Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


KUCHING: Pesawat Air Asia dari Kota Kinabalu ke Pulau Pinang terpaksa membuat pendaratan cemas selepas seorang penumpang wanita warga emas tiba-tiba tidak sedarkan diri selepas tiga kali pengsan sejak pesawat berlepas kira-kira jam 1.30 petang. 

Penumpang, Annie Dunlop, 71, dari Sandakan dipercayai pergi ke Pulau Pinang untuk menjalani rawatan penyakit hati yang dialaminya.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Pauzi Bujang berkata, pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada jam 3 petang dan pasukan perubatan mengesahkan wanita itu sudah meninggal dunia. 
Ahli Gynecologist adalah seseorang yang menjaga kesihatan gadis agar mereka sentiasa sihat dan Manuel Rico telah dikatakan sebagai seorang yang terbaik dalam hal ini. Manuel Rico kini bekerja di Concepcion, Chile dan sehingga kini belum ada gadis yang pernah tertinggal temujanji rawatan kesihatan dengan dia. Manuel Rico juga dinobatkan sebagai MR Spain dalam pertandingan Jejaka Terkacak di Sepanyol pada tahun 2010. 






Seorang pencuri besi putus pergelangan kaki kiri selepas bergelut dengan pemilik sebuah kolam ikan di Kampung Gong Puyuh, Kelantan. Awalnya suspek cuba mengambil besi di kolam ikan tersebut tetapi tindakannya disedari anak saudara kepada pemilik kolam tersebut, kira-kira jam 11 pagi.

Si suspek pada awalnya cuba tunjuk hero dengan menyerang pemilik kolam dengan menggunakan besi yang diambil dari kolam. Sebelum itu, pemilik kolam mengejar suspek dan suspek lari dengan memandu sebuah van. Bagaimanapun, suspek terlanggar pemilik kolam ketika melarikan diri.

Suspek terus keluar dari van, mengambil besi dan melibas ke arah pemilik kolam. Dalam syok-syok suspek melibas, pemilik kolam mencapai parang di raga motornya dan turut melibas bagi mempertahankan diri. Libasan pemilik kolam mengenai pergelangan kaki kiri suspek.

Suspek kemudiannya menyerah diri dan suspek diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.


Seorang lelaki yang 'cantik' dan 'menawan', Yiming Zhao telah menarik perhatian ramai pembaca di Weibo. Kemudian gambarnya telah tersalah masuk di dalam laman Forum utama Korea iaitu ke dalam koleksi gambar gadis China yang cantik. Jadi mari lihat kenapa orang ramai boleh tertipu dengan rupanya dan masukkannya ke dalam kumpulan gadis China yang cantik. 





Accra: Perbuatan yang biasa kadang-kadang menyebabkan kesan yang luar biasa. Seorang lelaki melalui pengalaman yang mungkin kekal dalam ingatan sepanjang hayatnya apabila kemaluannya dipatuk ular ketika dia sedang membuang air, lapor media semalam.
Menurut media Ghana, Kwabena Nkrumah, 34, sedang menggunakan tandas awam di wilayah Ashanti apabila seekor ular “hitam dan besar” menjulur keluar dari bawah dan mematuk zakarnya. 
Nkrumah menyedari dia diserang selepas mengalami kesakitan melampau dan mendakwa hampir pitam. 

“Saya lihat ke bawah, ular itu bersedia untuk mematuk lagi.

“Saya pun terus keluar melarikan diri untuk mendapatkan bantuan,” katanya.

Bagaimanapun, jeritan lelaki itu menyebabkan keadaan panik dengan sesetengah pengguna tandas turut keluar dalam keadaan terburu-buru. 


Nkrumah kemudian dirawat di hospital tempatan sebelum dibenarkan pulang. 

Insiden itu berlaku hanya beberapa bulan selepas media melaporkan bahawa bomoh di Swaziland dilarang terbang dengan penyapu mereka melebihi ketinggian 150 meter di dara. - Agensi

Badung: Orang ramai di kawasan Badung, Bali gempar semalam selepas sepasang makhluk halus dikenali sebagai jenglot ditemui dan ditangkap seorang penduduk Pantai Muaya, Jimbaran.
Menurut media ketika ini jenglot berkenaan disimpan di rumah Jero Mangku Karang.

Sejak berita itu tersebar, rumah Jero dikunjungi ramai orang - termasuk dari kawasan luar - untuk melihat sendiri makhluk berkenaan.

Saksi berkata, jenglot itu berupa seperti kelawar, bertaring dan berambut seperti manusia.
“Dimaklumkan jenglot itu ditemui dua penduduk tempatan, Ketut Tarin dan Akob, di kawasan pantai dan selepas ditangkap ia diserahkan kepada Jero,” katanya. Penduduk setempat mengenali Jero sebagai seorang tokoh spiritual yang dihormati. 
Sementara itu Ketut Tarin berkata, dia hairan apabila menemui objek ganjil ketika berjalan di kawasan pantai. Melihat keadaan itu, katanya, dia mencampak objek itu ke laut tetapi ia kembali ke pantai dalam keadaan berpelukan.


“Seolah-olah mereka enggan dipisahkan,” katanya.


Disebabkan bimbang berdepan masalah, Ketut Tarin dan Akob berbincang dan bersetuju menyerahkan jenglot berkenaan kepada tokoh spiritual yang mereka kenali, Mangku Kayun.

Sementara itu Jero berkata, jenglot itu ditemui terbaring dalam jarak kira-kira satu meter antara satu sama lain di pantai ketika Ketut Tarin dan Akob berjoging. 

Mereka kemudian membawa makhluk itu ke rumahnya.

“Pada awalnya ada kuasa memancar dari jenglot berkenaan tetapi saya neutralkan supaya ia tidak memudaratkan sesiapa,” katanya. 

Kenyataan itu disokong Mangku Kayun. “Kuasanya sangat kuat tetapi untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini ia berjaya kami kunci,” katanya. 

Menurut Mangku Kayun jenglot juga boleh digelar sebagai toyol kerana makhluk berkenaan boleh menyerupai apa saja. Katanya, rambut jenglot yang terurai itu mungkin berasal daripada rambut manusia atau bulu kemaluan lelaki atau wanita. 

“Makanannya ialah darah manusia.

“Walaupun ia kelihatan kaku, auranya hidup dan sangat kuat dan boleh disuruh melakukan apa saja, termasuk membunuh,” katanya, semalam.

Jero berkata jenglot itu dimiliki pihak tertentu sebagai alat pelaris yang ditempatkan di kotak simpanan wang. - Agensi

GOMBAK: Kegiatan seorang ahli kumpulan kongsi gelap berpangkat ayahanda yang menjalankan kegiatan mengedar dadah di sekitar Kampung Wira Damai dekat sini, tumpas selepas polis menyerbu kediamannya, petang tadi.
Dalam serbuan kira-kira jam 2.30 petang itu, sepasukan polis dari Balai Polis Selayang bersama pasukan Ops Cantas Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak menyerbu kediaman lelaki terbabit yang terletak di atas bukit di Kampung Wira Damai dan merampas ketulan mampat dipercayai ganja seberat 1.3 kilogram (kg).
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, ketika serbuan itu suspek berusia 68 tahun mengaku pemilik kediaman itu.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di dalam rumah itu polis menemui dua ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat 1.3 kg.

"Dadah disyaki jenis ganja itu disembunyikan di celah anak tangga di bahagian dapur rumah itu.

"Kita menahan suspek selepas menerima aduan daripada orang ramai mengenai peningkatan kegiatan dadah di kawasan ini," katanya.

Abdul Rahim berkata, suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Selayang dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

CHANGZHOU - Sebuah pokok Krismas gergasi yang diperbuat daripada botol berjaya menarik perhatian orang ramai di China.
Struktur tidak berdahan itu diperbuat menggunakan lebih 1,000 biji botol yang disusun sebanyak 22 tingkat, di wilayah Jiangsu, timur China baru-baru ini.
'Pokok' setinggi 10 meter itu dapat dilihat sejauh beberapa kilometer dari pusat bandar raya ini. - Agensi



HANOI - Sebuah restoran di ibu kota Vietnam di sini menawarkan hidangan istimewa tikus panggang yang dicucuk pada kayu seperti kebab.
Daging haiwan perosak itu dianggap makanan istimewa di selatan Vietnam dengan semakin ramai penduduk Vietnam menggemarinya.
Menurut seorang pemburu tikus, haiwan itu banyak terdapat di sekitar Delta Merah dan di tebing Sungai Mekong terutamanya ketika musim menuai padi.
"Makanan istimewa ini dimakan oleh petani ketika musim menuai," katanya.
Menurut pemburu tikus tersebut, petani-petani akan menangkap tikus untuk dijual ke pasar.
Harga pasaran daging tikus di negara berkenaan adalah antara AS$4 (RM12.90) hingga AS$5 (RM16.20) sekilogram. - Reuters



NAMA Cristina Suzanne Stockstill barangkali bukanlah asing bagi sesetengah peminat industri seni.

Apatah lagi, sejak akhir-akhir ini, figura yang pernah menggunakan nama Kris Cempaka di awal pembabitannya ini sudah membuktikan kehadirannya bukan boleh di pandang enteng.

Bukan sahaja membuktikan keberkesanan lakonannya menerusi kemenangan bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Kil di Anugerah Skrin 2013, baru-baru ini, Cristina atau mesra di sapa Cris juga dianugerahkan rupa paras yang cukup cantik dan tubuh yang langsing.

Apatah lagi, gadis berusia 28 tahun ini mempunyai darah Pan-Asia, yang pastinya menimbulkan rasa cemburu bagi sesetengah wanita yang mungkin mengimpikan kecantikan dan kelangsingan seperti Cris.

Bagaimanapun, dedah Cris, dia sebenarnya lebih suka dan mengagumi kulit wanita tempatan yang lebih cantik berbanding kulit wanita barat.

Ikuti rahsia penjagaan kecantikan dan kelangsingan bekas pramugari Penerbangan Malaysia (MAS) dan Qatar Airways ini.

Apa pengertian cantik dan sihat bagi anda?

Kecantikan bagi saya adalah pandangan pertama seseorang itu terhadap diri kita meliputi bagaimana cara dia menegur orang, pembawaan dirinya dan bukannya diukur jenama baju yang dipakainya atau solekan yang digayakannya. Manakala kesihatan pula bukan diukur dari jenis ubat yang diambilnya, tetapi gaya hidup yang diamalkannya.

Apa yang penting, untuk hidup dalam keadaan sihat dan sentiasa nampak cantik, bergaullah dengan aura-aura yang positif.


Sebagai selebriti, stamina amat memainkan peranan yang penting, bagaimana cara anda mengekalkan stamina selepas bekerja seharian?

Pertamanya, harus mendapatkan tidur yang cukup, iaitu enam jam dan jangan tidur berlebihan kerana ia akan membuatkan anda lesu. Minum banyak air dan banyakkan bersenam pada waktu pagi.


Antara joging dan gimnasium yang mana menjadi pilihan anda? Kenapa?

Saya lebih suka berjoging di taman sambil menghirup udara yang semula jadi berbanding ke gimnasium, duduk dalam penghawa dingin dan kita menggunakan alatan untuk bersenam. Lebih elok anda bersenam tanpa alatan.

Biasanya saya akan berjoging sebelum matahari naik atau sebelum jam 10 pagi kerana suasana yang lebih nyaman dan orang pun tak ramai.


Selain berjoging, adakah anda amalkan diet untuk menjaga stamina dan kelangsingan?

Tidak. Dalam sehari, saya akan pastikan ambil nasi sekali. Alhamdulillah, mungkin kerana saya selalu bersenam jadi metabolisme badan saya agak tinggi dan makanan yang dimakan tidak sempat di simpan untuk menjadi lemak. Selain itu, minumlah banyak air.


Pernahkah anda mengalami masalah berat badan?

Ya, pernah, ketika itu saya masih bersekolah, kira-kira usia 16 tahun. Berat badan saya pernah mencecah sehingga 60 kilogram (kg). Namun ketika usia saya menginjak ke 18 tahun dan mungkin kerana perubahan hormon, berat badan saya turun sedikit demi sedikit.


Bagaimana pula dengan penjagaan kecantikan? Ada amalkan sebarang petua atau tip?

Memandangkan saya ada darah 'mat saleh' jadi kulit saya senang berkedut berbanding kulit orang Asia yang lebih cantik. Jadi saya selalu memakai krim mata untuk mengelakkan kedut di bawah mata. Manakala yang lain hanya penjagaan biasa sahaja.


Adakah anda gemar meluangkan masa ke spa, salun atau membuat rawatan kuku?

Tidak kerana di rumah saya sudah ada tab mandi, jadi bila kelapangan saya akan berendam dalam tab dengan garam Himalaya. Untuk kuku pula, boleh saya katakan jarang-jarang atau bila perlu sahaja baharu saya buat rawatan kuku. Bagi saya lebih mudah jaga diri sendiri dan tidak perlu membazir untuk membuat rawatan yang kita boleh buat sendiri.


Sesetengah orang gemar bermain permainan minda seperti Saidina, Catur, untuk meredakan tekanan. Bagaimana pula cara anda meredakan tekanan?

Ketika tertekan, saya suka bermain Sudoku dan melukis. Bagi saya lukisan adalah salah satu cara yang baik untuk meredakan tekanan. Walaupun lukisan saya bukanlah seperti gaya pelukis profesional, tetapi permainan warna dalam lukisan itu mampu membuatkan saya berasa lebih tenang.


Apakah aktiviti yang anda gemar lakukan pada waktu lapang?

Saya suka bermain PS3 dan melukis.


Apa perkembangan terkini anda?

Saya buat kerja sampingan sebagai grafik secara bebas. Mulai Januari ini saya akan terlibat dengan pengambaran drama bersiri 26 episod untuk RTM. Selain itu, saya juga sedang menanti tiga filem lakonan saya iaitu CEO, Tujuh dan Jiwanita ditayangkan tahun depan.

PELAKON popular, Johan As'ari sekali lagi mengalami kemalangan jalan raya pada pagi 10 Disember lalu.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Johan menerusi akaun Instagram miliknya dengan memuat naik gambar keretanya yang rosak akibat kemalangan tersebut.
 
Berdasarkan status yang dikongsi Johan, kemalangan itu berlaku ketika dia dalam perjalanan menuju ke lokasi penggambaran.  

Namun, tidak ada sebarang kecederaan yang dilaporkan.
 
Johan turut memberitahu kemalangan yang berlaku bukanlah di atas kecuaiannya, sebaliknya percaya ada hikmah di sebalik kejadian tersebut.
 
Untuk rekod, sebelum ini Johan juga pernah mengalami kemalangan dengan kereta yang sama pada tahun lalu.

NAMA Shaheizy Sam tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri seni. Anak bujang kepada pelakon veteran, Khaty Fauziah itu sudah 10 tahun bergelar pelakon filem dan drama.

Namun, namanya semakin tenggelam dan kurang menjadi perbualan media massa, sedikit sebanyak menimbulkan pertanyaan peminat.

Tanpa berselindung, anak jati Kuala Lumpur itu mengakui popularitinya menurun sejak akhir-akhir ini.

Percaya setiap manusia diberikan rezeki berbeza, Shaheizy menerima kenyataan itu dengan hati terbuka.

"Sudah menjadi kelaziman setiap insan yang bergelar artis, kerjaya kami pasti ada pasang surutnya.

"Ia ibarat asam garam dalam kehidupan kami tapi saya menerimanya secara positif," ujarnya setelah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Filem (SAM) di Anugerah Skrin 2013, baru-baru ini.

Berhadapan dengan limpahan muka baru, dia bagaimanapun mempunyai matlamatnya tersendiri untuk mengekalkan momentum kerjayanya.

"Saya tidak memilih tawaran yang diterima asalkan tidak bercanggah dengan jadual kerja sedia ada.

"Jika orang lain mengehadkan tawaran kerja demi menjaga populariti tetapi saya tidak kerana ia punca rezeki utama," katanya yang pernah membintangi filem seperti Ngangkung, Adnan Sempit, Niyang Rapik, Evolusi KL Drift dan Sekali lagi.

Tambahnya, seseorang tidak akan berada di puncak selamanya tapi pasti jatuh suatu hari nanti dan digantikan dengan orang baru.

Biarpun ada jalan mudah untuk mengekalkan populariti namun bagi anak muda ini, dia tidak mahu terlalu taksub dengan kerjaya yang dimiliki.

“Saya ada visi dan misi tersendiri. Kalau dahulu sebelum dikenali ramai, saya selalu tertanya-tanya kenapa bakat saya susah mendapat perhatian walaupun sudah 10 tahun dalam industri.

“Tetapi lama-kelamaan, saya faham apabila melihat industri sebagai sebuah perniagaan hiburan yang juga memerlukan strategi pemasaran. Itu yang akan cuba saya lakukan,” katanya yang menjadikan Rosyam Nor sebagi idolanya kerana mampu bertahan dalam industri hiburan dalam masa yang lama.

Dalam perkembangan lain, Shahizey bakal muncul dengan tiga filem terbarunya Manisnya Cinta di Cappadocia, Cupcake dan Adnan Sempit 4 yang akan ditayangkan pada  2014.

PENYANYI terkenal Madonna dilaporkan telah memutuskan hubungannya dengan kekasihnya Brahim Zaibat, pemuda yang berusia 25 tahun baru-baru ini.
Madonna, 55, membuat keputusan itu selepas kekasinya itu membuat keputusan untuk menyertai program realiti Dancing With The Stars versi Perancis.
"Madonna menganggap tindakan Brahim menyertai pertandingan itu sebagai tidak patut dilakukan," katanya sumber kepada perezhilton.com.
Pasangan itu bertemu semasa Brahim bertindak sebagai penari konsert jelajah Madonna pada tahun 2010.
Sumber lain memberitahu hubungan tersebut terputus selepas tiga tahun akibat percintaan jarak jauh dan kesibukan Madonna terhadap kerjayanya sebagai penyanyi.
Malah Madonna mula menyedari Brahim hanya mempergunakan kekayaannya dan serik untuk kembali kepada lelaki tersebut.
Dalam perkembangan lain, Madonna yang baharu sahaja pulang dari Haiti untuk kerja amal bersama bekas suaminya, Sean Penn dan gosip mula tersebar pasangan itu mahu kembali bersama.

KUALA LUMPUR: Pesta Muzik Planet Eupe yang bakal diadakan di Sungai Petani, Kedah pada 1 Mac 2014 menjadi festival muzik terbesar di Utara Malaysia menggabungkan barisan artis tempatan dan antarabangsa.
Pengarah Urusan Eupe Corporation Berhad, Datuk Beh Huck Lee berkata, pemilihan negeri itu sebagai tapak acara adalah sebagai salah satu usaha mengubah landskap budaya dan muzik di negara ini yang kebanyakannya tertumpu di Kuala Lumpur.
"Tujuan kami mengadakan konsert ini untuk membuka lembaran baharu negeri di utara sebagai salah satu tempat yang bukan sahaja kaya dengan budaya tetapi juga mampu menarik pelancong luar dengan pelbagai aktiviti seperti konsert yang bakal diadakan.
"Usaha ini juga sebagai salah satu langkah untuk memperkenalkan negeri di utara pada peta dunia dengan penganjuran konsert bertaraf antarabangsa ini," katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada sidang media konsert itu di Hotel Hilton di sini, Khamis.
Pesta Muzik Planet Eupe akan diadakan di Taman Air Carnivall Eupe, Cinta Sayang Resort bermula pukul 6 petang.
Barisan artis yang bakal terlibat seperti Wang Lee Hom, Yuna, Najwa Latif, U-KISS dan Jeannie Hseih.
Buat pertama kali sebuah festival muzik diadakan secara besar-besaran di Kedah.
Manakala artis Cina tempatan turut memeriahkan acara seperti Orange Tan, Da.Mon.Ster, KahJun dan Mint G.
Tambah Beh, pihaknya menyasarkan penonton dari negeri-negeri di utara iaitu Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis untuk menghadiri konsert tersebut namun berharap ia turut disertai oleh penonton dari negeri lain di Malaysia.
Pihak Eupe Corporation Berhad juga merancang untuk menjadikan pesta ini sebagai acara tahunan sekiranya ia mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton.
"Biarpun konsert ini diadakan di utara tanah air namun kami turut menyasarkan hadirin akan hadir dari seluruh Malaysia kerana sambil menonton persembahan artis mereka juga boleh melancong ke Kedah yang terkenal dengan pelbagai keunikan," ujarnya.
Dalam pada itu, Beh tidak menafikan kemunculan kumpulan K-Pop iaitu U-KISS adalah sebagai salah satu tarikan kepada pengunjung terutamanya di kalangan remaja yang meminati muzik daripada Korea Selatan.
Tambahnya lagi, pemilihan Yuna juga dibuat sebagai salah satu penghormatan buat penyanyi yang sedang mencipta nama di Amerika Syarikat itu bagi memberi inspirasi kepada peminat dan pengunjung.
Kedatangan Lee Hom cukup dinanti-nantikan oleh peminat.
"Wang Lee Hom mempunyai peminat cukup besar di Malaysia dan kami yakin dia dapat menarik pengunjung dan begitu juga U-KISS yang menjadi fenomena di kalangan peminat muzik K-Pop.
"Semua barisan artis terutama daripada luar negara cukup menyokong pesta ini dan berjanji akan memberikan persembahan bertenaga kepada penonton," katanya.
Sementara itu, Beh berkata, pihaknya menyasarkan lebih 20,000 pengunjung akan memenuhi tapak konsert itu nanti yang turut mempunyai pelbagai aktiviti lain sebelum acara utama bermula.
Kata Beh, pada hari itu juga akan diadakan pertandingan pemilihan peserta daripada Malaysia untuk mewakili negara dalam Kejohanan Tarian Antarabangsa Hip Hop yang akan diadakan di Las Vegas, Amerika Syarikat.
Tiket untuk menyaksikan konsert ini serendah RM90 (berdiri), RM190 (berdiri), RM290 (tempat duduk bernombor) dan RM390 (tempat duduk bernombor).
Peminat boleh mendapatkan tiket di Cinta Sayang Resort dan melalui laman web TicketCharge iaitu www.ticketcharge.com.my atau menghubungi 03-9222 8811 atau 04-6459 811.
Maklumat lanjut mengenai konsert boleh melayari www.planetEUPE.com danwww.facebook.com/PlanetEUPE.

KUALA LUMPUR: Pelakon Adi Putra berasa lega apabila bebas daripada sebarang dakwaan berhubung kes skandal dengan wanita berstatus isteri orang pada September lalu.
Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, berkata, pihak peguamnya memaklumkan keputusan siasatan rasmi polis sejak empat bulan lalu telah diklasifikasikan sebagai 'no further action' (NFA) atau tiada tindakan lanjut sekali gus membuktikan dia tidak bersalah.
"Pihak peguam saya telah menerima keputusan rasmi daripada pihak polis pada 2 Disember lalu berhubung keputusan hasil siasatan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan kes ini diklasifikasikan sebagai tiada tindakan selanjutnya.
"Ini jelas bermaksud tiada apa-apa pertuduhan ke atas diri saya dan ia telah selesai," katanya pada sidang media khas yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini kira-kira pukul 8.30 malam Khamis.
Adi turut ditemani isterinya Aida atau Zuhaidah Yusof, 38, dan juga tiga orang peguamnya iaitu Mohd Daud Ismail, Zamri Idrus dan Muhammad Abd Kadir.
Adi Putra
Pada September lalu Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim didakwa menjalinkan skandal dengan isteri orang dan aktor itu disiasat polis selepas suami wanita berkenaan iaitu seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.
Akhbar melaporkan, pelakon KL Gangster itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan wanita terbabit yang berusia 30 tahun walaupun baru seminggu berkenalan.
Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi WhatsApp sejak 29 Julai lalu sehinggalah perbuatan berkenaan dihidu suami wanita itu.
Bagaimanapun selepas tiga bulan kes berkenaan senyap, timbul pula gosip mendakwa kononnya Adi telah menggunakan pengaruh orang kenamaan bagi menutup kes tersebut.
Dalam perkembangan sama, Adi berkata, dia tidak mahu lagi dikaitkan dengan kes tersebut dan menganggap ia telah selesai.
Bagaimanapun kata Adi, sekiranya ada pihak yang cuba mengaitkannya dengan niat menjatuhkan reputasinya sebagai selebriti dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah.
Adi Putra (kanan) tenang menjawab soalan wartawan sambil diperhatikan salah seorang peguamnya.
"Saya tidak teragak-agak sekiranya ada pihak yang menggunakan media cetak atau elektronik semata-mata untuk merosakkan kerjaya saya selepas ini," katanya.
Tambah Adi, dia bersyukur doa daripada ibu, isteri dan para peminatnya telah membuktikan dia tidak bersalah.
Sepanjang kes itu disiasat Adi sentiasa tenang walaupun namanya telah tercalar teruk akibat kejadian itu.
"Saya tenang sepanjang tempoh ini dan ia tidak menggagu saya sebenarnya kerana sokongan dan doa daripada orang-orang terdekat dengan saya.
"Kerjaya dan kehidupan peribadi juga tidak terganggu dan ia sebenarnya menguatkan diri saya," jelasnya.
Sementara itu, mengulas mengenai tindakan wanita yang dikaitkan dengan isu skandalnya itu yang akan membuat sidang media pada Jumaat, Adi berkata, dia tidak mempunyai sebarang hak untuk menghalang pihak berkenaan.
Namun kata Adi, dia mungkin akan mendapatkan perintah injunksi daripada mahkamah untuk menghalang pihak tersebut daripada terus memburukkannya.
"Ini adalah pengakhiran daripada saya dan sekiranya masih ada perkara berbangkit yang cuba memburukkan saya, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan," ujarnya.
mStar