RANGKA
dua manusia telah ditemui tertanam di dalam kawasan halaman sebuah
rumah di Mansfield, England kelmarin.
Pihak polis Britain yang mengesahkan penemuan itu berkata rangka ditemui
di belakang sebuah rumah di kawasan kediaman Blenheim Close, Forest
Town.
Polis tiba di tempat kejadian selepas mendapat petunjuk baru berikutan
satu kejadian yang didakwa...
RANGKA
dua manusia telah ditemui tertanam di dalam kawasan halaman sebuah rumah
di Mansfield, England kelmarin.
Pihak polis Britain yang mengesahkan penemuan itu berkata rangka ditemui
di belakang sebuah rumah di kawasan kediaman Blenheim Close, Forest
Town.
Polis tiba di tempat kejadian selepas mendapat petunjuk baru berikutan
satu kejadian yang didakwa terjadi sekitar tahun 90-an apabila sepasang
lekaki dan wanita yang mendiami rumah berkenaan tiba-tiba hilang.
Menurut saksi, mereka juga hidup dalam keadaan yang amat mencurigakan
dan aneh.
Sumber polis berkata, rangka itu sudah tertanam dalam tempoh masa yang
agak lama.
Seorang wanita berusia 51 tahun yang tinggal berdekatan, memaklumkan
ada sepasang warga tua mendiami rumah berkenaan 15 tahun dulu sebelum
mereka tiba-tiba tidak lagi kelihatan.
"Saya ada bertemu dengan seorang lelaki di rumah itu beberapa kali,
tetapi tidak pernah ternampak isterinya atau ahli keluarga yang lain,"
katanya yang enggan namanya disiarkan.
Menurutnya seperti dilaporan Metro UK, Sejak mula berpindah ke kawasan
itu 18 tahun lalu beliau menyedari pasangan berkenaan sudah pun ada
tinggal di rumah tersebut.
"Peliknya, mereka tidak pernah ada tetamu yang datang ke rumah mereka,
saya tidak pernah nampak sesiapa datang atau pergi dan sesekali
tertanya-tanya, apakah yang terjadi pada mereka?"
katanya.
Lokasi penemuan rangka itu kini dikawal ketat oleh pihak polis sementara
pasukan forensik menjalankan siasatan.
Rankga manusia yang ditemui itu setakat ini belum dikenalpasti
identitinya.
Menurut polis, mereka yang mendiami rumah terlibat ketika ini tidak
disiasat sebagai terlibat dalam apa-apa jenayah setakat ini.
Menurut polis, mereka memberikan kerjasama yang baik dan faham akan
keperluan siasatan.
No comments
Post a Comment