Oslo: Seorang remaja 18 tahun dari Norway melakukan sesuatu yang dianggap pelik apabila mentatu resit kedai makanan segera McDonald’s pada lengan kanannya.
Stian Ytterdahl yang berasal dari Lorenskog berkata rakannya mahu menghukumnya kerana dikatakan terlalu “aktif dengan perempuan”.
Tujuan sebenar tindakannya itu belum diketahui tetapi kawannya memberi dia dua pilihan sama ada mentatu gambar Barbie pada punggungnya atau tatu resit McDonald’s pada lengannya.
Kedai Tatu Sabelink di Lillestrom melukis tatu berkenaan kelmarin.
“Kini saya seperti papan tanda bergerak tetapi ia hanya untuk seronok-seronok.
Mungkin ia akan jadi tidak seronok selepas saya berusia 50 atau 60 nanti.
Namun ia pilihan saya,” kata Stian.
Tatu itu yang hampir memenuhi keseluruhan lengannya menunjukkan senarai makanan yang dibeli di McDonald’s.
Jurucakap McDonald’s Norway berkata Stian memang pelanggan yang “setia”.
No comments
Post a Comment