Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


WASHINGTON - Saintis baru - baru ini mendedahkan penemuan tengkorak manusia moden tertua . Tengkorak manusia ini berusia antara 12,000 hingga 13,000 tahun lalu .

Dilapor Examiner , Jumaat ( 16/5/2014 ) , tengkorak paling tua yang masih lengkap ditemui di Yucatan . Tengkorak manusia moden ini dijumpai oleh pasukan saintis dari National Geographic Society , ahli paleontologi , Mexican government 's National Institute of Anthropology and History serta para penyelam .

Penemuan ini dilaporkan pada 16 Mei 2014 dan diterbitkan pada jurnal Science . Saintis menemui tengkorak tersebut di wilayah Hoyo Negro , tepatnya di sebuah lubang dengan kedalaman 130 meter dalam sistem gua Sac Actun di Yucatan Peninsula , Mexico .

Saintis meyakini bahawa tengkorak ini merupakan remaja perempuan . Di lokasi tapak tersebut , didapati juga tulang haiwan yang pupus .

Saintis menyimpulkan bahawa tengkorak perempuan dan haiwan ini terjebak dan tetap dalam kondisi lengkap oleh fenomena alam . Penyelidik mendapati bahawa kepala tengkorak ini mempunyai bentuk berbeza daripada manusia moden di Mexico dan Amerika .

DNA dipelihara dalam kerangkat manusia tersebut . DNA boleh dipakai untuk penyelidikan dan membuktikan sama ada tengkorak perempuan ini mempunyai nenek moyang yang sama seperti penduduk asli Amerika .

Saintis menganggarkan , usia perempuan ini saat meninggal berusia sekitar 15 atau 16 tahun . Penemuan ini mengesahkan dan menjelaskan beberapa aspek dari gerakan manusia moden ke Amerika .

Sumber: okezone.com

ARGENTINA – Sebuah fosil dinasour dipercayai milik dinasour terbesar pernah hidup di muka bumi ditemui  oleh sekumpulan paleontologist yang melakukan proses cari gali di kawasan tersebut.

Menurut pakar paleontologi, fosil tersebut merupakan spesies dinasour herbivor terbaru yang dinamakan sebagai Titanosaur.

Dinasour tersebut seberat 77 tan bersamaan dengan 14 ekor gajah dewasa dan tujuh tan lebih berat daripada pemegang rekod sebelum ini iaitu Argentinosaurus. 








GEORGETOWN - Seorang lelaki warga emas maut selepas terjatuh dari tingkat 11 sebuah pangsapuri di Batu Lanchang, Jelutong di sini malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 malam itu mangsa yang berusia 60 tahun gagal diselamatkan selepas dia terlepas dari pelukan anggota bomba dan penyelamat yang cuba menghalangnya terjun dari bangunan berkenaan.

Dia dilihat meronta-ronta apabila anggota penyelamat berkenaan sempat ‘menyambarnya’ seketika ketika dia leka berdiri di bahagian luar tingkap rumahnya. Akibat tindakannya itu, mangsa jatuh dari bangunan berkenaan.

Menurut saksi di tempat kejadian, lelaki berkenaan dikatakan telah berdiri di luar tingkap rumahnya sejak jam 2.30 petang.

Saksi yang enggan dikenali itu berkata, mangsa kelihatan tidak keruan dan beberapa kali mengugut untuk terjun.

“Beberapa ahli keluarga dan kaunselor datang cuba menenangkannya namun pujukan mereka langsung tidak diendahkan.

“Mereka juga menghubungi anaknya yang berada di Kuala Lumpur dan menghulurkan telefon bimbit kepadanya dengan harapan dia dapat bertenang namun ternyata usaha itu hanya sia-sia,” katanya ketika ditemui semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, setelah empat jam berusaha memujuk mangsa pihak polis terpaksa membenarkan pasukan bomba dan penyelamat melakukan tindakan seterusnya.

“Siasatan awal di rumah lelaki berkenaan menemui sekeping nota yang ditulisnya dan dia dikatakan terpengaruh dengan suara halus yang didengarinya sejak empat bulan lalu. Suara halus itu juga memujuknya untuk berbuat sedemikian," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Mior berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat.

Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

PELAKON dan pelawak terkemuka, Zizan Razak mengambil keputusan untuk membubarkan syarikat pengurusan Wireframe miliknya selepas menandatangani kontrak lumayan dengan Astro baru-baru ini.
Bagaimanapun, berita tentang pembuburan itu masih belum muktamad memandangkan Zizan dan rakan kongsinya, Marina Juki sedang dalam proses membahagikan hak dan melantik peguam bagi meneliti segala hal berkaitan perundangan.
Tindakan itu turut menimbulkan spekulasi bahawa keputusan Zizan dikatakan diambil atas faktor hasutan teman wanitanya, Emma Maembong yang kemudian menafikan dakwaan tersebut setelah dihubungi media.
Menurut sumber yang boleh dipercayai, punca pembubaran itu disebabkan perbalahan yang berlaku antara Zizan dan Marina sejak dua bulan lalu ekoran sikap Marina yang suka mengongkong berkaitan soal peribadi termasuk kisah cintanya dengan Emma.
Sikap Zizan yang tidak mahu dikongkong orang lain dikatakan menjadi penyebab dua rakan kongsi itu mahu mengambil haluan masing-masing dengan cara baik dan tidak tergesa-gesa.

GAMBAR di atas yang admin petik daripada halaman facebook APT mendakwa ia dikirimkan oleh salah seorang rakan kepada pemilik akaun tersebut.
Berdasarkan status yang ditulis, akaun fb tersebut menyatakan bahawa berdasarkan maklumat dari kawannya, ular tersebut berjaya ditangkap akibat tidak dapat melarikan diri kerana “beban” yang dibawa.
Namun sekiranya gambar yang dikongsikan itu adalah asli, kalau bukan kuali apa sebenarnya yang ditelan ular itu ye??

PETALING JAYA: Gambar kucing di atas lantai dengan kaki belakangnya diikat di tempat letak kereta KLCC telah tersebar di internet.
Menurut seorang pengguna Facebook, Mandy Chow, kucing tersebut bertindak garang dan mempertahankan diri apabila dia cuba untuk menyelamatkannya.

“Saya bukan seseorang yang tahu mengenai kucing. Adakah seseorang yang mempunyai pengalaman dengan kucing (di luar sana) yang boleh menyelamatkannya?” dia membuat paparan di halaman Facebooknya pada Ahad.
Seorang lagi pengguna internet Tati Tot Tot mengulas: “Ikatan ini mengganggu peredaran darah ke kaki, dan kakinya bengkak.”
Beberapa pencinta haiwan cuba mencari haiwan itu tetapi tidak berjaya.
Post ini dikongsi di laman Facebook ‘Malaysian Dogs Deserve Better’.
Sehingga kini masih tidak diketahui sama ada kucing itu telah diselamatkan.

NAMPAKNYA selepas kisah perceraian yang melanda Fiza Abdul Halim, rumahtangga rakannya, Abbdy Abadi pula yang dilihat seperti bermasalah.
Ia dikesan melalui satu gambar Abby bersama suaminya, Muhammad Noor Farhan yang disertakan dengan ‘caption’:
“Dari awal kenal……. beli cincin……. uruskan pernikahan…. nikah……. saat2 indah…. dugaan bersilih ganti…… ujian datang & pergi………. Akhirnya….. Mohon doa kalian………..Doakan yg terbaik utk kami….Untuk yg terakhir kali…”
Hmm..lain macam bunyinya. Adakah ini petanda rumahtangga mereka sedang bergolak?
Jika sebelum ini Fiza pernah mendakwa salah satu faktor keruntuhan rumahtangganya ialah kerana komen-komen negatif yang diterimanya di akaun Instagram, kami harap masalah rumahtangga Abby bukan disebabkan perkara yang sama.
Lagipun, rasanya tak perlulah semua perkara peribadi diceritakan di laman sosial.
Lebih baik selesaikan terlebih dahulu dengan pasangan selagi masih mampu, betul tak?
Pasangan ini telah mendirikan rumahtangga pada Julai tahun lalu dan ia merupakan perkahwinan kedua buat Abby selepas bercerai dengan pelakon Norman Hakim.
Apapun, kita nantikan saja penjelasan daripada Abby atau Farhan nanti…

JERMAN – Seorang lelaki yang nekad melakukan pengubahsuaian badan, sanggup menebuk lubang di pipinya, hingga memperlihatkan gigi serta lidahnya.
Meskipun ia disifatkan sebagai mengerikan, namun bagi Joel Miggler, 23, ia merupakan satu uji kaji kepadanya.
Walaupun lubang itu seluas 36 milimeter, dia mahu membesarkan lubang itu kepada 40 milimeter.
Anehnya dia mendakwa lubang seluas itu tidak mengganggunya ketika dia makan atau minum.
“Saya boleh minum dan makan seperti individu lain,’’ katanya yang melakukan pengubahsuaian badan sejak berusia 13 tahun.
Menurut Miggler, apabila bertemu orang ramai di jalanan, mereka hanya akan memandangnya dengan pandangan jelik atau pelik, bagaimanapun ia berbeza dalam media sosial.
Jelasnya, dia dikecam hebat dalam media sosial dan disifatkan sebagain individu pelik serta didiskriminasi.
Pengubahsuaian badan dilakukan dengan niat untuk mengubah penampilan seseorang dan ia termasuk melakukan tindik, tatu serta pembedahan plastik.
Ada yang melakukannya atas alasan seni, manakala selebihnya melakukan bagi tujuan kebudayaan atau tradisional.
Pengubahsuaian badan ini juga dilihat sebagai tidak lebih kepada perbuatan melampau yang tidak diperlukan oleh badan.

London – Ibu bapanya adalah individu kaya dengan pendapatan dianggarkan bernilai RM533 juta. Namun Brooklyn Beckham yang merupakan anak kepada pasangan terkenal David Beckham dan Victoria diajar supaya berdikari.
Remaja berusia 15 tahun itu diajar menghargai wang, bagaimana caranya? Iaitu dengan bekerja pada hujung minggu di sebuah kedai kopi, dengan pendapatan kira-kira RM15 sejam.
Bagaimanapun disebabkan usianya bawah umur, dia tidak boleh bekerja lebih tujuh jam sehari. Brooklyn sebaliknya perlu diberikan waktu rehat selama sejam selepas empat jam bekerja.
Salah seorang pekerja di kedai kopi itu memberitahu, Brooklyn telah bekerja di situ dan hubungannya dengan pembancuh kopi yang lain adalah baik.
Cerita mengenai Brooklyn yang bekerja bagi mencari duit sendiri itu meskipun ibu bapanya adalah orang kaya telah menjadi contoh kepada remaja lain.
Dia mendapat pujian daripada orang ramai di media sosial kerana sanggup bekerja di situ walaupun boleh hidup mewah.
Dalam pada itu, sumber rapat keluarga Beckham berkata, pasangan berkenaan memang menggalakkan anak mereka bekerja.
Beckham yang mempunyai tiga anak lain iaitu Romeo, 11, Cruz, sembilan dan Harper, dua, memang selama ini mengajar anak-anak mereka mengenai kerja keras.
Sebelum ini, Beckham dilaporkan memberitahu bahawa dia dan Victoria cuba menjadikan diri mereka sebagai contoh yang baik kepada anak-anak mereka.
“Salah satu perkara yang saya dan isteri saya lakukan ialah kami sering bersama anak-anak kami kerana mereka adalah keutamaan kami, dan kerja keras merupakan salah satu perkata untuk ditunjukkan kepada anak-anak kami,’’ katanya.
Bulawayo, Zimbabwe: Seorang lelaki mendakwa dirinya ‘nabi’ dihantar tuhan khas untuk menyembuhkan wanita menggunakan kemaluannya dipenjara 17 tahun selepas didapati bersalah merogol jiran.
Lungile Ncube, 32, dari Worringham didakwa mengumpan mangsa dengan memberitahu kemampuannya menyembuhkan sakit perut yang dialami wanita terbabit.
Gambar Hiasan
Bagaimanapun, Ncube meyakinkan mangsa bahawa proses rawatan mesti dilakukan melalui hubungan seks. Dalam perbicaraan, majistret Sikhumbuzo Nyathi berkata banyak kes sebegitu terjadi di negara berkenaan. Kata Nyathi, perkembangan itu sangat membimbangkan dan penjenayah harus dikenakan dihukum keras. “Ia sangat menjengkelkan apabila tertuduh menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan orang ke atasnya,” katanya. Nyathi kemudian menetapkan Ncube dihukum penjara selama 17 tahun dan tiga tahun daripadanya akan dikenakan bergantung kepada kelakuannya selepas dibebaskan. Menurut hakim itu, memang ramai wanita datang mendapatkan khidmat pawang atau bomoh bagi mengatasi masalah batin masing-masing.
Namun, katanya, apa yang berlaku sangat menyedihkan apabila mangsa ditipu dan diperlakukan begitu.
Pendakwa Masimba Saruwaka memberitahu mahkamah pada 28 Januari Ncube memanggil mangsa ke rumah dan mendakwa sebagai nabi yang menerima wahyu.

Ncube meminta wanita terbabit meminum air dicampur dengan garam sebelum mengarahkannya menanggalkan pakaian. Beberapa minit kemudian Ncube kembali bersama baldi yang mengandungi campuran tanah dan air dan mengarahkan mangsa supaya berbaring.

Dia kemudian merogol mangsa.
Apabila wanita terbabit mempertikaikan perbuatan itu Ncube mendakwa ia adalah sebahagian daripada ritual yang perlu diikuti dalam proses penyembuhan. - Agensi

London: Bandar raya London kini bukan lagi dikenali sebagai antara kota paling sibuk dan besar, sebaliknya dianggap sebagai pusat “selfie” dunia.
Menurut analisis daripada pakar media sosial London menjadi bandar raya paling banyak menjadi latar untuk seseorang melakukan “selfie”.
Suggestme.com berkata, sebanyak 14 peratus “selfie” mencatatkan kawasan seperti London Eye, bangunan parlimen dan Istana Buckingham sebagai antara kawasan paling popular untuk aksi berkenaan.
Mengikuti London ialah bandar raya New York apabila Time Square dan patung Statue of Liberty menjadi pilihan utama pengamal “selfie.” Suggestme.com menganalisis 6.3 juta jumlah mesej dalam Twitter, Facebook , Instagram dan laman sosial lain sebelum membuat kesimpulan itu.
Tempat ketiga diduduki Amsterdam manakala Barcelona, Paris, Berlin, Rome, Sydney, Istanbul, dan Athens berada dalam kedudukan sepuluh tangga teratas. - Agensi

Kuala Lumpur: Tarian seksi dengan hanya memakai pakaian dalam menjadi tarikan di dua pusat hiburan di Jalan Klang Lama di sini, yang diserbu polis Bahagian Siasatan Jenayah, Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Kuala Lumpur, kelmarin.
Dalam serbuan Op Noda kira-kira jam 9.30 malam itu 69 wanita pelayan pelanggan (GRO) warga asing ditahan, 67 berasal dari Thailand dan masing-masing seorang dari Sepanyol dan Pakistan.
Pegawai Turus D7 IPK Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Bahrin Mohd Rose berkata, semua wanita itu berusia antara 24 dan 30 tahun dan ketika serbuan dua pusat hiburan itu dipenuhi lebih 50 pelanggan lelaki.

“Semua wanita yang ditahan menyalahgunakan pas lawatan sosial manakala premis hiburan itu tidak mempunyai lesen yang sah,” katanya.

Seorang penjaga pusat hiburan itu memberitahu semua wanita warga asing terbabit menari dengan hanya berseluar dalam dan memakai coli di atas meja bagi menghiburkan pelanggan.
“Kelab buka jam 10 malam pada setiap hari, bagaimanapun tarian berahi hanya akan bermula tepat jam 12 tengah malam,” katanya yang enggan dikenali.

Menurutnya, penari akan menari selama 20 minit untuk satu sesi sebelum berehat dan disambung semula 30 minit kemudian sehinggalah jam 2 pagi sebelum premis ditutup.
Gambar Hiasan

Puchong: Seorang wanita berusia 40 tahun mati dipercayai akibat bunuh diri dengan terjun dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Taman Puchong Jaya, di sini, semalam.
Seorang saksi berkata, dia percaya mangsa bukan penduduk pangsapuri itu kerana dia tidak pernah melihat wanita itu sebelum ini. 
“Sepanjang saya menetap di sini itu hampir tiga tahun saya tidak pernah melihatnya dan yakin dia bukan penduduk di sini,” katanya ketika ditemui Harian Metro. 

Harian Metro difahamkan mangsa dipercayai bunuh diri dari anjung sebuah rumah di tingkat lima berdasarkan peninggalan selipar mangsa di lokasi terakhir sebelum dia ditemui mati.

Sementara itu Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang Supritendan Yong Soo Koon ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata, mayat wanita berusia 40 tahun itu ditemui kira-kira jam 2 petang dan dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Beliau berkata mangsa mati di tempat kejadian berdasarkan kesan cedera patah tangan kanan, kaki kanan serta tulang belakang yang mengakibatkan mangsa mati serta- merta.

Kuala Lumpur: Seorang lelaki mati dalam keadaan tersangkut di atas pokok selepas tercampak akibat dirempuh sebuah komuter dalam kejadian di Jalan Kuching berdekatan Kepong di sini, malam kelmarin.
Sebelum kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa berusia lingkungan 30-an yang tidak dikenal pasti identiti dikatakan berjalan di laluan kereta api berkenaan secara bersendirian. 
Mangsa kemudian dilanggar sebuah komuter yang datang dari arah Kuala Lumpur menuju ke Segambut. 

Keadaan itu menyebabkan bomba terpaksa dipanggil untuk menurunkan mayat lelaki berkenaan dari pokok.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, siasatan awal mendapati perlanggaran dengan komuter jenis SCS itu mengakibatkan mangsa tercampak dan tersangkut di pokok yang berada di sekitar kawasan terbabit.

Kangar: Seorang wanita warga emas tidak kisah diejek sebagai orang kurang siuman apabila menjadikan rumah pusaka berharga ratusan ribu ringgit di Jalan Kangar-Padang Besar di sini, sebagai sangkar teduhan bagi lebih 200 kucing terbiar sejak 30 tahun lalu.
Wanita terbabit, Azni Ahmad, 63, berkata, dia sudah acap kali dihina dengan tuduhan membazirkan sisa hidup atau wang kerana mahu menjaga kucing terbiar itu. 
“Malah, kata-kata cemuhan itulah yang dijadikan pembakar semangat untuk saya terus melakukan amanah menjaga haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW itu daripada terbiar tanpa dijaga. Ini sekali gus menyelamatkan kucing ini daripada dicederakan individu tidak berhati perut. 


“Mereka yang menghina saya mungkin tidak faham erti perikemanusiaan. Bagi saya, jika kita tidak mempunyai sikap menyayangi haiwan, maka hidup kita tidak akan sempurna.

“Apa yang saya lakukan ini bukan semata-mata untuk mendapatkan pujian atau meraih keuntungan, tetapi ia adalah ikhlas bagi memastikan haiwan itu mempunyai tempat berteduh,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.