Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Perbuatan tidak senonoh penduduk di Tanah Besar China memang sudah diketahui..
Ada yang selamba buang air besar di tempat awam seperti di perhentian bas dan lif.
Namun, menerusi satu laporan dari China Press, pebuatan tidak senonoh
itu turut dibawa oleh sekeluarga dari China yang dengan selamba
membiarkan anak lelaki mereka membuang air besar di tempat duduknya
dengan hanya berlapikkan surat khabar dalam kapal terbang yang dinaiki
mereka.
Perbuatan menjijikkan itu ternyata menganggu penumpang lain yang berang dengan kejadian tersebut.
Penerbangan yang dinaiki mereka sekeluarga ialah perjalanan dari
Beijing ke Detroit menggunakan syarikat penerbangan Amerika Syarikat,
Delta Air Lines.
Sebelum itu, ada penumpang dilaporkan menasihatkan datuk kanak-kanak
itu untuk membawa cucunya ke tandas namun si datuk bertegas untuk
membiarkan cucunya berak di tempat duduknya.
Global
Stesen televisyen VH1 menayangkan sebuah reality show bagi mencari
jodoh. Uniknya, rancangan berjudul Dating Naked menghendaki peserta
tidak mengenakan baju sama sekali.
Acara Dating Naked mempunyai persamaan dengan Bachelorette Party seperti pelbagai aktiviti berupa berkuda, flying fox namun harus dilakukan dalam keadaan telanjang tanpa pakaian.
"Acara ini bukan tentang bagaimana tampil tanpa pakaian, tapi bagaimana kita menjadi jujur dengan orang lain," ujar VH1 Executive Vice Presiden Susan Levison. "Apabila kita menyingkirkan segala prekonsepsi dan mekanisme melindungi diri-yang biasanya membuat kita tidak menunjukkan diri yang sesungguhnya, kita boleh menjadi diri kita yang sebenarnya dan orang lain melihat itu. Tidak ada yang boleh disembunyikan," tambahnya.
Di episod perdana Dating Naked memaparkan peserta bernama Christina Porcelli dari Canarsie yang kini tinggal di Nashville, Amerika Syarikat. Christina yang telah memasuki usia 36 tahun merasa hampir putus asa mencari pasangan hidup.
"Pastinya saya gementar ketika berbogel. Tapi ketika kita tampil tanpa pakaian, itu akan memaparkan sisi lain dari diri, kelemahan dan keterbukaan," katanya. "Apabila kita berpakaian, kita menutup diri," tambahnya.
Dalam masa singkat sejak tayangan perdananya, program mencari jodoh ini terus mendapat banyak perhatian dari penonton tv Amerika. Demikian laporan dari Detik, Sabtu (19/7/2014).
Acara Dating Naked mempunyai persamaan dengan Bachelorette Party seperti pelbagai aktiviti berupa berkuda, flying fox namun harus dilakukan dalam keadaan telanjang tanpa pakaian.
"Acara ini bukan tentang bagaimana tampil tanpa pakaian, tapi bagaimana kita menjadi jujur dengan orang lain," ujar VH1 Executive Vice Presiden Susan Levison. "Apabila kita menyingkirkan segala prekonsepsi dan mekanisme melindungi diri-yang biasanya membuat kita tidak menunjukkan diri yang sesungguhnya, kita boleh menjadi diri kita yang sebenarnya dan orang lain melihat itu. Tidak ada yang boleh disembunyikan," tambahnya.
Di episod perdana Dating Naked memaparkan peserta bernama Christina Porcelli dari Canarsie yang kini tinggal di Nashville, Amerika Syarikat. Christina yang telah memasuki usia 36 tahun merasa hampir putus asa mencari pasangan hidup.
"Pastinya saya gementar ketika berbogel. Tapi ketika kita tampil tanpa pakaian, itu akan memaparkan sisi lain dari diri, kelemahan dan keterbukaan," katanya. "Apabila kita berpakaian, kita menutup diri," tambahnya.
Dalam masa singkat sejak tayangan perdananya, program mencari jodoh ini terus mendapat banyak perhatian dari penonton tv Amerika. Demikian laporan dari Detik, Sabtu (19/7/2014).
Global
Taiwan – Seorang pemain bola tampar dari Kazakhstan kini dipinggirkan
oleh ahli pasukannya kerana wajah cantiknya itu menyebabkan dia menjadi
tumpuan setiap kali perlawanan diadakan.
Sabina Altynbekova, 18, dan menyertai pertandingan Bola Tampar bawah 19 tahun untuk Kazakhstan di Taiwan.
Namun disebabkan kecantikannya itu, media tempatan lebih banyak menulis mengenai dirinya berbanding dengan perlawanan tersebut.
Keadaan itu mengakibatkan teman-teman seperjuangannya berasa tidak
puas hati, malah media di negaranya juga telah mengkritik pihak lain
yang obses dengan kecantikan Sabina.
“Penonton hanya merenung dia dan mereka tidak lagi berminat
dengan pertandingan,’’ demikian lapor seorang wartawan , Vesti dari
akhbar terkenal Kazakhstan iaitu Kazakh.
Malah jurulatih Sabina turut merungut mengenai keadaan tersebut.
“Ia menyukarkan kita untuk beraksi. Hanya dia seolah-olah pemain di situ,’’ kata Nurlan Sadikov.
Setiap gambar yan disiarkan dalam Facebook mendapat perhatian
beribu-ribu pengikutnya dengan kebanyakannya adalah dari China, Vietnam,
Taiwan, Jepun, Korea Selatan, Malaysia dan Filipina.
Pelbagai
Beijing – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun kini
digelar budak kucing selepas badannya dipenuhi bulu lembut hitam.
Namun, itu bukan satu-satunya masalah Zhao Xinrui.
Sejak menunjukkan tanda-tanda mengalami keadaan kulit pelik itu tahun lalu, dia ditinggalkan ibunya.
Keadaan tidak dapat dijelaskan pakar perubatan itu bermula dengan
tompokan kecil rambut halus berwarna gelap pada belakang badannya.
Lama kelamaan tompokan itu memenuhi hampir seluruh belakang serta
punggungnya dan kini menunjukkan tanda naik ke muka, lengan dan bahunya.
Menurut keluarga Zhao, masalah kulit itu menimbulkan ketakutan dalam
kalangan penduduk di perkampungan mereka di Changshan berhampiran bandar
Luzhou di wilayah Sichuan.
Bagaimanapun, guru Zhao membantu memastikan dia tetap diterima rakan
sekolahnya apabila mereka memberitahu tompokan itu cuma tahi lalat.
Sementara itu Zhao pula sentiasa memastikan badannya ditutup untuk mengelak diejek.
Neneknya Henghui berkata, mereka pada mulanya dimaklumkan doktor bahawa tompokan itu tanda lahir.
“Mereka tetap menegaskan ia tanda lahir walaupun selepas mula
merebak. Kini hampir separuh badannya dipenuhi ‘tanda lahir’ itu,”
katanya.
Ayah Zhao, Lai, 45, berkata, mereka merayu sesiapa saja yang mampu
memberi bantuan perubatan untuk mengawal pertumbuhan tompokan itu.
“Kasihan anak saya. Luluh hati kami melihat penderitaannya. Kami
dimaklumkan dia tidak boleh dibedah sehingga berusia lima tahun.
“Kini dia sudah cukup besar, namun kami pula tiada wang walaupun kami
menabung sejak tahun lalu,” katanya. Menurutnya, walaupun ditinggal
isteri, dia berazam untuk membesarkan anaknya itu dengan bantuan ibu
bapanya.
Global
Scotland – Pakar bedah di sebuah hospital terkejut selepas mendapati
mainan seks sepanjang lima inci berada di dalam vagina seorang wanita.
Lebih memeranjatkan apabila mainan seks itu sudah berada di situ selama 10 tahun.
Wanita berusia 38 tahun itu bagaimanapun tidak menyedari mengenainya
dan dia mengaku menggunakan alat berkenaan ketika melakukan hubungan
seks dengan pasangannya 10 tahun lalu.
Namun disebabkan mabuk, dia tidak menyedari sama ada alat itu sudah dikeluarkan atau tidak.
Akibatnya, dia mengalami penurunan berat badan, menggigil dan mengalami masalah kawalan kencing selama beberapa minggu.
Hanya selepas doktor melakukan imbasan, barulah mereka melihat alat mainan seks itu.
Selepas pembedahan dijalankan, alat berkenaan dikeluarkan dan doktor
turut membetulkan kerosakan dalam bahagian vagina dan pundi kencing
wanita berkenaan yang rosak disebabkan oleh alat mainan seks berkenaan.
Global
China – Dia digelar sebagai lelaki gelandangan paling bergaya di
China. Meskipun tidak berbaju dan hanya memakai kain tetapi nampak
bergaya dengan cermin mata hitam.
Lelaki itu, yang tidak dikenali, dirakamkan gambarnya ketika dia merayau di sekitar bandar.
Imejnya itu telah dimuat naik dalam Weibo dan berjaya menarik perhatian beribu-ribu pengguna media sosial.
Keadaan sama pernah berlaku kepada seorang lelaki gelandangan yang
berusia 34 tahun, Cheng Guorong apabila gambarnya dirakamkan pada 2012.
Guorong kemudiannya menjadi terkenal dan membintangi filem.
Dia menjadi gelandangan selepas dipecat dan wang simpanannya dirompak.
Pelbagai
Terdapat banyak dakwaan menyatakan barangan mangsa nahas pesawat MH17
yang terhempas selepas ditembak jatuh di Ukraine 17 Julai lalu telah
dicuri oleh puak pemisah dan penduduk tempatan.
Terbaru, gambar sebatang maskara yang dikongsikan di laman sosial Instagram membuktikan perkara ini memang berlaku.
Seorang remaja tempatan sana menggunakan nama “Zolotasya” dikesan
memuat naik gambar alat solek dari Eropah berjenama Catrice. Berdasarkan
lokasi yang dikongsikan pada sesetengah gambar gadis ini tinggal di
Torez, sebuah bandar di Timur Ukraine yang terletak berdekatan lokasi
nahas MH17.
Dalam komen di Instagram yang diterjemahkan, Zolotasya memberitahu maskara itu diberikan kepadanya oleh seorang rakan.
Apabila perkara ini tersebar di laman sosial, Zolotasya dikecam ramai
rakyat Ukraine. Gadis ini kemudiannya dikatakan mengaku dia berpihak
pada puak pemisah pro-Rusia yang turut dikaitkan sebagai pihak yang bertanggung jawab menembak jatuh MH17.
Apa pun, kes kecurian barangan milik mangsa nahas pesawat MAS
ini sebenarnya sudah mula disedari oleh banyak pihak termasuk keluarga
mangsa.
Antara bukti lain adalah laporan The Daily Mail tentang penggunaan
kad kredit milik salah seorang penumpang MH17 yang terkorban didapati
telah dilakukan di Ukraine sejak hari nahas berlaku.
Pelbagai
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments