteri keempat Malaysia itu gemar melancong ke pulau destinasi perhatian ramai tersebut malah turut dikenali sebagai ‘Arkitek untuk Langkawi Moden’.
Beliau turut merasmikan muzium seni itu ketika ianya dibuka kepada umum sejak Oktober tahun lalu. 




Dek kerana tidak mahukan anak perempuan, seorang bapa telah nekad menanam anak perempuannya hidup-hidup.
Abdul Hussein, dituduh cuba untuk menguburkan anak perempuannya, yang berusia 10 tahun hidup-hidup atas alasan yang tidak munasabah, di Tripura, India.
Dia dikatakan ‘cuba menguburkan anak perempuannya yang berusia 10 tahun hidup-hidup, hanya kerana dia adalah seorang gadis’.
Polis berkata, saksi melihat Abdul Hussein menggali sebuah lubang di taman belakang rumahnya ketika isterinya keluar, dan kemudian meletakkan anaknya dalam lubang dengan tangannya diikat dan mulut ditutup.
Suspek dikatakan telah menimbus tanah sehingga paras dada, apabila gambar yang diambil menunjukkan kanak-kanak perempuan dengan tangan terikat dan kepala dikotori tanah.
Apabila isterinya pulang, suspek cuba menyembunyikan kegiatannya dengan meletakkan bakul buluh di atas kepala anak perempuan mereka, dengan niat untuk meneruskannya perbuatan tersebut selepas ini.
Tetapi, isterinya mula mempersoalkan di mana anak mereka, dan perbuatannya mula dibongkarkan oleh jiran-jiran yang meilhat kejadian terbabit. Mereka dikatakan telah memukul suspek sebelum memanggil polis


BEKAS teman lelaki penyanyi Britney Spears iaitu John Sundahl mati dibunuh dipercayai ditembak oleh pihak Taliban di Afghanistan pada Ahad lalu.

Daily Mail melaporkan, ketika kejadian, helikopter yang dipandu oleh John dari Kabul ditembak jatuh namun tidak dapat dipastikan punca sebenar kejadian itu.

John pernah bercinta dengan Britney pada 2007 dan lelaki itu disebut sebagai individu bertanggungjawab membantu penyanyi itu keluar daripada masalah ketagihan alkohol.

Hubungan kedua-dua mereka kekal baik biarpun sudah berpisah dan mereka sering berhubung untuk bertanya khabar.

Britney pula dilaporkan sedih dengan berita kematian John dan menyifatkan lelaki berkenaan sebagai seorang yang budiman.

LONDON – Seekor anjing berusia lima bulan yang kudung kedua-dua belah kaki hadapannya terpaksa melompat seperti seekor kanggaru untuk membantunya bergerak.
Anjing yang dikenali sebagai Roo itu, dilahirkan tanpa kedua-dua belah kaki hadapan menyebabkan ia terpaksa menggunakan kaki belakangnya untuk melompat seperti kanggaru.
Haiwan tersebut diselamatkan oleh sebuah badan kebajikan haiwan di sini sebelum diserahkan kepada seorang jururawat, Nikki Dick untuk dipelihara.
Dick, 50, berkata, Roo merupakan seekor anjing yang istimewa kerana ia berjalan tidak ubah seperti kanggaru.
Katanya, walaupun hanya menggunakan dua kaki belakang untuk berjalan tetapi ia mampu bergerak dengan pantas tanpa sebarang masalah.
“Sekali imbas pasti ramai menyangka Roo adalah seekor kanggaru kerana cara ia berjalan dan melompat hampir menyerupai haiwan berkenaan,” katanya. – Agensi





New York: Seorang wanita mewasiatkan kekayaannya yang dianggar berjumlah £1 juta (RM5.4 juta) kepada anjing peliharaannya supaya haiwan itu boleh terus hidup dalam kemewahan.
Rose Ann Bolsany yang bekerja sebagai akauntan berbuat demikian kerana terlalu menyayangi anjing baka Maltese terrier itu yang diberi nama Bella Mia.

Anjing yang berusia tiga tahun itu bakal mewarisi harta seperti barang kemas, dana amanah dan rumah percutian.
Rose Ann, 60, menganggap anjing kesayangannya itu ‘hadiah daripada Tuhan’ dan akan memastikan ia sentiasa mewah.
Bella Mia hanya makan filet stik mignon untuk makan malam dan memiliki bilik tidur sendiri yang dipenuhi pakaian anjing.

Rose Ann yang berasal dari Queens, New York, berkata ketiga-tiga anaknya tidak marah dengan tindakannya.
“Anak-anak saya sudah besar dan berjaya. Mereka tidak memerlukan wang saya.
“Kami sudah biasa memberi kehidupan mewah kepada Bella Mia, sebab itu saya mahu memastikan dia mempunyai segala-galanya apabila saya sudah tiada nanti,” kata Rose.

Anjing itu pernah memenangi tempat pertama dalam pertandingan Bintang Fesyen Haiwan Kesayangan New York dua tahun berturut-turut.
Sebelum ini, seorang pengusaha hotel New York, Leona Helmsley mewasiatkan hartanya bernilai £8 juta (RM43.3 juta) kepada anjingnya selepas kematiannya pada 2007.

Hakim kemudian terpaksa mengurangkan jumlah itu kepada £1.5 juta (RM 8.1 juta) apabila anjing yang bernama Trouble itu mati empat tahun kemudian. - Agensi



Alor Gajah: Seorang wanita berstatus isteri orang yang lari dari rumah sejak empat bulan lalu akhirnya ditemui apabila dicekup bersama seorang lelaki dipercayai teman lelakinya dalam sebuah rumah di Durian Tunggal, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, wanita berusia 23 tahun dari Gemas, Negeri Sembilan tidak bekerja dan mempunyai tiga anak dipercayai tinggal bersama seorang lelaki berusia 27 tahun di sebuah rumah yang baru disewa minggu lalu.

Bagaimanapun, hubungan terlarang pasangan yang mendakwa suami isteri itu dihidu pegawai syarak, anggota polis serta penduduk di taman perumahan terbabit.

Sumber berkata, wanita berkenaan meninggalkan suaminya yang berusia 36 tahun serta tiga anak berusia antara setahun hingga tujuh tahun pada pertengahan Oktober tahun lalu dipercayai keluar sehelai sepinggang kerana mengikut teman lelaki.

“Wanita terbabit dipercayai terpengaruh dengan pujuk rayu teman lelaki yang baru dikenali dengan menyewa rumah di beberapa tempat sepanjang menghilangkan diri sebelum mereka tinggal di taman perumahan berkenaan. Hmetro Online


Shah Alam: Usaha orang awam menyelamatkan seorang pemandu treler daripada lemas selepas kenderaan dipandunya terbabas ke dalam tasik di Jalan Batu Arang, berhampiran Puncak Perdana, di sini, semalam gagal apabila lelaki itu disahkan meninggal dunia beberapa minit kemudian.
Kemalangan kira-kira jam 1 petang itu menyebabkan mangsa yang berusia 20-an maut dipercayai akibat lemas walaupun bantuan pernafasan sudah diberikan pasukan perubatan.
Difahamkan, treler yang membawa muatan bata itu dari arah Puncak Alam menuju ke Puncak Perdana terbabas sebelum merempuh penghadang jalan di kiri jalan dan terus menjunam ke dalam tasik.
Orang ramai yang melalui jalan sama cuba menyelamatkan mangsa dengan mengeluarkannya daripada tasik.
Jurucakap bomba berkata, ketika dibawa naik orang ramai, mangsa tidak sedarkan diri dan cuba diberikan bantuan pernafasan, tetapi tidak dapat menyelamatkannya.

Hmetro Online