KUALA TERENGGANU - Seorang anak tergamak menjatuhkan maruah ibunya depan
khalayak ramai apabila ‘menyerang’ wanita malang itu di tempat kerja
dengan membawa sebilah parang sambil meminta wang RM500.
Bagaimanapun, tindakan biadab Muhammad Sufian Roslan, 21, menerima pembalasan setelah dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.
Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi membuat keputusan itu selepas dia mengaku bersalah melakukan ugutan jenayah kepada ibunya, Zaleha M Hussin, 47, dengan niat menyebabkan mangsa berasa cemas.
Muhammad Sufian mengaku melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di depan kedai makan di Kampung Losong Dato’ Amar, di sini, pada 15 Ogos lalu, kira-kira 1 petang.
Berdasarkan fakta kes, mangsa yang ketika itu berada di kedai makan iaitu tempat dia mencari rezeki telah didatangi Muhammad Sufian dengan membawa sebilah parang panjang.
Sejurus ternampak kelibat mangsa, Muhammad Sufian terus meminta wang RM500, namun mangsa gagal menunaikan permintaannya itu disebabkan tiada wang.
Kegagalan mangsa memenuhi hajatnya telah menaikkan kemarahan sebelum Muhammad Sufian memaksa ibu malang itu pulang ke rumah dalam keadaan marah-marah sambil mengacukan parang tersebut ke arah mangsa.
Bimbang keselamatannya pada masa akan datang, mangsa nekad membuat laporan polis sebelum Muhammad Sufian ditangkap oleh bapa saudaranya sendiri pada 16 Ogos lalu, jam 11. 30 pagi dan diserahkan kepada pihak polis.

No comments
Post a Comment