Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


MILEY Cyrus mungkin masih menduduki ‘carta’ penyanyi remaja popular pada masa kini.
Namun, pada masa yang sama, kegemilangannya mula dirasakan semakin menurun hari demi hari.
Mungkin kerana itulah dia kembali memuatnaik gambar ‘panas’ menerusi akaun Instagramnya, baru-baru ini.
Ia memaparkan Miley hanya menutup payudaranya dengan lengan dan menggunakan tuala untuk menutup bahagian bawah tubuhnya.
Laman Fishwrapper.com yang menyiarkan gambar tersebut menyifatkan ia bukanlah sesuatu yang boleh dianggap seksi, sebaliknya hanya salah satu daripada gambar separuh bogel Miley yang bertujuan untuk menarik perhatian ramai.
“Baiklah Miley. Jika anda mahu menunjukkan payudara anda sebagai hiburan, ia menarik. Terima kasih untuk itu. Tapi jika ia cara untuk menarik kembali perhatian ramai, mungkin anda perlu membuat penilaian semula,” ujar penulisnya.
Nampaknya, sudah ramai yang mula bosan dan jelik dengan perangai buruk Miley


SEBELUM ini, kita pernah mendengar pihak bukan Islam yang mengadu kerana penggunaan pembesar suara yang kuat oleh masjid ketika melaungkan azan atau bacaan ayat suci Al-Quran.
Tetapi agak ganjil dan jarang jika yang menjadi pengadu kepada perkara-perkara begini datangnya dari umat Islam sendiri yang merungut gangguan ke atas mereka pada awal-awal pagi.

Lelaki itu yang berusia 56 tahun, sanggup sehingga membuat laporan polis berkenaan kes itu.
Dalam laporan polis berkenaan, lelaki itu turut berkata telah membuat laporan ke pejabat Jabatan Agama Islan Negeri Johor dan juga Ahli Jawatankuasa Masjid berkenaan untuk tindakan lanjut.
Tidak diketahui apakah tujuan lelaki ini membuat laporan polis kerana kes berkenaan. Jika diteliti laporan polis yang dibuat ada kemungkinan lelaki itu bukanlah jenis orang yang suka untuk bangun Subuh.
Dek kerana terganggu agaknya untuk tidur tergamak beliau membuat laporan polis.

SELANTANG nada vokalnya, begitulah juga semangat kesukanan yang membara dalam diri penyanyi dan pelakon terkenal Ezlynn.
Sejak tujuh tahun lalu, Ezlynn atau nama sebenarnya, Azline Ariffin, 33, makin aktif meneruskan aktiviti berbasikal di dalam dan luar negara.
Mendapat sokongan penuh suami tersayang, Adam Fahmy Shamsudin, 38, yang juga pengurusnya, pasangan sejoli ini masih berada dalam percutian mereka di New Zealand selepas Australia. Mereka dijangka pulang ke Malaysia pada 17 April ini.
Kembara terbaru Ezlynn dan Adam itu selama 40 hari bermula sejak 7 Mac lalu. Mereka bermula di Australia selama 10 hari diikuti 30 hari pula di New Zealand yang terkenal sebagai lokasi filem epik Lord of the Rings.

Menceritakan perkara ini kepada RAP, kelmarin, Ezlynn berkata, ini kunjungan kali ketiganya ke Australia manakala yang pertama ke New Zealand. Tentunya pemilihan dua negara itu antara lain disebabkan ada­nya kemudahan trek untuk aktiviti berbasikal dengan ‘mountain bike’.

“Sebagai orang yang sukakan cabaran, kami berdua amat puas melakukan aktiviti berbasikal kerana banyak kemudahan disediakan di sini (New Zealand) seperti ‘bike park’ dan ‘trail’ basikal yang sangat menyeronok­kan dan lengkap.

“Saya bertuah kerana Adam pun sudah biasa dengan selok-belok Australia kerana dia pernah belajar selama empat tahun di sana. Di New Zealand pula, kami sebenarnya me­ngambil kesempatan menyertai ‘Queenstown Bike Festival 2014’.
“Festival terkenal ini memang berlangsung setiap tahun di New Zealand. Percutian kami agak lama di sini dan sebab itu kami menggunakan karavan atau ‘campervan’ untuk menjelajah banyak daerah di pedalaman,” kata Ezlynn.
Menurut Ezlynn, dengan karavan juga mereka dapat menjelajah jauh hingga ke Pulau Selatan New Zealand iaitu hampir 2,000 kilometer perjalanan de­ngan merentasi sembilan bandar bermula di Christchurch hingga ke Queenstown.
Ezlynn berkata, di Sydney dan Melbourne, mereka memilih beberapa tempat seperti di Manly Beach, Manly Dam Trail dan Blue Mountains National Park, St Kilda dan Mt Buller.
“Manakala di New Zealand pula, kami berbasikal di Queenstown Bike Park, Lake Wanaka Trail, Lake Wakatipu Trail, Milford Sound Track, Seven Mile Trail, Deans Bank Trail dan Otago Railway Trail.
“Selain itu, tempat menarik lain yang sempat kami singgah adalah lokasi penggambaran filem Lord of The Rings di Glenorchy, The Chronicles of Narnia serta King Kong bertempat di Southern Alps.
Di samping itu, banyak lagi aktiviti dilakukan Ezlynn dan Adam termasuk meluncur ombak, ‘jungle trekking, berkayak, ‘paragliding’, menaiki bot laju ‘shotover’, bermain ‘luge’ menuruni bukit dan mendaki beberapa bukit setinggi 1,500 meter. Tidak ketinggalan tempat paling menarik dan cantik iaitu Milford Sound, Queenstown dan Dunedin.
“Di Sydney, kami sempat melawat Opera House, Harbour Bridge, Circular Quay, Manly Beach dan Paddy’s Market,” katanya.
Tambah Ezlynn lagi, mereka juga sempat menaiki kereta api dan kapal yang membawa mereka melihat pemandangan sepanjang pantai dan sungai di New Zealand. Di Dunedin, kami dapat melihat spesies penguin biru yang hampir pupus, ikan paus serta anjing laut di tepian pantai serta pulau terpencil.
Mengakui suka melancong, Ezlynn berkata, ia lebih bermanfaat daripada asyik membeli barang atau mengumpul harta benda semata-mata.
“Bagi saya, semua ciptaan Tuhan yang indah itu tidak dapat kita beli dengan wang ringgit. Kami sangat terharu dan bersyukur diberi peluang mengembara dan menyaksikan kekuasaan Allah SWT.
“Sebenarnya setiap tahun kami akan pergi bercuti sekurang-kurangnya sebulan di luar negara dan biasanya Adam akan memilih tarikh sambutan hari jadi saya. Sudah tiga tahun dia meraikan hari jadi saya dengan kembara di luar negara,” katanya.
Apa yang nyata, sepanjang menjalani kehidupan bersama sebagai suami isteri, Ezlynn dan Adam juga sudah melancong ke Amerika Syarikat, Afrika Selatan, Jepun, Hong Kong, China, Taiwan, Thailand dan Indonesia.
Kenang detik jatuh cinta selepas berbasikal
Mengakui pada awalnya dia menganggap aktiviti berbasikal bukit adalah sukan lasak, Ezlynn berkata, dia sama sekali tidak menyangka akhir­nya turut jatuh hati kepada sukan itu.
“Adam dulu meminati sukan berbasikal sebelum berjangkit kepada saya.
Menurut penyanyi lagu Hye Hye, Bye Bye ini, paling penting, sukan berbasikal itu adalah detik mereka mula jatuh cinta.
Menyifatkan aktiviti berbasikal dapat membantu penjagaan tubuh badan serta mampu me­ngekalkan berat badannya, Ezlynn berkata, selepas beberapa lama berkayuh, dia mulai sedar yang aktiviti itu juga dapat mendekatkan dia dengan alam sekitar.
Setakat ini, pelakon filem Zombi Kampung Pisang itu memaklumkan dia mempunyai enam basikal iaitu lima jenis basikal ‘mountain bike’ termasuk Yeti, Scott dan Giant serta satu jenis basikal ‘chopper’ Schwinn.
Mengimbau semula pembabitan awalnya, Ezlynn berkata, mula-mula dia hanya membeli basikal yang asas saja dengan harga sekitar RM1,000 ke RM2,000.
Katanya, dengan basikal itu dia dapat membuat aktiviti berbasikal di dalam hutan.
Bagaimanapun, selepas hobi bertukar menjadi minat, dia turut membiasakan diri dengan proses mengubah suai dan menukar peralatan basikal kepada lebih berkualiti sehingga sudah melaburkan sekitar RM40,000 hingga RM50,000 untuk semua basikalnya.
Ezlynn dan Adam bercadang melancong pula ke negara Eropah seperti Itali dan Sepanyol. Kini dia masih dalam ‘mood’ merehatkan diri selepas berbulan-bulan memberi komitmen pada latihan teater Royal Arts Gala yang akan dipentaskan tidak lama lagi. – Metro


BERLIN – Sebuah mahkamah hari ini menolak tuntutan seorangremaja Islam berusia 16 tahun supaya diberikan hak untukmenunaikan sembahyang di sekolah.
Mahkamah Rayuan Berlin dalam keputusannya menyatakan bahawa mengekalkan keamanan di sekolah adalah lebih penting berbanding hak pelajar untuk melakukan kewajipan agama.
Mahkamah memutuskan bahawa sekolah yang terletak di daerah Wedding di ibu negara ini dihadiri oleh rakyat beragama Islam dari beberapa mazhab seperti Sunah, Syiah dan Alevi, dan pernah berlaku konflik antara mazhab berbeza itu mengenai agama.
Rayuan dibuat berikutan keputusan sekolah itu mengharamkan pelajar daripada bersembahyang secara terbuka di sekolah.
Remaja itu juga berharap agar disediakan bilik sembahyang khas, namun mahkamah memutuskan bahawa dia tidak berhak meminta perkara itu tetapi pihak sekolah dibenarkan menggunakan budi bicaranya.
Jerman mempunyai empat juta penduduk Islam dengan sebahagian besarnya berketurunan Turki.

KUALA LUMPUR – : Seorang penyelia asrama warga Pakistan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam terhadap tuduhan merogol dan melakukan seks luar tabii terhadap seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun dalam bilik sebuah hotel, tiga bulan lalu.

Awais Ul Haq, 20, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Ahmad Bache. Mengikut kertas tuduhan, lelaki yang mengalami masalah pendengaran itu didakwa merogol mangsa berusia 16 tahun yang juga teman wanitanya dalam bilik sebuah hotel di sini, antara jam 2 dan 3.30 petang, 17 Januari lalu.
Bagi tuduhan itu, tertuduh yang menyelia asrama tempat mangsa belajar didakwa mengikut Seksyen 376(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.-HM


ABINGDON - Ellie James menderita keadaan tubuh yang sangat jarang berlaku . Sebabnya wanita yang berkerja sebagai pengarah sebuah syarikat ini mempunyai badan berbau ikan dan telur busuk .

Keadaan tubuh yang aneh ini telah dialaminya selama 14 tahun dan sampai saat ini tidak ada ubatnya .

Ellie adalah salah seorang di United Kingdom yang menderita keadaan yang memalukan yang disebut Trimethylaminuria ( TMAU ) . Meskipun wanita berusia 44 tahun ini telah memakai sabun dan minyak wangi yang banyak tetap saja bau tubuhnya tidak berubah .

Keadaan tubuh Trimethylaminuria ini juga dikenali sebagai sindrom bau ikan . Keadaan ini memberi kesan yang sangat buruk bagi psikologi seseorang yang menghidapinya.

Ellie menderita Trimethylaminuria sejak usianya 30 tahun . Tubuhnya tidak mampu mengawal bau busuk yang dihasilkan ketika dia memakan makanan tertentu , seperti daging , susu , kopi , dan ikan . Makanan - makanan itu membuat tubuh Ellie berubah menjadi sangat berbau .

Walaupun Ellie telah mengelakkan mekanan tersebut tetap saja dia tidak boleh menghentikan bau tubuhnya . Hal ini menyebabkan dirinya mendapat ejekan orang lain di jalan dan pengangkutan awam .

Untuk mengilangkan bau busuk dari tubuhnya , Ellie mandi lima kali sehari . Namun , tetap saja tubuhnya masih menghasilkan bau yang tidak sedap .

" Pada awalnya saya tidak mengerti apa yang salah . Saya selalu menjaga kebersihan tubuh saya . Tapi , bau ini muncul begitu saja , " ujar Ellie , seperti dikutip dari Mirror , Rabu ( 9/4/2014 ) .

" Tapi perlahan - lahan saya sedar apabila orang asing mula memandang saya sambil memegang hidung mereka . Saya mendengar orang berbisik - bisik mengenai saya di pejabat . Setiap pulang kerja saya selalu menangis , " tambahnya .

Perlu masa tujuh tahun doktor untuk mendiagnosis keadaan setelah Ellie pertama kali memberanikan diri untuk memeriksa keadaannya pada 2005 .

Akhirnya Ellie menemui sebuah forum online bagi penghidap TMAU pada 2007 . " Walaupun sukar untuk menerimanya , tapi saya merasa lega kerana akhirnya saya menemui jawapan yang saya cari , " katanya .

Ellie dirujuk ke doktor pakar endokrinologi , seorang ahli hormon yang memberikannya antibiotik dan menyarankan untuk diet .

Seperti diketahui . keadaan Trimethylaminuria adalah gangguan metabolik di mana tubuh kehilangan kemampuan untuk memecah hormon Trimetilamina yang ditemui dalam makanan tertentu .

Trimetilamina kemudian dikeluarkan melalui keringat , air kencing , dan nafas , sehingga si pesakit mempunyai bau hanyir yang kuat .

Perempuan lebih mudah terkena Trimethylaminuria daripada lelaki, mungkin kerana hormon seks wanita boleh memburukkan gejala keadaan ini .

Penyakit Trimethylaminuria ini boleh mengakibatkan kemurungan dan masalah psikologi lain . Hal ini sangat jarang berlaku dan hanya segelintir orang yang telah diketahui menderita Trimethylaminuria.

Sumber: okezone.com


Riyadh: Seekor kambing berwajah manusia dilahirkan di Arab Saudi tetapi mati beberapa jam kemudian.

Menurut laporan akhbar tempatan kelmarin, kelahiran “pelik” itu terjadi di sebuah ladang di Samita selepas induk kambing itu bunting selama sembilan bulan, satu lagi perkara luar biasa kerana kebiasaannya purata tempoh bunting binatang itu hanya kira-kira lima bulan.

“Saya terkejut apabila kambing itu terus bunting selama sembilan bulan sama seperti manusia. Tambah mengejutkan apabila kandungan itu dilahirkan. Saya ketika itu berada di luar kawasan.

“Pekerja ladang menghubungi saya dan memaklumkan yang anak kambing itu berwajah manusia. Ketika tiba di ladang, anak kambing itu sudah mati. Tetapi saya sempat melihat wajahnya,” kata pemilik ladang itu. - Agensi