Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
hehehehe...Yang ini sangat lucu.. apa benda nak bathtub dengan tong biru sekecil itu, disumbat pulak dengan dua orang 'gempal'.. Penuh tangki.. haha.. mula mula main air... lepas tu main buih .... ehh, betul ker?
[Wow] - Lawak Bah
Kecoh dua tiga hari ini mengenai surat seorang bapa kepada pihak sekolah yang meminta anaknya dikecualikan dari pembelajaran perkara asas agama Islam di sekolahnya. Memang sah kewujudan data murid tersebut dan surat tersebut bukan sengaja digembar-gemburkan. Di bawah adalah surat tersebut.
Kisah ini mendapat perhatian ramai dan kami cuba menyingkap alasan sebenar ianya terjadi.
Berhubung isu surat bapa mohon sekolah jangan libatkan anak dgn aktiviti agama di sekolah, berikut respon yg di terima:
” Imam surau kejiranan Presint11 dh dpt citer sebenar dr guru sekolah tu. Dia br pindah ke putrajaya, tak sangka ramai bertudung kat sekolah anak dia. Dia jumpa tudung dlm beg sekolah anak. Si anak bawak sorok2. X nk ayah dia tau. Ayah dia terus hubungi sekolah. X nk org dakwah anak dia. Masa kelas agama anak dia diatur masuk kelas pendidikan moral. Ayah juga buat laporan supaya tiada dakwah agama kpd anak dia.”
Statement si ayah:
“kuno rupanya putrajaya ni. Ramai pakai tudung. Ingat kan moden”
Hmmm…masih ada lagi yang berfikiran kolot seperti ini. Kepada masyarakat sekeliling, harap tidak terus menghentam pelajar tersebut, perlu juga dilihat latar belakang bapanya yang kelihatan agak jahil ini..
Isu Panas
Seorang aktress wanita di China, Sun Fei Fei, terpaksa menanggung malu
dalam Anugerah selepas gaun labuh yang dipakainya
terbuka serta-merta akibat dipijak ketika sesi bergambar di lokasi
karpet merah ahad lalu.
Ketika kejadian itu, pelakon aktress berkenaan sedang berjalan di lokasi
karpet merah bersama seorang pengacara televisyen, Fang Ling. Mereka
kemudiannya dipanggil untuk sesi fotografi ringkas.
Selepas bergambar, Sun terus berjalan beriringan dengan Fang Ling ke arah tempat duduk. Tanpa disedari Fang Ling telah terpijak gaunnya menyebabkan pakaian Sun terbuka serta-merta dan menampakkan colinya.

Sun yang terkejut dengan kejadian memalukan itu terus menarik gaun ke
atas dan meminta salah seorang pembantunya bergegas mendapatkan baju kot
untuk menutup bahagian dadanya yang terdedah. Dia kemudiaanya
meninggalkan majlis itu tanpa menghabiskan majlis penganugerahan
berkenaan.
[Wow] - Sakit Mata
PARIS – Berjuta-juta penduduk Perancis tidak melepaskan peluang menonton televisyen semalam, bagi menyaksikan seorang penyampai berita mengotakan janjinya.
Penyampai tersebut, Doria Tilier, 27, bercakap besar dan memberi
cabaran bahawa dia akan berbogel jika pasukan bola sepak Perancis
berjaya berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia.
Namun selepas Perancis menewaskan Ukraine 3-0 dalam playoff kedua
Piala Dunia 2014 untuk mengikat kedudukan 3-2, sekali gus layak ke
pusingan akhir di Brazil, Doria akhirnya terkedu.
Manakala penonton pula menuntut dia menunaikan janjinya dan mereka
tidak sabar-sabar menantikan aksi tersebut apatah lagi Doria merupakan
bekas seorang model.
Ini menyebabkan rating saluran televisyen Canal+ naik dengan mendadak.
Namun penonton ternyata hampa apabila aksi yang dinanti-nantikan itu tidak berlaku.
Ini kerana, Doria rupanya membuat helah.
Dia tidak berbogel sebaliknya berlari di sekeliling kawasan dengan
rakaman dari jarak jauh sahaja di sebuah kawasan berhampiran Paris,
iaitu Poil.
`Poil’ dalam bahasa Perancis bermaksud bogel.
Rupa-rupanya Doria bijak dan berjaya mengenakan penontonnya.
Global
BRAZIL – Pelajar Brazil yang menjadi tumpuan ramai kerana menjual
`dara’ pada harga RM2 juta, sekali lagi membuat tawaran yang sama
kepada pembida.
Catarina Migliorini, 21, mendakwa masih dara kerana pembeli sebelum ini tidak melakukan hubungan seks dengannya.
Kali ini, pelajar yang tidak bermoral ini menawarkan harga bidaan
sebanyak RM264,000 dan berharap mendapat bidaan sekurang-kurangnya RM4
juta.
Aksi Migliorini dalam lelong dara sebelum ini dirakamkan oleh sebuah
produksi dari Australia untuk satu dokumentari namun gadis ini mendakwa
dia tidak mendapat sesen pun wang hasil bidaan berkenaan.
Dia mendakwa tidak mendapat wang yang dibayar oleh seorang pembeli dari Jepun, Natsu pada bulan Oktober lalu.
Natsu yang juga seorang jutawan berjaya menewaskan pembida dari
Amerika Syarikat iaitu Jack Miller dan Jack Right serta jutawan India,
Rudra Chatterjee.
Migliorini memberitahu, selepas bertemu dengan Natsu, di sebuah
restoran di Sydney, dia mendakwa Natsu tidak memenuhi syarat dan mereka
tidak melakukan hubungan seks.
Dia juga berkata, segala perjalanannya tidak ditanggung oleh syarikat
produksi berkenaan dan percaya Natsu sebenarnya tidak wujud, sebaliknya
produksi tersebut hanya mereka-rekanya untuk tujuan penggambaran.
Hasil lelongan berkenaan, menjadikan Migliorini sebagai selebriti di
Brazil dan dia turut bergambar untuk majalah Playboy versi Brazil dan
Argentina.
Migliorini mahu menggunakan wang itu untuk membina rumah bagi golongan miskin.
Global
Seorang pelanggan salun rambut terkenal di negara ini, A Cut Above
tidak bepuas hati dengan hasil akhir lalu meluahkan ketidakpuasan
hatinya dengan wewujudkan laman “Boycott A Cut Above” di Facebook.
Menurut Tanya H. Fernandez dalam pos pertama di laman berkenaan 15
November lalu, dia datang ke salun berkenaan dengan rambut tebal,
panjang dan sihat. Namun lima jam kemudian rambutnya bertukar menjadi
kering, kasar dan kusut sedangkan dia telah mengeluarkan belanja
sebanyak RM600.
Menurut Tanya, pendandan rambut dan pengurus salun mengaku rambutnya telah rosak namun tidak pasti apakah penyebab utama.
Penyelesaian yang disarankan padanya adalah mendapatkan rawatan
kondisioner dan Keratin Brazilian setiap tiga bulan hingga rambut baru
tumbuh semula.
Tanya yang berasa kesal dengan kejadian ini meminta wangnya
dipulangkan semula manakala rambutnya yang rosak diberikan rawatan
secara percuma.
Apabila pekerja salun gagal mendapatkan tindakbalas daripada pemilik
salun iaitu Datin Winnie Loo, Tanya berkeras menunggu di salun hingga
masalahnya diselesaikan.
Akhirnya Tanya dapat bercakap dengan anak Winnie iaitu Richard Teo
namun dia diberitahu, tiada pulangan wang dapat diberikan setiap kali
pelanggan tidak berpuas hati kerana jika itu dilakukan setiap kali,
bisnesnya boleh bangkrap.
Jawapan ini menyakitkan hati Tanya lalu tercetuslah page ”Boycott A Cut Above” yang mencatat 811 Likes sehingga hari ini (Rabu).
Laman yang diwujudkan oleh Tanya rupa-rupanya menangkap perhatian
pihak A Cut Above. Salun itu kemudiannya menerangkan kejadian yang
berlaku dianggap bermula daripada kesilapan Tanya apabila mengabaikan
nasihat pendandan rambut mereka.
Jawapan A Cut Above berbunyi:
Namun cerita belum berakhir. Tanya kemudiannya memuatnaik pula pos di
Facebook ’print screen’ daripada anak Winnie, Hazel Teo yang
menghantar pesanan kasar kepadanya.
Tanya turut memuatnaik respon yang dirasakannya berlagak apabila dia
diingatkan supaya tidak lupa pemilik A Cut Above, Richard Teo dan Winnie
mempunyai gelaran Datuk dan Datin pada pangkal namanya.
Dia juga menyertakan ‘print screen’ dirinya dikata oleh Winnie dan anak beranaknya di laman Facebook lain.
Keadaan tambah panas apabila anak perempuan Winnie, Hazel sekali lagi menghantar pesanan biadap kepada Tanya lalu dia berkongsikan status ini di laman Facebook.
Ternyata, inilah silap paling besar dilakukan oleh pihak Winnie.
Bahasa yang digunakan ini membuatkan ramai pihak mengutuk seterusnya
menyokong Tanya.
Bagaimanapun susulan itu, Winnie Loo menjernihkan keadaan apabila
meninggalkan jawapan di laman Facebook yang diwujudkan Tanya bahawa dia
sendiri tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan Hazel.
Winnie menyatakan dia tidak dapat melihat secara jelas isu yang berlaku pada Tanya kerana dia berada di luar negara sebelumnya.
Justeru, dia mempelawa untuk menyelesaikan permasalah dihadapi.
Diharapkan, inilah pengakhiran kemelut antara Tanya dan Cut Above.
Masalah ini mungkin tidak berpanjangan jika kedua-dua pihak menggunakan
cara diplomasi dan profesional sejak mula untuk menyelesaikan sebarang
masalah.
Isu Panas
KAMPUNG TANAUAN, Filipina - Pada kebiasaannya, nelayan akan menyimpan
hasil tangkapan di dalam peti sejuk, namun berlainan pula dengan mangsa
Taufan Haiyan di sini.
Para nelayan itu mengunakan peti sejuk untuk dijadikan bot bagi tujuan menangkap ikan.
Taufan Haiyan yang telah mengorbankan lebih 3,000 orang itu telah menjejaskan punca pendapatan petani dan nelayan yang miskin.
Ia sekali gus menyebabkan kumpulan nelayan tersebut berusaha untuk memulihkan taraf kehidu- pan mereka semula.
Sebuah keluarga nelayan yang tinggal di selatan bandar Tacloban dan
merupakan antara kawasan yang teruk dilanda taufan sejak 13 hari lalu
telah menggunakan peti sejuk yang dijumpai dalam timbunan sampah untuk
dijadikan bot.
Menurut seorang penduduk, Jimmy Obaldo, 52, idea untuk menggunakan peti sejuk itu datang daripada anaknya.
"Anak saya yang ingin mencuba menggunakan peti sejuk untuk pergi menangkap ikan.
"Sejak seminggu lalu, kami berjaya menangkap ikan, udang dan ketam dan dijual di pasar," ujar Obaldo.
Taufan Haiyan melanda wilayah tengah Filipina pada 8 November lalu
yang dianggap sebagai salah satu taufan paling kuat di dunia.
Ia menyebabkan banyak kemusnahan di pulau-pulau yang terdapat di tengah Filipina. - Agensi
Global
HERNAN PINEDA menggadai nyawa setiap hari dengan menggali emas di
sebuah lombong tidak berlesen di sebuah perkampungan kecil di San
Antonio, Columbia.
Rata-rata penduduk di San Antonio yang terletak di barat laut negara
itu, menetap dalam pondok yang diperbuat daripada plastik atau kayu.
Justeru, pendapatan lumayan hasil mencari emas sukar dilepaskan.
Kini, setelah penempatan itu didirikan kira-kira dua tahun lalu
terdapat beberapa kemudahan yang membantu kehidupan harian mereka
seperti kedai gunting rambut, kedai telefon bimbit, kedai perdagangan
emas dan kelab malam.
Colombia mempunyai lebih 14,000 lombong emas dan 56 peratus daripadanya tidak berlesen, kata pihak kerajaan.
Dari Januari 2012 hingga Jun lalu, seramai 86 orang terkorban
manakala 39 yang lain cedera dalam kemalangan di kawasan perlombongan
emas, menurut kementerian perlombongan negara berkenaan.
Pineda, 40, bapa kepada lapan orang anak merupakan salah seorang
daripada 4,000 pelombong termasuk wanita dan kanak-kanak yang melombong
emas di kaki gunung Antioquia.
Sangat lumayan
Dia bekerja di lombong haram itu sejak berumur 13 tahun. Di San
Antonio, dia memperoleh pendapatan berdasarkan emas yang ditemui setiap
hari. Setakat ini, pendapatannya sangat lumayan.
"Saya melabur wang yang diperoleh dengan membeli gerudi dan bersama rakan kongsi, kami melombong emas di sini," katanya yang turut memperuntukkan sebahagian daripada pendapatannya untuk membeli bahan letupan bagi memudahkan kerja-kerja melombong emas.
Dia bersama sekumpulan 20 orang pelombong akan memasang bahan letupan bagi tujuan memecahkan tanah dan batu serta membuat lubang alur bagi memudahkan dan menjamin keselamatan mereka ketika kerja-kerja melombong emas dilakukan.
Kegilaan melombong emas tersebut telah menarik ramai pelombong dari luar Antioquia untuk mencari lebih banyak logam yang bernilai tinggi itu.
Pekerjaan tersebut memang teruk, namun hasil yang diperoleh sangat lumayan. Kadangkala, mereka mampu memperoleh pendapatan harian sebanyak $265 (RM848), iaitu kira-kira 30 hingga 40 peratus berbanding nilai emas tersebut.
Pineda pula memperoleh pendapatan yang lebih lumayan berbanding pelombong-pelombong lain di bawahnya. Dia mampu memperoleh sehingga RM40,408 sebulan. Dia kini menyewa sebuah apartmen kira-kira 30 kilometer dari lombong berkenaan dan setiap seminggu dia ke Medellin untuk berjumpa teman wanitanya.
Dia sedar akan bahaya pekerjaannya yang berdepan risiko kematian ekoran keadaan lombong yang kurang selamat.
"Melombong emas sememangnya bahaya. Justeru, kami akan berusaha untuk memperoleh emas sebanyak mungkin. Bilangan pelombong yang semakin ramai memerlukan kami bekerja lebih cepat," katanya lagi.
Selain itu, katanya, terdapat juga risiko kerajaan menutup lombong berkenaan. Malah, kerajaan telah mengumumkan kawasan tersebut berbahaya dan berhasrat mengeluarkan kesemua pelombong emas.

Gelombang seismos
"Ia adalah sebuah kawasan yang mempunyai banyak aktiviti gelombang seismos. Gunungnya curam dan sangat berbahaya. Makin ramai pelombong, makin lemah struktur gunung yang boleh menyebabkan risiko tanah runtuh," kata Cesar Hernandez, pengarah pengurusan risiko Antioquia.
"Penempatan penduduk di San Antonio tanpa infrastruktur pengurusan air yang baik menyebabkan banyak kawasan ditakungi air sekali gus memburukkan lagi keadaan," katanya lagi.
Selepas 27 tahun bekerja menarah permukaan perut bumi, Pineda telah menyaksikan banyak kemalangan yang membabitkan rakan-rakannya termasuk ada yang terbunuh, buta dan lumpuh seumur hidup.
Pineda berkata, dia juga mempunyai masalah paru-paru yang serius. Ekoran itu, dia berhasrat untuk berhenti melombong dan bekerja di kedai yang dibelinya di Medellin, wang hasil kerja perlombongan.
Tetapi ia adalah satu keputusan yang sukar, katanya: "Godaan emas adalah besar dan hebat." - AFP

TURKI akan membina satu laluan terowong bawah laut Bosphorus bernilai 3
bilion euro (RM12.89 bilion) di bawah bandar Istanbul yang
menghubungkan benua Eropah dan Asia.
Ia merupakan antara projek mega yang dicadangkan sebagai laluan
kemasukan utama ke bandar negara yang berteraskan kerajaan Islam.
Terowong sejauh 13.6 kilometer (km) yang bakal dilengkapi dengan tiub
terowong itu disifatkan oleh pegawai kerajaan mereka sebagai yang
paling dalam di dunia dengan 60 meter di bawah dasar laut.
Pembinaan projek itu juga dijalankan sempena dengan tarikh ulang tahun ke-90 pembentukan negara Turki moden.
"Turki akan meraikan dua perkara besar pada masa yang sama serentak.
"Kami akan meraikan ulang tahun ke-90 republik ini pada 20 Oktober
dan pada tarikh itu juga kami akan merealisasikan impian lebih satu
setengah kurun yang lalu iaitu membina terowong laluan utama di bandar
Istanbul," kata Menteri Pengangkutan, Binali Yildirim awal bulan ini.
Terowong ini adalah sebahagian daripada projek besar Marmaray yang turut melibatkan usaha naik taraf laluan kereta api lama di kawasan pedalaman bagi mewujudkan laluan sepanjang 76 km sebagai penghubung kepada dua benua berkenaan.
Kos yang besar
Idea asal projek ini pertama kali diutarakan ketika era Kesultanan
Uthmaniah oleh Sultan Abdul Medjid pada 1860, namun kekangan kepada
peralatan teknikal yang kurang moden pada waktu itu menjadi penghalang
kepada pembinaannya.
Bagaimanapun, keinginan untuk membina laluan bawah laut itu semakin
kuat pada tahun 1980-an. Beberapa kajian turut mencadangkan bahawa
pembinaannya mungkin boleh dilakukan dengan melibatkan kos yang besar.
Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan yang juga bekas Datuk Bandar
Istanbul mengumumkan perancangan ini pada tahun 2004 sebagai antara
projek pembinaan mega bagi menangani masalah kesesakan bandar yang
didiami lebih 16 juta orang itu.
Impian beliau merupakan salah satu punca protes anti-pemerintah besar-besaran yang melanda Turki pada Jun lalu apabila penduduk tempatan mengadu bahawa rancangan pembangunan bandar utama ini memaksa mereka keluar daripada rumah masing-masing selain memusnahkan sejumlah kawasan hijau.
Projek tersebut turut mendapat pembiayaan utama daripada sebuah bank dari Jepun untuk program Kerjasama Antarabangsa dengan sumbangan sebanyak AS$1 bilion (RM3.2 bilion).
Pembinaan terowong yang dilabelkan oleh pentadbiran Erdogan sebagai projek abad ini sepatutnya siap sekitar tahun 2008, namun ia tertangguh selepas siri penemuan arkeologi utama di situ.
Sejumlah 40,000 objek purba ditemui dekat lokasi kira-kira 30 bangkai kapal pada era pemerintahan empayar Byzantine yang merupakan armada terbesar pada zaman pertengahan.
Namun, siri penemuan di luar jangkaan ini sebenarnya mengecewakan Erdogan apabila beliau pernah merungut bahawa isu artifak itu mengganggu rancangannya mengubah landskap Istanbul.
Isu pengangkutan merupakan masalah besar di Istanbul. Dianggarkan seramai dua juta orang menggunakan Jambatan Bosphorus yang sesak setiap hari.
Datuk Bandar Istanbul, Kadir Topbas percaya pembinaan terowong yang menghubungkan bahagian Asia dan Eropah di negara tersebut mampu menyelesaikan masalah dengan kapasiti 150,000 penumpang sejam. - AFP

Pada usia yang baru menjengah 20 tahun dan belum mendapat kunci
kebebasan daripada keluarga namun pelakon dan model jelita berkulit
putih mulus, Miera Leyana Kasmi kelihatan matang daripada usianya.'
Kesan daripada kegagalan percintaannya dengan pelakon Shahz Jaszle,
membuatkan Miera berhati-hati dalam mencari pengganti. Dia tidak serik
untuk bercinta lagi tetapi buat masa ini dia senang bersendirian.
“Kami bercinta tak lama tetapi cukuplah untuk saya mengenali hati
budi seorang insan bernama lelaki. Sekarang saya lebih suka berkawan
tambahan dengan sikap yang 'happy-go-lucky' dan gila-gila, mereka lebih
selesa berkawan dengan saya daripada mengajak saya bercinta.
“Buat masa ini saya tak mahu terjebak lagi dalam dunia percintaan. Betullah orang kata cinta itu buta, segalanya nampak cantik dan menarik tetapi bila dah terkena baru kenal dunia cinta itu apa sebenarnya. Lupakan cerita lama kerana banyak lagi perkara yang perlu saya buat untuk masa depan,” katanya.

Pun begitu, sebagai insan biasa Miera tidak pernah menolak untuk berasa dikasihi dan mengasihi.
[Wow] - Kisah Artis
London: Selepas berfoya-foya sehingga mabuk semalaman, seorang remaja
Manchester tidak menyedari dia membeli tiket penerbangan ke luar negara
dan kembali waras keesokan hari di Paris, Perancis.
Luke Harding dilaporkan membuat tempahan penerbangan ke Paris pada saat-saat akhir dalam keadaan mabuk.
Harding juga secara tidak sedar menaiki teksi ke lapangan terbang selepas menghantar rakannya pulang.
Ketika rakan lain lena di kediaman masing-masing, Harding, 19, tertidur di tandas lapangan terbang di Paris.
Beberapa jam sebelum itu ketika dalam keadaan mabuk, Harding menyatakan keinginannya menyaksikan Menara Eiffel.
Tanpa disedari dan dijangka sesiapa dia secara tidak sedar menempah penerbangan ke Paris pada awal pagi. Apabila terjaga dari tidur, dia terkejut kerana mendapati dirinya berada di dalam tandas di Lapangan Terbang Charles De Gaulle, Paris. Harding mengejutkan rakannya apabila dia menghantar tweet kepada rakannya dari Paris walaupun beberapa jam sebelum itu mereka berpesta di Oldham City.
Remaja terbabit yang memuat turun fotonya dari Arc de Triomphe dan Menara Eiffel kemudian menjadi sensasi di Twitter. - Agensi
Global
YANGON - MYANMAR. Pihak berkuasa Myanmar, semalam memaklumkan mereka
berjaya menggagalkan cubaan tiga lelaki yang merancang untuk melancarkan
serangan bom ke atas masjid di negara tersebut.
Jurucakap polis memberitahu salah seorang suspek penganut Buddha itu dipercayai pernah menjalani latihan bersama militan di sempadan negeri Karen.
"Suspek pertama diberkas dalam satu serbuan di sebuah rumah tumpangan di kawasan Yangon. Pihak berkuasa turut menemui serbuk pelbagai bahan dan serbuk letupan untuk menghasilkan bom bersama lelaki itu pada 13 November lalu," katanya dipetik AFP.
Menurutnya lagi, hasil siasatan ke atas suspek berumur 34 tahun itu membawa kepada penahanan dua lagi rakannya berumur 28 dan 31 tahun pada awal Sabtu lalu.
Difahamkan, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi memburu lebih ramai suspek yang dipercayai terlibat dalam rancangan sama untuk mencetuskan keganasan etnik dan agama dengan menyasarkan masjid di negara itu.

KOLKATA – INDIA. Sebanyak 24 jongkong emas bernilai AS$1 juta (RM3.18
juta) ditemui tersorok di dalam tandas pesawat komersial, Jet Airways.
Menurut AFP, pengarah lapangan terbang, B.P Mishra berkata, penemuan menggemparkan itu berlaku ketika pesawat tersebut sedang dibersihkan di lapangan terbang Kolkata.
“Kami percaya ada penumpang cuba menyeludup jongkong emas terbabit berikutan duti import telah meningkat tiga kali ganda pada tahun ini,” katanya.

KUALA TERENGGANU - Seorang anak tergamak menjatuhkan maruah ibunya depan
khalayak ramai apabila ‘menyerang’ wanita malang itu di tempat kerja
dengan membawa sebilah parang sambil meminta wang RM500.
Bagaimanapun, tindakan biadab Muhammad Sufian Roslan, 21, menerima pembalasan setelah dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.
Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi membuat keputusan itu selepas dia mengaku bersalah melakukan ugutan jenayah kepada ibunya, Zaleha M Hussin, 47, dengan niat menyebabkan mangsa berasa cemas.
Muhammad Sufian mengaku melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di depan kedai makan di Kampung Losong Dato’ Amar, di sini, pada 15 Ogos lalu, kira-kira 1 petang.
Berdasarkan fakta kes, mangsa yang ketika itu berada di kedai makan iaitu tempat dia mencari rezeki telah didatangi Muhammad Sufian dengan membawa sebilah parang panjang.
Sejurus ternampak kelibat mangsa, Muhammad Sufian terus meminta wang RM500, namun mangsa gagal menunaikan permintaannya itu disebabkan tiada wang.
Kegagalan mangsa memenuhi hajatnya telah menaikkan kemarahan sebelum Muhammad Sufian memaksa ibu malang itu pulang ke rumah dalam keadaan marah-marah sambil mengacukan parang tersebut ke arah mangsa.
Bimbang keselamatannya pada masa akan datang, mangsa nekad membuat laporan polis sebelum Muhammad Sufian ditangkap oleh bapa saudaranya sendiri pada 16 Ogos lalu, jam 11. 30 pagi dan diserahkan kepada pihak polis.

[Wow] - Berita Tempatan
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments