Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



Pernahkan anda merasakan perasaan yang menyeramkan ketika memandu berseorangan ataupun berteman, tidak kira lah pada waktu malam ataupun siang? Saya ingin menceritakan pengalaman saya ketika memandu melalui jalan raya di beberapa kawasan sekitar Sabah.


Jalan Tenom-Sipitang:
Saya rasa lain macam, rasanya seperti sepanjang jalan itu ada sahaja mata memerhati saya, Keadaan jalan itu sangat sunyi malah tiada kawasan perkampungan sepanjang jalan tersebut. Tapi saya tidak pernah lagi di ganggu, tapi keadaan dan persekitaran jalan itu sangat menyeramkan.

Jalan Kota Belud – Ranau :
Pada tahun 2006, saya memandu Proton Wira 1.5, ketika itu, kereta wira itu baru saja berumur 2 bulan, dari kudat saya ikut jalan “short-cut” ke jalan Ranau melalui Kota Belud. Pada masa tu saya ditemani dengan 3 orang kawan dari Semenanjung, pada lebih kurang pukul 10.00 malam ketika masih lagi memandu, keadaan jalan itu sangat sunyi, seingat saya, hanya ada 3 kereta lalu, sangat sunyi, sehingga la sampai ke jalan menaiki bukit, tiba-tiba kereta Wira yang kami naiki itu semakin perlahan, maka dengan segera saya tekan “clutch” dan “free”-kan gear kereta, namun tiba-tiba sahaja enjin kereta yang kami naiki itu mati, “aikkk…ini kereta baru 2 bulan, baru lagi” saya bercakap sendirian. Kawan-kawan saya bertanya kenapa enjin mati, saya cuma menasihati mereka supaya membaca apa-apa sahaja ayat Quran, yang kawan seorang pula Kristian, saya suruh dia baca apa-apa doa dari Bible. Selepas itu, kami diam sejenak, masing-masing baca doa apa-apa yang rasanya patut, selesai saja berdoa, saya cuba untuk hidupkan enjin kereta semua, dan dengan mudah enjin kereta hidup semula, kami pun teruskan perjalanan sampai sana Ranau dan tidur di Hotel Perkasa. Rasa hairan dengan kereta itu, kereta baru dan sebelum ni tidak pernah pula buat hal, tiba-tiba pula buat hal di tengah hutan.

Jalan Ranau – Kota Kinabalu:
Pada tahun 2005, saya bersama kawan-kawan, 4 kesemuanya, semuanya menaiki Mitsubishi Pajero. Seorang adalah saudara saya, seorang lagi kawan dari Kuala Lumpur dan seorang lagi dari Sarawak. Perjalanan balik ke Kota Kinabalu (KK) saya minta saudara saya yang “driving”. Ketika itu, masa sudah dekat pukul 11.00 malam, sampai di kawasan Bundu Tuhan, saya pun membuka tingkap kerana ingin merokok, sedang saya merokok, tidak sampai setengah batang rokok saya hisap, tiba-tiba saya dengar ada bunyi perempuan mengilai atas bumbung kereta yang kami naiki itu, pada mulanya bunyi itu kedengaran seperti berada jauh dari kami, lama kelamaan seperti suara mengilai itu semakin dekat, dan akhirnya bunyi perempuan mengilai itu seperti berada betul-betul di atas bumbung kereta kami. Saya cepat-cepat buang rokok dan tutup tingkap, suara perempuan mengilai itu masih ada, semua kami diam saja sambil dengar itu suara ketawa mengilai atas bumbung kereta. Kereta yang dipandu oleh saudara saya pula semakin laju, saya bertanya dengannya kalau dia dapat mendengar suara mengilai itu, dia pula menjawab dengan memberikan soalan, “suara apa tu?”. “itu macam suara puntianak…mungkin dia terbang atas bumbung kereta kita” saya jawab. Saya mengigatkan saudara saya supaya tidak memandu laju, kerana saya dapat lihat seperti dia tidak lagi dapat mengawal perasaan takutnya, kawan-kawan yang di belakang pula, tidak lagi menyandar ke kerusi, kedua-dua mereka semakin rapat ke hadapan. Sepanjang perjalanan kami hanya diam mendengar suara mengilai itu, suara itu hanya hilang selepas kami menghampiri kawasan perkampungan di hadapan jalan.

Jalan Membakut-Binsuluk-Kuala Penyu:
Menurut percakapan orang, jalan ini “keras”…berpenunggu…tapi setakat ini saya tidak pernah jumpa. Tapi kejadian aneh yang saya alami berdekatan dengan jalan melinsung. Berdekatan dengan bukit, kononnya ada peninggal Istana berdekatan dengan kawasan Kinarut, saya dalam perjalanan dari KK bersama dengan abang saya. Kejadian ini berlaku pada tahun 2007. Malam tu lebih kurang dalam pukul 10.30 malam…hujan renyai-renyai, dan pada ketika itu saya yang memandu, ketika ikut, saya cuma memandu pada kelajuan 60km/j sahaja, kerana saya berbual dengan abang saya, Ketika sampai kawasan bukit itu, dekat dengan selekoh, bila naik kawasan bukit itu saja, tiba-tiba saya nampak satu makhluk di tepi jalan di tapak yang kononnya istana itu tertanam. Mahluk itu kelihatan agak besar, besar sedikit dari manusia, badannya dipenuhi bulu berwarna coklat kemerahan dan sedang duduk mencangkung, lututnya lebih tinggi dari kepalanya, telinga dia pula panjang tajam, saya pun terus perlahankan kereta dan tinggikan lampu kereta. Saya bertanya kepada abang saya, “kau tengok kah apa yang di depan kita?” dia menjawab “macam lain saja tu benda…” saya perlahankan lagi kereta yang kami naiki, semakin kereta kami mendekati mahluk itu..saya bertanya lagi kepada abang saya “Mau berhenti tengok ka?” “kau gila?” jawab abang saya. Lama kelamaan kami semakin dekat dan makin jelas mahluk itu kelihatan, cuma makhluk ini membelakangi kami, kami teruskan perjalanan, apabila kereta lalu ditepi mahluk itu, rupanya tidak dapat dilihat dengan jelas, tapi seperti anjing, lidahnya terjelir panjang keluar.

Jalan di Bukit Melingsung, Papar:

Pada tahun 2003, sekitar pukul 4.00 pagi, Selepas selesai saya dengan saudara-saudara “enjoy” di KK, kami pun balik dengan menaiki Isuzu Invander. Kereta yang kami naiki itu ada “spotlight” di bumbung. Ketika itu saya memandu dengan agak laju, memandangkan tidak banyak kereta lalu lalang pada waktu itu. tapi ketika sampai di puncak bukit melingsung, tiba-tiba saya tekan brek dan perlahankan kereta, kenapa? Di depan kami kelihatan ada orang melambai-lambai tangan cuba untuk menahan kereta kami, saya dapat lihat dari jauh sebab kereta yang kami naiki ada spotlight. Saudara saya yang sedang tetidur terus terbangun bila saya perlahankan kereta tadi. Dia bertanya kenapa, saya jawab ada orang menahan kereta di depan Saya perlahankan kereta bila semakin menghampiri orang itu, tapi bila saja dekat dengan orang itu, saya terus tekan minyak, cuba untuk memecut, saudara saya kehairanan dan bertanya kenapa saya tidak tumpangkan orang itu. Saya jawab “Kau gila kah, masa dia tahan kita, masa dia lambai-lambai, kau ada nampak dia punya tangan kah? Tiada tangan bah keluar dari dia punya baju panjang tangan….sudah lah dia punya baju lain, macam jubah hitam dan bertutup kepala…dia punya muka pun sia tidak nampak…bila kereta dekat, kau nampak muka dia? Hitam saja bah kan, macam tiada muka itu urang! kau tingu sekarang pukul berapa…sudah pukul 4 pagi bah!”.


SANDAKAN: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan seorang pengawal keselamatan sebuah tapak pembinaan di Batu 4, Sandakan, maut dalam kejadian tembakan pagi tadi. 

Polis menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 11.30 pagi dan menemui sepucuk pistol berhampiran kedua-dua mayat berkenaan di tapak pembinaan terbabit. BH


Kalau nak kata betul, sekarang ni budak-budak pun dah pandai edit gambar.
Tapi gambar makhluk memakai baju putih dan berambut mengurai atau lebih dikenali sebagai pontianak berdekatan pondok tol ini giat dikongsikan di laman sosial.
Ada yang kata kejadian dirakam di Tol LEKAS namun kesahihannya tidak dapat dipastikan.
Satu yang pasti, selain manusia memang ada makhluk lain di dunia ini yang kalau boleh kita tak nak nampak dia. –

Tuisyen: Satu Keperluan? Ya atau Tidak?

Satu: Mungkin YA :

Jika anak kita telah berusaha, iaitu:
- Telah bersedia sebelum kelas.
- Telah bagi tumpuan 100% dlm kelas
- Telah buat u/kaji selepas kelas
- Telah usaha buat sendiri homework
- Telah berusaha buat banyak latihan/latihtubi sendiri
- Telah berusaha dapat bantuan xtra guru

Namun: 

- Masih tak faham
- Masih lemah subjek tertentu
- Masih tak yakin boleh score A

Rumusan:

- Dia telah berusaha bersungguh2 
- Dia serius target all / banyak "A"
- Dia yakin dgn EXTRA bantuan dari tiusyen dia berupaya capai targetnya

Dalam Situasi Begini:

- Tuisyen MUNGKIN satu keperluan baginya

Dua: 100% TIDAK 
Mereka tidak perlu tiusyen, jika ada ciri berikut:
X pernah bersedia sblm kelas
X bagi tumpuan / main dlm kelas
X ulangkaji selepas kelas
X serius habiskan homework
X ada target utk semua/banyak "A"
X usaha dapat bantuan guru kelas
X di rumah asyik berkerobek smartphone
x masa lapang menghadap TV
X pendek kata balik tuisyen ... relaks
X ke tuisyen dan tak ke tuisyen prestasi akademik sama

ANAK INI jika pergi tiusyen:

- Buang duit mak bapak
- Buang masa saja
- Seronok berpeluang keluar rumah dan berpeluang gedik di luar rumah

MAK AYAH ...

Majoriti pelajar yg ke tuisyen kategori Dua. Disekolah pun bermain, dirumah pun tak studi dan di tempat tiusyen pun tak bersungguh-sungguh

Bagaimana anak anda ?

Check. 

- Usah lepas tangan didik anak.
- Jadi ibubapa bertanggungjawab
- Usah hanya pandai buat anak
- Kena pandai juga jaga anak.

Catatan:

Semua 10 orang anak saya (semua dah tamat sekolah) tidak pergi tuisyen (kecuali kelas tambahan anjuran sekolah). Mereka saya minta amalkan Strategi SATU - satu strategi yg saya perolehi stlh mengkaji amalan pelajar cemerlang negara (Malaysian top students) dan yg telah saya perincikan dalam seminar saya.

Catatan Tambahan:

Kalau ibu bapa izinkan anak kategori Dua ke tuisyen, apatah lagi lagi anak ada smartphone, ada pacar (lebih-lebih lagi seperti banyak pelajar sekolah kawasan desa yang ada motorsikal ...) apakah ibubapa tahu mereka betul2 ke tuisyen atau tidak. Kena kelentong lagi !

Namun kalau ibu bapa yang hantar dan ambil, tetapi mereka pergi bermain-main saja di tempat tuisyen (sesetengah berpacaran di tempat tuisyen) ... ibu bapa jadi drebar sajalah ! Kesian juga dikelentong anak !

FIKIR. RENUNG. KENA JADI IBUBAPA YANG BIJAK

Oleh Dr. Shukri Abdullah


Pelakon berbakat besar, Nabila Huda nampaknya sedang rancak bercuti di kota London bersama seorang jejaka yang dipercayai kekasih terbaharunya selepas putus cinta dengan DJ Nas-T tahun lalu.
Namun, jika diperhatikan menerusi laman Instagram aktres ini, Nabila tidak pernah sekali pun memuat naik gambar teman lelakinya, malah kalau ada pun cuma dari jarak jauh serta membelakangkan wajah lelaki tersebut.
Mungkinkah Nabila atau lebih dikenali sebagai Abil ini sudah serik dengan sikap terbukanya mendedahkan perhubungan cinta dan kali ini mengambil langkah berhati-hati dengan tidak mendedahkan identiti kekasihnya?


Kalau ya, mungkin Abil berbuat demikian demi menjaga hubungan mereka agar tidak terlalu diberikan perhatian oleh peminat dan pihak media.
Tapi kalau dah namanya selebriti, tidak dapat tidak, mesti kehidupan peribadi mereka turut ingin diintai oleh orang luar yang merasakan kehidupan peribadi seseorang artis itu adalah menjadi hak milik umum untuk dikongsikan bersama.
Di bawah merupakan sebahagian foto-foto menarik Abil sepanjang bercuti di kota Inggeris untuk tatapan anda, peminat setianya.

Seattle: Pihak berkuasa perubatan menggantung lesen perkhidmatan seorang pakar bius di sini selepas disyaki menghantar “selfie” dan berbalas pesanan ringkas lucah ketika pembedahan sedang berlangsung.      
Penemuan bukti terhadap Arthur K. Zilberstein, 47, yang dikeluarkan Isnin lalu oleh Jabatan Kesihatan negeri Washington, menunjukkan 250 mesej terperinci serta berbaur seksual dan lucah dibalas sepanjang prosedur membabitkan semua jenis pembedahan, termasuk Cesarean, apendik, pediatrik, epidurals, mengikat tiub fallopian dan pemeriksaan jantung.
 “Beliau mempertaruhkan keselamatan pesakit dengan sikapnya yang  “asyik dengan hal seksual” sekurang-kurangnya sepanjang April hingga Ogos 2013,” kata kenyataan pihak berkuasa perubatan negeri Washington Isnin lalu.
Kenyataan pendakwaan rasmi menyatakan ketika prosedur pemeriksaan penyakit jantung,  Zilberstein didakwa bertukar 26 mesej termasuk komen seksual yang jelas.

Sewaktu pembedahan perut, beliau dilaporkan saling berbalas 45 mesej “dengan bayangan seksual” dalam tempoh kurang daripada satu setengah jam. Beliau juga didakwa bertukar-tukar 18 mesej “dengan bayangan seksual” ketika pembedahan Cesarean dengan  salah satu mesejnya berbunyi: “Saya sangat sibuk dengan pembedahan cesarean.”

Pendakwaan itu juga menyatakan bahwa di dalam satu mesejnya pada Julai 2013,  Zilberstein dilaporkan menjemput teman wanitanya untuk datang ke hospital tempat  beliau bekerja dan memberitahunya secara terperinci dorongan seksual yang tidak tertahan terhadapnya.    
Zilberstein juga dikatakan menghantar selfie kepada pesakit ketika memakai pakaian hospital lengkap dengan lencana tetapi mendedahkan kemaluannya. 
Imej itu datang bersama beberapa mesej lucah antaranya berbunyi: “Oh! Rakan setugas saya masuk ketika saya sedang memakai sseluar hospital. Saya agak pasti yang saya tertangkap.” – AGENSI      
*Gambar sekadar hiasan
Gambar Hiasan

MELAKA: Seorang nenek, yang hampir dirogol oleh seorang penceroboh masih trauma dengan seorang lelaki yang mengancam akan kembali untuk mengapa-apakannya.
"Saya trauma," kata Halimah Ismail, 59.
Mengimbas kembali pengalaman negeri yang berlaku pada kira-kira pukul 4 pago 6 Jun lalu, Halimah berkata, dia sedang nyenyak tidur ketika menyedari seseorang sedang berada di atas badannya.
"Saya menjerit meminta tolong," katanya.
"Dia mengambil sebuah bantal dan menutup mulut saya sambil memegang kedua-dua tangan saya dengan kuatm" kata Halimah, yang merupakan ibu tunggal kepada empat anak.
Dia mempunyai enam cucu yang berumur antara dua dan tujuh tahun.
Lelaki berkenaan kemudiannya menanggalkan kain sarungnya tetapi dia cuba untuk menghalangnya dengan mengikat kakinya dengan kuat.
Penceroboh itu kemudiannya melarikan diri selepas tidak berjaya merogolnya.
Haliman berkata, keadaan ketika itu agak gelap tetapi dia dapat menggambarkan bahawa lelaki itu berbadan kurus, botak dan mempunyai bau badan yang busuk.
Bagaimanapun, Halimah berkata, lelaki yang mempunyai badan busuk itu yang mengatakan badannya berbau.
Dalam satu temuramah, wanita itu berkata, penceroboh itu pasti memasuki rumah kampungnya dengan memanjat tingkap di biliknya.
Dia bagaimanapun bersyukur kerana lelaki itu melarikan diri.
"Saya kemudiannya menyedari lelaki itu botak."
Halimah berkata, kesemua anaknya, termasuk dua anak lelaki kembarnya berada di luar bandar pada hari berkenaan.
"Saya tidak tidur di bilik itu lagi. Saya sekarang tidur di ruang tamu," katanya, sambil menambah bahawa dia kini tidur dengan memakai seluar berbanding sebelum ini dengan hanya berkain sarung.
"Saya juga meminta anak perempuan bongsu saya yang berusia 28 tahun dan tinggal di Jasin supaya kerap pulang ke rumah," kata Halimah.
Dia turut meminta supaya jiran-jiranya untuk sentiasa berjaga-jaga terutama pada waktu malam.
"Penceroboh itu tahu saya tinggal seorang dan boleh menjadikan saya sebagai mangsa buat kali kedua," katanya sambil menambah telah membuat satu laporan polis berhubung kejadian.
Pegawai Kanan Siasatan Polis Melaka Tengah, ACP R. Kumares berkata, polis sedang memburu penjenayah itu.
"Kita percaya lelaki berkenaan dari kampung yang sama," katanya.
PETALING JAYA: Peserta program Raja Lawak musim ke-3 (RL3) iaitu Amir masih belum menetapkan tarikh sebenar untuk melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya yang dikenali sebagai Intan.


Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 26, bagaimanapun berkata, mereka merancang untuk berkahwin pada tahun hadapan selepas mengikat tali pertunangan dalam satu majlis yang diadakan dirumah pihak perempuan di Sungai Besi, Kuala Lumpur Jumaat lalu.



"Alhamdulillah majlis tersebut berjalan dengan lancar dan kami akan bertunang selama setahun.

"Bagaimanapun masih belum ditetapkan tarikh sebenar kami akan bernikah namun menjangkakan ia akan dilangsungkan lebih awal daripada tempoh bertunang," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Sabtu.

Amir sebelum ini pernah membuat pengakuan hatinya sudah terbuka dan berhasrat untuk berkahwin dengan kekasihnya selepas enam bulan berkenalan.

Perasaan cinta tersebut berputik selepas dia melakukan solat sunat istikharah bagi mengetahui sama ada wanita berkenaan sesuai untuknya ataupun tidak.

Dalam pada itu, Amir berkata, mereka merancang majlis berkenaan sejak sebulan lalu selepas hubungan tersebut mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak.
"Majlis yang diadakan secara kecil-kecilan sahaja dan syukur semua yang dirancang berjalan dengan baik. Paling penting ia mendapat restu daripada kedua-dua keluarga," ujarnya. 

Sementara itu, Amir berkata, Intan adalah pilihan tepat untuk dijadikan isteri kerana wanita berkenaan sangat memahami dan sentiasa menyokongnya dalam pelbagai perkara.

Jelas Amir lagi, Intan juga adalah orang yang bertanggungjawab menyakinkannya untuk memulakan perniagaan dan sentiasa menyokongnya sehingga usahanya membuahkan hasil.

"Selain itu Intan seorang yang sangat penyabar dan tidak pernah mengongkong saya, itu adalah sikap dia yang paling saya kagumi," katanya. 

Dalam perkembangan lain, Amir berkata, selain sibuk dengan aktiviti seni dia kini semakin ligat mempromosikan sabun pencuci (detergen) yang dijualnya sejak beberapa bulan lalu.

Orang ramai yang ingin mencuba sabun pencuci bagi menyokong perniagaan Amir ini bolehlah menghubungi rakan kongsinya iaitu Azrai di talian 012-6991164.



Kuala Lumpur: “Mereka tahu atau tidak ada ‘push-up’ bra?” sindir aktres jelita, Nora Danish selepas fotonya berbaju-T ketat yang dimuat naik ke laman Instagramnya mendapat perhatian ramai.

Pada komen mengenai foto itu, blog hiburan dan peminat membuat spekulasi Nora atau nama penuhnya Nora Mohd Danish Haniff, 32, melakukan suntingan semula untuk membuatkan payudaranya tampak lebih besar.

Foto itu kemudian menjadi ‘viral’ dan disebarkan secara meluas di beberapa laman sosial, sepanjang minggu ini.

“Hanya kerana baju ketat yang saya pakai, ada saja spekulasi timbul. Saya jarang pakai baju ketat dan sekali-sekali ada juga foto yang terlepas pandang.


“Foto itu sudahpun saya keluarkan daripada Instagram sebab kasihankan anak saudara saya yang masih bersekolah. Dia turut terkena tempias,” kata Nora ketika dihubungi Metro Ahad.

Klerksdorp, Afrika Selatan: Insiden seseorang menderita kerana tercekik memang bukan sesuatu yang aneh, tetapi apa yang berlaku di Afrika Selatan ini boleh dianggap luar biasa.
Satu rakaman video dimuat naik di Internet menunjukkan sepasukan kakitangan perubatan berusaha mengeluarkan objek besar - yang kemudian dikenal pasti sebagai telefon bimbit - dari tekak seorang lelaki malang.
Video dirakam di sebuah hospital di Klerksdorp itu menunjukkan lelaki terbabit terbaring dan sukar bernafas ketika doktor menggunakan penyepit besi menarik objek yang menyekat kerongkongnya itu.

Tanpa mengetahui apa sebenarnya objek berkenaan, pasukan perubatan yang bertugas jelas terkejut dan tidak kurang juga ada gagal menahan ketawa apabila mendapati ia adalah telefon bimbit.

Walaupun video berkenaan baru dimuat naik, ia dipercayai dirakam pada Mei 2012 oleh Edwin Shingo yang juga seorang pegawai keselamatan yang menyaksikan kejadian luar biasa itu.
Bagaimanapun identiti lelaki terbabit tidak didedahkan dan tidak diketahui bagaimana dia boleh tertelan telefon bimbit berkenaan.

Ia bukan kejadian kali pertama seumpamanya.

Pada 2005 seorang lelaki di Missouri dituduh melakukan serangan kejam dengan memaksa teman wanitanya menelan telefon bimbit ketika mereka bertengkar.

Wanita berusia 24 tahun itu terpaksa dikejarkan ke hospital untuk diselamatkan.

Video terbaru bertajuk “The guy with a cell phone in the mouth” mendapat 56,000 tontonan sejak dimuat naik minggu ini. - Agensi