Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Gambar penampakan hantu kali ini dikirimkan oleh.. oleh sapa ye.. Arif rasanya. Tengok kat belakang anak gadis tu, ada macam kepala orang kat sebalik tingkap. Pengirim menyertakan teks tersebut:
nih gmba kawan aku... dia amik kat uitm tmpat aku ngaji...time nih smua student dah cuti sem. tggl budak2 yg amik kursus keusahawanan jer..time tuh pkul 11 lbih lar(baru abis kursus kat bilik kuliah). dia saje2 jer amik gmbar time tuh... biler balik bilik nampak benda tuh... trus diorg xleh tido mlm tuh...location uitm machang kelantan, blok A, blakang tuh tandas lelaki...
Lokasi: UiTM Machang, Kelantan. Blok A, Tandas lelaki.
Memang ada makhluk lain yang berada di sekeliling kita. Kadang-kadang 'mereka' ini sentiasa memerhati apa yang kita buat. Tu la orang kata, lepas abih kuliah balik bilik terus, jangan merayau-rayau ambik gambar. Dah terambik gambar hantu. Ada apa-apa ke kat UiTM Machang ni? Dengar cerita kawasan dia keras. Saper budak UiTM Machang kat sini?!

Biodata Profil Wawa Zainal
Nama sebenar: Nur Hawa Zainal Abidin
Tarikh Lahir: March 12, 1991
Asal: Lahad Datu, Sabah
Keluarga: Anak kelapan dari 11 adik-beradik
Sekolah: St. Dominic
Drama Lakonan: Klik,Ana Lu'lu
Pelakon Idola: Erra Fazira, Nurkiriah dan aktor, Que Haidar

[Wow] - Kisah Artis
gambar hiasan x de kena mengena dgn topik nih |
Sudah menjadi rahasia umum bahawa bahagian tubuh wanita yang paling seksi di mata lelaki adalah payudara. Hal ini juga telah dibuktikan oleh kajian terbaru yang mengesan pergerakan mata lelaki ketika melihat wanita.
Ketika memandang seorang wanita, pandangan lelaki tertumpu lebih lama pada bahagian dada daripada bahagian lain fizikal wanita. Hasil kajian ini pun semakin menimbulkan pertanyaan, mengapa, lelaki begitu taksub pada payudara?
Untuk mengatahui jawapannya, sejumlah penulis buku cuba menganalisis, dari pandangan emosional, biologi dan budaya. Hasilnya pun menyatakan, alasan lelaki taksub dengan payudara tak lain kerana pengaruh hormon yang dilepaskan ketika proses menyusui yang dialami lelaki ketika masih bayi.
Larry Young dan Brian Alexander, penulis buku "The chemistry between us: love, sex and the science of attraction" percaya itu adalah kerana hormon yang dilepaskan ketika menyusui.
Seperti diberitakan Daily Mail, hormon ini membantu untuk membentuk ikatan yang kuat antara ibu dan bayi, serta menciptakan hubungan untuk memelihara ikatan yang kuat antara kekasih.
"Lelaki adalah satu-satunya mamalia jantan yang terpesona oleh payudara dalam konteks seksual," kata Young.
Dan wanita, lanjut Young, adalah satu-satunya mamalia betina yang payudaranya membesar saat baligh, dan saat mengalami masa kehamilan.
Wanita, kata Young lagi, juga satu-satunya spesies yang boleh merasakan rangsangan di saat lelaki membelai, mengurut dan bahkan secara lisan merangsang payudara wanita selama foreplay dan melakukan hubungan seks.
Para penulis mengutip kejayaan Hooters, majalah lelaki dewasa seperti Playboy, dan "100,000 years of art" sebagai bukti yang jelas bahawa laki-laki benar-benar mempunyai kepentingan dalam payudara.
Namun, daya tarik itu adalah sifat, tidak boleh timbul kerana dipelihara.
"Anak laki-laki tidak belajar di tempat bermain bahawa payudara adalah sesuatu yang boleh membuat mereka merasa tertarik. Ini timbul secara semulajadi, ini merupakan proses biologi dan tertanam dalam-dalam pada otak manusia," tulis mereka.
[Wow] - Informasi
Sebuah smartphone buatan china yang amat sesuai
untuk mereka yang malas membawa charge. Ini kerana telephone ini telah
dilengkapi dengan internal charge. Sebuah telephone yang beroperasi
mengunakan system operasi android dengan mutu hampir sama seperti
samsung S4 buat masa sekarang ianya masih belum masuk kepasaran malaysia
[wow] - Teknologi
Azerbaijian ialah sebuah negara majoriti muslim yang dahulunya merupakan sebahagian dari negeri di bawah Kesatuan Soviet. Negara ini kaya dengan minyak dan oleh itu sejak berabad lamanya terdapat amalam merendamkan diri di dalam petroelum. Spa Petroleum ini sangat popular dikalangan elitis ketika zaman Soviet. Jika anda ingin menikmati spa petroleum anda hanya perlu keNaftalan, sebuah bandar 160 kilometer dari Baku,ibu negara Azerbaijian. Menurut penduduk Naftalan amalam merendamkan diri di dalam petroleum baik untuk kesihatan dan dapat melegakan kesakitan arthritis, rheumatism dan penyakit kulit. Seorang pesakit akan direndam di dalam tab mandi berisi 32 liter petrol bersuhu 40 darjah selsius selama 10 minit.
