Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



HONG KONG: Saham Asia jatuh hari ini berikutan penurunan semalaman di Wall Street yang menyaksikan saham Apple dan pembekal komponennya turun apabila pelabur tidak teruja dengan peranti terbaharu iPhone 6 dan Apple Watch.
Menjelang penutupan tengah hari, bursa Tokyo turun 0.35 peratus, Sydney susut 0.88 peratus, Shanghai turun 0.64 peratus manakala Hong Kong susut 1.44 peratus. Bursa Seoul ditutup kerana cuti umum.
Pada penutupan malam tadi, Indeks Dow Jones jatuh 0.57 peratus dan S&P500 jatuh 0.65 peratus manakala Nasdaq jatuh 0.87 peratus.
Saham firma yang membekalkan komponen kepada Apple jatuh selepas pelancaran iPhone 6 dan iPhone 6+ dengan skrin lebih besar, jam pintar serta sistem pembayaran baharu.
Walaupun Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook, berkata telefon pintar itu adalah 'kemajuan terbesar dalam sejarah iPhone', pelabur bagaimanapun tidak begitu tertarik. Saham Apple ditutup turun 0.4 peratus.
Harga saham Japan Display jatuh 1.8 peratus, Foster Electric susut 0.6 peratus manakala di Taipei, Taiwan Semiconductor Manufacturing Corp jatuh 1.6 peratus manakala pengeluar skrin, Largan Precision jatuh 1.2 peratus.
Ketua Pegawai Pelaburan BMO Private Bank Amerika Syarikat (AS), Jack Ablin, berkata pelabur nampaknya agak kecewa.
"Pelabur mengharapkan produk 'game changer' daripada syarikat ini (Apple), justeru mereka agak kecewa bila keadaan itu tidak dicapai," katanya. - AFP




PETALING JAYA: Pelakon Siti Saleha tidak menganggap gambar yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya ketika bercuti di Pulau Tioman baru-baru ini sebagai keterlaluan dan lucah.

Siti Saleha, 24, berkata, sebagai seorang selebriti dia sedar pergerakannya diperhatikan peminat dan sentiasa berhati-hati sekiranya ingin berkongsi gambar peribadi dalam laman sosial.

"Saya tidak pasti apa yang silapnya dengan gambar berkenaan kerana pada saya ia hanya bersifat artistik.

"Sebagai seorang selebriti saya tahu had dan sentiasa berhati-hati sebelum memuat naik sesuatu gambar di laman sosial," katanya kepada mStar Online.

Saleha ditemui pada sidang media teater Asmara-Ra All Stars yang diadakan di Kaki Seni SS2 Mall di sini pada Selasa.


Saleha mengulas mengenai sekeping gambarnya yang dirakamkan daripada bahagian belakang badan sambil duduk di atas kayu di tepi pantai.

Pengikut profilnya menganggap gambar tersebut sebagai lucah dan Saleha menerima pelbagai kritikan daripada pengikut di laman sosial tersebut.

Dalam pada itu, Saleha berkata, dia tidak terlalu memberi perhatian terhadap komen-komen negatif yang dilemparkan kepadanya kerana menganggap ia perkara biasa.

Bagaimanapun dia mengakui ada menyekat pengikut Instagram yang disifatkan melampau dan keterlaluan daripada mengikuti perkembangannya di laman tersebut.

"Ini adalah harga yang saya perlu bayar apabila menjadi seorang selebriti dan saya terima cuma mana yang terlalu melampau saya akan sekat mereka," ujarnya.

Sementara itu, bercakap mengenai penglibatannya dalam Asrama-Ra All Stars, Saleha berkata ini adalah kali kedua dia akan muncul di pentas teater.

Jelas Saleha, persembahan teater memberikannya kepuasan berbeza berbanding drama dan filem namun terpaksa menolak banyak tawaran daripada produksi kerana komitmen penggambaran.

"Kali terakhir saya berlakon teater adalah pada tahun 2009 iaitu Stage Theraphy dan saya cukup teruja apabila akhirnya dapat kembali ke pentas teater.

"Bukan tiada tawaran sebelum ini tetapi kekangan masa membuatkan saya terpaksa menolak kerana untuk berlakon teater kita ken berikan komitmen penuh," ujarnya.

Gambar inilah yang menjadi kontroversi.


Teater arahan Khairunazwan Rodzy itu bakal dipentaskan di KLPAC pada 16 hingga 19 Oktober depan dan turut menampilkan barisan pelakon seperti Sherry Al-Hadad, Sharifah Amani, Nadiya Nisaa, Dira Abu Zahar dan Amerul Afendi.


Tiket untuk menyaksikan teater berkenaan dijual pada harga RM40 (tempahan awal) dan RM50. Tempahan dan pembelian boleh menghubungi Nik Chip Afiq di talian 010-7603101.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman Facebook dan Twitter:  Revolution Stage. Mstar



PUNCA hubungan cinta Britney Spears dan bekas kekasih, David Lucado retak baru-baru ini terbongkar jua.

Menurut laporan Dailymail, Lucado rupa-rupanya menjalinkan hubungan dengan bintang porno, Cali Lee ketika dia dan Britney masih lagi bersama.

Walaupun Lucado cuba menyimpan rahsia itu, namun ia gagal selepas skandal itu dirakam oleh seorang penyiasat yang diupah oleh ayah penyanyi itu, Jamie.

Lucado juga sering dilihat keluar malam secara sembunyi sehingga membuatkan orang yang rapat dengannya curiga.

"Ayah Britney, Jamie antara yang paling tidak senang duduk apabila mencurigai dengan gerak geri Lucado.

"Rasa tidak senang hati membuatkan Jamie mengupah seorang penyiasat mengekori kemana saja Lucado pergi. Apabila mendapat tahu dia curang, ramai yang kesal terhadap perbuatannya itu," kata sumber.

Walaupun Britney kecewa dengan sikap Lucado, dia enggan terus meratapi kesedihannya kerana menganggap lelaki seperti Lucado tidak layak untuk ditangisi. Mstar
Gambar Hiasan
Fuzhou (China) : Ia berlaku lagi. Seorang wanita di sini dilapor memotong kemaluan suaminya yang berusia 35 tahun sebelum membuangnya ke dalam tandas, semalam.
Wanita berkenaan bertindak demikian kerana mengesyaki mangsa menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain.
Suaminya terselamat dalam kejadian itu dan dibawa ke hospital untuk dirawat, lapor akhbar Sina News.
Menurut sumber, kejadian bermula apabila si suami pulang dalam keadaan mabuk kira-kira jam 3 pagi.
“Selepas buka pintu, si isteri mengambil gunting lalu menggunting kemaluan suaminya dan membuangnya ke dalam tandas,” katanya.
Menurut sumber, si isteri mengesyaki mangsa berfoya-foya dengan wanita lain.
Sebaik bapa lelaki berkenaan mengetahui, dia menelefon polis.
Apabila mangsa tiba di hospital, doktor mendapati tidak ada langsung kemaluannya yang tinggal.
Mereka memberitahu bapa mangsa, jika ditemui dan disambung semula sekalipun, ia tidak akan berfungsi dengan baik.

New Delhi: Seorang wanita berusia 25 tahun dikurung dalam bilik air sejak tiga tahun lalu selain dilarang menemui anaknya kerana melahirkan anak perempuan.
Wanita itu yang ditemui dengan keadaan kuku kaki serta tangan yang terlalu panjang dan pakaian koyak tidak dapat membuka matanya apabila terkena cahaya matahari. 
Dia juga menangis teresak-esak apabila anaknya sendiri tidak mengenalinya. 
Polis merempuh masuk ‘penjara’ wanita itu di Darbhanga selepas ayahnya melaporkan kes itu, lapor International Business Times.

Jurucakap polis Seema Kumari berkata, wanita itu diseksa berulang kali sejak berkahwin pada 2010 selepas keluarga mentua tidak berpuas hati dengan wang hantarannya.

Keadaan menjadi lebih teruk selepas dia melahirkan anak perempuan sehingga akhirnya dia dikurung keluarga suami. 

“Dia terlalu sukar membuka mata bila terkena cahaya matahari kerana tinggal dalam ruang yang kecil, sempit dan gelap sejak tiga tahun lalu. 

“Mangsa berkata dia diheret masuk ke bilik air sebelum ditinggalkan di situ. 

“Dia juga dilarang menemui anaknya dan hanya diberi makan sekali-sekala, itupun sisa yang tidak habis dimakan keluarga suami. Mereka seolah-olah membalas dendam kerana hantaran dan jantina anak yang dilahirkan tidak memuaskan,” kata Seema ketika ditemui. 

Pemberian hantaran sebenarnya diharamkan di India sejak tahun 1981, namun sehingga hari ini masih ramai yang mengamalkannya. 

Sementara itu, Seema berkata mangsa juga tidak dibenarkan menemui ibu bapanya. 

“Setiap kali keluarganya datang melawatnya di Darbhanga, mereka dihalau. 

“Sebaik dibebaskan dia meminta untuk menemui anak perempuannya yang kini berusia tiga tahun. Malangnya, kanak-kanak itu langsung tidak mengenalinya menyebabkan dia menangis,” kata Seema.

Menurut jurucakap itu, suami mangsa Prabhat Kumar Singh kini berada dalam tahanan polis. 

Ibu bapanya Dhirendra Singh dan Indra Devi juga akan disoal siasat selepas keluarga mangsa menuntut supaya tindakan undang-undang diambil terhadap mereka.- Agensi
California: Seorang lelaki yang disyaki merompak sebuah bank ditangkap selepas sejumlah besar wang terjatuh dari seluarnya ketika disoal siasat.
Polis berkata, Shawn Lee Canfield (gambar), 25, memasuki bank berkenaan petang kelmarin dan menyerahkan kepada seorang juruwang sekeping kad menuntut wang. 
Pihak berkuasa semalam berkata, juruwang berkenaan menyerahkan wang berjumlah AS$2,748 (RM8,772) kepada Canfield yang kemudiannya bertindak melarikan diri. 
Juruwang terbabit kemudian memberi butir terperinci mengenai suspek, termasuk tatu pada mukanya.

Penyiasat berjaya menjejaki lelaki itu berdasarkan maklumat yang mereka terima.
Apabila mereka mendekati Canfield, dia kelihatan menyorokkan sesuatu ke dalam saku seluarnya, lapor akhbar Modesto Bee. 

Juruwang terbabit yang dibawa ke tempat Canfield ditahan mengesahkan Canfield perompak itu. Dia kemudian dibawa ke ibu pejabat polis.  Ketika menaiki tangga, wang mula jatuh dari seluarnya - semuanya berjumlah AS$2,414 (RM7,705). 
Selepas disoal siasat, Canfield berdiri dan baki RM334 (RM1,098) jatuh lagi dari seluarnya. - Agensi
Riyadh: Seorang lelaki dipercayai warga Saudi meletakkan seorang bayi di dalam periuk yang penuh dengan sayur-sayuran sebelum menggunakan sudip untuk mengacau peiuk berkenaan.
Sambil mengacau dia berkata: “Ini yang akan kami makan malam ini.” 
Rakaman video itu yang disiarkan media tempatan menujukkan bayi itu yang hanya berusia empat bulan, dimasukkan ke dalam periuk itu dan kemudian ditutup sebelum di tempatkan di atas dapur.



Kemudian kedengaran suara seorang wanita yang menyuruhnya berhenti berbuat demikian.

Akhbar Sabq yang melaporkan kejadian itu bagaimanapun tidak menyebut di mana rakaman itu dibuat dan tidak dapat dipastikan sama ada lelaki itu bergurau atau serius.
Bagaimanapun, pembaca mengecam tindakan lelaki itu serta menggesa pihak berkuasa menjejaki dan menghukumnya. 
Seorang pembaca menulis: “Hati sebahagian besar manusia kini sudah keras seperti batu. Semoga Allah tidak mengampunkan dosanya.” - Agensi

Kuala Lumpur: Bayar RM250 jika mahu hantar pesakit ke hospital. Itu sogokan diminta seorang pemandu ambulans sebuah hospital milik kerajaan kepada seorang keluarga pesakit yang dalam kecemasan.
Kejadian yang berlaku pada 31 Ogos lalu itu turut tersebar di laman sosial Facebook hingga menyebabkan ramai pihak terkejut dan marah.
Berdasarkan rakaman video yang disebarkan melalui Rednews itu, seorang lelaki tempatan mendakwa dia menghubungi talian 999 selepas ibunya jatuh pengsan.

Bagaimanapun, anak mangsa terkejut apabila pemandu ambulans itu yang tiba di rumahnya meminta bayaran RM250.
Berikutan tidak mempunyai wang, mangsa dengan bantuan rakannya menghantar mangsa ke hospital menaiki kereta.

Sebaik tiba di hospital, anak mangsa dikatakan terserempak dengan pemandu ambulans itu sebelum meminta penjelasan terhadap bayaran perkhidmatan untuk ambulans hospital kerajaan.

Pemandu ambulans itu kemudian menjawab, “awak nak tanya apa, kalau kita tak ambil, kita tak ada income (pendapatan), govt (kerajaan) bagi sikit satu bulan RM800. Anak nak minum susu.
“Kita driver je bukan doktor, saya ambil itu bukan untuk saya, duit saya kena bagi dalam itu ada empat nurse (jururawat) lagi, satu orang RM50 saja ma, empat orang baru RM200, tak mahal sebenarnya,” katanya dalam rakaman itu.

Sementara itu jurucakap hospital berkenaan ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah mengetahui berhubung rakaman video yang sudah tersebar itu dan pihaknya sedang mengumpul maklumat lanjut.
“Kami akan memberi kenyataan rasmi esok (hari ini),” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Pasir Gudang: Setiap kali ternampak van putih melintas di depan rumahnya di Taman Cahaya Masai di sini, jantung Rahayah Bul, 42, berdegup kencang dan badannya menggigil berikutan kejadian anak perempuannya yang berusia sembilan tahun cuba diculik seorang lelaki menaiki kenderaan seperti itu, Sabtu lalu.
Rahayah berkata, sehingga kini dia tidak dapat melupakan detik cemas anak tunggalnya, Nur Ainna Haili dicekik dan diacu pisau pada leher oleh penjenayah yang mahu mencuri Perodua Myvi anak saudaranya. 
Menurutnya, sejak heboh dengan kejadian van putih menculik kanak-kanak, dia sentiasa berjaga-jaga dan tidak jemu berpesan kepada pengasuh supaya tidak membenarkan anaknya bermain di luar rumah ketika dia bekerja. 

Bagaimanapun, dalam kejadian jam 2 petang itu, dia tidak menyangka lelaki memandu van putih bertulis ‘Majlis Perbandaran Pasir Gudang’ (MPPG), cuba menculik anaknya yang dipanggil Ain, di depan matanya.

“Sejak kejadian itu saya jadi macam orang tak betul. Tak boleh nampak van putih, tak boleh nampak orang tak kenal. Saya jadi trauma dan menggigil.

Cupertino (Amerika Syarikat): Apple Inc mengejutkan penggemar teknologi seluruh dunia hari ini dengan melancarkan jam tangan pintar yang dikenali sebagai Apple Watch, peranti boleh pakai yang menjadikan produk pertama kategori baru sejak melancarkan iPad pada tahun 2010.
Ia menjadi langkah besar Apple kerana masih ramai mempersoalkan kredibiliti syarikat berkenaan selepas kematian pengasas bersama Steve Jobs pada 2011. 
Perlancaran yang dibuat secara langsung itu menunjukkan iPhone 6 dan 6 Plus mempunyai skrin yang lebih besar serta ciri terbaru seperti mod tontonan mendatar yang cukup sesuai dengan saiz skrin yang diperkenalkan Apple. 

IPhone 6 mempunyai skrin berukuran 4.7 inci, manakala iPhone 6 Plus 5.5 inci. Dalam pada itu, pembina aplikasi akan dapat mereka bentuk app yang boleh dilihat secara berbeza apabila telefon dipegang secara mendatar.

Apple juga memperkenalkan sistem baru bagi menggunakan telefon untuk membuat pembayaran kad kredit di kedai-kedai yang terpilih.
Bagi Apple, iPhone yang menjadi sumber utama keuntungan syarikat itu dapat membantu bersaing dengan peranti Android.

Resolusi skrin model 6 Plus jauh lebih tajam daripada iPhone sebelumnya iaitu 401 piksel per inci dan bukannya 326.

Telefon pintar baru ini tidak sebesar telefon terkini keluaran Samsung iaitu 5.1 inci Galaxy S5 dan 5.7 inci Note 4, namun produk terbaru ini dijangka dapat mengimbangi produk-produk Android yang lain. 

Apple berkata, iPhone 6 dan 6 Plus lebih pantas dan mempunyai hayat bateri yang lebih baik daripada model sebelumnya. 

Telefon pintar ini juga mempunyai sensor baru iaitu barometer, bagi menganggarkan berapa banyak yang anda memanjat tangga, bukan sekadar sejauh mana anda telah berjalan atau berlari. 

Apple masih mengekalkan resolusi kamera pada 8 mega piksel, manakala saingan Android dan Windows telefon telah meningkatkan jumlah piksel berbanding iPhone. 

Walau bagaimanapun, kiraan mega piksel bukanlah satu faktor dalam mengambil gambar yang baik. 

Apple berkata, sensor baru yang direka semula dapat mengambil gambar yang lebih baik berbanding iPhone sebelum ini. 

Apple juga meningkatkan ciri video gerak perlahan dengan 240 frame sesaat, dua kali ganda apa yang ada di iPhone 5s tahun lalu. 

Telefon baru ini mula dijual di Amerika Syarikat pada 19 September, dengan pesanan awal bermula Jumaat ini.

Berkenaan dengan harga pula, ia sama dengan iPhone sebelum ini iaitu RM640 dengan kontrak dua tahun bagi model iPhone 6 dengan memori dalaman 16gb bagi pasaran Amerika Syarikat.

Manakala untuk memori dalaman 64gb berharga RM960 dan RM1,280 bagi 128gb. iPhone 6 Plus pula ditambah RM320 iaitu RM960 bagi 16gb, RM1,280 bagi 64gb dan RM1,600 bagi 128gb.

Walau bagaimanapun, harga bagi pasaran di Malaysia masih belum diketahui umum.
Suasana tiba-tiba menjadi riuh dengan tepukan penonton selepas Tim Cook mengumumkan peranti boleh pakai iaitu Apple Watch.

Kebanyakan interaksi antara muka dilakukan menerusi butang dail pada jam tangan pintar itu.

Ia dapat digunakan untuk mengezum dekat atau jauh bagi aplikasi peta dan gambar, supaya pemakai tidak terganggu jika mencubit masuk dan keluar untuk zum. 

Difahamkan, jam tangan pintar ini akan hadir dalam pelbagai gaya dan tali dengan pilihan dua saiz. 

Walaupun banyak perhatian tertumpu kepada peranti terbaru, sistem operasi yang bakal menjana iPhone baru ini juga dikemas kini kepada iOS8 dan pengguna iPhone 5 ke atas akan dapat memuat turun pada 17 September ini.

Apple Inc mula meperkenalkan iPhone generasi pertama pada 29 Jun 2007 yang hanya menggunakan rangkaian 2G dan sistem operasi iPhone OS 1.0.

Semenjak kemunculan produk ini, mendiang Steve Jobs yang juga CEO Apple pada ketika itu membuat revolusi terhadap produk telefon pintar sekaligus memberi impak yang besar kepada pengguna.

Saban tahun, Apple memperkenalkan iPhone 3G pada Jun 2008 diikuti iPhone 3Gs pada Jun 2009, iPhone 4 pada Jun 2010, iPhone 4s pada Oktober 2011, iPhone 5 pada September 2012 dan dua iPhone iaitu iPhone 5s dan 5c pada September 2013.

Sekalipun legasi Apple bertukar tangan kepada Tim Cook sebagai CEO yang baru selepas kematian Steve Jobs, rata-rata penggemar teknologi tetap berpuas hati dengan produk yang dihasilkan syarikat berkenaan.