Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Georgetown: Penyanyi terkemuka Korea Selatan, Psy, yang terkenal dengan lagu ‘Oppa Gangnam Style’ yang disahkan hadir membuat persembahan sempena majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baru Cina di sini, Isnin depan akan diterbangkan dengan pesawat peribadi dari Seoul, Korea Selatan terus ke Pulau Pinang, Ahad ini.
Penyanyi yang popular dengan tarian kuda ‘Gangnam Style’ itu akan tinggal di sebuah hotel terkemuka di negeri ini sebelum beraksi di hadapan pengunjung program yang diadakan di Kolej Han Chiang, dekat sini. 
Jakarta: Penyanyi dan penggubah lagu popular, Ahmad Dhani mengakui dia memberi perhatian tambahan kepada anak-anaknya supaya tidak terpengaruh dengan penyalahgunaan dadah.

Bekas suami Maia Estianty itu berkata, sebagai langkah menunjukkan kesungguhannya, dia turut mengupah penembak tepat bagi mengawasi anaknya. “Saya mengupah penembak tepat supaya jika ada pengedar dadah berhampiran anak saya, mereka boleh dihalang,” katanya.
Menurut Ahmad Dhani, dia tidak teragak-agak mengarahkan penembak tepat itu membunuh pengedar dadah yang berani menghampiri anaknya. “Anda boleh nampak betapa saya serius.

“Jika ada pengedar dadah di sekolah anak saya, tembak mati saja,” katanya. - Detik

Garut: Orang ramai gempar apabila satu bangkai ikan besar ditemui tersadai berhampiran Sungai Cimanuk di Sukamentri, Garut, semalam.
Menurut penduduk, ikan dipercayai jenis kancra hitam itu berukuran 170 sentimeter panjang mempunyai berat 100 kilogram (kg).
Media melaporkan, penduduk tempatan bernama Wahidin orang pertama melihat ikan itu di sungai berkenaan, kelmarin.

Buenos Aires: Seorang murid perempuan yang hamil pada usia 11 tahun kini menjadi ibu selepas melahirkan bayi kembar lelaki.

Kanak-kanak itu melahirkan anak hanya sebulan selepas menyambut hari jadinya yang ke-12.
Berita kelahiran itu tersiar sehari selepas kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun di Mexico melahirkan anak perempuan pada 27 Januari lalu, hari sama kembar lelaki itu dilahirkan di Argentina.

Angkara cemburu, seorang suami sanggup memasang kamera litar tertutup (CCTV) di rumah bagi mengawasi gerak-geri isteri keduanya, selain melakukan pemeriksaan di seluruh tubuh bagi memastikan wanita itu tidak melakukan hubungan seks dengan lelaki lain.
Tindakan keterlaluan suami yang cemburu tahap kronik itu menyebabkan isterinya yang mahu dikenali sebagai Wahida, 36, hidup dalam keadaan tertekan dan urusan kerjayanya turut terjejas. “Dia akan memeriksa seluruh tubuh saya kerana sentiasa curiga dan mengesyaki saya ada hubungan asmara dengan lelaki lain.
Mengerikan apabila seorang ahli perniagaan bukan hanya dikelar dan ditikam penjenayah yang menculiknya di Jalan Kamunting di sini, malah leher mangsa yang cedera turut digigit lintah gergasi.

Dalam kejadian jam 12 tengah malam kelmarin, Chua Hock Hee, 34, dikejarkan ke hospital bagi membolehkan doktor mencabut lintah besar itu yang menghisap darah pada lehernya.