Sungguhpun begitu doktor di barat merasakan amalm ni merbahaya kerana kandungan Naftalena yang tinggi di dalam petroleum Azerbaijian boleh mengakibatkan kanser. Mungkin sebab itulah anda hanya dibenarkan berendam sekali sehari selama 10 minit.
Pelancongan
Saya pernah kehilangan sebuah komputer riba ketika makan berbuka puasa bersama rakan-rakan di sebuah restoran di pinggir bandar Kuala Lumpur.
Ketika itu pencuri itu melakukan kerja terkutuknya pada bulan Ramadhan.
Di Facebook, ada rakan laman sosial berkongsi video ini yang dilihat berlaku di sebuah medan selera. Saya rasa kejadian curi yang dipaparkan di sini lebih kurang sama seperti apa yang berlaku pada saya.
Video memaparkan kerja kotor sepasang lelaki dan wanita dipercayai suami isteri mencuri beg tangan seorang wanita yang hasil kecuaiannya hanya menggantung beg tangannya di belakang kerusinya.
Seawal 7 saat video bermula, si pencuri lelaki memakai kemeja putih sambil memegang jaket hijau masuk dan berdiri bersebelahan sekumpulan keluarga yang sedang menjamu selera.
Dengan lagak seorang pencuri, dia mula memerhatikan keluarga berkenaan dan mungkin mengenalpasti sasaran mangsa perbuatan jahat mereka.
Selepas 20 saat video bermula, muncul si pencuri wanita yang memakai baju bercorak batik dan terus berbual dengan lelaki tadi.
Si wanita juga mungkin telah diberitahu oleh si pencuri lelaki mengenalpasti mangsa kecurian iaitu seorang wanita yang duduk di hujung meja sebelah kiri yang dilihat membayar sesuatu dan kemudian menyimpan dompetnya ke dalam beg tangannya semula.
Kedua-dua mereka dilihat berlegar-legar dalam keadaan mencurigakan untuk melihat siapa yang melihat dan siapa yang tidak melihat akan perbuatan mereka.
Selepas mengenalpasti sasaran dan segala-galanya bersedia, si pencuri lelaki bertindak sebagai pelindung kerja jahat sementara si pencuri wanita mencuri beg tangan mangsa yang tergantung elok di kerusi di bahagian belakangnya.
Selepas dicuri, mereka menyorokkan beg itu dan kemudian terus beredar, selepas beberapa minit saya pasti mangsa akan keliru dan kemudian terkejut dengan kehilangan beg tangannya yang umpama dihilangkan oleh ahli silap mata.
Kepada anda, berhati-hatilah jika makan di kawasan medan selera atau food court seperti ini. Jika boleh, sangkutkan terus tali beg itu di bahu atau lengan anda supaya apabila ada percubaan mencuri anda akan segera menyedarinya lantas menghalangnya dari berlaku.
[Wow] - Video
Bermacam-macam cara dan strategi yang dilakukan oleh syarikat pengiklanan untuk menarik minat orang ramai menonton iklan yang dihasilkan oleh mereka.
Seperti video di bawah ini, yang mana memaparkan iklan pakaian dalam wanita di Thailand yang tidak langsung ditapis untuk tontonan umum.
Namun, di pengakhiran iklan ini dapat dilihat penonton akan tertipu dengan trick serta helah video yang sama sekali tidak dijangkakan oleh semua.
Untuk mengetahui apa helah yang dilakukan, apa kata anda tonton iklan ini sehingga habis ya!
[Wow] - Video
Gara-gara sekeping gambar yang kelihatan seakan ‘baby bump’ pada perut Mizz Nina, peminat mula membuat telahan bahawa penyanyi itu kini sedang hamil cahaya mata sulung hasil perkongsian hidupnya dengan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh.
Peminat di sebuah blog gosip menyangkakan pengalun lagu Around The World ini sedang berbadan dua menerusi gambar yang dikongsikan di laman Instagram.
Kalau benar, tentunya berita ini menjadi khabar gembira buat peminat pasangan ini yang sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka.
Noh dan Nina mula rapat ketika bersama-sama berkolaborasi menerusi lagu Kurnia dan mengambil keputusan mendirikan rumah tangga pada 1 Julai 2011.
[Wow] - Kisah Artis
Ramai daripada kita lebih suka mengenakan seluar daripada kain denim kerana keselesaannya.
Yang terbaru, terdapat rekaan kasut mencecah betis yang dijahit bersama-sama selipar atau sandal sekali gus menjadikannya kelihatan seperti boots.
Yay or Nay untuk fesyen sebegini?
Mungkin bagi yang mahu mencipta kelainan, fesyen ini boleh digayakan untuk tampil unik dan lain daripada kebanyakan orang di luar sana.
[Wow] - Fesyen
Berkshire – Tuan punya seekor ayam peliharaan terpaksa menunggu sehingga ayam berkenaan mati, barulah dia boleh mengambil semula sebelah subang berliannya yang bernilai lebih seribu ringgit yang ditelan oleh binatang tersebut.
Meskipun kecewa, Claire Lennon tidak mempunyai pilihan dan mungkin perlu menunggu hingga lapan tahun lagi.
Subang itu dihadiahkan oleh teman lelakinya, Adam.
Menurut Claire, doktor haiwan memberitahunya bahawa dia boleh membedah ayam tersebut yang digelarnya Sarah, namun ia akan membunuh binatang itu.
Ini kerana berlian itu terlalu keras dan ia tidak akan rosak, hanya kekal dalam badan Sarah hingga binatang tersebut mati.
“Jika saya membunuh ayam itu, ia pasti akan mengecewakan anak perempuan saya, Mia yang berusia enam tahun.
“Justeru itu, kami perlu menunggu hingga Sarah meninggal dunia,’’ katanya.
Claire hanya menyedari Sarah menelan subangnya itu selepas telinganya berasa sakit dan dia sekeluarga kemudiannya menunggu hingga Sarah membuang najis, namun gagal.
Pemeriksaan doktor mendapati subang itu sudah masuk ke dalam hempedu ayam berkenaan.
[Wow] - Berita Dunia
Beijing – Seorang budak lelaki berusia lima tahun di China menjadi individu paling muda di dunia yang berjaya menerbangkan sebuah pesawat ringan.
He Yide atau nama gelarannya Duoduo, menamatkan penerbangan selama 35 minit di Taman Hidupan Liar Beijing pada Sabtu lalu.
Bapanya,He Liesheng membayar sebanyak 30,000 yuan untuk kelas penerbangan dan dia kini mahu mendapatkan pengiktirafan daripada Guinness Book of Records
He Liesheng yang menggelar dirinya sebagai ‘Eagle Dad’ telah menjadi liputan media pada tahun lepas selepas dia memaksa anaknya melakukan tekan tubi dalam cuaca sejuk bersalji di New York.
Dia yang terkenal dengan sikap tegas itu menulis dalam twitternya `Penerbangan pertama (Duoduo) amat berjaya dan dia tidak takut langsung’’.
Biarpun ada seorang penyelia bersama dalam pesawat itu, namun dia hanya memantau bagaimana Duoduo menerbangkan pesawat tersebut.
Duoduo sebelum ini menerima latihan yang keras daripada bapanya itu selepas dia dilahirkan tidak matang.
Tahun lepas, He Liesheng dan dua anaknya terpaksa diselamatkan dari Gunung Fuji di Jepun akibat cuaca buruk, selepas mereka tidak mengendahkan amaran yang diberikan.
Ketika itu, mereka hanya membawa bekalan coklat dan air kerana menyangka terdapat laluan pintas ke gunung berkenaan.
Mereka juga tidak membawa baju tahan sejuk menyebabkan anak-beranak tersebut kesejukan.
[Wow] - Biar Betul
Tokyo – Kegilaan terbaru di Jepun ketika ini ialah aktiviti mengorek lubang hidung.
Namun ia bukan hidung sebenar sebaliknya hidung plastik atau hojirerun desu yang dijual pada harga kira-kira RM6.
Ia dicipta selepas kebanyakan kanak-kanak ditekankan supaya tidak mengorek lubang hidung di tempat awam.
Hidung plastik ini dijual dalam mesin dan dikeluarkan oleh Bandai.
Hojirerun desu, ini boleh diperolehi dalam dua warna dan ada empat bentuk serta saiz, sesuai dengan permintaan daripada pelanggan.
Ia berupa bentuk biasa, hidung nakal, hidung cantik dan hidung idol .
Tidak diketahui bagaimana syarikat itu mendapat ilham untuk mencipta produk tersebut namun kajian saintifik yang dijalankan mendapati tingkah laku mengorek hidung adalah baik untuk manusia.
Sesetengah saintis percaya, jika seseorang mengorek hidung sendri beberapa kali sehari, ia akan meningkatkan sistem imunisasi.
Malangnya hidung palsu yang dijual itu tidak mempunyai fungsi tersebut.
[Wow] - Macam macam
Selama 20 tahun, sami Buddha yang bernama Hua Chi telah sembahyang di tempat yang sama di dalam kuil yang beliau tinggal di Tibet. Sami ini melakukan hampir 500-1000 kali sembahyang dalam sehari. Lihatlah apa yang terjadi pada kesan tempat beliau berpijak ketika sembahyang.
[Wow] - Biar Betul
KOTA KINABALU – Sekumpulan 20 lelaki bersenjata bertindak menculik sekumpulan nelayan dan menuntut untuk dibawa ke kawasan resort percutian di Pulau Mabul, sebaliknya telah dibawa ke sebuah kem tentera di pulau berkenaan, lapor The Star Online.
Insiden itu bermula ketika seorang nelayan berada di dalam bot miliknya sebelum didatangi sebuah bot laju dari Pulau Umadal kira-kira jam 6.30 petang semalam.
Kumpulan lelaki bersenjata yang berpakaian serba hitam bersenjatakan senapang patah dan pistol kemudiannya memaksa nelayan itu naik ke bot milik mereka dan mengarahkannya membawa kumpulan berkenaan ke kawasan resort yang terdapat di Pulau Mabul.
Ketika mendekati kawasan pulau, kumpulan lelaki bersenjata itu kemudiannya terlihat beberapa kelipan cahaya lampu merah di kawasan pantai pulau di mana, nelayan berkenaan menyatakan bahawa lampu itu adalah lokasi kawasan resort.
Setelah hampir dengan kawasan pantai, kumpulan berkenaan menyedari bahawa ia adalah sebuah kem tentera dan bertindak menukar arah haluan bot yang dipandu menuju ke perairan Filipina.
Ketika bertindak demikian, kumpulan bersenjata itu kemudiannya menahan sebuah lagi bot dan menculik lapan lagi nelayan dari bot berkenaan
Selepas beberapa jam, salah seorang dari kumpulan berkenaan menyoal sembilan nelayan mengenai bangsa dan agama mereka.
Apabila diberitahu bahawa mereka berketurunan Suluk dan Muslim, kumpulan bersenjata itu kemudianya menghampiri sebuah bot lain dan mengarahkan semua tahanan itu terjun ke laut.
Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Supritendan Mohd Firdaus Francis Abdullah mengesahkan kejadian itu yang berlaku antara jam 6.30 hingga 9.30 malam semalam.
“Kesemua mangsa adalah nelayan dari sekitar Semporna. Sebaik sahaja mereka dibebaskan dan sampai ke pantai, mereka terus melaporkan kejadian itu kepada kami.
“Kini siasatan sedang dijalankan untuk mengetahui dari mana kumpulan itu berasal berdasarkan maklumat daripada nelayan yang diculik itu,” katanya. – The Star
[Wow] - Berita Tempatan
Pelakon Linda Hashim mendedahkan dia kini sudah disahkan hamil dan usia kandungannya sudah pun memasuki minggu ketujuh.
“Sebelum ini saya memang kerap rasa tidak sedap badan tetapi saya juga tidak mahu terlalu berharap, bimbang keputusannya kelak mengecewakan,” katanya kepada Media Hiburan.
Linda juga menambah suaminya, Beego sangat teruja dengan khabar gembira itu sehingga melompat keriangan ketika ujian kehamilan menunjukkan hasil positif.
Tahniah diucapkan buat pasangan sama cantik sama padan ini.
Semoga sepanjang proses kehamilan Linda berjalan lancar dan kedua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat dan baik-baik sahaja.
Untuk makluman, pasangan ini telah dijabkabulkan pada 8 Jun lalu oleh Ustaz Mohd Nizam Wahab, Penolong Pendaftar Nikah Cerai Rujuk Wilayah Persekutuan di Masjid Usamah Zaid, Wangsa Maju.
[Wow] - Kisah Artis
Memang China ini pelik dan berani memcuba sesuatu yang baru walaupun tidak sesuai. Antaranya adalah pertandingan ratu cantik untuk pelajar sekolah menengah bagi peringkat kebangsaan. Pelajar ini dikehendaki melakukan pelbagai benda termasuk memakai pakaian yang ketat. Memang tidak sesuai untuk pelajar bawah umur ini.
[Wow] - Sakit Mata
Beijing - Seorang wanita ditangkap
kerana mendera suaminya hingga mati sebelum memasak mayat lelaki
berkenaan dalam usaha untuk melupuskan bukti.
Wanita berusia 48 tahun yang dikenali
dengan nama keluarganya Zheng, bertindak membunuh suaminya, Liu selepas
mendapati dia berulang kali menyeksa anak perempuan hasil perkahwinan
pertamanya.
Menurut laporan, Zheng yang tinggal di
Lu’an di wilayah Anhui mencampurkan pil tidur ke dalam makanan suaminya
pada 14 Jun lalu. Dia kemudian mengikat lelaki itu di garaj mereka,
tempat dia memukul Liu dengan penyodok dan menikamnya dengan pemutar
skru.
Mangsa yang tidak diberi makan dan minum
akhirnya mati tiga hari selepas itu. Wanita berkenaan kemudian membeli
gergaji dan periuk tekanan tinggi.
Dia memotong mayat suaminya dan
memasaknya di dalam periuk berkenaan. Bagaimanapun, tidak diketahui
bagaimana dia membuang mayat suaminya yang sudah dimasak.
Zheng memberitahu jiran dan keluarganya bahawa Liu ke daerah Hefei untuk mendapatkan rawatan.
Sebulan selepas melakukan jenayah itu,
Zheng ke balai polis dan mengaku membunuh suaminya. Menurutnya, dia
berdepan dengan tekanan mental dan sering bimbang ditangkap.
Wanita itu kini dalam tahanan polis dan kesnya masih disiasat. - Agensi
Global
Sacramento - Seorang bayi lelaki berusia
lapan bulan mati selepas menghisap susu ibunya yang bertoksik
mengandungi campuran metadon (ubat penahan sakit) dan Xanax (ubat
merawat kemurungan dan masalah sukar tidur).
Tidak cukup dengan itu, kini ibu bayi
malang terbabit berdepan dengan tuduhan membunuh. Sarah Ann Stephens dan
Citrus Heights didakwa melakukan pembunuhan tahap kedua serta
membahayakan nyawa anaknya, Ryder.
Menurut polis, Sarah menyedari kandungan
ubat berkenaan adalah tinggi dalam sistem tubuhnya tetapi masih
menyusukan bayi terbabit.
Lima bulan sebelum bayi itu meninggal
dunia pada September 2012, dokumen mahkamah menunjukkan Sarah diarah
berhenti menyusukan anaknya apabila doktor mengesan kandungan metadon
tinggi dalam tubuh bayi terbabit.
Pada awalnya kematian Ryder dianggap kes
biasa apabila petugas kecemasan dipanggil ke apartmen Sarah. Dua minggu
kemudian ujian toksikologi menunjukkan Ryder mati kerana kandungan ubat
berlebihan dalam badannya. Seorang patologi berkata, kandungan ubat
dalam tubuh Ryder cukup untuk membuat individu dewasa menjadi sangat
khayal. - Agensi
[Wow] - Berita Dunia
HELSINKI - Nokia Corp (Nokia) hari ini
mengumumkan penjualan unit telefon mudah alih syarikat itu kepada
Microsoft Corp (Microsoft) pada nilai 4.44 bilion euro.
Susulan pengumuman itu, Nokia memberikan
kebenaran menerusi lesen tidak ekslusif 10 tahun kepada gergasi
perisian Amerika Syarikat menggunakan paten syarikat pengeluar telefon
mudah alih yang berpangkalan di Finland.
Manakala, Nokia akan memberikan tumpuan
kepada perniagaan infrastruktur rangkaian dan perkhidmatan di mana
disifatkan sebagai langkah terbaik untuk Nokia maju ke depan dan
pemegang saham mereka. - AFP
[wow] - Teknologi
Seorang perenang jarak jauh wanita Diana
Nyad merekodkan sejarah semalam, selepas beliau menlengkapkan renangan
selama tiga hari dari Cuba ke Miami, Florida sekaligus menjadikan beliau
manusia pertama melakukannya tanpa menggunakan perlindungan sangkar
jerung.
Perenang berusia 64 tahun dari Amerika
Syarikat itu berenang meninggalkan pelabuhan kapal layar Havana awal
Sabtu, dan tiba di Pantai Key West berjaya menamatkan renangan walaupun
selepas gagal dalam empat percubaan kerana cuaca buruk serta serangan
obor-obor.
"Saya melakukannya atas tiga sebab, yang
pertama kita tidak sepatutnya menyerah kalah, kedua, kita tidak pernah
tua untuk mengejar impian kita dan ketiga walaupun ia kelihatan sebagai
pencapaian saya seorang tetapi sebenarnya ia adalah kejayaan
berpasukan," katanya.
Mengikut jangkaan awal, perenang wanita
itu akan melengkap renangannya sejauh 160 km dalam masa 80 jam tetapi
berjaya menamatkannya lebih awal dalam 52 jam 54 minit dan 18.6 saat.
Percubaan Nyad diikuti ramai orang di
seluruh dunia menggunakan laman sosial seperti Facebook dan mereka turut
menggunakannya untuk memberi ucapan tahniah.
Pihak White House juga walaupun sibuk
dengan isu konflik di Syria, sempat memberikan ucapan melalui Twitter
bagi pihak Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama.
"Tahniah kepada Diana Nyad, teruskan usaha anda mencapai impian anda," menurut Tweet itu.
Ketika renangan, para doktor dari bot
sokongan terus menerus memantau perubahan fizikal badan, suhu dan
kemungkinan Nyad mengalami gangguan kesihatan ketika berenang.
Mereka melaporkan bibir dan lidah Nyad menjadi bengkak sehingga dia tidak dapat bertutur dengan betul.
Wanita itu juga terpaksa berhadapan dengan cuaca sejuk melampau pada renangan di waktu malam.
Ketika Nyad menghampiri pantai, seekor
obor-obor besar dilihat berada di dalam laluannya, bagi mengelakkan Nyad
terkena sengatan obor-obor, pasukan penyelam berenang mendahului beliau
bagi melihat jika ada lagi obor-obor di hadapannya.
Dengan berbekalkan semangat, Nyad telah
mempercepatkan kelajuan renangannya kepada 2.83 kilomter sejam pada Ahad
selepas beliau ketik itu berada di dalam air lebih 24 jam.
Jika perlu, Nyad akan memakai pakaian
renang penuh menutupi badan, beliau juga terpaksa menggunakan topeng
muka khas dan sarung tangan dan kasut untuk melindungi perenang itu dari
disengat obor-obor.
Setahun lepas, Nyad gagal dalam
percubaan keempat untuk membuat lintasn itu selepas terpaksa berhadapan
dengan ribut petir dan beberapa kumpulan besar obor-obor lebih dua hari.
Percubaan pertamanya ialah pada tahun 1978 ketika beliau berumur 28 tahun.
Nyad sebelum itu sudah mencatat rekod
untuk renangan dari Bahama ke Pantai Florida Keys pada 1979, perjalanan
yang jaraknya hampir sama dengan jarak renangan Cuba-Floridan tetapi
Nyad berkata ia kurang berbahaya daripada percubaan kali ini.
[Wow] - Berita Dunia
Jom baca 100 fakta mengenai Korea Selatan.. Layan...
1. Orang Korea jarang makan guna tangan kerana dianggap sebagai kurang sopan
2. Orang Korea suka makan bawang putih kerana dipercayai dapat meneutralkan darah
3. Selain disebut sebagai negara Gingseng, Korea Selatan juga terkenal dengan gelaran 'Republic of Plastic Surgery'
4. Remaja di Korea lebih suka hadiah ulang tahun seperti pembedahan plastik berbanding hadiah seperti kereta dan sejenisnya
5. Had umur remaja Korea untuk melakukan pembedahan plastik mestilah berumur atas 14 tahun
6. Negara yang ingin bersaing dengan Korea dalam hal pembedahan plastik adalah Thailand.
7. Majalah-majalah di Korea mempunyai banyak iklan tentang pembedahan plastik dan itu adalah perkara biasa
8. 50% wanita berumur 20 tahun di Korea Selatan pernah menjalani pembedahan plastik.
9. Semasa cuti sekolah panjang, kebanyakkan pelajar Korea akan melakukan pembedahan plastik.
10. Tempat pembedahan plastik paling canggih dan moden berada di Korea Selatan
11. Artis Korea yang melakukan pembedahan plastik adalah perkara yang perlu dan biasa.
12. 40% pengunjung klinik untuk pembedahan plastik adalah golongan lelaki.
13. Rata-rata lelaki Korea menjalankan pembedahan pada bahagian mata agar menjadi lebih besar dan ada juga lelaki Korea yang menjalani pembedahan plastik untuk mengecilkan payudaranya.
14. Berdasarkan kajian, lelaki Korea melakukan pembedahan plastik kerana ingin kelihatan seperti Jang Dong Gun
15. Kos pembedahan plastik di Korea 50% lebih murah berbanding Jepun.
16. Wanita Korea yang menjalani pembedahan plastik agar wajah kelihatan seperti Song Hye Gyo
17. Pembedahan plastik adalah perkara yang biasa di Korea, jadi ia bukan satu masalah jika banyak artis yang melakukan pembedahan plastik
18. Wanita Korea ramai yang mengubah mata mereka menjadi lebih besar dengan pembedahan plastik
19. Mengikut kajian responden, 70% lelaki ingin menjalani pembedahan plastik
20. Kebanyakkan orang Korea menghabiskan 30% dari hasil pendapatan untuk pembedahan plastik
21. Di Korea Selatan, terdapat 1,200 doktor bedah plastik, namun jumlah itu masih dianggap kurang.
22. 95% orang Korea yang mempuyai lipatan di kelopak mata adalah hasil dari pembedahan plastik.
23. 25% ibu-ibu di Korea menyuruh anaknya yang masih berumur 12-16 tahun untuk melakukan pembedahan plastik
24. 76% wanita Korea berumur 20-30 tahun sudah melakukan pembedahan plastik
25. Di Korea, masih tiada lagi ujian untuk menentukan kecemerlangan pelajar dan 2 minggu sebelum ujian bermula, perpustakaan akan penuh dengan pelajar.
26. Di Korea, sekiranya ada pensyarah yang terlambat walau hanya 2 minit, maka pensyarah tadi akan segera meminta maaf kepada mahasiswanya
27. Semua mahasiswa Korea diwajibkan untuk bercuti selama 1 semester atau lebih sepanjang menjadi mahasiswa
28. Di Korea, Kimchi dipercayai dapat menambah selera makan.
29. Kimchi tersenarai di dalam 5 makanan tersihat dunia versi Majalah Healt Magazine
30. Di Korea, enjin carian Yahoo dan Google kurang popular kerana mereka lebih suka menggunakan enjin carian tempatan.
31. Ketika mengambil gambar, orang Korea lebih suka mengucapkan perkataan 'kimchi' daripada 'cheese'
32. Bahasa pergaulan remaja Korea lebih cenderung berbentuk singkatan seperti "AMIGO", salah satu judul lagu SHINee yang panjangnya adalah Areumdaun Minyeorueljoahamyeon Gosaenghanda (Hati jadi sakit ketika kamu jatuh cinta dengan si cantik)
33. Di Korea, ada hantu nakal yang disebut Dokkaebi, mempunyai 1 tanduk di kepalanya dan selalu membawa tongkat ajaib
34. Orang Korea suka makan mie di kedai kerana kalau dibungkus, ia akan berasa kurang panas dan itu sudah jadi kebiasaan.
35. Orang Korea bebas untuk memilih agama masing-masing. Bahkan orang Korea juga boleh untuk tidak memilih/ menganut agama apapun.
36. Jumlah penduduk Korea Selatan yang belum/ tidak memiliki agama sekitar 45.6%
37. Orang Korea biasanya makan dengan duduk di atas bantal (tanpa kursi) pada meja yang rendah dengan posisi kaki bersila.
38. Hallyu atau Korean Wave adalah istilah yang diberikan untuk tersebarnya budaya Pop Korea di pelbagai negara di dunia
39. Perusahaan TV Korea mengeluarkan biaya yang besar untuk menghasilkan drama dan ada yang berjaya di eksport keluar negara.
40. Marga Kim adalah marga paling banyak dipakai di Korea.
41. Bahasa Korea diakui sebagai bahasa paling logik di dunia karena konsonan dan vokal mudah dibezakan. Terutama konsonan menunjuk lokasi bibir, mulut, dan lidah
42. Rain adalah penyanyi Korea yang mengadakan konset antarabangsa di Madison Square Garden
43. Di Korea Selatan, terdapat siaran EBS(Educational Broadcasting System) untuk membantu pelajar belajar dengan lebih efisyen.
44. Lokasi pengambaran filem/drama bersiri Korea kebanyakan di buat di lokasi-lokasi menarik di Korea sekaligus dapat mempromosikannya
45. Pemilihan muzik latar untuk drama bersiri Korea sangat penting, bahkan semua pihak perlu terlibat bersama menghasilkannya.
46. Kebanyakkan drama bersiri/filem Korea yang di adaptasi dari komik/novel yang berjaya.
47. Drama bersiri Korea sangat digemari kerana jalan cerita yang menarik dan jumlah episod yang tidak terlalu banyak
48. Ketika ujian akhir di Korea, banyak keluarga akan memberi semangat kepada anak-anak agar sapat lulus dengan cemerlang.
49. Korea Selatan adalah negara yang paling maju dan inovatif untuk urusan pembedahan plastik
50. Pohon pinus adalah pohon cinta bagi orang Korea kerana mengandungi ikatan cinta yang kukuh, lurus dan tak akan pernah berakhir
51. Pulau Nami adalah pulau buatan yang dijadikan lokasi pengambaran drama bersiri Korea yang sangat terkenal iaitu Winter Sonata
52. Untuk mengelilingi Pulau Nami, hanya diperlukan masa selama 2 jam dengan hanya berjalan kaki.
53. Banyak drama bersiri Korea yang melibatkan pohon pinus
54. Kunjungan ke Muzium Teddy Bear di Korea meningkat setelah tertayangnya drama bersiri berjudul Goong/Princess Hours.
55. Kantin dalam drama bersiri BFF sebenarnya berbeza dengan tempat sekolah itu sendiri
56. Kebanyakkan orang Korea membunuh diri dengan cara menggantung dirinya
57. Pemerintah Korea membuka kaunter nasihat untuk mereka yang mengalami stress agar dapat mengurangkan kejadian bunuh diri
58. Artis korea tidak terlalu jaim
59. Salah satu penyebab bunuh diri di Korea adalah faktor ekonomi dan stress.
60. Ada laman web bunuh diri di Korea, dimana pengunjungnya akan berbual dan bertemu untuk bunuh diri bersama.
61. Banyak juga remaja Korea yang mengalami stress mengikut idolanya untuk membunuh diri sebagai jalan keluar
62. Remaja Korea rata-ratanya membunuh diri kerana stress akibat tempoh belajar yang panjang di Korea
63. Pemerintah Korea berjaya menutup sebanyak 250 laman web untuk membunuh diri pada tahun ini
64. Orang Korea suka minum kopi luwak dari Indonesia
65. Orang Korea jika berbuat salah akan segera mengakuinya dengan cepat dan jujur
66. Ada obor-obor yang di makan hidup-hidup oleh orang Korea
67. Tiada pelajar Korea yang merokok
68. Suneung atau Ujian Masuk Perguruan Tinggi Negeri di Korea dilaksanakan pada 13 November dan merupakan sesuatu yang unik
69. Suneung sangat dinanti-nantikan oleh para pelajar sekolah menengah di Korea kerana pada hari itu mereka akan bermati-matian menjawab soalan ujian.
70. Keluarga pelajar yang mengambil ujian di Suneung akan membawa sepanduk sebagai pemberi semangat
71. Pelajar sekolah menengah di Korea sudah diberikan tugasan rumah dan hanya disuruh belajar untuk ujian Suneung
72. Sekiranya lokasi ujian dijalankan berdekatan dengan bangunan atau stadium, maka bangunan/stadium itu akan ditutup sepanjang ujian berjalan.
73. Ahli keluarga akan memberikan hadiah kepada pelajar sebelum mengikuti Suneung
74. Hadiah yang biasa diberikan kepada pelajar ketika ujian Suneung adalah garpu, cermin dan tisu tandas. Garpu dianggap sebagai semoga tepat mengenai sasaran (jawapan).
75. Ada juga yang memberi semangat kepada pelajar yang mengambil ujian dengan mengupah pasukan sorak
76. Peserta ujian juga dilarang dari makan sup rumpai laut kerana licin. Dan licin sama ertinya dengan jatuh dan gagal.
77. Orang Korea memiliki sikap disiplin yang tinggi
78. Orang Korea suka mengucapkan aigoo (OMG)
79. Orang Korea lebih suka mengucapkan saranghae kepada teman rapat berbanding kekasih.
80. Banyak pelajar Korea yang bunuh diri kerana gagal masuk ke universiti. Sekitar 200 pelajar Korea bunuh diri kerana gagal masuk ke universiti selama setahun.
81. Ada beberapa sekolah di Korea yang jam belajarnya adalah 15 jam sehari
82. Orang Korea jarang mandi ketika musim sejuk
83. Kebanyakan makanan Korea mengandungi babi
84. Warga Korea Selatan dinobatkan sebagai warga negara paling stress di dunia kerana sukarnya kehidupan disana sehingga banyak yang mati bunuh diri
85. Orang Korea suka makanan panas
86. Kebanyakan lelaki Korea lebih romantik dan penyabar berbanding kekasihnya
87. Lelaki yang minum arak adalah perkara biasa di Korea
88. 81% penduduk Korea mengalami stress pada setiap hari
89. Orang Korea sudah terbiasa dengan antri dan berisik
90. Orang Korea kebanyakkannya menganut agama Buddha
91. Anak-anak perempuan di Korea biasanya bermain permainan gongginori iaitu sejenis permainan mirip dengan bola jaring.
92. Pulau Jeju adalah pulau paling terkenal di Korea dan sering dijadikan tempat pengambaran drama bersiri Korea
93. Tidak ada tempoh orientasi siswa ketika remaja Korea mula masuk ke universiti
94. The Garden of Morning Calm adalah taman tempat pengambaran drama bersiri You're Beautiful semasa Go Mi Nam memakai baju perempuan di rumah kaca
95. Jika ada yang mengucapkan "terima kasih" mereka jarang menggunakan kata "sama-sama" kerana diangap kurang sopan, tapi mereka lebih sering mengucapkan "tidak mengapa"
96. Orang Korea lebih suka menggunakan enjin carian tempatanl seperti Daum
97. Jika ada yang mengatakan "kamu cantik/" orang Korea jarang membalas "terima kasih" kerana dianggap terlalu bongkak. Mereka sering mengatakan "aah aniyo (tidaklah)"
98. Bunuh diri merupakan penyebab kematian utama bagi lelaki Korea yang berusia antara 18-35 tahun
99. Ketika putus cinta, kebanyakan lelaki yang akan berasa trauma atau sakit hati berpanjangan kerana mereka lebih menghargai
100. Orang Korea jika berbuat salah akan cepat meminta maaf.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments