Scotland – Pakar bedah di sebuah hospital terkejut selepas mendapati
mainan seks sepanjang lima inci berada di dalam vagina seorang wanita.
Lebih memeranjatkan apabila mainan seks itu sudah berada di situ selama 10 tahun.
Wanita berusia 38 tahun itu bagaimanapun tidak menyedari mengenainya
dan dia mengaku menggunakan alat berkenaan ketika melakukan hubungan
seks dengan pasangannya 10 tahun lalu.
Namun disebabkan mabuk, dia tidak menyedari sama ada alat itu sudah dikeluarkan atau tidak.
Akibatnya, dia mengalami penurunan berat badan, menggigil dan mengalami masalah kawalan kencing selama beberapa minggu.
Hanya selepas doktor melakukan imbasan, barulah mereka melihat alat mainan seks itu.
Selepas pembedahan dijalankan, alat berkenaan dikeluarkan dan doktor
turut membetulkan kerosakan dalam bahagian vagina dan pundi kencing
wanita berkenaan yang rosak disebabkan oleh alat mainan seks berkenaan.
No comments
Post a Comment