Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Menyeramkan! Itu saja yang mampu penulis ungkapkan sebaik keluar dari bangunan Kellie’s Castle selepas menyertai pengembaraan menjejaki entiti paranormal menerusi pakej pelancongan malam terbaru ditawarkan kepada orang ramai.
Ia ternyata mencabar keberanian diri selain menjadi pengalaman baru yang unik yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.
Kellie’s Castle yang dimiliki William Kellie Smith ini antara tarikan pelancongan di Batu Gajah, Perak yang harus dikunjungi.
Daripada rupa bentuknya hinggalah pembinaannya serta penceritaan setiap sudut di istana itu, banyak lagi yang yang akan diperoleh pengunjung saat berkunjung ke sini.
Mengikut sejarah pembinaan istana ini, pemiliknya yang berasal dari bahagian timur laut Scotland membina istana itu bagi kediaman keluarganya dan diberikan nama Kellas House.
Bangunan tiga tingkat itu dibina mengikut rupa bentuk sebuah istana di India dan tukangnya dibawa khas dari Madras. Bangunan unik itu memiliki 14 bilik, sebuah cellar dan terowong rahsia yang mempunyai lif iaitu yang pertama di Tanah Melayu.
Bagaimanapun, pembinaan bangunan Kellas House ini tidak dapat disiapkan apabila Kellie Smith meninggal dunia di Lisbon, Portugal pada 11 Disember 1926 ketika berusia 56 tahun. Sungguhpun Kellas House atau Kellie’s Castle itu hanya seperti bangunan dalam keadaan ‘sedang dibina’, keunikannya kini menjadi salah satu tarikan pengunjung ke Batu Gajah, Perak.
Terbaru, menerusi pelbagai kisah misteri tersimpan di istana yang berusia lebih 100 tahun dibongkar termasuk beberapa bukti kewujudan bunyi aneh, penampakan objek serta pengakuan lisan entiti ditemui.
Pakej Pelancongan Malam Paranormal itu adalah yang pertama seumpamanya di negara ini.
Ini memberi peluang kepada pengunjung merungkai fakta misteri di istana milik William Kellie Smith dalam keadaan gelap, selamat, selesa dan terkawal.
Penulis dan beberapa media dipelawa Tourism Malaysia Perak untuk merasai pengalaman seram itu bersempena Pelancaran Pelancongan Malam Paranormal di Kellie’s Castle, Batu Gajah.
Memulakan pengalaman yang cukup mencabar keberanian diri itu, wakil media dipertontonkan rangkuman video yang menayangkan sedikit sebanyak hasil penemuan sekumpulan pengamal perubatan Islam dikenali sebagai Aura Maarifat, Oktober tahun lalu.
Selepas diberi taklimat berhubung peraturan dan ciri-ciri keselamatan, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan terdiri daripada lapan wakil media.
Setiap peserta diberi lampu suluh bagi memudahkan pergerakan dalam keadaan gelap sebelum dibawa ke satu lokasi.
Kami kemudiannya diasingkan di beberapa lokasi ‘panas’ yang dikatakan menjadi lubuk entiti ini termasuk di bilik Helen (anak Kellie’s Smith), bilik Linen (bilik menyimpan pakaian), bilik simpanan arak serta di sekitar laluan serambi yang dikatakan kerap berlaku kemunculan makhluk halus.
Setiap bilik mempunyai kisah misterinya sendiri, namun penulis amat tertarik dengan bilik linen yang dikatakan mempunyai entiti bernama Gopal.
Gopal dipercayai adalah roh salah seorang pekerja Kellie yang masih berada di bilik berkenaan selepas hasratnya ke India tidak ditunai majikannya.
Namun, penulis tidak sempat merasai pengalaman di bilik linen sebaliknya diletak di bilik Helen.
Setiap lokasi diletakkan dua peserta bagi merasai pengalaman menyeramkan dalam tempoh 20 hingga 30 minit. Bagaimanapun, segala tingkah laku dan gerak-geri kami diperhatikan pekerja Kellie’s Castle bagi memastikan keadaan terkawal dan selamat.
Sepanjang tempoh itu, peserta dibiarkan duduk berdua dengan rakan pilihan masing-masing bagi merasai suasana seram.
Dalam tempoh lima hingga 10 minit di bilik Helen, penulis bersama seorang peserta masih belum merasai apa-apa peristiwa aneh, namun kami dikejutkan dengan bunyi pelik seperti melintas dari luar istana itu.
Kami memandang antara satu sama lain dan ketika itu hanya Tuhan yang tahu perasaan masing-masing.
Namun, perasaan ‘cuak’ itu terhenti apabila rakan penulis mengandaikan bunyi itu hanya seekor kelawar.
Sepanjang di dalam bilik itu, mata penulis langsung tidak berkelip dan hanya menumpukan suasana di keliling.
Pada masa sama, penulis terfikir sejenak jika ada sesuatu yang muncul apa pula perasaan kami ketika itu, namun selepas cukup tempoh 20 minit, kami dibawa keluar.
Ketika sesi berkumpul, pelbagai kisah seram dirungkaikan satu persatu oleh peserta.
Seorang peserta, Nur Farhana Yahaya, 28, berkata, dia terdengar bunyi seperti ada orang berbisik di telinganya ketika di bilik simpanan wain.
“Keadaan di bilik wain memang sunyi kerana ia agak tebal dan kalis bunyi. Ketika saya bercakap dengan rakan, seakan-akan ada yang berbisik berhampiran telinga saya.
“Mulanya saya menyangka ia kesan gema dari bilik itu, namun apabila beberapa kali ‘dia’ berbisik, bulu roma saya meremang memandangkan suara itu agak berbeza,” katanya.
Seorang lagi peserta , Diana Barka, 28, mengakui dia ada ternampak bayangan putih di bilik Helen selepas 10 minit.
“Ketika itu mata saya hanya tertumpu pada keadaan sekeliling dan pada waktu itu juga secara tiba ada kelibat seperti orbit putih melintasi laluan di hadapan saya.
“Saya tergamam dan kelu...,” katanya.
Menurutnya, walaupun situasi agak seram, pengalaman di istana itu adalah sesuatu yang berbeza dan tidak akan dilupakan sampai bila-bila.
Sejurus tamat aktiviti itu, kami dibawa berjumpa seorang ustaz bagi memeriksa diri masing-masing supaya tiada sebarang makhluk halus atau entiti mengekori peserta.
Ternyata perasaan gementar ketika memasuki istana itu akhirnya bertukar menjadi satu kepuasan selepas mengalami pengalaman yang yang agak mustahil diterjemahkan dengan kata-kata.
Perasaan seram, takut, gementar, puas, bercampur-baur sebaik tamat program pakej pelancongan terbaru itu.
Kisah jelmaan tarikan pelancong
Kisah jelmaan misteri istana lama Kellie’s Castle bukan saja menjadi buah mulut penduduk sekitar, namun menarik perhatian pelancong.
Pengurus Kellie’s Castle, Zamari Muhyi berkata, kekuatan istana berusia lebih 100 tahun itu bukan saja pada elemen sejarahnya tetapi kisah mistik.
“Pakej itu bukan saja memberi peluang pengunjung menyingkap segala persoalan kisah misteri istana itu, malah mampu merasai pengalaman seram di tempat yang dikatakan berpenghuni ini.
“Hasil pengalaman dan beberapa bukti yang dirungkaikan sebelum ini memberikan saya inspirasi mengangkat Kellie’s Castle sebagai pusat pelancongan malam pertama di negara ini,” katanya.
Menurutnya, pakej itu terbuka kepada lima kumpulan terdiri daripada lapan individu dan hanya dibuka empat kali sebulan iaitu Jumaat dan Sabtu setiap minggu pertama dan keempat.
Katanya, pakej yang berharga RM80 seorang itu bakal meliputi pakej lawatan, minum malam, tayangan video, kemeja-T percuma, serta sijil penyertaan dan pendaftaran hanya dibuka melalui tempahan.
“Saya tidak menggunakan nama hantu untuk menakutkan orang ramai atau memesongkan akidah sebaliknya mahu pelancong merasai dan merungkai misteri di sini,” katanya.
Menurutnya, program itu mendapat tempahan awal sebanyak 30 orang untuk lawatan akhir bulan ini, bagaimanapun hanya dihadkan kepada 40 individu setiap malam.
Hubungi 05-3653381 untuk maklumat lanjut.
Sementara itu, Pengarah Tourism Malaysia Perak, Ibrahim Seddiqi Talib berkata, pakej terbaru itu diwujudkan selaras dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014).
Menurutnya, kisah sejarah Kellie’s Castle yang sinonim dengan cerita seram itu turut mendapat sokongan Tourism Malaysia Perak.
“Saya difahamkan, pakej ini mendapat permintaan tinggi dari pelancong Singapura dan beberapa negara luar.
“Saya yakin jika aktiviti dan pakej sebegini diteruskan, Malaysia khususnya di negeri Perak akan menjadi tumpuan pelancongan asing.
“Ia sekali gus mencapai sasaran jumlah pelancong sempena TMM 2014,” katanya.
Misteri Sejarah
Philip Wood Salah Salah Satu Penumpang MH370 Posting Minta Tolong di forum 4plebs.org
I have been held hostage by unknown military personal after my flight was hijacked (blindfolded). I work for IBM and I have managed to hide my cellphone in my ass during the hijack. I have been separated from the rest of the passengers and I am in a cell. My name is Philip Wood. I think I have been drugged as well and cannot think clearly.
Link forum: http://archive.4plebs.org/pol/thread...4494/#27834944
Profil Philip Wood: http://www.nydailynews.com/news/worl...icle-1.1723968
Di forum tersebut Philip sempat mengupload gambar hitam sebagai Picture Profilenya :http://img.4plebs.org/boards/pol/ima...5192158752.jpg
Spoiler for data profile picture
Dan dengan menggunakan software online Jeffrey's Exif Viewer untuk menganalisa data exif dari gambar hitam tersebut, maka data lengkap akan terlihat :
http://regex.info/exif.cgi?dummy=on&...5192158752.jpg
Camera: Apple iPhone 5
Date: March 18, 2014 8:49:41PM
Location: Latitude/longitude: 7° 18' 58.3" South, 72° 25' 35.6" East
( -7.316197, 72.426544 )
Sesuai dengan rentetan saksi mata yang melihat MH270
Spoiler for saksi mata
Di akhir postingan forum tersebut ada hal menarik :
"OP photo is interesting because it's not actually just a pure black picture, you can see noise if you zoom in. He is in a dark room. "
Saya jadi hairan "gambar hitam" tersebut dengan photoshop memang benar ada samar-samar bayangan, tapi belum jelas benar, sedang saya analisa lebih lanjut.
Sampai ketika ini saya tetap optimis penumpangnya selamat semua & dilepaskan oleh para perampas.
postingan : http://archive.4plebs.org/pol/thread...4494/#27834944
(tanggal : Wed Mar 19 2014 08:22:38)
photo profile (avatar) : http://img.4plebs.org/boards/pol/ima...5192158752.jpg
(tanggal dibuatnya photo profile : 18 Maret 2014)
kamera yg digunakan :
GPS :
DAFTAR MANIFEST MH-370 :
http://www.malaysiaairlines.com/cont...20Manifest.pdf
NOTE : PHOTO PROFILE MASIH ORIGINAL KELIATANNYA
SUMBER: Kaskus
Isu Panas
Tiket penerbangan Malaysia Airlines (MAS) diboikot agensi pelancongan atas talian China kerana tidak berpuas hati dengan cara mereka mengendalikan insiden MH370.
Agensi popular China seperti eLong, LY.com dan Qunar didapati tidak lagi menjual tiket MAS, menurut laporan laman berita agensi South China Morning Post.
“Kami akan terus mengharamkan serta-merta sehingga kerajaan Malaysia dan Malaysia Airlines mendedahkan setiap maklumat yang mereka miliki bagi mencari kebenaran disebalik pesawat hilang secepat mungkin,” kata eLong dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dalam laman sosial Weibo.
Agensi eLong dan LY.Com juga akan membayar pampasan kepada mereka yang menempah tiket MAS sebelum ini.
South China Morning Post juga melaporkan pengumuman tersebut mendapat sokongan ramai rakyat China, kenyataan oleh eLong menerima 7,000 komen pengguna Weibo dan dikongsi hampir 10,000 pengguna laman sosial tersebut.
Pesawat Boeing 777-200ER hilang pada 8 Mac lalu ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Lebih 150 daripada 239 penumpang MH370 itu merupakan warga China.
Rata-rata ahli keluarga penumpang mangsa MH370 dan rakyat China berang dengan cara pihak berkuasa mengendalikan insiden tersebut, mendakwa banyak perkara yang disembunyikan daripada pengetahuan mereka.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dimana penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu disahkan berakhir di sebuah kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi.
Sejurus pengumuman tersebut, ahli keluarga penumpang berang dan bersedih, serta menuduh kerajaan Malaysia sebagai tidak bertanggungjawab dalam insiden tersebut.
Malahan sebelum ini keluarga penumpang pesawat MH370 dari China juga melepaskan kemarahan mereka hari ini dalam pertemuan pertama di Beijing bersama pegawai kerajaan Malaysia selepas dua minggu pesawat itu dilapor hilang.
Berpuluh-puluh ahli keluarga penumpang MH370 awal minggu lalu juga bertempur dengan polis di luar Kedutaan Malaysia di Beijing hari ini selepas mereka menuntut MAS dan kerajaan Malaysia memberikan penjelasan mengenai apa yang berlaku.
Dalam pada itu, percubaan The Malaysian Insider untuk mendapatkan komen Presiden Persatuan Pelancongan China Malaysia, Paul Paw menemui kegagalan.
Isu Panas
Bengkel Malaysia Airlines (MAS) di Subang terbakar pada Rabu, menambahkan lagi siri nasib malang terhadap syarikat penerbangan negara itu.
Bagaimanapun, MAS berkata, insiden pada jam 4 petang di Subang Avionics Shop itu hanya kebakaran “kecil” dan dapat dikawal serta merta.
Menurut kenyataan itu, semua kemudahan MAS mempunyai peralatan keselamatan untuk mengelakkan kecederaan dan mengurangkan bahaya.
“Keselamatan di tempat kerja sentiasa menjadi keutamaan utama Malaysia Airlines,” kata kenyataan itu. – Malaysiakini.com
Isu Panas
LOKASI mencari serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu kini bertukar lokasi susulan petunjuk baharu yang lebih dipercayai oleh Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA).
Menurut kenyataan pihak AMSA, hasil maklumat yang disampaikan oleh pasukan penyiasat antarabangsa di Malaysia, kawasan pencarian asal akan diubah lokasinya 1,100 km ke Timur Laut.
Sebuah daripada agensi penyiasat iaitu Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), telahpun memeriksa maklumat yang diberikan dan berpendapat maklumat itu adalah paling kukuh kemungkinannya untuk mengesan kawasan serpihan.
Kawasan pencarian baharu itu dianggarkan merangkumi kawasan seluas 319,000 kilometer persegi, kira-kira 1,850 kilometer ke barat Perth.
Maklumat terbaharu ini adalah berdasarkan analisa data radar antara Laut China Selatan dan Selat Melaka sehingga hubungan radar terputus.
Hasil siasatan juga mendapati pesawat terbang lebih pantas dari masa yang dianggarkan sebelum ini, menyebabkan peningkatan penggunaan minyak dan berkemungkinan mengurangkan jaraknya menuju ke Lautan Hindi.
ATSB juga berpendapat maklumat akan lebih diperincikan oleh pasukan penyiasat yang kini terus menganalisa maklumat radar.
Pertubuhan Perisikan-Geopatial Australia juga dilaporkan kini sedang berusaha mendapatkan imej satelit di kawasan baharu ini.
Sementara itu keadaan cuaca dlaporkan semakin baik dengan 10 pesawat telah ditugaskan untuk meneruskan misi pencarian hari ini.
Ia termasuk dua kapal P3 Orion milik Tentera Udara Australia, sebuah jet milik pasukan Pengawal Pantai Jepun, sebuah P3 Orion milik Jepun, Sebuah P3 Orion milik Republik Korea dan sebuah pesawat Hercules 130 milik Republik Korea.
Sebuah P3 Orion milik Tentera Udara Diraja New Zealand, sebuah Ilyushin IL-76 milik tentera China, sebuah P8 Poseidon milik tentera laut Amerika Syarikat dan sebuah pesawat awam untuk tujuan komunikasi turut menyertai operasi.
Sebuah lagi pesawat P3 Orion turut diletakkan dalam keadaan bersedia di pelabuhan Pearce sekiranya terdapat penemuan baharu.
Ketika ini terdapat enam kapal di kawasan pencarian termasuk HMAS Sucess dan lima kapal milik China.
AMSA dan ATSB dijangka akan mengadakan satu siding akhbar mengenainya.
Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA pada 12.41 pagi 8 Mac dan hilang daripada skrin radar semasa terbang di Laut China Selatan.
Global
TIADA angin, tiada ribut, tiba-tiba kami dikejutkan dengan berita putus cinta pelakon Nazim Othman dengan Bella Dally.
Tanpa menjelaskan puncanya, Nazim menerusi mStar Online berkata dia tidak mahu berkongsi perihal cintanya kepada umum.
“Ia juga menjadi hak saya sama ada untuk menjelaskan tentang perkara ini atau tidak. Apa yang saya boleh katakan, it’s over (telah berakhir),” ujarnya.
Tapi, apa yang peliknya, Bella Dally pula menafikan perkara tersebut.
“Kami masih baik. Saya tidak tahu kenapa dia berbuat demikian. Itu saja yang boleh saya ulas. Saya tidak mahu bercakap apa-apa mengenai perkara ini. Diharap semua pihak faham,” katanya.
Hmm, rasanya mungkin Bella masih positif untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku di antara mereka.
Kalau masih boleh diselesaikan, selesaikanlah dengan cara baik.
Apa pun, kalau ada jodoh, takkan ke mana…
Hiburan
SELAYANG – Seorang lelaki bertindak di luar jangkaan apabila tiba-tiba menanggalkan pakaiannya dan berbogel selepas kantoi cuba pecah kenderaan di Selayang Baru, kelmarin.
Difahamkan dalam kejadian jam 8 malam itu, suspek pada mulanya cuba masuk ke dalam sebuah kereta yang tidak berkunci untuk mencuri radio.
Menurut sumber, tindakan suspek berusia lewat 20-an itu bagaimanapun disedari orang awam dan juga pemilik kenderaan yang berada berhampiran kawasan tersebut.
“Pemilik meninggalkan keretanya sekejap untuk ke kedai, dan apabila kembali, dia terlihat kelibat seseorang dalam kenderaannya.
“Selepas dikepung orang awam, suspek secara tiba-tiba menanggalkan pakaian dan hanya memakai semula selepas seorang kenalannya menyuruhnya berbuat demikian,” beritahu sumber kepada Sinar Harian, semalam.
Kata sumber itu lagi, suspek kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad mengesahkan kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 511 kanun keseksaan kerana cuba melakukan jenayah. - Sinar Harian Online
Isu Semasa
PUTRAJAYA – Abang kepada seorang penumpang pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 enggan pulang ke kampung selagi tidak mendapat bukti mengenai kehilangan pesawat itu.
Chng Khai Ling, 37 berkata bukan mudah untuk meyakinkan ibu bapanya walaupun maklumat terkini mengatakan penerbangan pesawat berkenaan telah berakhir di Lautan Hindi.
“Apalah yang boleh dikatakan kepada ibu bapa di kampung selagi tiada bukti, takkan saya mahu pulang dengan tangan kosong”, kata Khai Ling ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Adiknya, Mei Ling seorang jurutera adalah antara 227 penumpang termasuk 12 krew yang menaiki pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, China yang hilang sejak 8 Mac lepas.
“Sejurus pengumuman, ibu menangis, ia buat kami sekeluarga sedih, sehingga kini kami masih tidak percaya. Namun kalau jumpa bukti, kami boleh menerimanya dan buat masa ini kami masih menaruh harapan,” katanya.
Penerbangan MH370 hilang daripada skrin radar kira-kira sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.41 tengah malam 8 Mac lepas dan sepatutnya tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.
Beliau berkata pada kebiasaannya adiknya yang merupakan anak ketiga itu akan pulang ke rumah keluarga mereka di Sungai Petani, Kedah tetapi kali ini tidak sempat untuk berbuat demikian.
“Kami adik beradik sangat rapat dan berharap bukti dapat ditemui segera dan bersedia untuk ke Australia jika bukti telah ditemui,” kata abang sulung kepada lima beradik itu. – BERNAMA
Isu Semasa
HOMESTEAD, Florida – Hasrat seorang aktivis pencinta alam ingin merakam aksi seekor buaya gergasi gagal apabila sebuah kamera jenis GoPro yang baru dibelinya rosak teruk akibat dibaham reptilia itu, lapor akhbar Daily Mail semalam.
Chris Madden meletakkan kamera tersebut di dalam sebuah kerangka sebelum menuju ke sebuah tasik di Homestead, dalam negeri Florida yang menempatkan buaya sepanjang 4.1 meter itu baru-baru ini.
Penduduk setempat menggelarkan buaya itu ‘Big Boy’ kerana saiznya yang besar.
“Saya cuba mendapatkan beberapa gambar di dalam air, namun sebaik sahaja kamera ini menyentuh permukaan air, buaya tersebut terus menerkam dengan ganas,” katanya.
Kamera tersebut dimasuki air selepas beberapa gali digigit oleh buaya tersebut. – Agensi
Global
Beijing: Lebih dari 10 ekor harimau dibunuh dalam satu persembahan bagi menghiburkan pegawai rasmi dan peniaga kaya di China.
Polis Zhanjiang merampas bangkai harimau yang baru dibunuh itu serta beberapa produk lain yang berasaskan harimau dalam serbuan baru-baru ini, lapor akhbar Nanfang Daily.
Pegawai tempatan dan ahli perniagaan berjaya berkumpul bagi menyaksikan haiwan itu dibunuh sebagai simbolik status sosial mereka.
Rakaman video perbuatan tidak berperikemanusiaan itu yang dimuat naik dua tahun lalu menunjukkan, mulut harimau yang dikurung dalam kandang besi itu dirodok dengan rod elektrik selama lebih 10 saat sehingga mati.
Seorang penyembelih berpengalaman dibayar untuk melapah daging haiwan berkenaan bagi mendapatkan bahagian penting.
Tulang harimau biasanya dijual pada harga 14,000 yuan (RM7,421) sekilo manakala daging pula mencecah RM530 sekilo.
Menurut polis, penyembelih berkenaan yang mati selepas terjun kerana mahu melarikan diri ketika serbuan itu sudah membunuh lebih dari 10 ekor binatang.
“Harimau itu mungkin disuntik pelali sewaktu di bawa ke sini, tetapi pembeli akan memeriksa dan memastikan harimau itu hidup sebelum dibunuh,” kata sumber yang tidak didedahkan identitinya, semalam. - Agensi
Global
Oslo: Seorang remaja 18 tahun dari Norway melakukan sesuatu yang dianggap pelik apabila mentatu resit kedai makanan segera McDonald’s pada lengan kanannya.
Stian Ytterdahl yang berasal dari Lorenskog berkata rakannya mahu menghukumnya kerana dikatakan terlalu “aktif dengan perempuan”.
Tujuan sebenar tindakannya itu belum diketahui tetapi kawannya memberi dia dua pilihan sama ada mentatu gambar Barbie pada punggungnya atau tatu resit McDonald’s pada lengannya.
Kedai Tatu Sabelink di Lillestrom melukis tatu berkenaan kelmarin.
“Kini saya seperti papan tanda bergerak tetapi ia hanya untuk seronok-seronok.
Mungkin ia akan jadi tidak seronok selepas saya berusia 50 atau 60 nanti.
Namun ia pilihan saya,” kata Stian.
Tatu itu yang hampir memenuhi keseluruhan lengannya menunjukkan senarai makanan yang dibeli di McDonald’s.
Jurucakap McDonald’s Norway berkata Stian memang pelanggan yang “setia”.
Global
Stockholm: Satu keluarga di Sweden terkejut besar apabila mendapati tikus yang selama ini berkeliaran di rumah mereka bersaiz gergasi.
Keluarga Bengtsson-Korsås mula mengesan sesuatu yang pelik apabila kucing peliharaan mereka, Enok enggan masuk ke dapur kediaman mereka di Solna, Stockholm.
Kejutan berlaku selepas mereka melihat sendiri tikus yang membuatkan kucing mereka ketakutan itu berukuran 38 sentimeter.
Tikus itu berjaya masuk ke dalam rumah berkenaan melalui lubang yang dibuat di celahan panel kayu dan konkrit.
Sebelum ini, tikus itu tidak pernah kelihatan sehinggalah keluarga itu mengalihkan tong sampah di dapur rumah mereka.
“Saya ketakutan. Ia sangat besar sehingga saya tidak dapat mengenal pasti apakah benda itu sebenarnya dan sebaik melihatnya, saya terus melompat ke atas meja,” kata Signe Bengtsson-KorsÃ¥s
Tikus gergasi itu selesa “menetap” di sebalik sinki dan turut menyebabkan salurannya bocor kerana digigit haiwan berkenaan.
Usaha keluarga itu untuk menghalaunya tidak berhasil sebaliknya tikus gergasi itu berani menunjukkan dirinya dan berkeliaran di dapur.
Khidmat kawalan makhluk perosak dipanggil bagi memasang jerat yang digunakan industri untuk menangkap tikus berkenaan dan tidak lama selepas itu satu dari jerat itu mengena.
Bagaimanapun, apabila diperiksa, jerat itu hilang.
Jerat yang dipasang tidak mampu menghalang pergerakan tikus gergasi itu.
“Haiwan itu tidak mati terkena jerat sebaliknya melarikan diri bersama jerat itu. Ia kemudiannya masuk di celah kayu dan tersekat di situ sebelum mati tercekik,” katanya.- Agensi
Global
Pasir Puteh: “Saya sangka dia mahu minum air dari botol dibawanya ketika menghampiri kami namun sangkaan saya meleset apabila tiba-tiba dia menyimbah cecair ke muka dan badan kami hingga menyebabkan rakan saya menggelupur kepanasan,” kata remaja berusia 14 tahun yang melecur bersama rakannya akibat disimbah asid ketika membeli burger di sebuah gerai di Kampung Banggol Pak Esah, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 malam itu, Emi Azman, 22, cedera parah dengan melecur teruk di muka dan badan manakala remaja berkenaan Tuan Zulashraf Tan Yaacob, yang membonceng motosikal rakannya itu melecur di muka, bahu dan betis akibat terkena percikan asid berkenaan.
Tuan Zulashraf yang menerima rawatan di Hospital Tengku Anis (HTA) di sini, dibenarkan keluar namun rakannya itu terpaksa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan ditempatkan Unit Rawatan Kebakaran.
Ketika kejadian kedua-dua mereka berada di atas motosikal menunggu burger siap apabila disimbah asid oleh lelaki yang dikenali itu.Menurut Tuan Zulashraf, selepas terkena simbahan asid itu, rakannya memecut motosikal untuk melarikan diri sambil menjerit meminta bantuan turut dikejar suspek sebelum lelaki itu menghilangkan diri.
Isu Semasa
KUALA LUMPUR: Keasyikan 32 lelaki diulit pelayan pelanggan (GRO) warga asing berpakaian seksi di pusat hiburan di Kepong, terbantut apabila diserbu anggota Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, malam tadi.
Serbuan dilakukan pasukan anggota D7 dari IPK Kuala Lumpur diketuai Asisten Superintendan Eu Kee Leong dan Inspektor Mohd Nor Nahar Nayan bersama tujuh anggota D7, pada 9.30 malam.
Premia berkenaan diserbu hasil maklumat awam berikutan disyaki mengambil pekerja tanpa permit sah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, dalam serbuan itu, 13 wanita warga Vietnam berusia 23 hingga 28 tahun ditahan polis ketika sedang leka melayan pengunjung.
Menurutnya, hasil pemeriksaan GRO terbabit tidak mempunyai permit kerja yang sah dan menyalah guna pas lawatan sosial.
“Premis terbabit mempunyai lesen perniagaan yang dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang akan tamat tempoh pada Ogos tahun ini.
“Dalam serbuan itu kita turut menahan seorang wanita yang menjadi penjaga premis terbabit bagi membantu siasatan,” katanya.
Gan berkata, pemeriksaan ke atas pelanggan yang berkunjung ke premis terbabit mendapati mereka tidak mempunyai rekod jenayah dan dibebaskan selepas keterangan diambil.
“Kesemua mereka yang ditahan dibawa ke Balai Polis Kepong untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Isu Semasa
KUALA LUMPUR: Jepun adalah negara terbaru mengesan objek pada imej satelit mereka yang mungkin berkaitan dengan pesawat Malaysia Airlines MH370.
Pejabat Penyelidikan dan Risikan Kabinet Jepun berkata, 10 objek dikesan daripada imej satelit yang dirakam semalam.
Objek itu terapung kira-kira 2,500 kilometer di barat daya Perth iaitu di kawasan berhampiran lokasi objek lain yang dikesan Australia, Perancis, China dan Thailand sebelum ini
Berdasarkan imej satelit yang dirakam awal pagi semalam, objek terbesar bersaiz empat meter lebar dan lapan meter panjang.
Maklumat tersebut sudah diberi kepada pihak Malaysia, katanya.
Namun, belum terdapat pengesahan objek itu berkaitan dengan pesawat MH370 yang hilang, 8 Mac lalu.
Sebelum ini, rakaman daripada imej satelit Thailand Isnin lalu mengesan 300 objek kira-kira 2,700 kilometer di barat daya Perth, menurut Agensi Teknologi Angkasa dan Geo-Informatik.
Sementara itu, 122 objek dikenal pasti Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) berdasarkan imej satelit daripada Airbus Defence and Space yang dirakam pada 23 Mac.
Namun, operasi mencari dan menyelamat (SAR) belum dapat menemui sebarang serpihan tersebut di selatan Lautan Hindi, setakat ini. - Agensi
Isu Semasa
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments