Baru-baru ini seorang pengguna Twitter yang menjawab soalan Menteri
Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) menerusi laman mikro tersebut
telah menarik perhatian ramai.
Puncanya, soalan serius KJ yang berbunyi “Dimanakah venue Sukan
Komanwel pada 2010?” telah dibalas oleh pemilik twitter handle
@syasyamahmud atau Ratu Selfie dengan jawapan romantik “di dalam hati
kita berdua…”.
Jawapan ini boleh dianggap cuma satu gurauan nakal memandangkan semua
wanita Malaysia sudah tahu bahawa KJ merupakan menantu bekas PM kita,
Pak Lah namun ia tetap menarik perhatian hingga mendapat banyak
retweets.
Namun apabila KJ memberikan respon bahawa dia sendiri terhibur dengan usikan tersebut
dengan mengarahkan supaya wanita ini diberikan hadiah berupa baju
Malaysian Heroes, penyiasat tak bertauliah di media siber mula
menyelidik pemilik akaun Twitter tersebut.
Hasilnya adalah gambar-gambar Ratu Selfie atau Syasya Mahmud dalam
pelbagai persalinan yang diambil daripada laman sosial miliknya.
Erm, comel juga Ratu Selfie yang begitu berani mengorat KJ ini kan?
Kalau tak dapat KJ pun awek ni tak perlu risau sebab ramai lagi
jejaka lain pasti sanggup untuk memenangi tempat di taman hatinya..
No comments
Post a Comment