Accra: Perbuatan yang biasa kadang-kadang menyebabkan kesan yang luar biasa. Seorang lelaki melalui pengalaman yang mungkin kekal dalam ingatan sepanjang hayatnya apabila kemaluannya dipatuk ular ketika dia sedang membuang air, lapor media semalam.
Menurut media Ghana, Kwabena Nkrumah, 34, sedang menggunakan tandas awam di wilayah Ashanti apabila seekor ular “hitam dan besar” menjulur keluar dari bawah dan mematuk zakarnya.
Nkrumah menyedari dia diserang selepas mengalami kesakitan melampau dan mendakwa hampir pitam.
“Saya lihat ke bawah, ular itu bersedia untuk mematuk lagi.
“Saya pun terus keluar melarikan diri untuk mendapatkan bantuan,” katanya.
Bagaimanapun, jeritan lelaki itu menyebabkan keadaan panik dengan sesetengah pengguna tandas turut keluar dalam keadaan terburu-buru.
Nkrumah kemudian dirawat di hospital tempatan sebelum dibenarkan pulang.
Insiden itu berlaku hanya beberapa bulan selepas media melaporkan bahawa bomoh di Swaziland dilarang terbang dengan penyapu mereka melebihi ketinggian 150 meter di dara. - Agensi
No comments
Post a Comment