Pada usia yang baru menjengah 20 tahun dan belum mendapat kunci
kebebasan daripada keluarga namun pelakon dan model jelita berkulit
putih mulus, Miera Leyana Kasmi kelihatan matang daripada usianya.'
Kesan daripada kegagalan percintaannya dengan pelakon Shahz Jaszle,
membuatkan Miera berhati-hati dalam mencari pengganti. Dia tidak serik
untuk bercinta lagi tetapi buat masa ini dia senang bersendirian.
“Kami bercinta tak lama tetapi cukuplah untuk saya mengenali hati
budi seorang insan bernama lelaki. Sekarang saya lebih suka berkawan
tambahan dengan sikap yang 'happy-go-lucky' dan gila-gila, mereka lebih
selesa berkawan dengan saya daripada mengajak saya bercinta.
“Buat masa ini saya tak mahu terjebak lagi dalam dunia percintaan. Betullah orang kata cinta itu buta, segalanya nampak cantik dan menarik tetapi bila dah terkena baru kenal dunia cinta itu apa sebenarnya. Lupakan cerita lama kerana banyak lagi perkara yang perlu saya buat untuk masa depan,” katanya.

Pun begitu, sebagai insan biasa Miera tidak pernah menolak untuk berasa dikasihi dan mengasihi.
No comments
Post a Comment