Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
KANGAR: Penyanyi yang popular dengan lagu Aku Suka Dia, Ainan Tasneem, cedera selepas kereta dinaikinya terbabit kemalangan di Sungai Batu Pahat, di sini, kira-kira jam 9.30 malam tadi.
Difahamkan, kereta yang dinaiki Ainan yang juga penuntut Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bersama tiga rakannya dikatakan hilang kawalan lalu terbabas ke longkang.
Semua mangsa yang cedera ringan dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini untuk rawatan.
BH
[Wow] - Kisah Artis

DRAMA Duri Di Hati yang pernah disiarkan di slot Azalea TV3 tidak lama dahulu memberi platform kepada pendatang baharu, Natasha Elyzza, 20, untuk memahat namanya sebagai salah seorang pelakon di Malaysia.
Bermula dari situ, kelibatnya mula disedari oleh pengkarya tempatan yang memberinya peluang untuk terus melebarkan bakat di persada seni lakonan tanah air.
Bermula sebagai pelakon tambahan, kini nama Natasha mula terpampang selaku pelakon pembantu kepada watak utama dalam beberapa drama yang disiarkan di televisyen tempatan.
Antaranya ialah Bila Hati Perempuan Menjerit yang pernah disiarkan di Astro Prima dan yang terbaharu, menerusi drama bersiri Projek Memikat Suami yang sedang bersiaran di Astro Ria.
Menceritakan sejarah penglibatannya, anak kelahiran Petaling Jaya, Selangor itu memberitahu, pelakon Emma Maembong adalah individu yang bertanggungjawab menaikkan tahap kariernya pada hari ini.
Saya mula mengenali Emma sebelum dia terkenal sebagai pelakon setahun lalu. Ketika itu saya baharu berjinak-jinak sebagai pelakon ekstra. Tidak lama selepas mengenalinya, rezeki dalam bidang lakonan lebih memihak kepada Emma yang terus mencipta populariti tersendiri.
Bagaimanapun, hubungan kami masih berterusan seperti biasa. Sejak Emma aktif berlakon, sesekali dia memperkenalkan saya kepada beberapa syarikat produksi untuk sesi uji bakat. Alhamdulillah, bakat saya diterima untuk mendukung watak pembantu," katanya.
Setelah mencuba pelbagai watak dalam puluhan drama sama ada sebagai pelakon pembantu, Natasha ketika bertandang ke studio Utusan baru-baru ini memberitahu bahawa dia mendambakan watak antagonis, psiko atau penggoda.
Katanya, sebelum ini dia pernah memegang watak wanita gedik tetapi ia belum cukup mencabar kredibilitinya sebagai pelakon.
Saya mahukan watak yang pelbagai selain watak pelajar universiti atau pekerja pejabat. Bukannya saya mahu bermegah, tetapi sejujurnya watak seperti itu merupakan biasa yang tidak begitu umphhh!
Sebab itu saya menantikan tawaran watak antagonis atau wanita psiko kerana jika saya berjaya menggalasnya, ia mendatangkan kesan yang tersendiri, sekali gus dapat memberi pengalaman dalam membentuk gaya lakonan yang lebih matang dan dikenali ramai," jelas Natasha yang menjadikan Nora Danish sebagai pelakon pujaannya.
Bagaimanapun, menurut Natasha, sebagai pendatang baharu, dia tidak mahu demand lebih-lebih dan menerima apa sahaja tawaran yang diterima untuk bertatih dalam bidang ini.
Mengulas mengenai perkembangan terbaharunya, dia memberitahu bahawa sedang menunggu tawaran untuk menjayakan sebuah drama pada bulan Mac nanti. Pada masa yang sama, ujar Natasha, dia juga mencuba nasib dalam bidang peragaan sebagai model.
Utusan
[Wow] - Kisah Artis

Sudah menjadi lumrah apabila seseorang yang cantik dikejar ramai dan tidak terkecuali juga dengan Norish Karman yang menjadi salah seorang yang sentiasa dikejar oleh ramai lelaki yang mahu menjadikan dirinya teman hidup.
“Ada yang datang mengurat dan ada itu yang membawa ibubapa mereka
untuk meminang saya dan macam-macam lagi. Buat masa sekarang saya masih
tidak mahu memikirkan soal jodoh dan perkahwinan kerana saya perlu fokus
dengan perniagaan dan juga karier saya ini”
“Sekiranya saya hendak berkahwin atau apa sahaja saya mahu berdikari
terlebih dahulu saya perlu untuk mencari rezeki dan harta supaya bakal
suami saya tidak perlu untuk menanggung mereka dengan erti kata lain
tidak perlu untuk dia dibebani dengan anak-anak saya”
“Biarlah anak-anak menjadi keutamaan saya dahulu. Kadang-kadang kalau saya di rumah anak-anak saya akan bertanyakan seperti tak keluar dating ke mama? Mereka sangat sporting dan tidak kisah untuk saya berkawan dengan sesiapa pun,” ujarnya sambil berseloroh.
Dia turut memberitahu bahawa hubungannya bersama bekas suaminya yang
kedua tidak begitu baik kerana sehingga sekarang dia masih tidak
membenarkan anak bongsunya bersama bekas suaminya yang kedua itu
berjumpa.
“Saya tidak membenarkan mereka berjumpa kerana datuknya pernah
berpesan supaya anak itu tidak dibenarkan berjumpa dengan bapanya itu,”
ujar Norish Karman.
Rotikaya.com
[Wow] - Kisah Artis

Berita yang menjadi perhatian ramai dalam tempoh 24 jam yang lepas
pastinya penceraian Erra Fazira & suaminya, Engku Emran yang sebelum
ini sering di’landa spekulasi berkaitan situasi rumahtangga mereka yang
dikatakan bermasalah.
Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain mengesahkan lafaz dibuat Engku
Emran itu selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk berpisah secara baik.
Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam juga memutuskan hak penjagaan anak,
Engku Aleesya diberikan kepada Engku Emran dan hak bermalam serta
lawatan bersama diberikan kepada Erra Fazira apabila kedua-dua pihak
bersetuju mengenainya.
“Mahkamah turut meluluskan permohonan plaintif (Erra Fazira) untuk
tidak membuat sebarang tuntutan nafkah edah dan mutaah,” ujar Hakim
Syarie, Mohammad Adib Husin.
Sinar Harian juga melaporkan yang pasangan ini mengaku sudah tidak
tinggal sebumbung sejak setahun enam bulan yang lalu dan Erra Fazira
yang ditemui media berharap tiada lagi persoalan tentang mereka selepas
ini.
“Segala spekulasi telah terjawab. Saya mohon jangan tanya lagi. Ia
(kerjaya) menjadi fokus utama saya kini,” ujar Erra Fazira selepas
prosiding selesai.
[Wow] - Kisah Artis

Dari hari ke sehari, pelakon muda, Sara Ali, 24, dilihat semakin
akrab dengan pelakon yang lebih berpengalaman daripadanya iaitu Nur
Fazura Sharifuddin.
Sara dan Fazura,
31, sering kali bertemu dan hang out bersama sekiranya tiada sebarang
komitmen kerja seperti yang dikongsikan mereka di laman Instagram
masing-masing.
Sara juga mengakui dirinya mula rapat dengan pelakon jelita itu sejak
sama-sama membintangi filem Kami Histeria yang dirakamkan pada 2012.
Pelakon genit ini juga mengakui Fazura mahukan dirinya jadi seperti idolanya itu dari segi pembawakan diri dan berfesyen.
“Saya dah anggap Fazura seperti akak saya dan dia pun begitu kerana
Fazura nampak saya dalam diri dia kerana saya seorang yang kasar dan
temper dan dia lihat sama seperti dia muda dulu.
“Malah, Fazura sendiri ada cakap dia mahu saya jadi macam dia,
maksudnya dari segi pembawakan diri dan sebagainya,” katanya memetik
portal Murai.
Sebelum ini kecoh mengatakan Fazura mengecam pelakon Hanez Suraya yang dikatakan ingin meniru gayanya.
Namun, dengan Sara, dia okay pula..
Mungkin orang yang rapat dengannya kot dibenarkan meniru gaya dan fesyen yang dibawakannya.
[Wow] - Kisah Artis
Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain mengesahkan lafaz dibuat Engku Emran itu selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk berpisah secara baik.
Erra dan Engku Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya, 5.
BH
[Wow] - Kisah Artis
PETALING JAYA: Pelakon Hanez Suraya memberitahu sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai isteri dan membataskan aktiviti kerjaya lakonan selepas berumah tangga bagi menjaga perasaan suami.
Hanez, 29, berkata, biarpun belum membincangkan tentang perjalanan kerjaya seninya selepas berkahwin, namun dia akur andainya terpaksa menarik diri dari dunia seni.
"Lepas berkahwin nanti kenalah hormat keputusan suami, sekarang sahaja dia agak cemburu kalau ada sesi fotografi yang memerlukan saya bergambar mesra dengan lelaki, inikan pula berlakon berpelukkan.
"Sejak bercinta dengannya, saya juga sudah tidak boleh keluar malam, kalau keluar siang sekalipun kena balik awal.
"Setakat ini belum ada perbincangan tentang kerjaya, tetapi kalau dia tidak benarkan saya berlakon pasti dia akan gantikan saya dengan sesuatu yang lain untuk dilakukan," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.
Pelakon Autumn Di Hatiku ini mengakui bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan berasal dari Kuala Lumpur yang berusia 34 tahun pada tahun ini.
Tambah Hanez, dia kini sibuk menguruskan persiapan perkahwinan tersebut dan mencari lokasi yang sesuai untuk majlis 'raja sehari' itu.
"Insya-Allah pada tahun ini kami akan berkahwin, tarikh sudah ada tetapi belum boleh diumumkan kerana masih lagi mencari lokasi yang sesuai.
"Kalau boleh saya tidak mahu bertunang tetapi tengok macam mana keputusan keluarga nanti," katanya.
Dalam pada itu, Hanez berkata, dia mengimpikan untuk mengadakan majlis bertemakan perkahwinan dalam taman.
Sementara itu, ditanya tentang keistimewaan bakal suaminya itu, Hanez berkata, lelaki itu menunjukkan komitmen yang tinggi untuk mengambilnya sebagai isteri.
"Dia bukan sahaja menunjukkan tanggungjawab kepada saya, tetapi juga kepada keluarga saya.
"Dia seorang yang matang biarpun tidak romantik, namun saya rasa selamat berada di sisinya," katanya.
Dalam perkembangan lain, Hanez bakal keluar dengan drama bersiri Autumn Di Hatikumusim kedua di Tonton tidak lama lagi.
mStar
mStar
[Wow] - Kisah Artis

UMUM mengetahui bahawa pelakon Rabecca Nur Al Islam kini sudah berhijrah dari segi penampilannya iaitu dengan menutup aurat.
Keputusan tersebut dilakukannya selepas menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah baru-baru ini.
Terbaru, pelakon itu mengambil keputusan untuk menjual semua pakaian seksinya, memetik Sinar Harian.
“Sejujurnya, saya tiada koleksi baju-baju yang menutup aurat.
Almari pakaian saya dipenuhi dengan pakaian seksi. Jadi, setelah fikir
masak-masak, saya membuat keputusan untuk menjual kesemua koleksi itu
kepada orang ramai dan turut menguar-uarkannya menerusi laman sosial.
“Sesiapa yang mahukan baju saya mahupun peminat, bolehlah berurusan dengan pembantu peribadi saya.
“Untuk pakaian yang bernilai RM700 ke bawah, saya hanya beri
percuma sahaja kerana niat saya juga adalah untuk bersedekah. Namun,
bagi koleksi yang mencecah ribuan ringgit serta direka khas pereka
terkenal, saya akan jual dengan potongan harga sehingga 70 peratus,” jelasnya.
Kami tabik dengan keputusan Rabecca itu. Ada baiknya dia tidak lagi menyimpan pakaian yang tidak sesuai dengan imej barunya.
Tapi, rasanya lebih baik jika pakaian seksi tersebut tidak dijual kepada mereka yang beragama Islam, tak gitu?
[Wow] - Kisah Artis
Lagu Havoc bukan sekadar mencetuskan fenomena di radio. Single yang
mengangkat semula nama Joe Flizzow ini juga menjadi ‘trending’ dan
‘branding’ yang cukup mengganas di pasaran.
Percaya atau tidak, impak daripada kehebatan dan populariti lagu itu,
ada ramai peniaga mengambil kesempatan menjual pelbagai cenderahati
khususnya T-shirt Havoc yang menciplak 100 peratus idea Nadia Jasmin,
pereka bagi setiap barangan Havoc yang dilesenkan di bawah hak cipta
terpelihara syarikat rakaman milik Joe iaitu Kartel Record Sdn Bhd.
Justeru, kesempatan menemui Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak, 35,
baru-baru ini digunakan untuk menanyakan mengenai gejala penjualan
barangan tiruan Havoc yang mendapat sambutan hangat itu.
Joe hadir bersama SonaOne yang muncul sebagai penampilan khas dalam lagu Havoc bersama seorang lagi rapper terkenal, Altimet.
Joe hadir bersama SonaOne yang muncul sebagai penampilan khas dalam lagu Havoc bersama seorang lagi rapper terkenal, Altimet.
“Rekaan ke atas Havoc adalah hak cipta kami, itu rezeki kami. Kalau yang
lain nak mencuri, biarlah mereka jadi pencuri. Saya tiada sebarang
komen pasal benda ini.
[Wow] - Kisah Artis
Bagaimanapun pemilihan busana bekas juara Dewi Remaja 2010/2011 ini menjadi perbualan hangat ramai.
Ia sekali gus membuatkan nama Neelofa Mohd Noor dikritik hebat oleh peminatnya kerana kelihatan pelik dengan busana yang digayakan pada Anugerah MeleTOP Era (AME) sehingga dipersendakan dalam laman sosial.
Dia yang bertindak sebagai pengacara pada majlis berkenaan mengenakan jump suit rona merah jambu disamakan dengan karakter adiwira Power Rangers.
Lebih memburukkan lagi, pakaian itu turut dikecam kerana didakwa seksi apabila menampakkan bentuk tubuh pelakon dan pengacara Nona itu.
Tidak setakat itu, gaun neon hijau yang digayakan bintang Azura 2012 pada majlis itu turut disamakan dengan karakter animasi sekali gus menambahkan lagi kutukan terhadapnya.
Difahamkan, jump suit itu direka oleh Wanpa manakala Hatta Dolmat mereka gaun neon hijau.
Walaupun mendapat kecaman hebat, Neelofa atau lebih mesra disapa Lofa mengambil 'jalan selamat' apabila enggan komen mengenai isu ini dengan lebih lanjut.
"Saya tak mahu komen dengan lebih lanjut lagi sebab ia membabitkan banyak pihak. Jadi, banyak hati yang perlu dijaga.
"Lagipun, lebih baik begitu kerana saya tak nak memburukkan lagi keadaan sedia ada," katanya.
Tambah Lofa lagi, dia memilih untuk tidak membaca segala kritikan yang dipaparkan di media sosial.
"Saya tak baca langsung, saya dapat lihat apabila orang hantar di WhatsApp," katanya.
[Wow] - Kisah Artis
PETALING JAYA: Pelakon Dira Abu Zahar menyifatkan kandungannya gugur pada November tahun lalu sebagai pengajaran untuk dia lebih berhati-hati pada masa hadapan.
Dira atau nama sebenarnya Khaidhirah Abu Zahar, 30, berkata, dia juga tidak serik untuk melalui proses sebagai wanita mengandung semula kerana terlalu menginginkan anak bersama suaminya Mohd Helmi Mohd Yusof.
"Saya memang dah berniat mahu anak pada tahun ini. Wanita mana yang tak kecewa apabila terpaksa melalui proses keguguran.
"Tetapi saya tak serik kerana ia mengajar saya untuk lebih berhati-hati mengenai perubahan yang dialami," katanya kepada mStar Online.
November tahun lalu, Dira disahkan keguguran di mana dia sendiri tidak sedar mengalami masalah itu memandangkan proses kitaran haidnya berjalan seperti biasa setiap bulan.
Kejadian berlaku ketika Dira menjalani penggambaran program Terengganu ku bersama Zizan Razak.
Tambah Dira, dia juga menambah bilangan anak kerana berasa puteri sulungnya iaitu Anggun, 7, yang merupakan anak hasil perkahwinan terdahulunya dengan Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid (bercerai pada 8 April 2010) sudah perlu mempunyai seorang adik sebagai peneman.
"Saya lihat Anggun makin selesa sendiri dan itu sangat merisaukan saya kerana dia tidak suka berkongsi.
"Malah apabila ditanya adakah dia mahukan seorang adik, dia langsung tidak berminat. Keadaan itu membuatkan saya lagi mahukan anak agar Anggun dapat belajar erti berkongsi tidak kira dalam segala hal," ujarnya.
Dira bernikah dengan Mohd. Helmi yang juga pengarah fotografi pada11 November 2011 di Merlimau, Melaka.
Sementara itu, mengenai perkembangan terbaharu, Dira bersama peminatnya, Azura akan tampil menerusi program Fear Factor Malaysia bersama 15 pasangan peserta lain.
Rancangan itu akan mula bersiaran pada setiap Sabtu, pukul 9 malam bermula 15 Februari ini menerusi saluran Astro Ria (104).
mSTar
[Wow] - Kisah Artis
PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak Zizan Razak memohon maaf sekiranya pakaian dipakainya semasa Anugerah Meletop Era 2013 pada Sabtu lalu menghina mana-mana pasukan keselamatan di negara ini.
Zizan atau nama sebenarnya Razizan Abdul Razak, 30, berkata, dia sebelum ini bimbang pakaian yang mempunyai dua lencana yang didakwa menyerupai milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu akan mencetuskan kontroversi seperti mana berlaku kepada aktor Farid Kamil sebelum ini.
Bagaimanapun kata Zizan, penaja pakaian itu menjelaskan penampilannya itu tidak akan mendatangkan masalah sehinggalah dia bersetuju untuk mengayakannya pada acara itu.
"Sebelum setuju memakai pakaian berkenaan saya sendiri bertanya dengan pereka fesyennya adakah tidak menjadi kesalahan sekiranya memakai pakaian menyerupai anggota keselamatan negara.
"Namun pihak mereka meyakinkan saya bahawa ia tidak akan menjadi isu kerana sekiranya lencana tersebut dipakai dengan kedudukan yang betul ia tidak menjadi sebarang kesalahan.
"Bagaimanapun perkara sudah terjadi dan saya mohon maaf terhadap kejadian itu," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.
Zizan mengulas dakwaan apabila dikatakan menghina pasukan keselamatan negara ketika muncul dalam Anugerah Meletop Era 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil, dekat sini Sabtu lalu dengan memakai pakaian yang mempunyai lencana pasukan keselamatan.
Sebelum ini, Farid Kamil pernah dilanda kontroversi sama apabila pakaian di majlis persandingan dikatakan menyerupai satu lagi badan keselamatan negara.
Sementara itu, jurucakap butik Bianco Mimosa berkata, pihaknya tidak berniat untuk menimbulkan sebarang kontroversi berhubung pakaian yang direka untuk Zizan pada malam itu.
Pengurusan butik berkenaan turut memohon maaf kepada pihak terlibat dan kesal atas kejadian tersebut.
"Baik pihak Zizan atau pun Bianco Mimosa kami tidak ada apa-apa niat untuk menghina atau tidak menghormati mana-mana pasukan keselamatan di negara ini dengan sengaja menggunakan lencana berkenaan.
"Kami kesal dengan kejadian itu dan memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat," katanya.
[Wow] - Kisah Artis

Masih belum habis lagi rupanya isu berkaitan Anugerah Meletop Era (AME) yang diadakan Sabtu lalu, memang betul-betul meletoplah sehinggakan tidak habis-habis diperkatakan orang ramai.
Tak cukup dengan isu pakaian ‘merepek’ Neelofa, isu Wak Doyok yang dikatakan terasa hati dengan Neelofa kini timbul pula isu berkaitan pakaian yang digayakan pemenang terbesar AME iaitu Zizan Razak.
Jika diperhatikan Zizan mengenakan pakaian bercorak askar bersama-sama lencana dan batch yang menyerupai badan beruniform, Rejimen Askar Melayu.
Perkara ini telah dibangkitkan oleh seorang pengguna Facebook yang mengatakan perkara ini seharusnya dibawa ke tengah agar di masa hadapan tiada lagi selebriti menggunakan pingat dan lencana milik badan beruniform dengan sewenang-wenangnya.
Sebelum ini pun, Farid Kamil pernah mencipta kontroversi sebegini apabila pakaian di majlis persandingan dikatakan menyerupai satu lagi badan beruniform negara.
Seperti yang diketahui, baik askar mahupun polis, mereka perlu menjalani latihan yang sukar dan lasak sebelum dapat memakai lencana dan pingat tertentu.
Jadinya, memang tidak wajarlah bagi orang awam lebih-lebih lagi selebriti yang dikenali ramai mengambil kesempatan di atas perkara tersebut kerana ia dilihat seolah-olah mereka tidak menghormati badan beruniform tersebut.
[Wow] - Kisah Artis
PETALING JAYA – Penyanyi Black Hanafiah tidak menyangka keadaan isterinya, Naquia Yasirah yang mengalami demam panas dan muntah-muntah sejak beberapa hari lalu adalah disebabkan demam denggi sehingga terpaksa ditahan di Columbia Asia Hospital, Setapak, dekat sini sejak Sabtu lalu.
Black atau nama sebenarnya, Hanifah Hanafiah, 27, berkata, pada mulanya dia menyangka keadaan yang dialami isterinya itu adalah simptom wanita mengandung selepas disahkan doktor ketika membuat pemeriksaan kehamilan di sebuah klinik.
“Pada mulanya saya sangka isteri mengandung kerana sebelum itu doktor memberitahu terdapat simptom Naquia hamil tetapi kami perlu tunggu sebulan lagi untuk mendapatkan kepastian.
“Bagaimanapun keadaannya semakin buruk sejak dua hari lalu apabila demamnya tidak kebah dan sentiasa muntah-muntah membuatkan saya cemas dan membawanya ke hospital,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.
Tambah Black, dia bernasib baik kerana bertindak cepat untuk mendapatkan rawatan apabila diberitahu isterinya itu menghidap dengki, iaitu penyakit yang boleh membawa maut.
Dalam pada itu, Black berkata, keadaan isterinya kini tidak membimbangkan malah pihak hospital membenarkan Naquia untuk berehat di rumah.
“Doktor membenarkan di keluar tetapi saya minta dia berehat di hospital bagi memastikan dia betul-betul sihat tambahan pula dalam masa dua hari ini dia perlu hadir untuk membuat pemeriksaan susulan,” katanya.
Black dan Naquia bernikah pada 13 September 2013.
Sementara itu, menurut laporan Bernama pada 6 Februari lalu, sebanyak 17 kes kematian akibat denggi dilaporkan di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga 2 Februari tahun ini, meningkat 240 peratus atau 12 kematian berbanding hanya lima kes untuk tempoh sama tahun lepas.
Sepanjang tempoh itu juga sebanyak 9,453 kes demam denggi dilaporkan di seluruh negara, meningkat 269 peratus atau 6,894 kes, berbanding 2,559 bagi tempoh sama tahun lalu. - mStar Online
[Wow] - Kisah Artis
Isnin lepas, Jabatan Kesihatan Sabah telah mengesan lapan kes Influenza A (H1N1) di negeri tersebut.
Tapi siapa sangka, penyanyi kelahiran Sabah yang berada jauh dari negerinya turut dijangiti virus tersebut.
Menerusi akaun Twitter miliknya, Stracie Angie Anam atau Stacy mengumumkan malam tadi dia turut terkena jangkitan virus Influenza A.
Turut dimuatnaik olehnya, simpton Influenza A iaitu demam, selesema, sakit tekak, cirit birit, batuk, kurang selera makan, muntah dan loya.
Patutlah, beberapa hari sebelum itu Stacy sering merungut mengalami simpton sama seperti tersebut.
Berita ini membuatkan para peminatnya bimbang namun Stacy memujuk mereka agar tidak risau kerana ia masih boleh diubati.
Penyanyi itu kini berada di Kota Kinabalu dan dipercayai akan berehat di sana sehingga sembuh.
Influenza A atau wabak selesema burung boleh menular menjadi pandemik jika tidak dikawal.
Antara langkah-langkah mudah mencegah penularan adalah mengekalkan tahap kesihatan diri dengan mencuci tangan menggunakan sabun atau sanitiser serta mengamalkan adab batuk yang baik.
[Wow] - Kisah Artis
Komposer dan penyanyi popular Ajai mengaku telah menjalani pembedahan hidung tetapi memberitahu dia mempunyai sebab yang kukuh melakukannya.
"Memang benar saya menjalani pembedahan menukar batang hidung, tetapi bukan untuk kecantikan, sebaliknya keputusan diambil selepas tiada jalan penyelesaian terhadap masalah sinus yang saya hadapi," ujarnya seperti dipetik daripada laporan Kosmo! baru-baru ini.
Ajai turut memberitahu dia telah berhadapan dengan masalah sinus sejak berbelas tahun yang lalu, tetapi hanya menjalani pemeriksaan selepas telinga kirinya tidak dapat mendengar selepas bangun daripada tidur pada satu pagi.
Pemilik nama sebenar Mohd Faizal Maas ini berkata, dia pernah mencuba rawatan alternatif tetapi ia tidak berkesan dan bimbang sekiranya buah pinggang rosak akibat pengambilan ubat yang kerap.
"Mahu tidak mahu, saya terpaksa serah diri pada pisau bedah kerana gegendang telinga saya sudah rosak dan sinus saya banyak tersumbat di batang hidung.
"Jika saya tidak boleh mendengar, macam mana saya mahu cari pendapatan kerana kerja saya memerlukan saya mendengar dengan teliti."
Enggan mengambil peduli dengan pandangan orang, Ajai yang bakal menyambut kelahiran yang ke-40 pada 15 Mac akan datang ini menganggap apa yang dilakukannya ini bukan untuk kelihatan cantik sebaliknya demi kesihatan diri.
Dalam perkembangan terbaru, Ajai yang sedang popular dengan single terbaru berjudul "Aduh" bakal muncul dengan program bual bicara, "Jemput Masuk, Cef" yang akan mula bersiaran pada 12 Februari setiap hari Khamis, jam 6.30 petang di TV3.
[Wow] - Kisah Artis

Rasanya lama betul tak dengar
cerita pasal pengacara, Aishah Sinclair yang comel tu,baru-baru ni Murai Batut
terjumpa dia dalam satu majlis hiburan dan dia kini sedang berbadan dua!
Amboi
semakin comel bila lihat Aishah hamil, malah walaupun sedang sarat mengandung
tetapi dia tetap nampat hot okay!
Kitorang sempat bertayakan usia kandungannya, katanya dia kini sudah hamil 7 bulan!
Wah maknanya tinggal lebih kurang dua bulan lagi lah nampakanya Aishah akan
bersalin.
Ketika
Kitorang temui Aishah dia tidak keseorangan dan ditemani bersama anak
perempuannya yang sulung tu. Memang comel sungguh anaknya itu yang kini berusia
lebih kurang 4 tahun.
Kitorang dapat tahu, sekarang ini Aishah sudah tidak berapa aktif dalam bidang seni
atau pengacaraan dan mahu berehat sementara bakal melahirkan anak keduanya itu.
[Wow] - Kisah Artis
Mohd Nadzri Zainal Abidin atau Jep Sepah menceritakan keperitan hidupnya sebelum begelar pelawak satu ketika dahulu.
Menurut Jep, dia dan dua teman serumahnya yang juga merangkap anggota bersekutu kumpulan Sepah terpaksa mengikat perut demi menyara kehidupan pada awal waktu menjadi artis.
Segenggam duit syiling pernah menjadi bantuan saat akhir Jep ketika kelaparan sewaktu mula-mula melangkah masuk ke dalam arena seni lima tahun lalu.
Lawak hambar bersama dua anggota kumpulan Sepah ketika itu iaitu Shuib dan Mamat pula penawar paling mujarab mengubat rasa putus asa bergelar penghibur.
“Saya pernah hampir berputus asa, hati ini mahu saja pulang semula ke kampung di Kulai, Johor. Bagaimanapun, saya bangkit dan membulatkan tekad serta yakin bahawa Allah sentiasa ada bersama dan tiada perkara yang mustahil dilakukan dalam hidup,” kata Jep.
Awal penampilan dikenali dengan kumpulan Sepah yang turut dianggotai oleh Shuib dan Mamat
Dia yang ditemui wartawan sewaktu mencuri sedikit masanya yang sibuk dengan sesi rakaman program popular Karoot Komedia X musim kedua di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur kemudian melanjutkan cerita.
“Ketika mula-mula bergelar artis kami tiada mentor untuk membuat rujukan atau meminta pertolongan. Sejujurnya kami terumbang-ambing dan pernah suatu ketika kami bertiga mengumpulkan saki-baki duit syiling yang ada untuk membeli nasi selepas seharian berlapar.
“Alhamdulillah, proses itu perlahan-lahan mendidik saya dan saya selesa dengan kedudukan sekarang. Saya tidak perlu terbang terlalu tinggi kerana takut terlupa cara mahu turun.”
Tambah Jep lagi, realitinya, permulaan Jep sebagai pelawak bertitik-tolak daripada rasa tercabar dengan teman-teman sekerja ketika bertugas sebagai krew di bahagian bagasi penerbangan tambang murah ketika awal usia 25 tahun.
“Takdir mungkin mengubah angin hidup saya. Saya tidak pernah terfikir atau memilih kerjaya sebagai pelawak, tapi jalan hidup saya berlaku secara kebetulan.
“Saya mahu jadi pemain bola sepak sebenarnya selepas tamat sekolah, tapi apabila gagal menyarung jersi pemain kebangsaan dan sasaran saya tidak tercapai, saya kecewa!,” ceritanya.
Dia kemudian memulakan sebuah kehidupan di Kuala Lumpur dengan bekerja sebagai pencuci mesin.
“Kerjaya saya di Kuala Lumpur bermula sebagai pencuci mesin selama tiga tahun sejak berumur 18 tahun di NSTP (The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad). Kemudian saya berpindah ke syarikat penerbangan tambang murah selama tiga tahun sehingga saya dicabar oleh rakan-rakan untuk mencuba nasib dalam uji bakat Raja Lawak musim ketiga.
“Apabila ditawarkan menyertai Raja Lawak, saya dalam dilema sebenarnya. Keluarga tidak menentang, tapi ayah saya tidak menyokong,” ujar Jep menyusur kembali zon masa silamnya beberapa tahun ke belakang.
Berbicara mengenai keperitan sebagai pelawak kata juara Maharaja Lawak 2011 itu, dia berterima kasih kepada Astro Warna yang telah membekalkan platform khusus kepada pelawak yang sebelum ini hampir dipandang sepi.
Malah kata Jep, untuk berjaya dalam dunia pelawak, resipinya terletak intipati lawak setiap kali membuat persembahan.
“Pelawak boleh kekal lama asalkan lawak yang dibuat bukan pada fizikal semata-mata tapi juga dengan perkataan yang mengandungi unsur-unsur nasihat. * you desrve my respect
“Pengetahuan mengikut peredaran zaman adalah perlu dan kepelbagaian harus ada untuk melawak,” kongsi Jep. -Kosmo!
[Wow] - Kisah Artis

KUALA LUMPUR: Selebriti popular, Ashraf Muslim yang mengejutkan ramai pihak apabila bernikah kali kedua secara rahsia tahun lalu, memuat naik foto mesra bersama kedua-dua isterinya, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.
Ashraf yang bakal menunaikan umrah di tanah suci Mekah, memuat naik status dan gambar berkenaan di laman sosial Facebook rasminya pada jam 3 petang semalam.
"Assalamualaikum semua.. saya akan bertolak ke tanah suci sebentar lagi.. syukur bila mendapat sokongan dari kedua-dua isteriku yg kusayangi.. Tq Dayana and Tq Sakinah.. saya sayang kamu berdua.. doakan kita semua bahagia dan juga keluarga kita menjadi bertambah erat.
"Allah akan sentiasa bersama kita. Lagi byk dugaan lagi dekat kita dgn Allah.. InsyaAllah Allah akan dgr doa kita utk menjadi lebih baik.. terima kasih Allah," katanya dalam posting berkenaan.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata peminat Ashraf gembira melihat kemesraan yang ditunjukkan oleh Noor Dayana dan Wan Sakinah serta berharap hubungan mereka sentiasa dalam bahagia.
"Alhamdulillah... semakin org mengata semakin Allah membahagiakan mereka,” komen seorang peminat, Sharifah Anum Nazri.
[Wow] - Kisah Artis
Subscribe to:
Posts (Atom)















Recent Comments