Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Pengguna Internet Kecam Gimik Twitter "Budak Hilang"
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



PETALING JAYA: Satu "iklan" kehilangan seorang kanak-kanak, di Twitter membangkitkan kemarahan pengguna Internet yang telah diulang tweet atau 'retweet' perkara itu lebih 6,000 kali bagi mengesan budak berusia tiga tahun itu.
Pengumuman itu sebenarnya merupakan sebahagian daripada "kempen pemasaran" untuk sebuah filem pendek, kata individu yang menulis kenyataan itu di twitter, "Hak Long" ketika dihubungi The Star Online.
Kenyataan yang dibuat oleh pemilik akaun twitter @FindHangHang tersebar secara meluas selepas ia dimuat naik buat pertama kali pada tengah hari Isnin dengan mesej: "Tolong cari anak lelaki saya. Dia berumur tiga tahun, hilang sejak semalam. Dia pakai kemeja biru ketika hilang. Mohon untuk retweet."
Kenyataan itu mendapat maklum balas dengan 6,700 retweet menjelang pukul 8 malam.
Satu kenyataan yang berkaitan dimuat naik di twitter berkata: "Sudah cetak risalah untuk diedarkan, dan saya ada sekumpulan pelajar yang bantu saya untuk melakukannya. Tolong cari anak lelaki saya."
Satu lagi kenyataan tweet dengan hashtag #HaveYouSeenHangHang #HYSHH berkata, budak lelaki itu "dilihat kali terakhir di Woodlands".
Bagaimanapun, hanya pada kira-kira pukul 8.30 malam, individu yang mengeluarkan kenyataan tersebut mengeluarkan kenyataan permohonan maaf dengan menyatakan: Akaun ini untuk projek sekolah. Kami tidak lihat tweet kami boleh meraih perhatian sebanyak ini. Kami mohon maaf setulus hati!.
Hak Long turut berkata, "Hai semua, keadaan ini nampaknya tidak terkawal, kami tahu kami perlu memberi penjelasan dan memohon maaf kepada semua. Akaun ini dibuat untuk projek sekolah di mana kami perlu memilih satu filem untuk tayangan dan kami memilih "Pizza" sebagai filem kami, sebuah filem yang diadaptasi daripada kisah benar mengenai seorang budak lelaki yang hilang dan ditemui dibunuh dengan kejam beberapa tahun yang lalu.
"Kami dengan tulus ikhlas memohon maaf kerana telah membangkitkan ketegangan dan kemarahan semua yang begitu prihatin untuk membantu mencari Hang Hang. Tujuan utama kami adalah sekadar untuk mempromosikan filem kami dengan cara yang paling realistik dan menarik perhatian.
"Namun kami menyedari cara ini gagal untuk menegaskan bahawa terdapat satu tayangan filem."
Pun begitu, kesilapan telah pun dilakukan. Beberapa pengguna Internet memberi reaksi berhubung perkara itu.
"@FindHangHang saya hanya hendak beritahu awak bahawa orang ramai akan tidak percaya lagi tentang kempen mencari orang hilang pada masa akan datang," kata @farraonetic.
"Ia benar-benar memberikan satu tanggapan yang salah dan tidak adil untuk kanak-kanak yang sebenarnya hilang sebelum ini, dan kesengsaraan ibu bapa mereka," kata @jayjaydenis.
@Iftan98 berkata: "tak lucu, tolong siarkan nama syarikat di sebalik hal ini, yang mempermainkan kemurahan hati orang ramai.
@mymiszelle: "Satu gimik pemasaran oleh @FindHangHang? Suka mengambil kesempatan tanpa memikirkan tentang penyalahgunaan media sosial. Perkara ini bukan satu bahan ketawa." MStar

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments