KUALA LUMPUR - Selepas kecoh dengan
insiden penjualan telefon bimbit berjenama Samsung, kini nama gitaris
kumpulan Kristal, Rody turut dikaitkan dengan dakwaan mengajak peminat
ke ranjang.
Mengulas mengenai perkara itu, vokalis
kumpulan Kristal, Razlan menjelaskan, "dia (individu menyamar Rody)
berlakon seolah-olah diri dia Rody dan saya rasa perkara ini perlu
diambil serius sebab dia mempergunakan peminat-peminat untuk duit dan
yang lebih serius ialah dia cuba menggoda (peminat).
"Peminat kami (Kristal Lovers) menyamar, rekod perbualan itu di telefon.
"Saya dah jadi geram sebab dia dah
terlalu biadap buat macam ini. Itu yang saya tegaskan di semua medium
sosial yang kami (Kristal) tiada kena-mengena, takde buat apa-apa jualan
pun dan tak perlu dana untuk bagi bantuan untuk anak-anak yatim pun,"
katanya kepada Mynewshub ketika ditemui semasa Majlis Rumah Terbuka
Anjuran Seniman, di sini, semalam.
Lan turut menyatakan peminat yang
menyamar itu adalah daripada kelab peminat mereka sendiri yang mahu
menyelidik sejauh mana penipuan yang dilakukan oleh indiviu tidak
bertanggungjawab itu.
Individu itu juga bertanyakan saiz badan
peminat tersebut selain terdapat perkataan yang tidak sedap didengar
diutarakan oleh si penyamar tersebut.
"Tiba-tiba tanya saiz badan, ada sebut
perkataan stim, bila peminat itu bidas "eh terkejutlah sampai awak nak
tahu saiz badan kita", kat situ dia dah 'stuck' sekejap.
"Setakat jual itu, berkait dengan Samsung. Ini dah sampai tahap seks, sampai nak minta lakukan hubungan intim!" ujarnya lagi.
Lan juga berkata buat masa ini, mereka bekerjsama dengan pihak polis untuk memantau perkara tersebut daripada berleluasa.
Sebelum ini nama Rody telah disalah
gunakan apabila individu itu menjual tiga tablet berjenama Samsung
dengan harga RM1700 kepada seorang mangsa penipuannya dengan alasan
hasil jualan itu adalah untuk acara amal anjuran Kristal dan Samsung.
Rody kemudiannya telah ditahan pada 21 Ogos lalu untuk memberi keterangan berhubung kejadian tersebut.
Bagi membersihkan namanya, Rody telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kajang untuk menyiasat perkara tersebut.
No comments
Post a Comment