Terdapat banyak dakwaan menyatakan barangan mangsa nahas pesawat MH17
yang terhempas selepas ditembak jatuh di Ukraine 17 Julai lalu telah
dicuri oleh puak pemisah dan penduduk tempatan.
Terbaru, gambar sebatang maskara yang dikongsikan di laman sosial Instagram membuktikan perkara ini memang berlaku.
Seorang remaja tempatan sana menggunakan nama “Zolotasya” dikesan
memuat naik gambar alat solek dari Eropah berjenama Catrice. Berdasarkan
lokasi yang dikongsikan pada sesetengah gambar gadis ini tinggal di
Torez, sebuah bandar di Timur Ukraine yang terletak berdekatan lokasi
nahas MH17.
Dalam komen di Instagram yang diterjemahkan, Zolotasya memberitahu maskara itu diberikan kepadanya oleh seorang rakan.
Apabila perkara ini tersebar di laman sosial, Zolotasya dikecam ramai
rakyat Ukraine. Gadis ini kemudiannya dikatakan mengaku dia berpihak
pada puak pemisah pro-Rusia yang turut dikaitkan sebagai pihak yang bertanggung jawab menembak jatuh MH17.
Apa pun, kes kecurian barangan milik mangsa nahas pesawat MAS
ini sebenarnya sudah mula disedari oleh banyak pihak termasuk keluarga
mangsa.
Antara bukti lain adalah laporan The Daily Mail tentang penggunaan
kad kredit milik salah seorang penumpang MH17 yang terkorban didapati
telah dilakukan di Ukraine sejak hari nahas berlaku.
No comments
Post a Comment