Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
China – Seorang wanita yang juga guru di sebuah sekolah menengah, Zhao dinobatkan sebagai wanita paling bertuah di China. Apa tidaknya, kerana sayangkannya, suami Zhao telah memasak makanan yang mencukupi untuk keperluan isterinya itu selama setahun.
Suaminya, Yin Yunfeng merupakan seorang anggota tentera yang bertugas di Tibet.
Memandangkan dia hanya pulang setahun sekali sahaja, maka Yin memasak makanan yang disejuk beku untuk tempoh setahun.
Isterinya hanya perlu memanaskan makanan berkenaan dalam ketuhar setiap kali dia ingin makan.
Yin terpaksa berbuat demikian kerana bimbangkan isterinya yang kerap makan mi segera, jadi dengan memasak pelbagai jenis makanan dan menyimpannya dalam kontena sejuk, maka Zhao tidak perlu lagi makan makanan segera.
Menurut Zhao, dengan tugasnya sebagai guru, dia amat sibuk dan tidak mempunyai masa untuk memasak makanan segar.
Zhao hanya makan makanan segar apabila suaminya pulang bercuti, iaitu sekali dalam setahun.
“Meskipun saya telah mempersiapkan mental saya apabila mengahwininya, namun ia bukan mudah kerana setiap kali cuti suami saya berakhir, saya akan menangis.
“Tetapi saya akan terus memberikan sokongan terhadap kerjayanya sebagai anggota tentera dan akan menjaga keluarga kami,’’ katanya.
Zhao memberitahu, suaminya juga membeli banyak makanan ringan dan akan menyimpannya di merata tempat di rumah mereka.
Setiap hari, Yin akan menghantar mesej kepada isterinya untuk mencari makanan segera itu.
Yin berharap dengan berbuat demikian, dia berharap semua makanan itu akan habis dimakan isterinya dalam masa setahun sebelum dia kembali semula ke rumah mereka.
Global
SEBAGAI ibu bapa, menjadi perkara yang penting bagi seorang Muslim untuk memberikan nama yang baik buat anak yang baru dilahirkan.
Sebuah nama sememangnya memberikan maksud yang sangat penting, kerana dalam nama itulah terkandung doa dan harapan bagi mereka.
Namun, hendak dikata apa kalau dah ibu bapa sendiri yang memberikan nama yang tersangat pelik kepada anaknya dalam sebuah kes ni.
Sejak dari semalam, tersebar sekeping gambar salinan sijil kelahiran di mana sepasang suami isteri memberikan nama yang agak ‘luar biasa’ kepada anak perempuannya yang baru lahir.
“Yeayyyyy.. akhirnye kite da ada baby cbst… Tq ****** n ******** sudi bg nama special ni…”
Berdasarkan gambar, bayi perempuan mereka dilahirkan pada 30 Mac lalu pada jam 10.25 pagi di Hospital Sultan Haji Ahmad Temerloh.
Nama bayi itu diberikan nama Siti Nur CBS@t binti *********.
Dikatakan, nama itu diberikan kerana minat melampau pasangan terbabit terhadap ‘Car Boot Sale’ mengundang kritikan negatif dari netizen.
Ramai netizen melahirkan rasa simpati dan kasihan mereka terhadap bayi berkenaan kerana bimbang nama itu akan menyebabkannya diejek oleh orang ramai apabila dewasa kelak.
“Kan ada banyak nama-nama yang indah dengan makna-makna yang baik. Kenapalah letak nama macam ini pada si kecil? Astagarafirullahhadzim,” keluh seorang pengguna Facebook.
Lemparkan pandangan yang berbisa sekali pun, pemberian nama itu telah diputuskan dan juga telah didaftarkan pada Jabatan Pendaftaran Negara tanpa sebarang bantahan.
Apa-apa pun, orang ramai terutamanya yang beragama Islam tidak digalakkan memberi nama yang tidak mempunyai makna serta yang pelik kepada anak-anak mereka.
Islam telah menganjurkan pemilihan nama yang baik, kerana ia lambang identiti seseorang dan nama itulah ia akan dikenali sepanjang hayat dan menjadi sebutan sampai ke hari akhirat.
P/S: Lepas ni jangan letak nama Siti Nur GST pulak, haru dibuatnya.
-MYNEWSHUB.CC
Isu Panas
TAK tau malu.. itulah yang boleh dikatakan terhadap seorang wanita yang selamba mengunjungi sebuah pusat beli belah di Singapura dengan hanya memakai baju jarang tanpa mengenakan seluar dalam.
Menerusi beberapa keping gambar yang dikirimkan kepada laman Stomp Singapura, seseorang dikenali sebagai Ash mendakwa menyaksikan sendiri wanita terbabit berpakaian ‘seksi maut’ begitu ketika mengunjungi Mustafa Centre.
Dalam keadaan menarik perhatian banyak mata, wanita itu dikatakan tidak menunjukkan rasa segan langsung apabila berlegar di serata mall termasuk menaiki eskalator dan pergi ke bahagian kanak-kanak.
Malah dalam salah satu gambar, wanita tersebut dirakam menonggek di bonet teksi seolah-olah sengaja mempamerkan punggungnya yang terdedah.
Antara komen diberikan Ash selaku saksi kejadian ini kepada Stomp adalah:
“The woman was not wearing any panties and attracted a lot of attention from other shoppers. Under the bright lights, she appeared to be almost naked. I think she is an exhibitionist. Who else would dress in translucent clothes without underwear?”
Ataupun jika dialih bahasa ianya berbunyi lebih kurang begini:
“Perempuan tu tak pakai seluar dalam langsung sampai menarik perhatian pekedai kat situ. Dia nampak macam telanjang dah bila berdiri bawah cahaya. Rasanya dia ni sengaja nak menayang. Siapa je yang sanggup pakai baju jarang begitu tanpa memakai seluar dalam kan?”
– MYNEWSHUB.CC
Isu Panas
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments