YANGON - MYANMAR. Pihak berkuasa Myanmar, semalam memaklumkan mereka
berjaya menggagalkan cubaan tiga lelaki yang merancang untuk melancarkan
serangan bom ke atas masjid di negara tersebut.
Jurucakap polis memberitahu salah seorang suspek penganut Buddha itu dipercayai pernah menjalani latihan bersama militan di sempadan negeri Karen.
"Suspek pertama diberkas dalam satu serbuan di sebuah rumah tumpangan di kawasan Yangon. Pihak berkuasa turut menemui serbuk pelbagai bahan dan serbuk letupan untuk menghasilkan bom bersama lelaki itu pada 13 November lalu," katanya dipetik AFP.
Menurutnya lagi, hasil siasatan ke atas suspek berumur 34 tahun itu membawa kepada penahanan dua lagi rakannya berumur 28 dan 31 tahun pada awal Sabtu lalu.
Difahamkan, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi memburu lebih ramai suspek yang dipercayai terlibat dalam rancangan sama untuk mencetuskan keganasan etnik dan agama dengan menyasarkan masjid di negara itu.

No comments
Post a Comment