Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Pada harga US$23,000 (RM69,000), Energica Ego mungkin tidak semurah seperti yang dijangka tetapi apa yang pasti, motorsikal ini merupakan motorsikal berkuasa tinggi berkuasa elektrik pertama yang diberi kelulusan undang-undang untuk berada di jalan raya. Dengan berat sebanyak 580 paun dan bergerak dengan menggunakan motor elektrik 'synchronous' dengan magnet kekal, minyak penyejuk dan 100kW kuasa/195Nm tork yang memberi kuasa kepada motorsikal ini untuk bergerak selaju 130 mph (208 km/j).
Motorsikal berkuasa tinggi ini juga turut dilengkapi dengan Vehicle Control Unit (VCU) dan sistem peta pelbagai fungsi yang inovatif untuk pengurusan tenaga. Brek disediakan oleh Brembo, dengan Bosch mengendalikan sistem ABS. Energica Ego juga turut mempunyai sistem mengecas bateri 110-220 V dengan kabel pada punca elektrik.
[Wow] - Motokar
SEORANG pelajar sekolah di Pakistan yang pernah ditembak di kepala
oleh puak militan Taliban kerana memperjuangkan hak asasi wanita untuk
mendapat pendidikan sempurna mendedahkan beliau berhasrat untuk satu
hari nanti menjadi Perdana Menteri negara itu.
Malala Yousafzai, kini menjadi sasaran kumpulan pemberontak Islam itu
kerana aktif memperjuangkan hak untuk wanita mendapat pendidikan
sempurna turut dikatakan sebagai pilihan untuk menerima Anugerah Nobel
Keamanan minggu ini.
Bercakap selepas menerima Anugerah Sakharov gadis berusia 16 tahun
itu menyuarakan hasratnya itu di hadapan penonton-penonton yang hadir.
Anugerah Sakharov merupakan pengiktirafan tertinggi oleh Kesatuan Eropah (EU) untuk pejuang hak asasi manusia seperti Malala.
“Saya akan menyediakan peruntukan yang banyak untuk pendidikan,” katanya dalam satu temubual dengan wartawan CNN Christiane Amanpour.
“Saya akan menyediakan peruntukan yang banyak untuk pendidikan,” katanya dalam satu temubual dengan wartawan CNN Christiane Amanpour.
Beliau bertekad tidak akan berhenti memperjuangkan perkara itu
walaupun menerima banyak ugutan bunuh untuk memaksa gadis itu berhenti
dari perjuangannya.
“Mereka boleh menembak badan saya, tetapi mereka tidak boleh menembak impian saya,” katanya.
Pada Oktober tahun lepas, sebaik ditembak ketika pulang dari sekolah
di Pakistan Malala diterbangkan ke Britain untuk satu pembedahan
kecemasan.
Serangan kumpulan Taliban itu ketika Malala berusia 15 tahun,
mendapat kecamn hebat masyarakat antarabangsa ke atas kumpulan militan
itu.
Sejak berumur 11 tahun, Malala memperjuangkan hak untuk pendidikan
sempurna bagi wanita di Pakistan, sesuatu yang ditentang keras oleh
Taliban.
Walaupun diancam dengan pelbagai halangan, Malala terus
memperjuangkan hak untuk kanak-kanak mendapat pelajaran sewajarnya
apabila awal tahun ini menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
menyokong pendidikan percuma untuk semua.
Buku tulisannya, bertajuk I Am Malala yang dilancarkan awal minggu
ini telah pun mendapat sambutan hebat dan akhir bulan ini Malala sudah
pun dijadualkan untuk bertemu Ratu England Queen Elizabeth II selepas
dijemput untuk menghadiri satu majlis resepsi di Istana Buckingham.
[Wow] - Berita Dunia
NEGARA Thailand sememangnya dikenali di kalangan pelancong luar sebagai salah sebuah negara syurga bagi industri ‘gelapnya’.
Terbaru, negara gajah putih itu telah memberi pengiktirafan kepada
golongan transgender ataupun pondan dengan mendirikan sebuah universiti
khas untuk golongan tersebut.
Universiti pertama yang dikhaskan untuk mereka itu akan memberi
pengajaran dan pembelajaran yang lebih tertumpu kepada aspek ketrampilan
diri seperti etika di meja makan, cara-cara berdandan serta menata rias
diri dengan kemas dan cantik.
Tujuan mereka menubuhkan universiti ini adalah untuk memberi ruang
serta hak kesamarataan kepada golongan pondan untuk menuntut ilmu
seperti mana pelajar-pelajar yang lain.
[Wow] - Berita Dunia
RANGKA
dua manusia telah ditemui tertanam di dalam kawasan halaman sebuah
rumah di Mansfield, England kelmarin.
Pihak polis Britain yang mengesahkan penemuan itu berkata rangka ditemui
di belakang sebuah rumah di kawasan kediaman Blenheim Close, Forest
Town.
Polis tiba di tempat kejadian selepas mendapat petunjuk baru berikutan
satu kejadian yang didakwa...
RANGKA
dua manusia telah ditemui tertanam di dalam kawasan halaman sebuah rumah
di Mansfield, England kelmarin.
Pihak polis Britain yang mengesahkan penemuan itu berkata rangka ditemui
di belakang sebuah rumah di kawasan kediaman Blenheim Close, Forest
Town.
Polis tiba di tempat kejadian selepas mendapat petunjuk baru berikutan
satu kejadian yang didakwa terjadi sekitar tahun 90-an apabila sepasang
lekaki dan wanita yang mendiami rumah berkenaan tiba-tiba hilang.
Menurut saksi, mereka juga hidup dalam keadaan yang amat mencurigakan
dan aneh.
Sumber polis berkata, rangka itu sudah tertanam dalam tempoh masa yang
agak lama.
Seorang wanita berusia 51 tahun yang tinggal berdekatan, memaklumkan
ada sepasang warga tua mendiami rumah berkenaan 15 tahun dulu sebelum
mereka tiba-tiba tidak lagi kelihatan.
"Saya ada bertemu dengan seorang lelaki di rumah itu beberapa kali,
tetapi tidak pernah ternampak isterinya atau ahli keluarga yang lain,"
katanya yang enggan namanya disiarkan.
Menurutnya seperti dilaporan Metro UK, Sejak mula berpindah ke kawasan
itu 18 tahun lalu beliau menyedari pasangan berkenaan sudah pun ada
tinggal di rumah tersebut.
"Peliknya, mereka tidak pernah ada tetamu yang datang ke rumah mereka,
saya tidak pernah nampak sesiapa datang atau pergi dan sesekali
tertanya-tanya, apakah yang terjadi pada mereka?"
katanya.
Lokasi penemuan rangka itu kini dikawal ketat oleh pihak polis sementara
pasukan forensik menjalankan siasatan.
Rankga manusia yang ditemui itu setakat ini belum dikenalpasti
identitinya.
Menurut polis, mereka yang mendiami rumah terlibat ketika ini tidak
disiasat sebagai terlibat dalam apa-apa jenayah setakat ini.
Menurut polis, mereka memberikan kerjasama yang baik dan faham akan
keperluan siasatan.
[Wow] - Berita Dunia
PENTADBIRAN kerajaan teringgi Kristian Roman Katolik di Vatican City
malu besar selepas pingat edisi terhad sempena sambutan ulangtahun
setahun pemerintahan Paus Francis selepas nama Jesus dieja salah.
Pingat itu telah pun mula dijual dengan nama Jesus dieja sebagai
‘Lesus’ sebelum semuanya ditarik balik sebaik kesalahan ejaan itu
disedari.
Kira-kira, 6,000 keping pingat emas, perak dan gangsa dengan
kata-kata hikmah Paus ditatahkan di sekeliling pingat itu dikeluarkan
oleh syarikat Italian State Mint.
Menurut sumber Vatican, hanya empat buah pingat itu terjual sebaik jualan dibuka minggu ini.
Pakar bahan sejarah menjangkakan empat pingat berkenaan akan berharga
lebih tinggi pada masa akan datang ekoran kesalahan ejaan itu yang
disifatkan sebagai jarang berlaku.
Semua pingat diberikan nombor siri dan sijil kesahihan oleh kerajaan Vatican City.
[Wow] - Berita Dunia
SEORANG personaliti televisyen di Turki dipecat dari jawatannya
ekoran pemakaiannya yang seksi pada satu program siaran langsung.
Gozde Kansu dipecat selepas pakaiannya yang berwarna hitam dianggap tidak boleh diterima.
Wakil kerajaan Turki Huseyin Celik berkata pihak kerajaan biasanya
tidak masuk campur hal peribadi sesiapa tetapi menganggap perbuatan
Kansu telah melampau.
“Kami tidak mencampuri urusan peribadi sesiapa tetapi pakaian tersebut melampau, ia tidak boleh diterima,” katanya.
Celik dari parti pemerintah iaitu Parti Keadilan dan Pembangunan
dilaporkan tidak mendedahkan nama personaliti televisyen itu tetapi
menggambarkan indidivu itu berpakaian yang sudah melampaui batas.
Stesen televisyen tempat Kansu telah mengesahkan pemecatannya dan
penerbit rancangan berkenaan berkata Kansu tidak akan lagi mengambil
bahagian dalam mana-mana penerbitan stesen itu selepas ini.
[Wow] - Berita Dunia
BULAN Oktober pada setiap tahun telah dipilih sebagai bulan khas
kempen kesedaran kanser payu dara yang dikenali sebagai Pinktober.
Program dan kempen kesedaran ini telah dijalankan oleh pertubuhan
badan bukan kerajaan (NGO) dan mereka telah mengisytiharkan tarikh 13
Oktober sebagai No Bra Day.
No Bra Day diwujudkan bagi menyokong kempen kesedaran ini di mana
semua gadis dan wanita digalakkan untuk tidak memakai bra pada hari
tersebut.
Ini adalah sebagai tanda sokongan untuk wanita yang menghidap penyakit pembunuh nombor satu itu.
Sehingga kini, masih tiada lagi penawar khusus yang telah ditemui
oleh para doktor atau saintis untuk merawat pelbagai jenis penyakit
kanser.
[Wow] - Berita Tempatan
Rak buku unik ini direka oleh Matt Innes, seorang graphic designer dan peminat seni typography dari Australia, dengan kerjasama seorang student design, Saori Kajiwara. Diperbuat daripada papan lapis daripada kayu birch, rak buku berbentuk ejaan 'Books" ini direka khas untuk dijadikan tempat menyusun buku-buku dengan gaya yang unik pada setiap huruf-huruf tersebut.
Anda mempunyai pilihan samada untuk menggunakan semua huruf tersebut mengikut susunan atau pun gunakannya secara berasingan di dalam rumah mahu pun di pejabat.
Sumber dari Fubiz
Cool
KUALA KRAI – “Pagi tadi adik beritahu saya dia baru belajar buat
jerat ayam, namun saya tidak menyangka tidak lama selepas itu menemuinya
dalam keadaan tergantung dengan lehernya terjerut.”
Demikian kata Nor Amira Idayu Yusuf, 15, kakak kepada Muhammad Idham,
12, yang ditemui dalam keadaan leher terjerut pada kabel komputer yang
diikat pada tiang bumbung dapur rumah, kira-kira jam 9.15 pagi hari ini.
Difahamkan sebelum kejadian berlaku, murid tahun enam Sekolah
Kebangsaan (SK) Bedal itu berhasrat menggunakan tali itu untuk menjerat
ayam peliharaan di sekitar rumahnya.
Amira berkata, ketika kejadian dia berada di ruang tamu bersama kakak
dan adik bongsunya, Nor Atikah, 18, dan Muhammad Aidil, 6, selain
neneknya, Imah Mamat, 87, sementara ibunya Siah Che Soh, 51, dan bapanya
Yusuf Mamat,62, keluar menoreh getah di kebun terletak kira-kira lima
kilometer dari rumah mereka.
“Ketika menuju ke dapur saya terkejut mendapati adik dalam keadaan
tergantung di tali dan terdapat kerusi di sebelahnya, saya tergamam dan
terus memberitahu keluarga yang berada di ruang tamu dan menghubungi
pegawai perubatan, mereka mengesahkan adik saya tiada lagi,” katanya
yang mempunyai 12 adik-beradik.
Amira berkata, sebelum kejadian, dia sempat bersembang seketika
dengan Muhammad Idham yang baru bangun tidur di bahagian hadapan rumah
mereka dan mangsa memaklumkan kepadanya dia baru sahaja mempelajari cara
menjerat ayam.
Menurutnya, dia tidak mengesyaki apa-apa walaupun mengetahui adiknya
tidak suka melakukan sebarang aktiviti melibatkan haiwan apatah lagi
menjerat ayam.
Bagaimanapun katanya, Amira mengakui adiknya menunjukkan beberapa
perubahan tetapi dia tidak mengambil kisah di sebalik perangai pelik
Muhammad Idham dan hanya menganggap itu perkara biasa.
“Kebiasaannya adik marah jika ahli keluarga keluar rumah tanpa
membawa dia bersama-sama, tetapi akhir-akhir ini dia buat tidak kisah.
“Adik juga berubah menjadi pendiam, dia tidak suka marah-marah,
kebiasaannya jika ada perkara yang tidak kena pada dia, pasti adik
marah, tetapi dia nampak lebih tenang sejak kebelakangan ini.
“Adik suka menyakat saya, boleh dikatakan selalu dia buat begitu,
tetapi kami agak rapat, itu memang sudah menjadi kebiasaannya menyakat
saya.
“Selepas ini, tidak ada lagi orang yang akan menyakat saya, yang
tinggal hanya kenangan,” katanya yang tidak dapat menahan sebak
menceritakan detik-detik dilalui bersama arwah.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi
Superintendan Nuruddin Wahab berkata, siasatan awal mendapati mangsa
terjerut diri sendiri.
“Kita juga sahkan, mangsa tiada masalah dengan keluarga,” katanya mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Daerah Kuala Krai untuk siasatan
lanjut dan dituntut keluarga untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam
Kampung Bedal. – Sinar Harian
[Wow] - Berita Tempatan
PADA awalnya, sidang media khas Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang
diadakan restoran Western 114 di Neo Damansara, petang semalam bermula
dalam suasana tenang.
Meskipun pasangan kontroversi ini membiarkan pihak media menunggu
mereka 1 jam lewat dari masa yang dijanjikan, namun pihak media masih
boleh bersabar dan memahami keadaan mereka – terperangkap dalam
kesesakan lalulintas, katanya.
Namun pertengahannya perjalanan majlis yang dipenuhi pihak media itu
menjadi agak tegang apabila Aeril yang sejak dari awal banyak berkias
dalam memberikan setiap jawapan sehingga sikapnya itu ditegur oleh para
wartawan. Manakan pihak media tidak berang, sudahlah majlis bermula
lambat, Aeril pula masih lagi seperti mahu memutar belitkan jawapan
dengan ‘hujah-hujahnya’.
Padahal dia boleh saja berterus terang untuk menjimatkan masa pihak media.
Begitu pun, dalam pada dia berbalas hujahnya dengan pihak media,
Aeril meluahkan rasa kesal kerana tidak mendedahkan status mereka lebih
awal. Aeril juga turut mempersoalkan tujuan media membongkar hal
perkahwinan mereka.
“Ya saya menyesal kerana tidak mendedahkan status perhubungan ini
lebih awal dan pada masa sama tertanya-tanya apakah tujuan wartawan itu
mendedahkan hal kami? Mengaku atau tidak, itu hak kami untuk
memberitahu.
“Saya sedih apabila banyak tohmahan dilemparkan kononnya anak saya
tidak sah taraf. Apabila tengok anak sedang tidur, saya menangis sedih
kerana anak itu dianggap anak haram. Saya tak kisah diri ini dihina,
tetapi disebabkan pihak itu mendedahkan anak saya tanpa kebenaran,
buatkan saya sedih”, katanya.
Dalam pada Aeril cuba menyalahkan pihak media, kami puji sikap Wawa
yang nampak lebih bijak dan matang daripada suaminya bertidak memohon
maaf kepada pihak media kerana tidak mahu keaadan menjadi tegang.
“Macam ini, kami meminta maaf kepada semua kerana penafian ini. Apa yang dilakukan semuanya bersebab”, kata Wawa. – mDigest
Kredit foto Faisol Mustafa.
[Wow] - Kisah Artis
BEIJING – Seorang lelaki di Hubei yang menghidap penyakit aneh
bertindak menggergaji kaki kanannya menggunakan gergaji logam, pisau
kecil dan penggaru yang dibungkus dengan tuala.
Menurut laporan terkini dalam Shijiazhuang News, Zheng Yanliang, 47,
dari bandar Boading dikenali sebagai lelaki perkasa di bandar terbabit.
Bagaimanapun, tahun lalu dia menghidap penyakit teruk di perutnya
sebelum ia beralih ke kakinya. Kesakitan dialami sangat menyakitkan
hingga dia tidak mampu untuk berdiri sebelum disahkan menghidap
trombosis arteri di kedua-dua belah kakinya.
Ujian angiogram menunjukkan semua arteri di kaki kanannya sudah
tiada. Doktor memberitahu Zheng yang penyakit dihidapinya itu sangat
jarang ditemui dan dia mungkin hanya dapat hidup tidak melebihi sebulan
hingga menyebabkan isterinya menangis.
Sepanjang tiga bulan Zheng terpaksa menahan kesakitan yang amat sangat hingga dia hampir pengsan.
Dia juga sering menjerit sehingga jiran tetangga tidak dapat tidur
pada waktu malam. Tidak tahan lagi dengan kesakitan yang ditanggungnya,
beberapa hari berikutnya selepas isterinya masuk tidur, Zheng
menggunakan pisau, gergaji logam serta penggaru yang dibalut dengan
tuala dan mula memotong kakinya.
Kira-kira 20 minit kemudian isterinya yang terjaga dari tidur
terkejut melihat kaki kanan suaminya sudah dipotong 15 sentimeter dari
paha. Gergaji logam yang digunakan juga patah dua.
Bagaimanapun Zheng bernasib baik kerana tidak terdapat banyak darah
ketika dia memotong kakinya itu ekoran penyakit trombosis dihidapi.
Walaupun dia tidak lagi mengalami kesakitan di sebelah kaki yang sudah
dipotong berkenaan, tetapi sakit di kaki kirinya pula kian buruk. Zheng
kini meminta bantuan masyarakat sekeliling untuk mengumpul dana bagi
membolehkan dia mendapatkan kaki palsu agar dia dapat meneruskan
kehidupan dan menyara keluarganya. – Agensi
[Wow] - Kisah Hidup
Jambatan pejalan kaki yang unik ini terletak di Purmerend, Belanda direka oleh syarikat arkitekNext. Jambatan ini dinamakan Melkwegbridge dan ia menjadi tarikan pelancong kerana tangga yang curam dan tinggi serta rekaannya yang unik.
Cool
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments