Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Shaheizy Sam Takut Kecundang Dan Kurang Jadi Bualan Media Massa?
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


NAMA Shaheizy Sam tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri seni. Anak bujang kepada pelakon veteran, Khaty Fauziah itu sudah 10 tahun bergelar pelakon filem dan drama.

Namun, namanya semakin tenggelam dan kurang menjadi perbualan media massa, sedikit sebanyak menimbulkan pertanyaan peminat.

Tanpa berselindung, anak jati Kuala Lumpur itu mengakui popularitinya menurun sejak akhir-akhir ini.

Percaya setiap manusia diberikan rezeki berbeza, Shaheizy menerima kenyataan itu dengan hati terbuka.

"Sudah menjadi kelaziman setiap insan yang bergelar artis, kerjaya kami pasti ada pasang surutnya.

"Ia ibarat asam garam dalam kehidupan kami tapi saya menerimanya secara positif," ujarnya setelah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Filem (SAM) di Anugerah Skrin 2013, baru-baru ini.

Berhadapan dengan limpahan muka baru, dia bagaimanapun mempunyai matlamatnya tersendiri untuk mengekalkan momentum kerjayanya.

"Saya tidak memilih tawaran yang diterima asalkan tidak bercanggah dengan jadual kerja sedia ada.

"Jika orang lain mengehadkan tawaran kerja demi menjaga populariti tetapi saya tidak kerana ia punca rezeki utama," katanya yang pernah membintangi filem seperti Ngangkung, Adnan Sempit, Niyang Rapik, Evolusi KL Drift dan Sekali lagi.

Tambahnya, seseorang tidak akan berada di puncak selamanya tapi pasti jatuh suatu hari nanti dan digantikan dengan orang baru.

Biarpun ada jalan mudah untuk mengekalkan populariti namun bagi anak muda ini, dia tidak mahu terlalu taksub dengan kerjaya yang dimiliki.

“Saya ada visi dan misi tersendiri. Kalau dahulu sebelum dikenali ramai, saya selalu tertanya-tanya kenapa bakat saya susah mendapat perhatian walaupun sudah 10 tahun dalam industri.

“Tetapi lama-kelamaan, saya faham apabila melihat industri sebagai sebuah perniagaan hiburan yang juga memerlukan strategi pemasaran. Itu yang akan cuba saya lakukan,” katanya yang menjadikan Rosyam Nor sebagi idolanya kerana mampu bertahan dalam industri hiburan dalam masa yang lama.

Dalam perkembangan lain, Shahizey bakal muncul dengan tiga filem terbarunya Manisnya Cinta di Cappadocia, Cupcake dan Adnan Sempit 4 yang akan ditayangkan pada  2014.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments