Georgetown: Penyanyi terkemuka Korea Selatan, Psy, yang terkenal dengan lagu ‘Oppa Gangnam Style’ yang disahkan hadir membuat persembahan sempena majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baru Cina di sini, Isnin depan akan diterbangkan dengan pesawat peribadi dari Seoul, Korea Selatan terus ke Pulau Pinang, Ahad ini.
Penyanyi yang popular dengan tarian kuda ‘Gangnam Style’ itu akan tinggal di sebuah hotel terkemuka di negeri ini sebelum beraksi di hadapan pengunjung program yang diadakan di Kolej Han Chiang, dekat sini.
Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Oh Tong Keong berkata, Psy dijangka mempersembahkan sekurang-kurangnya dua lagu termasuk ‘Oppa Gangnam Style’ pada majlis anjuran Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Peminat tempatan termasuk mereka di luar Pulau Pinang yang mahu menyaksikan persembahan dijemput hadir ke majlis ini kerana ia dianjurkan percuma,” katanya.
No comments
Post a Comment