Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



EL SAVADOR – Bersesak-sesak di kalangan banduan. Itu pemandangan biasa bagi sebuah penjara rahsia di sini yang menempatkan lebih 30 banduan dalam sel kurungan seluas 12 kaki lebar dan 15 kaki tinggi.


Semua banduan itu merupakan ahli kumpulan samseng MS-13 dan M18.
Menurut polis, terdapat kira-kira 10,000 anggota kumpulan berkenaan berada di penjara seumpama itu.

Kurungan itu tersembunyi daripada pandangan umum namun seorang wartawan daripada majalah VICE berjaya mendapatkan laluan untuk mendedahkan mengenai keadaan banduan tersebut.

Ada antara banduan tersebut yang terdedah kepada najis-najis, telah menghidap penyakit sejak bertahun-tahun lalu.

Selain masalah kesihatan, mereka juga tidak mendapat makanan secukupnya.

Ia diibaratkan seperti binatang peliharaan dalam kurungan.

Kedua-dua kumpulan berkenaan telah bertelagah sejak beberapadekad dan mereka kini terlibat dalam gencatan senjata yang diisytiharkan pada Mac 2012.

Tujuan gencatan senjata itu diadakan adalah bagi mengurangkan kes bunuh di El Savador, daripada purata 12 hingga 15 pembunuhan setiap hari.

Kumpulan berkenaan turut menjalankan operasi mereka di Guatemala dan Honduras.









Terdapat banyak wanita yang menarik di dunia ini, sebahagian besar daripada yang boleh dibahagikan kepada dua kategori: yang super comel yang boleh membuat hati cair dan menarik..


Gul Nazar (古力 娜扎), model etnik Uighur berusia 19 tahun dan pelakon yang cantik, beliau telah memperolehi nama samaran "The Uyghur Venus,".

Gul Nazar dilahirkan dan dibesarkan di Wilayah Autonomi Xinjiang Uighur China, wilayah kepada penduduk terbesar Uyghur, kumpulan minoriti etnik Tengah yang menjadi sorotan antarabangsa pada tahun-tahun kebelakangan ini selepas penunjuk perasaan melakukan keganasan dalam perjuangan mereka untuk kemerdekaan Uyghur .

Beliau berasal dari keluarga yang sangat tradisional dan tidak boleh bercakap atau menulis Mandarin sehingga dia berumur 8 tahun.

Dalam temu bual dengan media tempatan, Gul mengakui bahawa ibunya tidak mahu beliau menjadi model dan menjalani kehidupan yang normal.

Tetapi industri yang tidak akan membiarkan seorang gadis yang cantik ini di biarkan begitu sahaja: Gul telah diintip ketika berumur 16 tahun dan mula menjadi model sambilan semasa di sekolah tinggi.

Berjuang untuk berehat selepas tamat pengajian, dia bersara daripada dunia peragaan setahun kemudian apabila dia membuat keputusan untuk mencuba nasib dalam Akademi Filem Beijing, yang telah menghasilkan beberapa alumni yang diiktiraf di peringkat antarabangsa seperti pelakon Zhao Wei dan pengarah Chen Kaige. Beliau lulus dengan cemerlang dan dan di senaraikan drama TV selepas pendaftaran.







NEW YORK – Seorang nenek berusia 77 tahun muncul juara satu pertandingan angkat berat selepas berjaya mengangkat bebanan seberat 97 kilogram pada bulan lalu.
Nenek tersebut, Willie Murphy muncul juara kategori wanita dalam pertandingan yang dianjurkan oleh Persekutuan Angkat Berat Dunia di Riverdale di Georgia, Amerika Syarikat.
Selain kemampuan mengangkat bebanan, Murphy juga mampu melakukan senaman dengan sebelah tangan seperti tekan tubi dan senaman tangan yang lain.
Murphy yang mempunyai berat badan 47 kilogram berkata, dia mula menceburi sukan angkat berat selepas melihat satu iklan pertandingan angkat berat amatur beberapa tahun lalu.
“Saya bertanya kepada penganjur adakah wanita seperti saya boleh memasuki pertandingan ini dan mereka berkata tiada masalah jika saya mampu melakukannya.
“Sejak itu saya mula berlatih mengangkat berat dan saya gembira kerana ramai golongan muda mendapat inspirasi daripada kejayaan saya,” katanya. – Agensi





PETALING JAYA: Satu "iklan" kehilangan seorang kanak-kanak, di Twitter membangkitkan kemarahan pengguna Internet yang telah diulang tweet atau 'retweet' perkara itu lebih 6,000 kali bagi mengesan budak berusia tiga tahun itu.
Pengumuman itu sebenarnya merupakan sebahagian daripada "kempen pemasaran" untuk sebuah filem pendek, kata individu yang menulis kenyataan itu di twitter, "Hak Long" ketika dihubungi The Star Online.
Kenyataan yang dibuat oleh pemilik akaun twitter @FindHangHang tersebar secara meluas selepas ia dimuat naik buat pertama kali pada tengah hari Isnin dengan mesej: "Tolong cari anak lelaki saya. Dia berumur tiga tahun, hilang sejak semalam. Dia pakai kemeja biru ketika hilang. Mohon untuk retweet."
Kenyataan itu mendapat maklum balas dengan 6,700 retweet menjelang pukul 8 malam.
Satu kenyataan yang berkaitan dimuat naik di twitter berkata: "Sudah cetak risalah untuk diedarkan, dan saya ada sekumpulan pelajar yang bantu saya untuk melakukannya. Tolong cari anak lelaki saya."
Satu lagi kenyataan tweet dengan hashtag #HaveYouSeenHangHang #HYSHH berkata, budak lelaki itu "dilihat kali terakhir di Woodlands".
Bagaimanapun, hanya pada kira-kira pukul 8.30 malam, individu yang mengeluarkan kenyataan tersebut mengeluarkan kenyataan permohonan maaf dengan menyatakan: Akaun ini untuk projek sekolah. Kami tidak lihat tweet kami boleh meraih perhatian sebanyak ini. Kami mohon maaf setulus hati!.
Hak Long turut berkata, "Hai semua, keadaan ini nampaknya tidak terkawal, kami tahu kami perlu memberi penjelasan dan memohon maaf kepada semua. Akaun ini dibuat untuk projek sekolah di mana kami perlu memilih satu filem untuk tayangan dan kami memilih "Pizza" sebagai filem kami, sebuah filem yang diadaptasi daripada kisah benar mengenai seorang budak lelaki yang hilang dan ditemui dibunuh dengan kejam beberapa tahun yang lalu.
"Kami dengan tulus ikhlas memohon maaf kerana telah membangkitkan ketegangan dan kemarahan semua yang begitu prihatin untuk membantu mencari Hang Hang. Tujuan utama kami adalah sekadar untuk mempromosikan filem kami dengan cara yang paling realistik dan menarik perhatian.
"Namun kami menyedari cara ini gagal untuk menegaskan bahawa terdapat satu tayangan filem."
Pun begitu, kesilapan telah pun dilakukan. Beberapa pengguna Internet memberi reaksi berhubung perkara itu.
"@FindHangHang saya hanya hendak beritahu awak bahawa orang ramai akan tidak percaya lagi tentang kempen mencari orang hilang pada masa akan datang," kata @farraonetic.
"Ia benar-benar memberikan satu tanggapan yang salah dan tidak adil untuk kanak-kanak yang sebenarnya hilang sebelum ini, dan kesengsaraan ibu bapa mereka," kata @jayjaydenis.
@Iftan98 berkata: "tak lucu, tolong siarkan nama syarikat di sebalik hal ini, yang mempermainkan kemurahan hati orang ramai.
@mymiszelle: "Satu gimik pemasaran oleh @FindHangHang? Suka mengambil kesempatan tanpa memikirkan tentang penyalahgunaan media sosial. Perkara ini bukan satu bahan ketawa." MStar


Kota Bharu: Wajah gadis berusia 22 tahun, Nur Shafiqa Lah yang ditoreh penyamun dalam kejadian pecah rumah kelmarin boleh dirawat menerusi pembedahan rekonstruktif, kata Pengarah Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Datuk Dr Mafauzy Mohamed.
Beliau berkata, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) mempunyai teknologi dan tenaga pakar yang mencukupi untuk melakukan pembedahan itu termasuk pakar pembedahan plastik.

"Apa kerosakan pada anggota badan sama ada akibat kemalangan atau lain-lain boleh dirawat di HUSM kerana kepakaran yang kita miliki termasuklah kes yang menimpa mangsa ini.

"Bagaimanapun, kita masih perlu berbincang dengan kumpulan pakar untuk memastikan tahap kecederaan pada mukanya sebelum prosedur lanjut dapat diambil.

"Biasanya bagi kes kerosakan wajah, kami hanya memerlukan pembedahan rekonstruktif yang mengambil masa antara dua hingga tiga jam dengan kos ditawarkan paling minimum," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam. Hmetro


Dongguan (China): Seorang jutawan muda bertindak menentang amalan tradisi apabila mengagihkan angpau berjumlah lebih 1.5 juta yuan (RM835,000) kepada orang ramai ketika majlis perkahwinan besar-besaran mereka.

Pasangan pengantin berusia pertengahan 20 tahun itu mengupah sukarelawan untuk menyerahkan bungkusan merah itu kepada orang ramai yang berbaris di tepi jalan untuk menyaksikan konvoi kereta super yang membawa mereka ke lokasi majlis perkahwinan.
Sudah menjadi tradisi masyarakat China memberikan angpau kepada pasangan pengantin, bukan sebaliknya.

Menurut laporan, pengantin lelaki itu ialah Chen Jun Liang, pemilik dan pengurus sebuah syarikat Internet di Dongguan. Dia berasal dari Hunan dan memulakan perniagaan setahun lalu.

"Saya baru memulakan perniagaan dan mencapai keuntungan besar. Saya mahu orang ramai turut menikmati keuntungan saya supaya ia membawa nasib yang baik kepada saya, isteri dan anak pada masa depan," kata Chen.-Agensi